Anda di halaman 1dari 22

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

Tajuk 1

DAKWAH DALAM PENDIDIKAN

1.0 Sinopsis
Tajuk ini membahaskan tentang konsep dakwah dalam Islam. Dalam
unit ini, perbincangan mengenai konsep dakwah, peranan guru dan
juga teknik serta kesan dakwah dalam pendidikan.
bertujuan

untuk

meningkatkan

pengetahuan,

Pelajaran ini

kefahaman

dan

kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran Guru Pendidikan Islam.


Selain daripada itu pelajar juga diberi tugasan dan tajuk tutorial untuk
dilaksanakan.

Para

pelajar

diharap

akan

dapat

menguasai

dan

menghayati amalan dakwah dalam pendidikan sebagaimana yang


digariskan oleh ajaran Islam.
Hasil Pembelajaran
1. Menerangkan konsep dan pengertian dakwah Islamiyah.
2. Menghuraikan persediaan dan peranan sebagai seorang guru.
3. Menganalisa ciri-ciri, teknik dan keberkesanan guru sebagai Daei.
Kerangka Konsep Tajuk
K
oo
n
s
e
p
D
a
kk
w
a
h

aa
a
a
m
ee
k

1.1

kk

a
P

nn

d
d

KONSEP DAKWAH

Pelajar-pelajar sekelian !
1

i
i

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

Tahukah anda, guru adalah seorang Daie ?


1.1.1. Pengenalan
Menyampaikan ilmu dan menyeru ke arah kebaikan adalah merupakan
tanggungjawab setiap manusia di muka bumi ini. Justeru, semua
manusia berperanan untuk menyebarkan ajaran Islam yang benar
kepada insan lain seiring dengan tuntutan dakwah dalam Islam.
Melaksanakan tuntutan dakwah adalah merupakan suatu tuntutan
dalam agama Islam. Ia juga merupakan suatu tugas yang amat mulia
yang meneruskan kesinambungan tugas para nabi dan rasul.
1.1.2. Definisi Dakwah
Dari segi bahasa bererti mengajak, menyeru, memanggil. Manakala dari
segi istilah, dakwah bermaksud menyeru manusia kepada jalan Allah
Taala dengan mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah
kemunkaran dengan cara berhikmah dan bijaksana. Amalan berdakwah
hendaklah dilakukan sepanjang hayat dan selari dengan dakwah para
daie, nabi dan rasul.
Muhammad al-Ghazali mendefinisikan dakwah sebagai suatu program
yang lengkap, yang meliputi semua peringkat, mengandungi semua
ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia bagi menjelaskan
tugasan dan matlamat hidup.
Manakala Dr. Yusuf al-Qardawi menjelaskan dakwah sebagai suatu
usaha yang membawa orang lain kepada Islam seperti mengikuti
perintah agama, melaksanakan ketetapan di muka bumi,
mengkhususkan segala bentuk perhambaan diri, taat kepada Allah
sahaja, melepaskan diri dari segala kongkongan yang bukan daripada
Allah.

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

Kesimpulannya dakwah bermaksud sesuatu proses membawa,


mengajak, menyeru orang lain, masyarakat dan murid-murid kepada
Islam, mengamalkan ajarannya, meninggalkan apa yang dilarang dan
menumpukan perhambaan diri kepada Allah Taala sahaja.

1.1.3. Dalil Berkaitan Dakwah ;


i. Surah Aali-Imran ; Ayat 104

Maksudnya :
Dan hendaklah kamu menjadi umat yang menyeru kepada kebajikan,
menyeru kepada yang makruf dan mencegah perkara yang mungkar.
Mereka inilah orang yang beruntung
ii. surah an-Nahl; 36

