Anda di halaman 1dari 60

Aktiviti P&P

TEKNIK-TEKNIK PENGAJARAN
1.0 PENDAHULUAN
Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu selalunya tidak menyeronokkan dan biasanya membosankan murid.
Keadaan ini berlaku kerana teknik pengajaran guru yang tidak dapat menarik perhatian murid untuk terus mengikuti sesi
pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak menggunakan bahan bantu belajar untuk menarik minat murid dan guru
biasanya mengggunakan teknik yang konvensional (cara lama) dan tidak berpusatkan murid.
Oleh sebab itu, guru-guru haruslah menukar teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dengan
mengaplikasikan teknik-teknik seperti improvisasi, main peranan, teater bercerita, permainan bahasa dan bercerita.
Teknik yang dicadangkan ini juga berpusatkan murid dan menggalakkan mereka menggunakan bakat, kreativiti dan
pengetahuan sedia ada murid dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas.
Pemilihan teknik haruslah berasaskan kepada kriteria tertentu seperti gaya pembelajaran murid, tajuk pengajaran, jenis
pengetahuan atau kemahiran yang hendak disampaikan, tahap pencapaian murid, persekitaran pembelajaran, nilai dan
sikap yang ingin dipupuk.
2.0 TEKNIK-TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karangmengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau
taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian
bahasa tertentu.
Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa,
teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana
ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah
dipilih untuk murid-muridnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan
pendekatan yang dianuti.

Mengikut Azman Wan Chik (1987) teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah. Kalau guru mengajar bahasa dengan
menggunakan alat-alat
komunikasi canggih dalam makmal bahasa, maka itu satu teknik. Tujuan sesuatu teknik yang guru aplikasikan di dalam
bilik darjah ialah
untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian, serta membangkitkan
rasa ingin tahu murid akan sesuatu tajuk atau isi pelajaran yang akan dan
sedang dilaksanakan.
2.1 TEKNIK IMPROVISASI
2.1.1 Pengenalan Improvisasi
Improvisasi ialah aktiviti lakonan spontan dalam situasi yang tidak dirancang. Ia boleh mengisahkan sesuatu kejadian
atau situasi dalam kehidupan harian atau imaginasi. Murid berperanan mencipta dialog dan melakukan sesuatu aksi
secara spontan mengikut arahan yang ditetapkan atau berdasarkan daya imaginasi atau kreativiti mereka sendiri.
Aktiviti improvisasi dapat menjadi satu latihan untuk meningkatkan daya imaginatif dan kreatif murid dalam menggunakan
bahasa yang baik dan berkesan. Aktiviti ini juga dapat melatih murid sentiasa bersedia memberikan tindak balas spontan
apabila diperlukan. Improvisasi juga dapat meningkatkan daya penghayatan murid agar lebih peka terhadap objek, situasi
dan peranan yang ditentukan.
2.1.2 Langkah-langkah Improvisasi
i. Guru memberi rangsangan samada berdasarkan situasi, objek watak, petikan cerita atau gambar.
ii. Murid diberi masa untuk berbincang dalam kumpulan kecil.
iii. Setelah murid benar-benar yakin , barulah mereka dikehendaki beraksi di hadapan kelas.
iv. Guru tidak perlu menyedarkan murid mengenai penonton kerana ini untuk membentuk keyakinan murid beraksi.
v. Ahli kumpulan sebaiknya ditukar ganti supaya pergaulan social murid lebih luas.
vi. Guru perlu membimbing murid dengan bijak tanpa mematahkan minat mereka untuk berimprovisasi.
2.2 TEKNIK MAIN PERANAN
2.2.1 Pengenalan Main Peranan
Main peranan merupakan satu situasi yang melibatkan murid memegang sesuatu peranan, sama ada sebagai dirinya
sendiri atau individu lain, dan kemudian bertindak atau beraksi sebagaimana yang dikehendaki oleh situasi yang telah

ditentukan. Main peranan kadangkala disebut juga sebagai ambil peranan atau sosiodrama yang mementingkan
interaksi individu serta kumpulan dan dikelolakan dalam situasi kumpulan.
Main peranan sebagai individu lain memerlukan murid memainkan peranan berdasarkan tokoh, pekerjaan ,
kedudukannya dalam masyarakat atau pertubuhan tertentu. Oleh kerana peranan yang diberikan berbeza dari
pengalamannya yang sebenar, para murid hendaklah diberi peluang menyediakan atau mendapat maklumat yang
lengkap tentang peranan tersebut sama ada melalui pembacaan atau membuat rujukan kepada sumber-sumber tertentu.
Di samping itu, guru boleh juga menyediakan maklumat tersebut mengikut keperluan.
2.2.2 Langkah-langkan Main Peranan
i. Guru mewujudkan satu situasi yang bermasalah yang disediakan
ii. Guru menerangkan secara ringkas mengenai objektif lakonan, watak-watak yang terlibat dalam situasi itu dan tempoh
berlakon
iii. Guru memilih murid-murid yang berminat menjadi pelakon-pelakon.
iv. Murid-murid dikehendaki memikirkan dan mengemukakan cara penyelesaian masalah yang timbul dalam situasi .
v. Guru berbincang dengan murid tentang prestasi pelakon-pelakon dan cara menyelesaikan masalah
vi. Guru membimbing murid-murid membuat rumusan.
2.3 TEKNIK TEATER BERCERITA
2.3.1 Pengenalan Teater Bercerita
Melalui teater bercerita, teknik ini melibatkan beberapa orang murid yang membaca skrip sesebuah cerita di hadapan
kelas. Teater bercerita mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka sahaja. Murid dapat
memahami, menghayati dan merasakan cerita itu seolah-olah sedang berlaku di hadapan mereka. Murid lain boleh
mencatat maklumat penting berdasarkan aktiviti yang dijalankan.
Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, dan prosa klasik.Teater Bercerita melibatkan seorang pencerita dan
digabungkan dengan beberapa orang pelakon. Pencerita akan menyampaikan cerita, dan pelakon beraksi mengikut
watak dalam cerita tersebut. Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu. Murid lain boleh mencatat
maklumat berdasarkan arahan guru. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik. Melibatkan
seorang pencerita dan digabungkan dengan beberapa orang pelakon.

2.3.2 Langkah-langkah Teater Bercerita.


i. Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu.
ii. Murid diberi peluang membaca cerita terlebih dahulu.
iii. Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru.
iv. Murid akan menyampaikan cerita, dan murid lain beraksi mengikut watak dalam cerita tersebut.
v. Guru dan murid memberi ulasan berdasarkan aktiviti teater bercerita tersebut.
2.4 TEKNIK PERMAINAN BAHASA
2.4.1 Pengenalan Permainan Bahasa
Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan dalam
permainan telah memberi peluang kepada murid memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat
dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa murid antaranya
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Teknik ini sesuai digunakan pada semua peringkat pembelajaran bahasa, iaitu daripada peringkat sekolah rendah hingga
ke peringkat sekolah menengah. Teknik ini juga adalah satu strategi pengajaran yang sesuai digunakan pada pelbagai
tahap pencapaian murid. Permainan bahasa bukanlah merupakan aktiviti tambahan untuk bergembira semata-mata,
tetapi ia boleh digolongkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berhasrat memberi peluang kepada murid
mengaplikasikan kemahiran bahasa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Permainan bahasa merupakan aktiviti yang
dirancang dalam pengajaran dan ada hubung kaitnya dengan kandungan isi pelajaran secara langsung atau tidak
langsung.
2.4.2 Langkah-langkah Permainan Bahasa
i. Secara Berkumpulan
Permainan bahasa boleh dilaksanakan dalam kumpulan-kumpulan kecil.. Bilangan ahli dalam satu-satu kumpulan adalah
penting dalam menentukan kelancaran permainan. Jika bilangan murid dalam sesebuah kelas terlalu ramai, guru
hendaklah membahagikan murid dalam banyak kumpulan.