Maksudnya :
Sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul kepada tiap-tiap umat
(untuk menyerukan) sembahlah Allah sahaja dan jauhilah thaguut.
Maka di antara umat itu, ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti


kesesatan baginya
1.1.4. Meneruskan Tanggungjawab Para Nabi
Menjadi seorang pendakwah bermaksud meneruskan tanggungjawab
yang telah ditinggalkan oleh para nabi dan rasul. Justeru, pekerjaan dan
amalan tersebut dipandang mulia oleh agama dan masyarakat.
Antara tugas seorang daie dalam meneruskan tanggungjawab para
nabi dan rasul ialah :
1. menyeru masyarakat kepada Islam dengan mengamal
syariahnya.
2. membetulkan akidah masyarakat kepada akidah yang benar.
3. memberi penerangan dan bimbingan tentang ibadah dalam
Islam.
4. membentuk dan mendidik akhlak yang mulia dalam kalangan
murid.
5. menjadikan diri sebagai contoh tauladan dan ikutan.
6. menanamkan nilai-nilai agama dan rasa patuh kepada Allah dan
RasulNya.
Kesinambungan meneruskan tanggungjawab berdakwah bukan saja
terletak di bahu guru dan alim ulama semata-mata, malah ia turut
menjadi tanggungjawab kepada semua warga muslim yang cintakan
Allah Taala, Rasulullah s.a.w. dan agama Islam itu sendiri.

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

Buat perbincangan dalam kumpulan bersama rakan anda


mengenai persamaan dan perbezaan tanggungjawab
para nabi dan rasul dengan pendakwah. Lakarkan hasil
perbincangan dalam grafik banding beza.

1.1.5. Rukun Dakwah

5
4.
.
Q
a
w
a
i
d

3
.
M
a
u
d
h
u
'

R
u
k
u
n
D
a
k
w
a
h

Rukun Dakwah terbahagi kepada lima iaitu :


i.
ii.
iii.
iv.
v.

Daie (Pendakwah)
Madu (Sasaran Dakwah)
Maudhu (Kandungan)
Qawaid (Kaedah)
Uslub (Pendekatan)

2
.
M
a
d
'
u

1
.

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

1. Daie bermaksud pendakwah atau orang yang melakukan


dakwah.
Antara ciri-cirinya ;
i.
ii.
iii.
iv.

Memiliki akidah yang teguh lagi sahih.


Mempunyai akhlak yang terpuji.
Istiqamah dalam amalan.
Mampu dijadikan sebagai qudwah hasanah (contoh

v.
vi.

ikutan).
Berpengetahuan luas tentang ilmu agama dan semasa.
Berkemahiran dalam uslub dakwah.

2. Madu bermaksud sasaran dakwah atau orang yang didakwah dan


diajak ke arah kebaikan seperti murid, rakan, ahli masyarakat dan
sebagainya. Golongan ini perlu kepada bimbingan dan didikan
untuk menjadi insan yang soleh.
3. Maudhu atau madu bihi bermaksud isi kandungan dakwah. Ia
adalah bahan yang cuba disampaikan oleh daie. Ia merupakan
bimbingan mengenali Islam melalui ;
i.
ii.
iii.
iv.

Pengenalan asas-asas Islam


Ilmu-ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah
Keistimewaan sistem Islam
Isu-isu semasa

4. Qawaid bermaksud kaedah yang digunakan dalam proses


berdakwah. Ia amat penting untuk dakwah yang berkesan. Ia
dilaksanakan melalui 3 strategi iaitu ;
a. Melalui lisan ( ). Contoh ;
ceramah dan tazkirah selepas solat zohor, motivasi
dan sebagainya.
b. Melalui penulisan ( ) . Contoh ;
risalah yang diedarkan kepada murid.
memberi nasihat dalam blog.