ii. Secara Berpasangan


Aktiviti berpasangan merupakan satu bentuk gerak kerja yang efektif dalam melibatkan penyertaan murid. Permainan
bahasa secara berpasangan boleh memberikan lebih banyak peluang latihan mendengar dan bertutur. Guru lebih mudah
untuk mengawal pasangan murid.
iii. Secara Individu
Permainan secara individu amat sesuai untuk aktiviti pengayaan. Cara ini biasanya dilakukan untuk murid yang pintar dan
cerdas serta telah menyiapkan tugas yang diberikan oleh guru dalam sesuatu masa tertentu.
2.5 TEKNIK BERCERITA
2.5.1 Pengenalan Bercerita
Bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita
merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian murid. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan
kata dan tatabahasa dapat disampaikan.
Bercerita juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan
murid. Teknik Bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa
kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian murid.
Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita.
Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan
yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
Teknik bercerita bertujuan untuk mencernakan daya kreatif dan imaginasi murid. Selain itu ia dapat melatih murid dengan
pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya kemahiran lisan iaitu mendengar dan bertutur. Guru yang
menggunakan teknik ini boleh menggalakkan murid berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada, intonasi
dan ekspresi atau mimik muka mereka.
2.5.2 Langkah-langkah Bercerita
i. Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat muridmurid.
ii. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.

iii. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.


iv. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
v. Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan
teknik ini.
vi. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
vii. Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain
Bahan Bantu Mengajar.
viii. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak
disampaikan.
3.0 TEKNIK IMPROVISASI
3.1 Pengenalan Improvisasi
Menurut Kamus Dewan ( edisi keempat) improvisasi bermaksud perihal (perbuatan) melaksanakan atau membuat
sesuatu tanpa persediaan awal,secara spontan, atau dengan menggunakan bahan-bahan yang ada sahaja.
Improvisasi sering dilaksanakan dalam pendidikan. Teknik ini digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah, khususnya pengajaran bahasa. Melalui aktiviti improvisasi kanak-kanak diransang untuk berinteraksi secara
spontan berdasarkan simulasi yang diwujudkan oleh guru. Kanak-kanak juga digalakkan membina dialog sendiri serta
mencipta situasi yang difikirkan sesuai dengan ransangan yang disediakan. Melalui improvisasi juga, daya imiginasi dan
kreativiti kanak-kanak dicerna secara maksimum.
Teknik improvisasi ialah teknik lakonan spontan yang dilakukan dengan aksi dan dialog dibina sendiri oleh pelakon/ murid.
Teknik ini memerlukan murid mencipta satu idea baru berdasarkan idea yang sedia ada melalui kreativiti tersendiri.
Improvisasi memerlukan murid mempunyai imaginasi dan kreativiti yang tinggi.
Menurut Som Hj. Nor (1994), Improvisasi membawa maksud bertindak balas secara spontan terhadap situasi yang tidak
dijangka. Improvisasi boleh dijalankan berdasarkan situasi, gambar, watak dan petunjuk.
Tujuan utama improvisasi adalah untuk melatih murid menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan
intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi

bahasa atau perbuatan. Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang murid untuk menghubungkan perasaannya
dengan matapelajaran yang dipelajarinya. Murid bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan
berkongsi sesuatu. Improvisasi dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada murid, di
samping dapat menyuburkan sahsiah murid.
3.2 PENDEKATAN IMPROVISASI
3.2.1 Bersedia menghadapi ketidaksempurnaan
Guru perlu bersedia menghadapi ketidaksempurnaan bila mana murid melakonkan sesuatu aksi yang tidak lengkap, tidak
tersusun dari a-z dan terhenti berlakon. Jika keadaan ini berlaku, maka guru perlu bijak menyusun semula aksi dan dialog
murid. Apa yang penting ialah bagaimana murid dapat mengabungkan idea dengan arahan atau rangsangan yang
diberikan oleh guru secara spontan.
3.2.2 Tidak perlu pentas yang sempurna
Improvisasi tidak memerlukan dilaksanakan dengan pentas yang sempurna atau keperluan teater yang konvensional
kerana kita bukan meminta murid mementaskan sesebuah teater, tetapi sekadar mewujudkan idea.
3.2.3 Menyediakan saranan
Guru selaku pembimbing perlu menyediakan saranan atau rangsangan untuk menjana idea murid dalam improvisasi.
3.2.4 Tidak perlu penonton
Murid tidak perlu disedarkan tentang kehadiran penonton yang formal. Langkah ini demi membentuk keyakinan murid. Ini
kerana, murid yang belum biasa beraksi dihadapan kelas, mereka akan mudah gelabah jika aksi atau lakonan mereka
dipertontonkan. Setelah murid benar-benar berasa yakin, barulah dimulai dengan perbincangan atau pasca nilai. Komen
atau teguran yang positif perlu diberikan. Guru juga boleh meminta murid lain di dalam kelas memberi komen
berdasarkan aksi spontan rakan mereka.

3.2.5 Aktiviti berkumpulan


Guru hendaklak menggalakkan muridmurid berkerja secara kumpulan dengan natural. Ahli kumpulan sebaiknya ditukar
ganti supaya pergaulan social murid lebih luas.
3.2.6 Bijak melayani permintaan
Guru perlu bijak dan bersedia melayani permintaan kumpulan murid tanpa mematahkan minat mereka untuk beraksi
secara spontan.
3.3 PERANAN IMPROVISASI
3.3.1 Meningkatkan daya imaginasi
Daya imaginasi murid dapat ditingkatkan kerana teknik ini dapat mencerna atau mencampah daya pemikiran murid ke
tahap yang optimum. Improvisasi ini juga dapat menggalakkan kemahiran berfikir murid dengan lebih kreatif dan kritis.
meningkatkan daya kreativiti mereka dan merangsang otak mereka untuk lebih berfikir
3.3.2 Merangsang kemahiran berbahasa
Guru dapat menggalakkan murid untuk berkomunikasi dengan berkesan di samping dapat membantu murid
meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata dalam kalangan murid. Teknik improvisasi terbukti dapat merangsang
kemahiran berbahasa murid kerana teknik ini menuntut murid berdialog secara spontan.
Dengan ini, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa terlebih dahulu sebelum berupaya menuturkan dialog mereka.
Murid berupaya menggunakan bahasa secara pragmatik iaitu bahasa yang bermakna mengikut konteks. Murid juga boleh
menggunakan bahasa secara spontan dengan lebih bermakna bersesuaian dengan situasi. Aktiviti seperti ini, walaupun
berjalan seperti dalam keadaan yang tidak formal , pasti dapat membantu menambahkan kemahiran berbahasa murid.
3.3.3 Mewujudkan suasana menyeronokkan.

Aktiviti improvisasi terbukti dapat mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan bersahaja
kerana melibatkan watak-watak dalam kalangan murid. Murid berupaya mengasah bakat terpendam mereka dengan
berkalaborasi sesama ahli kumpulan dalam suasana yang ceria dan terkawal.
Berlakon merupakan satu aktiviti yang amat digemari oleh pelajar kerana ia dijalankan dalam bentuk bermain dan
bersukaria. Mereka diberi peranan untuk berkata-kata secara bebas, melahirkan pandangan dan pendapat , bergaya dan
beraksi sesama sendiri, berhibur dengan telatah dan gaya rakan-rakan sebaya, melibatkan diri , bekerja bersama-sama
dan sebagainya.
3.3.4 Pembelajaran kolaboratif
Pengaplikasian teknik improvisasi boleh membentuk pembelajaran murid secara kolaboratif kerana selalunya watak yang
diberikan perlu dilakonkan bersama ahli dalam kumpulan masing-masing. Apabila murid membiasakan diri dengan cara
bekerjasama, saling bergantung antara satu sama lain untuk memperoleh ilmu, mereka akan berkembang untuk menjadi
murid kolaboratif.
3.3.5 Pengurusan masa
Pengurusan masa yang cekap dapat diterapkan melalui aktiviti improvisasi. Murid diberikan masa yang tertentu untuk
mereka menunjukkan aksi secara spontan. Mereka perlu cekap bertindak menyusun strategi berdasarkan watak atau
situasi yang diberikan dalam jangkamasa yang telah ditetapkan guru.
3.3.6 Meningkatkan keyakinan diri
Improvisasi memerlukan murid beraksi di hadapan murid-murid lain. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan
keyakinan murid semasa melakonkan watak masing-masing. Ia juga dapat memberi satu suntikan motivasi untuk mereka
terus beraksi dan ini akan membentuk pembinaan sahsiah yang positif ketika berhadapan dengan khalayak penonton.
3.4 AKTIVITI IMPROVISASI
3.4.1 Improvisasi berdasarkan situasi

Satu situasi diberikan kepada murid secara individu, pasangan atau kumpulan. Murid diminta melakonkan situasi yang
diberi secara spontan.
teknik ini boleh dijalankan untuk semua peringkat umur atau aras kebolehan walaupun situasi yang sama.
contoh 1 : Situasi di sebuah kedai mainan kanak-kanak . Suatu malam semua mainan (patung orang, arnab, beruang dan
lain-lain) bercakap sesama mereka.
Arahan: berbual sesama sendiri supaya pelajar lain dapat meneka siapakah anda?
contoh 2 : seorang murid baru pindah ke sekolah anda dan ditempatkan di kelas anda. Pada waktu rehat, semua pelajar
ke kantin dan tempat permainan. Bagaimana anda semua melayaninya?
3.4.2 Improvisasi berdasarkan gambar
Gambar diberikan atau dipamerkan kepada murid-murid dengan meminta murid menyediakan skrip secara spontan.
Murid dibenarkan berbincang di dalam kumpulan atau secara individu.
3.4.3 Improvisasi berdasarkan petikan cerita
Petikan cerita atau insiden tertentu dalam cerita yakni aksi kaku di mana murid dikehendaki melakonkan aksi berdasarkan
plot. Matlamat menggunakan petikan adalah untuk menguji kefahaman murid dengan penghayatan isi kandungannya.
3.4.4 Improvisasi berdasarkan objek
Teknik menggunakan objek tertentu bagi merangsang pelajar bertutur dan melakukan sesuatu. Contoh objek yang boleh
diganakan adalah seperti anak patung, surat khabar dan kostum.
3.4.5 Improvisasi berdasarkan tokoh/watak
Watak cerita binatang boleh digunakan seperti watak Sang Kancil atau tokoh seperti Hang Tuah.
3.4.6 Improvisasi berdasarkan bunyi
Bunyi-bunyi seperti lagu instrumental untuk menjana bayangan minda, lagu dengan lirik boleh diadaptasi melalui teknik
ini.
3.5 JENIS-JENIS IMPROVISASI

Peter Moore ( 1998 ) menyarankan enam jenis aktiviti improvisasi untuk kanak-kanak mengikut peringkat umur. Aktiviti
tersebut adalah seperti yang berikut:
3.5.1 Permainan Bebas ( Free Play )
Permainan bebas sesuai untuk kanak-kanak prasekolah dan tahap 1. Guru sediakan peralatan atau objek, sediakan
situasi/ persekitaran yang tertentu dan galakkan kanak-kanak bermain secara bebas dengan dipantau oleh guru.
Guru bolehlah menciptakan senario atau cerita berdasarkan peralatan tersebut. Peringkatkan permainan dengan objek
yang lebih bermakna dan berwatak seperti anak patung/ boneka, dan kostum yang dapat menyarankan perwatakan
tertentu.
3.5.2 Improvisasi Spontan ( Spontaneous Improvisation )
Guru sediakan bahan ransangan tertentu untuk kanak-kanak memberikan tindak balas secara spontan berdasarkan
kesesuaian denagn situasi yang diberikan. Murid-murid dibantu dan digalakkan untuk menyelesaikan masalah, membuat
keputusan, mendengar serta mengamati pendapat orang lain.
Guru juga harus membantu dan menggalakkan kanak-kanak melakukan tugas secara kolaboratif, berfikir secara kreatif
dan imaginatif serta melahirkan idea, dan membina idea baru berdasarkan idea orang lain.
Namun begitu perlu dingatkan bahawa improvisasi spontan bukan bertujuan untuk membuat persembahan. Perkara
utama ialah menggalakkan perkongsian idea, melibatkan luahan perasaan, interaksi antara watak serta prosedur
terhadap resolusi sesuatu situasi yang dihadapi.
3.5.3 Improvisasi Verbal ( Verbal Improvisation )
Kanak-kanak digalakkan untuk mencipta monolog ( soliloquise ) dan dialog berdasarkan petikan dialog dalam sesebuah
cerita. Murid juga boleh menyambungkan dialog tersebut untuk menggambarkan situasi yang difikirkan sesuai seperti
memujuk, merayu, mengarahkan, memohon sesuatu, dan seumpamanya dengan ekspresi dan gaya pengucapan yang
sesuai. Aktiviti ini dapat dilaksanakan secara individu ( monolog / soliloquise ), berpasangan atau berkumpulan.

3.5.4 Main Peranan ( Role Play )


Dalam aktiviti ini, murid hendaklah berpura-pura menjadi seseorang yang lain dan berlainan dengan dirinya. Mereka
diberikan peranan tertentu dan meminta kanak-kanak memikirkan cara (dia) untuk beraksi dan memberikan respons
terhadap sesuatu situasi.
Untuk menghayati watak yang diberikan, murid perlu dilatih untuk melakukan justifikasi terhadap watak dengan
mengemukakan beberapa soalan seperti nama penuh watak, umur ,latar belakang keluarga, pekerjaan, sikap dan tingkah
laku, hobi atau minat, keadaan kesihatan, dan pelbagai kemungkinan tentang peribadi watak yang di lakonkan.
Disamping itu murid perlu digalakkan untuk, menulis diskripsi watak, melukis potret, dan membuat kostum dan memilih
props yang sesuai untuk kegunaan watak.
Guru boleh memiilih peranan berdasarkan watak daripada orang persekitaran murid, cerita rakyat, cerita yang pernah
dibaca di dalam kelas, drama atau filem yang pernah ditonton serta berdasarkan gambar.
3.5.5 Improvisasi Terlatih ( Rehearsed Improvisation )
Improvisasi ini berbeza dengan yang lain kerana improvisasi ini menggalakkan kanak-kanak membuat persembahan.
Kanak-kanak diberi tajuk, tema, atau situasi tertentu untuk dibincangkan dan menghasilkan sesuatu persembahan.
Murid diberikan tempoh masa untuk perbincangan kumpulan dan selepas berbincang mereka diminta mementaskan hasil
perbincangan tersebut.
3.5.6 Improvisasi Selari ( Parallel Improvisation )
Improvisasi berdasarkan situasi sebenar atau yang telah benar-benar diketahui untuk meneroka isu-isu baru.
Contohnya menggunakan pengalaman membuat persiapan untuk bercuti seperti menyediakan pakaian dan sebagainya
dan menggunakan pengalaman tersebut untuk persiapan sekumpulan saintis yang hendak mengadakan ekspedisi.
3.6 PENGEMBANGAN IDEA IMPROVISASI
Alex Osborn (1963) telah menyarankan tujuh cara mengembangkan idea;