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

menulis dalam majalah, buku, surat khabar dan


sebagainya.

c. Melalui hal/ situasi ( ) . Contoh ;


melalui peribadi/ contoh teladan yang baik.
mengadakan usrah.
menganjur program-program kerohanian seperti
kempen solat jemaah, menutup aurat, sambutan hari
kebesaran Islam dan sebagainya.
5. Uslub bermaksud pendekatan, jalan dan cara. Ia penting untuk
menarik perhatian dan minat madu melalui ;
i.
ii.
iii.
iv.
v.

berhikmah dan bijaksana


gaya bahasa yang sesuai
dialog dengan bijaksana
kasih sayang
prihatin

1.1.6. Keperluan Berdakwah


Dakwah merupakan satu keperluan kepada manusia. Sebagai seorang
individu yang lemah yang sentiasa memerlukan bimbingan dan
panduan dalam meneroka kecemerlangan hidup, manusia sentiasa
dahagakan seruan-seruan yang bakal membawa diri mereka ke arah
kecemerlangan dan kejayaan di dunia dan akhirat. Antara sebab-sebab
yang menjadikan dakwah sebagai suatu keperluan ialah :
i. Amanah Allah.
Manusia sebagai khalifah di muka bumi, diberi akal fikiran
sebaik-baik kejadian. Justeru sebagai duta Allah, seseorang
individu itu perlu melaksanakan amanah dan tanggungjawab
untuk menyebarkan ajaran Islam dengan sebaik-baiknya.
ii. Keadaan masyarakat sekarang.

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

Situasi masyarakat dewasa kini yang semakin membimbangkan


akibat kegagalan menangani arus globalisasi dunia tanpa
sempadan. Akhirnya pelbagai unsur-unsur negatif dan
keruntuhan akhlak seperti permasalahan sosial, keruntuhan
akidah, isu murtad dan pengaruh ajaran sesat yang berleluasa.
Dunia seolah-olah kembali kepada zaman jahiliyah yang
mengikuti hawa nafsu, dorongan syaitan dan cintakan dunia.

iii. Kejahilan manusia.


Jahil bukanlah bermaksud bodoh dari sudut ilmu pengetahuan,
tetapi lebih kepada kebodohan dalam mengenali dan mengakui
Tuhan yang Esa. Manusia yang jahil memandang ilmu agama
tidak penting. Mereka bersikap seolah-olah tiada beza halal dan
haram, tidak membaca al-Quran, menunaikan solat dan
sebagainya lagi. Orang yang berilmu turut berada dalam
kejahilan apabila melakukan perkara yang tidak bermoral dan
tidak bermaruah.
iv.

Menyelamatkan diri daripada kemurkaan Allah Taala.


Allah bukan sahaja menurunkan bala kepada orang yang
melakukan maksiat saja tetapi semua manusia termasuk orang
alim yang tidak menasihati atau berdakwah kepada orang yang
melakukan maksiat. Justeru, menjadi tanggungjawab orang yang
ada ilmu agama untuk membela dan menyelamatkan bangsanya
daripada kehancuran dan kemurkaan Allah Taala.

v.

Manusia mudah lupa.


Sifat fitrah manusia yang mudah lupa, lalai dan leka dengan
keseronokan duniawi. Lantaran, mereka perlu diingatkan agar

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

tidak sesat ke dalam hasutan syaitan dan kembali ke pangkal


jalan yang benar.
vi.

Menjelaskan hikmah di sebalik suruhan dan larangan


Setiap suruhan dan larangan Allah memiliki pelbagai alasan dan
hikmah yang tersendiri. Maka setiap manusia yang berakal waras
akan berkeinginan untuk mengetahui alasan dan hikmah
tersebut. Apabila mengetahui kebenaran yang hakiki, mereka
akan lebih mudah menerima Islam.
Dengan itu, seorang ibu bapa atau guru perlu menjelaskan
hikmah dan kelebihan di sebalik perintah Allah supaya pelajar
tidak rasa terpaksa atau dipaksa melakukannya. Akhirnya mereka
akan melakukan sesuatu dengan ikhlas dan bukannya kerana
rasa takut ataupun terpaksa.

vii. Mesej yang sesuai dengan sasaran


Berkomunikasi mengikut kesesuaian tahap orang yang
mendengar.Kerana itu, mereka perlu menggunakan ayat-ayat
yang mudah difahami. Sebagai contoh Rasulullah s.a.w. sering
menggunakan ayat yang mudah dan ringkas bagi memastikan
para sahabat berasa senang dalam mengamalkan ajaran Islam.
Bincangkan dengan rakan anda mengenai cara-cara
berdakwah yang berkesan. Buat catatan isi-isi
penting, kemudian bentangkan dalam sesi tutorial
bersama pensyarah.

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

1.2

PERANAN GURU

Pelajar-pelajar sekelian !
Siapakah Guru ?

1.2.1. Guru Sebagai Satu Profesion

10

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

Menurut Kamus Dewan, guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh.


Pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih. Pengajar
didefinisikan sebagai seorang yang menjadi petunjuk kepada orang
lain. Manakala pengasuh merujuk kepada orang yang memelihara,
menjaga dan mendidik.
Sedangkan profesion, profesional dan profesionalisme dianggap
mempunyai hubungkait rapat dengan kemahiran dan kepakaran yang
diiktiraf. Profesion boleh ditakrifkan sebagai kerjaya, manakala
professional ialah individu yang bekerjaya dan profesionalisme adalah
nilai yang menjadi pegangan oleh seseorang individu dalam
menjayakan kerjayanya.
Justeru, timbul persoalan. Adakah profesion perguruan itu merupakan
satu kerjaya yang profesional?
Adakah kerjaya seorang guru itu setaraf dengan kerjaya doktor,
penguam ataupun jurutera ?
Berikut adalah pandangan beberapa orang tokoh yang melihat kerjaya
guru sebagai satu profesion :
1. Cormin (1965), Havighurst dan Levine (1979), Howsam et al.
(1976) beranggapan bahawa kerjaya pendidik layak diiktiraf
sebagai professional.
2. Amital Etzioni (1969) meletakkan kerjaya guru sebagai separa
professional.
3. Awang Had Salleh (1980) berpendapat bahawa guru lebih mirip
kepada pekerjaan daripada profesion.
4. Pratte et al.(1993) menggariskan 4 kriteria yang perlu wujud
sebagai profesion iaitu gaji, status sosial, berautonomi dan
mempunyai kuasa autoritatif.

11

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

Rumusannya, kerjaya guru bolehlah dianggap sebagai profesion yang


profesional apabila mengambil kira tahap perkembangan masa kini
yang semakin mencabar dan kerjaya guru yang lebih bersistematik. Di
Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan
Tatasusila Profesion Keguruan sebagai garis panduan kepada setiap
guru dalam menjaga imej mereka selaku kakitangan awam.
1.2.2. Persediaan Sebagai Seorang Guru
Seseorang yang ingin menjadi guru perlu membuat persedian dan
melengkap diri terlebih dahulu agar dapat menjadi seorang guru yang
cemerlang dan terbilang. Antara persediaan yang perlu dilakukan oleh
seseorang bakal guru adalah :
1.

Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan ilmu-ilmu


semasa. Bakal guru perlu melengkap diri dengan pelbagai
ilmu pengetahuan. Bukan sekadar ilmu mata pelajaran
yang akan diajar, malah juga ilmu-ilmu lain dan ilmu-ilmu
semasa. Contoh :
i.

Menguasai ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.

ii.

Ilmu tentang mata pelajaran yang diajar

iii.

Perkembangan isu-isu semasa sama ada dalam dan

luar
negara
iv.

Membudaya ilmu dengan cara banyak membaca dan


membuat kajian atau penyelidikan.

2.

Mengukuhkan keimanan dalam diri. Seorang bakal guru


juga perlu mengukuhkan keimana dalam diri mereka
melalui :
i.

Memiliki akidah yang sahih

ii.

Memelihara dan menjaga iman daripada perkara yang


membatalkan iman

iii.

Menambah keimanan setiap masa

12

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

3.