3.6.1 Diubah
Mengubah senario dalam cerita seperti dalam cerita Si Tanggang, andai jika Tanggang tidak derhaka kepada ibunya,
adakah dia dan ibunya akan hidup bersama-sama hingga akhir hayat. Begitu juga seperti mengubah serita Batu Belah
Batu Bertangkup, Melor dan Pekan telah mengejar ibunya hingga ke gua Batu Belah. Andaikan Melor dan Pekan dapat
masuk ke dalam gua tersebut, adakah mereka Berjaya bertemu dengan ibu mereka?
3.6.2 Dikecilkan
Watak boleh dikecilkan seperti watak manusia menjadi kecil, hidup dalam habitat serangga seperti karya Honey! I
Shrunk The Kids dan Rama-Rama karya Syed Ali Syed Hassan.
3.6.3 Dibesarkan
Gambaran atau situasi diberikan seperti murid berada dalam dunia zaman dynasour. Apakah yang akan murid lakukan
untuk m,enghadapi ancaman dynasour tersebut?
3.6.4 Digantikan
Watak-watak dalam cerita teladan kanakkanak boleh digantikan seperti menggantikan watak Sang Kancil digantikan
dengan watak baru yang difikirkan lebih cerdik.
3.6.5 Disusun semula
Sesebuah karya disusun semula mengikut kesesuaian pada era sekarang seperti cerita Anak Buluh Betong diganti
dengan Cucu Bluh Betong.
3.6.6 Diterbalikkan
Cerita atau watak cerita diterbalikkan seperti contoh:
i- Bagaimanakah kalau Pak Pandir cerdik?
ii- Ibu Bawang Putih tidak menjadi ikan kaloi?
iii- Mat Jenin mencapai cita-citanya?
3.6.7 Digabungkan
Menggabungkan beberapa idea atau senario atau cerita menjadi sebuah cerita baru.
4.0 PENGAPLIKASIAN TEKNIK IMPROVISASI DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
4.1 Rancangan Pelajaran Harian Tahun 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU


Tarikh : 1Julai 2010
Masa : 11.00 pagi 12.00 tengahari ( 60 minit )
Tahun : 4 Bestari ( 30 murid : 18 lelaki dan 12 perempuan)
Tema : Cerita Teladan
Tajuk : Monyet Yang Pintar
Pakej/ Modul : Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Membaca dan Menulis.
HPU : 2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang
didengar, ditonton,dibaca atau dialami
5.0 Membaca kuat dengan kelancaransebutan, intonasi
dan gaya pembacaan yang sesuai
11.0 Membuat ulasan tentang bahan yangdidengar, ditonton
atau dibaca
HPK : 2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayatserta sebutan dan intonasi yang baik, jelas dan teratur.
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara
yang dibaca.
11.3 Mengulas karya bukan sastera yang mudah secara
umum dari aspek tema dan persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran dan gaya bahasa.
HHP : Aras 3 (i) Mempersembahkan cerita dengan sebutan,intonasi
dan penghayatan yang sesuai.
Aras 1 (i) Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera
dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Aras 1 (ii) Mengenal pasti perwatakan dalam teks.
Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat;
1. Mempersembahkan improvisasi di hadapan kelas dengan gaya, sebutan dan intonasi yang sesuai.
2. Membaca petikan yang diberikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.

3. Menulis 5 watak dan perwatakan dalam borang grafik yang diberikan.


Pengisian Kurikulum :
Sistem Bahasa :
i) Sebutan dan intonasi :ganas, mempersembahkan,
ayat penyata
ii) Tatabahasa : Simpulan Bahasa
iii) Kosa Kata : ganas, sampuk, menyerah, herdik
Kemahiran Bernilai Tambah
i) Kecerdasan Pelbagai : Kecerdasan Linguistik, Kecerdasan
Interpersonal, Kecerdasan Kinestetik Badan,
ii) Kemahiran Berfikir :Menyatakan sebab dan alasan
iii) Kajian Masa Depan
iv) Pembelajaran Konstruktivisme
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran : Pendekatan Berpusatkan Murid
Kemahiran generik : Kemahiran Belajar
Penekanan Konsep 5P
i) Penggabungjalinan : kemahiran bertutur, membaca, menulis
ii) Penyerapan ilmu : Sains; Nilai murni : baik hati, kerjasama
iii) Pemulihan : Membaca petikan dialog dengan sebutan dan
intonasi yang betul
iv) Pengayaan : Mengecam dan menulis simpulan bahasa
berserta maksud yang terdapat dalam petikan.
v) Penilaian : Mengisi borang grafik
Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran :
i) Bahan Multimedia :LCD, CD
ii) Bahan Bercetak :Lirik Lagu, petikan, lembaran kerja
iii) Bahan Maujud : buah pisang, topeng binatang

Pengetahuan Perlu Ada :


i) Murid pernah membaca kisah haiwan teladan.
ii) Murid boleh menulis ayat majmuk.
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Langkah dan Masa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Set Induksi
(5 minit) 1. Kotak Ajaib
2. Teka-teki;
rasanya manis sedap sekali,
berkulit kuning banyak khasiat,
tumbuh subur di tepi kali,
dibuat kuih dibuat lepat. Guru membacakan teka-teki kepada murid.
Bersoal jawab dengan murid. Jawapan ada dalam kotak ajaib tersebut.
Guru memberikan jawapan dan menunjukkan buah pisang seterusnya mengaitkan dengan isi pelajaran pada hari ini.
Kemahiran belajar(mentafsir maklumat)
Langkah 1
(8 minit) Petikan cerita;
Monyet Yang Pintar
(Lampiran A) Murid diberikan petikan.
Murid membaca petikan dengan gaya dan intonasi yang betul.
Guru meminta beberapa orang murid membaca petikan dengan kuat.
Murid lain mendengar dan member komen mengenai intonasi dan nada.
SP:Koperatif
PP(Berpusatkan murid)

Langkah 2
(10 minit) Pengembangan idea Improvisasi;
1. Improvisasi Verbal
( Verbal Improvisation )
Sambung dialog
2. Improvisasi Main Peranan ( Role Play )
Watak binatang dalam petikan
Murid murid dibahagikan dalam kumpulan 5 orang.
Murid dikehendaki
berbincang dan menetapkan setiap seorang satu watak binatang tersebut.
Murid dibenarkan mereka sendiri dialog dengan meramalkan cerita atau menambahkan watak dalam cerita tersebut.
Guru memberi bimbingan mengenai struktur ayat (dialog) yang dicipta murid.
PP(Berpusatkan murid)
SP:Koperatif dan Kolaboratif
KBT
-Verbal linguistik
SP:Kontek luar
Nilai: kerjasama
Langkah 3
(25 minit) Persembahan improvisasi
Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki membuat persembahan dengan setiap seorang mewakili watak binatang.
Murid dalam kumpulan lain dikehendaki memerhati setiap watak dalam improvisasi murid tadi.
Guru memberi komen dan meminta murid lain juga memberi pandangan mereka mengenai watak dan perwatakan.
KB
(mempersembah-kan maklumat)
Langkah 4