Mengamalkan amar maruf nahi munkar. Sebagai seorang


muslim sejati, seorang guru perlulah sentiasa peka dan
menjadi agen penggerak kepada masyarakat. Mereka
sewajarnya menerapkan amalan Islam melalui pelaksanaan
suruhan Allah dan menjauhi segala larangannya dengan
cara berikut :

4.

i.

Menjadikan Islam sebagai satu cara hidup (way of life)

ii.

Melaksanakan amalan wajib dan sunat

iii.

Menjauhkan diri daripada perkara haram

iv.

Meninggalkan perkara makruh dan syubhah

v.

Istiqamah dalam melakukan ibadah

Melengkapkan diri dengan asas kemahiran terkini. Seorang


guru yang hebat akan sentiasa meneroka ilmu pengetahuan
dan menyiapkan diri dengan perkembangan arus semasa
yang berkembang dengan pesat. Justeru, mereka perlu
menyiapkan diri dengan pelbagai kemahiran terkini seperti :
i.

Menguasai kemahiran asas-asas Islam seperti al-

Quran, jawi,
bahasa Arab dan sebagainya.
ii.

Kemahiran kepimpinan masyarakat

iii.

Kemahiran komunikasi dan bersosial (inter &

intrapersonal)

iv.

Menguasai pelbagai bahasa (B.Arab,

Inggeris, Cina, Tamil)


v.

Kemahiran ICT (internet, PPT, dll)

Melalui persediaan yang telah dibuat, maka seseorang guru akan dapat
memainkan peranannya dengan sebaik mungkin u tuk membimbing
warga pelajar ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat.

1.2.3. Sifat Guru

13

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

Menurut Abdul Halim al-Muhammadi, sifat wajib bagi guru adalah


seperti berikut :
1. Zuhud dalam kerjaya. Melaksanakan amanah dengan niat
mencari keredhaan Allah dan bukannya kerana mengharapkan
balasan kebendaan.
2. Sentiasa menjaga kebersihan diri dan jiwa. Membersihkan diri
dengan penampilan diri yang kemas. Manakala membersihkan
jiwa daripada kekotoran seperti riak, hasad dan dengki.
3. Menjaga kehebatan dan penghormatan diri seperti menjaga
peribadi, bersifat rendah diri dan tidak terlibat dengan perkaraperkara yang boleh menjatuhkan maruah sama ada dalam bentuk
pemakaian, percakapan serta perbuatan.
4. Bertindak sebagai ibu atau bapa kepada murid dengan mengasihi
mereka seperti anak sendiri, menyelidiki dan mengetahui latar
belakang murid serta melayan murid dengan baik dan adil.

14

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

5. Memahami tabiat murid melalui mengetahui taraf, latar belakang


dan kemampuan murid serta menyesuaikan kemampuan murid
dengan kaedah dan bahan bantu mengajar.
Manakala menurut Imam al-Ghazali, ciri-ciri guru yang efektif ialah ;
1. rasa simpati kepada murid dan menganggap mereka seperti anak
2.
3.
4.
5.
6.

sendiri.
mengikut tingkah laku dan sunnah Rasulullah saw.
tidak mengharapkan ganjaran
memberi nasihat dengan lemah lembut dan bukannya memarahi
tidak merendahkan disiplin ilmu di hadapan murid
menyediakan bahan pengajaran yang mudaah difahami dan
sesuai dengan tahap murid.

1.2.4. Peranan Guru


Guru berperanan sebagai muallim, mudarris, muaddib, mursyid dan
murabbi kepada para pelajar dan ahli masyarakat sekitarnya.
1.