( 7 minit) Latihan 1
Melengkapkan borang grafik (Lampiran B)
Menulis watak dan perwatakan
Pengayaan
- mengecam dan menulis simpulan bahasa
Guru mengedarkan borang grafik.
Murid diminta mengisi borang grafik tersebut berdasarkan watak dan perwatakan yang terdapat dalam teks dan juga
dari improvisasi kumpulan.
Guru berbincang dengan murid jawapan yang tepat. KB(menyatakan sebab dan alasan)
Penutup
( 5 minit ) Lagu pisang goreng
(Lampiran C)
Murid menyanyikan lagu pisang goring
Guru merumuskan pengajaran dan pembelajaran serta menekankan kepada aspek nilai yang terdapat semasa aktiviti
hari ini. KG;TMK
5.0 PENUTUP
Improvisasi patut dilaksanakan pada pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah kerana ia ternyata
membolehkan kita melatih murid-murid menajamkan sensitiviti mereka, meningkatkan kefahaman dan amalan terhadap
nilai murni masyarakat dan budaya mereka, mananamkan jati diri bangsa, serta memperkembangkan daya imaginasi,
kreativiti, konsentrasi, yakin diri serta kemahiran berkomunikasi.
Dengan menggunakan teknik ini, selain memberikan peluang kepada murid untuk berlakon secara spontan ia juga dapat
menggalakkan murid untuk berkomunikasi dengan berkesan di samping dapat membantu meningkatkan penguasaan
perbendaharaan kata mereka

Dalam proses penglibatan mereka dalam teknik improvisasi, guru boleh juga
memupuk nilai-nilai murni melalui penghayatan cerita dan memperkembangkan sikap positif terhadap pembacaan. Nilainilai murni yang boleh dipupuk seharusnya berkaitan dengan cerita yang mereka lakonkan di mana murid dengan
sendirinya sedar akan akibat segala perbuatan yang mereka lakukan. Jadi mereka akan lebih berfkr terlebih dahulu
sebelum mula membuat sebarang keputusan.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 TEMA KESUSASTERAAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5

Mata Pelajaran

: Bahasa Melayu

Tahun

: 5 Cerdas

Tarikh

: 3 April 2012

Masa
Bilangan Murid

: 1 jam (7.30 pagi hingga 8.30 pagi)


: 38 orang

Tema

: Kesusasteraan (Pantun)

Tajuk

: Buah-buahan Tempatan

Hasil Pembelajaran/Kemahiran :

1.2
(i)

Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.


Bersoal jawab secara bertatasusila tentang sesuatu perkara dengan menggunakan soalan pelbagai aras.

5.2

Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.

(i)

Membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.

Objektif : Pada akhir pelajaran ini, murid dapat:


(i)

menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru secara bertatasusila.

(ii)

membaca kuat teks pantun teka-teki dan definisi kata adjektif dengan sebutan dan intonasi yang betul dan gaya yang sesuai.

Sistem Bahasa

Tatabahasa

- Kata adjektif, binaan ayat lengkap.

Kosa Kata

- Kolek, menoreh

Pengisian Kurikulum

Ilmu
Nilai Murni

- Kesusasteraan, kemasyarakatan
- Kesyukuran, patriotisme, rasional

Kemahiran bernilai tambah

- Menjana idea, menghubungkait, menilai, mengenal pasti.

Teori Kecerdasan Pelbagai

- Muzik

Belajar Cara Belajar

- Membaca mekanis

- Kad imbasan, teks pantun teka-teki, slaid, lembaran kerja.


Masa

Aktivitipengajaran dan
pembelajaran

Catatan

Isipelajaran

Set Induksi

Video lagu :

(5 minit)

Buah-buahan
tempatan.
Soalan
-

Apakah yang
ditunjukkan dalam
video?

1. Guru menayangkan video lagu


buah-buahan tempatan

Teknik :
- Soal jawab

2. Murid memerhati tayangan video


buah-buahan tempatan.
3. Guru bersoal jawab dengan murid
tentang video.

Nilai :
- Kerjasama

4. Murid meneka tajuk pelajaran.


-

Buah apakah yang


ditunjukkan?

5. Guru memberitahu tajuk pelajaran


hari ini.
BBM :

- video
-

Di negara manakah
kita boleh perolehi
buah-buahan ini?

Langkah 1

Slaid

(10 minit)

Pantun teka-teki
bertajuk Kenali
Buah-buahan
Tempatan.
Teks pantun
Pantun teka-teki
bertajuk Kenali
Buah-buahan
Tempatan.

1. Setiap kumpulan diberikan 1 teks


pantun.

Teknik :
- Tunjuk cara

2. Guru membuat demonstrasi


pembacaan pantun di hadapan
kelas.
Nilai :
3. Murid diminta meneliti sebutan,
intonasi dan gaya guru ketika guru - Kerjasama
berpantun.
- Tekun

4. Wakil setiap kumpulan diminta


membaca pantun dengan
menggunakan sebutan intonasi
dan gaya yang betul.

BBM :

- Slaid dan teks


pantun teka-teki.

Langkah 2

Teks pantun

(15 minit)

Teka teki bertajuk


Kenali Buah-buahan
Tempatan.
Soalan:
-

Apakah perkataan
yang kamu tidak
faham dalam pantun
rangkap (pertama,
kedua, ketiga,
keempat kelima dan
keenam)
Perkataan:
Belanga

1. Soal jawab antara guru dan murid


berkaitan perkataan yang tidak
difahami.
2. Secara berkumpulan murid diminta
menyenaraikan nama buahbuahan yang tersirat di sebalik
teka-teki, di atas lembaran kerja
yang disediakan.

Teknik :

3. Murid diminta menyebut kembali


nama buah-buahan tersebut
secara lisan.

Nilai :

Soal jawab
Perbincangan
sumbangsaran

- Kerjasama
- Tekun

4. Guru memberikan jawapan bagi


pantun teka-teki yang diberikan.

(periuk tanah)
BBM :

Meranduk
(mengharungi)
Paras
(rupa muka)
Kolek
(sampan kecil)

Jawapan pantun:

1. Rambutan
2. Durian
3. Nenas
4. Manggis
5. Kelapa
6. betik

Lembaran kerja,
teks pantun, slaid

Langkah 3

Pengajaran :

(15 minit)

Kata adjektif.
Contoh :
- cantik
- tajam
- manis
- merah
- hitam

1. Guru menerangkan secara ringkas


definisi kata adjektif.
2. Murid dikehendaki membaca
secara berkumpulan definisi kata
adjektif secara kuat.
3. Murid diminta mencari dan
membulatkan kata adjektif yang
terdapat dalam rangkap pantun
teka-teki. Kemudian menulis
kembali dalam kotak yang
disediakan.

Teknik :
- Tunjuk cara
- Soal jawab

Nilai :
- Kerjasama
- Tekun
- Mendengar arahan

BBM :
4. Perbincangan antara guru dan
murid mengenai kata adjektif yang - teks pantun tekaterdapat di dalam teks pantun.
teki, lembaran kerja

dan slaid.

5. Wakil murid setiap kumpulan


diminta membuat ayat lain
berdasarkan kata adjektif, secara
spontan.

Langkah 4

Nyanyian lagu.

(5 minit)

Pantun teka-teki
menggunakan rentak
lagu ikan kekek

1. Murid diperdengarkan terlebih


dahulu rentak lagu Ikan Kekek.
2. Guru membuat demonstrasi
terlebih dahulu cara nyanyian
menggunakan rentak lagu Ikan
Kekek dan rangkap pantun
sebagai lirik lagu.

Teknik :
- Tunjuk cara

Nilai :
- Kerjasama

3. Murid diminta menyanyi beramai- - Tekun


ramai seperti nyanyian yang telah
ditunjuk oleh guru.
BBM :
- Teks pantun tekateki.

Penutup

Nilai murni:

(10 minit)

- Kesyukuran

1. Guru menyimpulkan pelajaran.


2. Soal jawab antara guru dan murid

Teknik :
- Soal jawab

- Patriotisme
- Rasional

Isi pelajaran :

1.Cara membaca
pantun dengan betul.

berkaitan isi pelajaran dan nilai


murni berdasarkan teks pantun
teka-teki, secara lisan.
3. Guru memberikan aktiviti latihan
pengukuhan.

Nilai :
- Kerjasama
- Tekun

BBM :
Lembaran kerja

2.Konsep Kata
adjektif

SUBJEK MAJOR

SUBJEK MINOR

SUBJEK
MAJOR

SUBJEK
MINOR

KEMAHIRAN HIDUP
TAHUN 5

BAHASA MELAYU
TAHUN 5

BAHASA MELAYU
TAHUN 5

SUKATAN
PELAJARAN

Minggu :
Tarikh :
HARI

TARIKH KELAS

MASA

AKTIVITI P & P

CATATAN

BAHAN BANTU
MENGAJAR
KEMAHIRAN HIDUP
TAHUN 5

Sekolah unggul penjana generasi terbilang

Membangunkan potensi individu melalui


pendidikan berkualiti

LOGO SEKOLAH

Sek. Keb. Bestari


1950
Usaha Tangga
Kejayaan
Segulung Ijazah

: Nama Sekolah.
: Tahun sekolah ditubuhkan.
: Pagangan motto sekolah.
: Bercita-cita berjaya belajar ke peringkat
universiti.

Tiga Bulatan
Kancil
Kuning
Biru
Merah
Ungu

:
:
:
:
:
:

Perpaduan bangsa.
Kecerdikan.
Taat kepada raja, agama, dan negara.
Cinta akan tanah air.
Keberanian dan kecekalan.
Setia kawan dan berakhlak mulia.

LAGU SEKOLAH
GEMILANG NAMA DI MERATA
SK L.B JOHNSON NAMANYA
TERPAHAT KEJAYAAN KITA
MAJU MENUJU CITA-CITA
LAMBANG KEBANGGAAN IBUNDA
DISIPLIN TUNGGAK UTAMA
MEREMPUH GELOMBANG MASA
MAJU NEGARA MAJU BANGSA
BUDAYA TETAP TERPELIHARA

ILMU PENGETAHUAN DIPERKAYA


BERUSAHA TEKUN BEKERJASAMA
MENJADI AMALAN KITA SEMUA
JANJI TIDAK KAMI PERSIA
RELA KORBAN JIWA DAN RAGA
DEMI NEGARA DAN AGAMA
SEMOGA SENTOSA SELAMANYA.

SEJARAH SEKOLAH

Felda

LB

Johnson

ialah

sebuah

kawasan

penempatan berkelompok. Ia telah dimajukan


pada

1961. Penempatan peneroka telah bermula pada

tahun

1963,

di

mana

seramai

122

orang

telah

ditempatkan di Peringkat 1, 126 orang di


Peringkat

2,107 orang,di Perinngkat 3 dan 96 orang di

Peringkat 4 dan 5.
Sekolah Kebangsaan LB Johnson telah dibuka pada tahun 1964 dengan sebanyak 3 blok bangunan. Oleh kerana
murid-muridnya semakin bertambah maka sekolah ini telah diperbesarkan dengan satu blok dua tingkat. Pada tahun
1990 sekolah ini telah mendapat peruntukan untuk pembinaan satu lagi blok menjadikan

kesemuanya 5 blok

bangunan. Sehingga kini terdapat 2 bilik pra- sekolah sekali dengan dapur ,12 buah bilik darjah, 1 makmal sains,blok
kantin,pusat sumber sekolah dan bilik BBm,sebuah pejabat sekolah,bilik guru-guru penolong kanan dan bilik guru
besar.

Disebabkan generasi kedua penduduk Felda LB Johnson tidak lagi tinggal di rancangan ini maka murid-murid
telah berkurangan semula daripada 451 orang murid pada tahun 1990 kepada 322 orang murid pad abulan Januari
1998. Kebanyakan murid-murid yang terdapat di sekolah ini hari ini adalah terdiri daripada cucu-cucu peneroka yang
mana kebanyakan ibubapa mereka adalah pekerja kerajaan dan kilang-kilang kawasan Kuala Lumpur,Seremban dan
Nilai.

MINGGU 7

MINGGU : KE-6
TEMPOH : 29 Ogos 30 Ogos 2014
TAJUK

: Kem UPSR (Terlibat dalam aktiviti riadah)

1. Masalah / Peristiwa :

Beberapa hari sebelum program Kem UPSR dijalankan, saya sudah sedia maklum dengan tugas yang telah diamanahkan oleh
pihak sekolah kepada saya. Pada mulanya, persepsi saya ialah saya dan Cikgu Leroy hanya bertugas untuk turut serta dalam
latihan senamrobik dan aktiviti tersebut diketuai oleh ketua dan penolong guru penasihat. Namun demikian, pada hari khamis
sebelum tamat sesi persekolahan, saya telah diberitahu bahawa saya dan Cikgu Leroy bertugas sepenuhnya dari mula sampai
tamat latihan senamrobik, iaitu bermula dari memilih lagu, menyusun langkah senamrobik sehingga memimpin murid-murid
bersenamrobik. Saya berpendapat ia sesuatu tugas yang mencabar dan tidak disangka oleh kami berdua, namun kami menerima
tugas tersebut sebagai satu cabaran yang perlu disahut sebagai seorang bakal guru dengan hati yang terbuka.
2. Analisis :
Kejadian ini berlaku kerana saya dan Cikgu Leroy tidak dimaklum awal oleh guru-guru penasihat. Sememangnya kami ada
berjumpa dengan mereka, namun tidak mendapat maklum balas yang meyakinkan. Apabila diberitahu pada saaat yang agak
lewat, perasaan bercampur baur menusuk jiwa dan perasaan kerana pada masa itu saya baru sahaja menyelesaikan penyeliaan
bersama untuk subjek minor dan perlu teruskan perjuangan dalam melengkapkan kerja kursus yang ditugaskan oleh pensyarah
saya. Walaubagaimanapun, saya tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana semua yang berlaku saya percaya ianya berpunca
dari kelekaan diri saya sendiri kerana tidak peka dengan tugas sebenar yang perlu saya lakukan bersama-sama dengan Cikgu
Leroy.

3. Cadangan Tindakan Susulan :


Setelah menyelesaikan kerja kursus pada hari Jumaat, saya dan Cikgu Leroy telah berjumpa dengan pensyarah penasihat yang
berkemahiran dalam Senamrobik untuk mendapatkan lagu dan pergerakan yang sesuai bagi aktiviti riadah ini. Seterusnya, saya

dan Cikgu Leroy telah berbincang dalam memilih lagu yang sesuai mengikut tahap umur murid-murid SK LB Johnson iaitu Tahun
Enam.
Seterusnya, kami banyak membuat rujukan pergerakan melalui video 1 Murid 1 Sukan dalam mendapatkan pergerakan yang
dapat disesuaikan dengan lagu yang dipilih oleh kami. 6 buah lagu telah dipilih dan setiap lagu telah disusun pergerakannya.
Kemudian, saya dan Cikgu Leroy telah membahagikan tugas dalam mengingatkan pergerakan-pergerakan tersebut, iaitu Cikgu
Leroy akan mengetuai bahagian pemanasan badan dan cooling down dan diri saya sendiri mengetuai senamrobik dari lagu yang
ke-2 sehingga ke-4.
Kami telah berlatih dari pukul 8 malam sehingga 3 pagi hari Sabtu dalam menyusun langkah-langkah pergerakan untuk setiap
lagu sehingga kami mahir. Tujuannya supaya murid-murid dapat menghasilkan pergerakan yang diajar dan mereka terhibur
dengan latihan senamrobik yang diajar oleh guru mereka iaitu saya dan Cikgu Leroy. Pada hari kejadian, saya dan Cikgu Leroy
telah berjaya dalam mengetahuai aktiviti riadah- senamrobik dan murid-murid Tahun 6 kelihatan ceria dan terhibur dengan
riadah pagi pada hari ini.
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Aktiviti riadah ini telah dijalankan dari pagi pukul 7.00 sehingga 7.25 pagi hari Sabtu. Murid-murid kelihatan terhibur dengan
senamrobik yang disediakan dan mereka berpeluh. Selepas aktiviti riadah pagi, mereka dikehendaki bersarapan pagi dan
menukar baju uniform sekolah untuk slot-slot akedemik yang seterusnya.

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan & Nama : ________________________

Tandatangan & Nama : _____________________

Tarikh :

Penyataan Profesional
Sebelum

Tarikh :

Sebelum menjalani praktikum fasa yang ke-dua, saya telah menjalani praktikum fasa yang pertama di sebuah
sekolah yang bernama SK Taman Semarak, daerah Nilai. Sepanjang berkhidmat di sana selama sebulan, saya telah
memperolehi pengalaman mengajar dan pengalaman dalam bidang kokurikulum dan ko-akedemik di sekolah tersebut.
Saya telah diberi tugas dalam menjadi salah seorang jurulatih dalam bidang bola baling, guru yang mengajar subjek
Kemahiran Hidup, Bahasa Melayu, Reka Bentuk dan Teknologi serta subjek Pendidikan Jasmani, malahan terlibat
dalam persatuan Matematik. Oleh yang demikian, saya telah memperolehi pengamalan sebagai seorang guru selama
sebulan yang telah banyak memberi ikhtibar kepada saya dalam menangani pelbagai jenis cabaran yang mendatang,
baik dari murid mahupun pengurusan sekolah.
Selain daripada itu, saya juga pernah menjalani PBS ataupun SBE iaitu Pengalaman Berasaskan Sekolah
ataupun School Based Experience selama seminggu untuk 4 semester. Semasa menjalani PBS, saya mengambil
peluang keemasan ini untuk melihat guru-guru mengajar, mencontohi dan banyak bertanya kepada mereka strategi
dan kaedah pengajaran, mengenali budaya sekolah dan ramuan penting dalam menjadi guru yang berdedikasi,
akauntabiliti dan cemerlang. Bahkan, saya juga banyak mengambil gambar dan video sekolah-sekolah tersebut agar
dapat dicontohi dan diaplikasi dalam sekolah yang bakal saya berkhidmat sebagai pendidik ataupun guru tetap kelak.
Tambahan pula, saya telah menjalani Program Ijazah Sarjana Muda selama 5 semester dan Pra selama 3
semester. Berbagai jenis subjek telah dipelajari oleh saya khususnya subjek EDU yang banyak mengajar saya
strategi, kaedah dan teknik pengajaran serta teori-teori yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaram.
Malahan, saya juga mempelajarai subjek-subjek lain seperti RBT yang mengandungi Kemahiran Hidup, Gerko yang
berkaitan dengan pengurusan Kokurikulum dan sebagainya. Pendedahan akedemik yang diberikan dan didapat melalui
pensyarah nilainya adalah tidak terhingga dan telah banyak mengajar saya betapa mulianya profesion perguruan.

Selanjutnya, saya juga banyak mengikut program wajib yang dianjurkan oleh institutsi, khususnya Program
Bina Insan Guru (BIG), Program Anak Angkat, Program Larian Mesra dan Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT),
Program Perkhemahan dan Kawad Formasi Pandu Puteri. Program-program ini telah banyak mendidik dan memberi
pengalaman secara langsung mahupun tidak langsung dalam pengurusan diri saya dalam masa yang terhad, membuat
keputusan yang tepat, pengurusan masa, ciri-ciri kepimpinan, nilai bertanggungjawab dan amanah dan banyak lagi.
Oleh itu, program ini juga telah banyak menyediaan saya untuk menjadi bakal guru yang dapat mendidik dan menjana
anak bangsa yang Berjaya dan dapat memberi sumbangan kepada masyarakat, bangsa dan negara.
Tuntasnya, pengalaman profesional yang diperolehi oleh saya sebelum menjalani Praktikum fasa ke-dua akan
saya gunakan untuk lagi memajukan diri saya dan akan berusaha perform dengan lebih baik dalam sekolah ini, iaitu
SK L.B Johnson.

Lam Pui Yee,


No 2, Lorong Damai,
Taman Suria Damai,
34000 Taiping Perak.

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan LB Johnson,

71760 Seremban,
Negeri Sembilan.

8 OGOS 2014

Tuan,
SURAT TUNJUK SEBAB TIDAK HADIR BERTUGAS KERANA URUSAN KEMALANGAN
Adalah dengan ini perkara di atas dirujuk.
2.

Saya merupakan guru pelatih, nama diberi Lam Pui Yee telah tidak hadir pada 4 Ogos 2012 (Isnin). Oleh itu, saya telah

dimaklumkan supaya memberikan surat tunjuk sebab kepada pihak tuan atas ketidakhadiran saya ke tempat kerja pada hari
tersebut.
3.

Untuk makluman tuan, pada 30 dan 31 Julai iaitu pada hari Rabu dan Khamis lalu, saya telah ditimpa kemalangan untuk

kedua-dua harinya. Oleh yang demikian, kereta saya telah mengalami kerosakan pada bahagian depan dan perlu dibaiki dan
mengambil masa yang agak lama. Maka, saya telah berusaha untuk mendapatkan

LAMPIRAN 2-4 A
LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM
MINGGU KE-
Nama Pelajar : _____________________________________________________________
Jenis Persatuan/ Sukan / Unit Beruniform : _______________________________________
Tarikh : ___________________

Masa : _________________________________

Nama Guru Penasihat GERKO : ________________________________________________


Bilangan Pelajar : ___________________________________________________________
Aktiviti/ Kemahiran yang dijalankan (kepimpinan, kepengurusan, kejurulatihan dan kepegawaian) :
_________________________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
Refleksi :
_________________________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
Aspek bimbingan oleh Guru Penasiha/ Pensyarah Pembimbing/ Guru Pembimbing :
_________________________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

_______________________
T. Tangan Pelajar

MINGGU : KE-3

________________________________
T. tangan Guru/ Pensyarah Pembimbing

TEMPOH : 07 Ogos 2014, 11 Ogos 12 Ogos 2014


TAJUK

: Aktiviti Kolaj Surat Khabar di bawah tajuk Nilai Murni dan Sumbangan Murid-murid 5 Arif

1. Masalah / Peristiwa :
Kelas pada hari ini berjaya membawa minat kepada murid-murid kerana pada hari ini, kelas Bahasa Melayu telah diadakan di
pusat sumber sekolah. Oleh yang demikian, murid-murid sangat bersemangat untuk kelas hari ini dan telah bergerak dari kelas
sendiri ke pusat sumber dalam masa yang singkat. Malahan, murid-murid mematuhi arahan guru iaitu membawa alat-alat tulis
yang diperlukan contohnya gunting, pensel, pensel warna dan marker pen.
2. Analisis :
Gelagat-gelagat yang ditunjukkan oleh murid berlaku mungkin disebabkan perubahan suasana pembelajaran persekitaran
daripada biasa dan keadaan pusat sumber yang kondusif. Selain itu, murid-murid juga sedia maklum dengan aktiviti yang akan
dijalankan oleh mereka iaitu aktiviti hands-on yang memerlukan mereka bekerjasama dalam menghasilkan projek
berkumpulan. Tambahan pula, keprihatinan guru dalam memastikan murid berdoa dan bersedia sebelum memulakan aktiviti
berkumpulan juga memberi ruang kepada murid untuk bersedia menerima arahan dan tugasan yang diberikan oleh guru.
Guru telah memulakan kelas dengan bersoal jawab dengan murid tentang contoh surat khabar Melayu yang biasa dibaca oleh
mereka seharian. Perkara ini telah berjaya menarik minat murid dalam menceritakan contoh-contoh surat khabar dan membuat
murid tertanya-tanya apa yang akan dibuat oleh mereka menggunakan surat khabar. Selanjutnya, guru telah menunjukkan
contoh kolaj surat khabar yang dihasilkan oleh guru sendiri dan guru telah membentangkan hasil kerja tersebut. Perkara ini
telah berjaya menarik perhatian murid dan murid menjadi tidak sabar untuk menghasilkan kolaj mereka mengikut kreativiti
masing-masing.
3. Cadangan Tindakan Susulan :

Selepas menghasilkan kolaj surat khabar, guru telah meminta murid-murid melaksanakan beberapa aktiviti sebagai pengukuhan
aktiviti kolaj surat khabar yang dijalankan :
Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil kerja kumpulan mereka dengan menyatakan tokohnya, sumbangan
dan nilai murni yang diamalkan oleh tokoh-tokoh ini.
Setiap ahli dalam sesebuah kumpulan dikehendaki menyumbang dan membentang hasil kerja kumpulan.
Menulis 2-3 soalan yang akan mereka soalkan kawan-kawan mereka pada penghujung aktiviti pembentangan.
Murid-murid dikehendaki bersoal jawab antara kumpulan pembentang dengan murid yang mendengar.
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Tindakan tersebut telah dilakukan pada 07 Ogos 2014 iaitu pada hari khamis dan diteruskan pada 11 Ogos (Isnin) sehingga 12
Ogos (selasa). Murid-murid berjaya mendapat input daripada aktiviti yang dijalankan oleh mereka dan juga ilmu yang
dibentangkan oleh kawan-kawan mereka. Selain itu, melalui aktiviti ini juga, jelas lihat kerjasama yang ditunjukkan oleh
segelintir kumpulan dan juga kreativiti yang terserlah dalam murid-murid 5A.

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan & Nama : __________________

Tandatangan & Nama : ___________________

(
Tarikh :

MINGGU : KE-5

(
Tarikh :

TEMPOH : 20 Ogos 2014


TAJUK

: Masalah kebersihan kelas.

1. Masalah / Peristiwa :
Pada hari ini, guru besar sekolah SK LB Johnson telah menegur tentang kebersihan kelas yang tidak dititikberatkan dalam
kelas dan menyebabkan keadaan kelas tidak bersih serta tidak kondusif untuk murid belajar. Masalah ini telah menimbulkan
kerisauan Guru Besar dan beliau telah memaklumkan masalah ini kepada guru-guru serta telah menunjukkan gambar kelas yang
tidak bersih kepada guru-guru pelatih supaya kami juga mengambil berat masalah ini dan tidak hanya menyampaikan ilmu
semata-mata tetapi perlu juga menitikberatkan nilai-nilai murni lain seperti nilai menjaga kebersihan, berdisiplin,
bertanggungjawab dan sebagainya.
2. Analisis :
Setelah dianalisis, didapati bahawa sebenarnya murid-murid sememangnya tidak mempunyai masa untuk mengemas dan
membersihkan kelas pada waktu pagi kerana mereka perlu berkumpul di tapak perhimpunan untuk roll call setiap pagi dan
apabila dilepaskan ke kelas, kelas waktu pertama telahpun bermula. Bukan itu sahaja, murid sendiri juga kurang rasa
tanggungjawab dalam diri mereka terhadap kelas sendiri dan tidak mempunyai inisiatif untuk membersihkan kelas apabila ada
sahaja masa lapang. Oleh yang demikian, masalah ini bukan sahaja timbul atas kesuntukkan masa malah berlaku disebabkan
sikap murid itu sendiri.
Bukan itu sahaja, masalah ini juga timbul mungkin disebabkan kelekaan guru dalam memastikan kebersihan kelas kerana terlalu
banyak kerja akedemik yang perlu dititikberat dan disampaikan dalam kelas. Hal ini telah menyebabkan guru terlepas pandang
kesan masalah ini yang telah berlaku secara tanpa disedari.
3. Cadangan Tindakan Susulan :

Antara cadangan tindakan susulan saya dalam membendung masalah ini ialah :
Sememangnya dari hari pertama lagi saya telah menetapkan rutin bilik darjah yang perlu dipatuhi oleh murid. Antara
rutin yang perlu dipatuhi oleh murid ialah murid perlu membersihkan kelas sebelum proses pengajaran dimulakan,
misalnya menyapu, membersihkan papan hitam dan membuang sampah dalam tong sampah. Murid-murid dikehendaki
melakukan rutin ini setiap kali ada kelas saya.
Keduanya, saya akan mula menitikberatkan kepentingan menjaga kebersihan sekolah dalam kalangan murid sekali
seminggu dan menyuruh murid supaya mengutip sekurang-kurangnya 5 sampah atau lebih lagi supaya isu ini dapat
diselesaikan dengan berkesan.
Malahan, saya juga akan menyuruh murid mengutip sampah di koridor-koridor bilik darjah dan di mana-mana sahaja
apabila saya ternampak sampah dan saya akan memastikan murid yang lalu di situ mengutipnya supaya murid dapat
mempraktikkan amalan mengutip sampah apabila ternampak sampah.
Selain daripada itu, saya juga akan mewar-warkan kepentingan mengutip sampah dalam kalangan murid yang di bawah
bimbingan saya khususnya dalam persatuan KH, permainan badminton dan Unit beruniform Pandu Puteri Tunas serta
murid-murid lain agar mengutip sampah setiap hari kerana menjaga sekolah itu tanggungjawab semua warga sekolah
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Tindakan tersebut telahpun dilakukan sejak saya mula berkhidmat di Sekolah Kebangsaan LB Johnson sebagai seorang guru
|

pelatih. Namun sekarang, saya akan lebih serious dalam menitikberat dan menekankan hal ini dalam kalangan murid saya
supaya murid-murid SK LB Johnson sedar tanggungawab mereka sebagai seorang murid yang bukan sahaja perlu cemerlang
dari segi pencapaian akademik dan kokurikulum, malah perlu juga mempunyai nilai-nilai murni lain dalam diri mereka.

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan & Nama : __________________


(
Tarikh :

Tandatangan & Nama : ___________________

(
Tarikh :