Guru sebagai Muallim. Sebagai seorang muallim, setiap


guru hendaklah menyampaikan ilmu pengetahuan kepada
murid secara berkesan.
Mereka bertanggungjawab menyampaikan ilmu yang benar
dan menjadikan seseorang individu memiliki ilmu
pengetahuan melalui proses yang berperingkat-peringkat.
Berikut adalah ciri-ciri muallim :
i. Memiliki niat yang ikhlas.
ii. Bermatlamatkan untuk menyelamatkan murid daripada
azab neraka dan mendekatkan mereka kepada Allah.
iii. Mengetahui dasar-dasar dan asas-asas pendidikan dalam
negara.
iv. Memahami strategi pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.
15

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

v. Dapat memotivasikan murid.


vi. Memiliki kemahiran pengurusan bilik darjah yang
berkesan.
vii.Memberi perhatian kepada semua pelajar khususnya
yang lemah.
viii. Mengamalkan apa yang diajar.
ix. Berusaha meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan.
x. Meningkatkan kemahiran ikhtisas dengan menghadiri
kursus dan seminar dari masa ke semasa.
xi. Mempelbagaikan strategi, pendekatan, kaedah dan
teknik pengajaran yang dapat menarik minat pelajar.
xii.Menerapkan nilai-nilai murni di dalam pengajaran dan
pembelajaran dengan jelas dan tepat.
2.

Guru sebagai Mudarris. Sebagai mudarris, seorang guru


sewajarnya dapat mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dan kondusif.

Berikut adalah ciri-ciri mudarris :


i. Zuhud; mengajar bukan untuk ganjaran.
ii. Medapat keredhaan Allah
iii. Bersih jiwa daripada sifat riak, pemarah dan ujub.
iv. Menjaga kebersihan diri dan pakaian.
v. Berkeperibadian mulia.
vi. Menjaga kehebatan dan kehormatan diri
vii.Rendah diri
viii. Pandai menjaga diri
3.

Guru sebagai Muaddib. Sebagai muaddib, guru


bertanggungjawab mendidik dan membentuk akhlak dan
tingkah laku murid. Mereka juga perlu menimbulkan
semangat dan minat murid dalam megamalkan ajaran
Islam sehingga menjadi kebiasaan.
Contoh :

i. Solat berjemaah, berpuasa, rajin belajar, menjaga kebersihan.


ii. Melahirkan minat pelajar melalui program-program seperti
tilawah, azan, nasyid.

16

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

iii. Mengajar adab dan budi pekerti.


iv. Proses mendisiplinkan murid melalui pendekatan kerohanian dan
jasmani.
v. Melibatkan perkataan, perbuatan, kepercayaan dan niat.
vi. Melibatkan penguasaan ilmu pengetahuandan perubahan sahsiah
dengan tujuan untuk mencapai akhlak mulia.
Berikut adalah ciri-ciri muaddib :
i. Perlu menjadi contoh teladan yang baik.
ii. Menanamkan perasaan cinta dan taat kepada Allah.
iii. Menyematkan kepercayaan yang benar dalam diri
murid.
iv. Memberikan kefahaman yang jelas mengenai
kepentingan ibadah.
v. Menaikkan semangat murid.
vi. Menimbulkan minat murid untuk mengamalkan ajaran
Islam.
4.

Guru sebagai Mursyid. Sebagai mursyid, mereka perlu


memberi dorongan dan motivasi kepada murid dengan cara
memberi petunjuk dan membentuk kepimpinan insan. Guru
juga perlu bersedia menjadi seorang penasihat yang baik
serta menjadi pengajar, penasihat dan pendorong.
Mereka hendaklah membantu murid untuk berkembang dan
mencapai kecemerlangan diri. Malah sebagai mentor
kepada murid mereka menjadi rujukan dalam perkara yang
berkaitan dengan permasalahan agama kepada rakan
sejawat, murid-murid dan masyarakat.
Berikut adalah ciri-ciri mursyid :
i. bersifat ikhlas, penyayang dan murah hati.
ii. mengambil berat dan seorang pendengar yang baik.
iii. sentiasa menerima tugas dan bertanggungjawab.

5.

Guru sebagai Murabbi. Sebagai murabbi, seseorang guru


akan mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid.
Mereka bertindak untuk mendidik pelajar dengan cara

17

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

mencurahkan kasih sayang, memelihara, mendidik,


mengembangkan, dan menyuburkan pendidikan jiwa
pelajar. Proses mendidik dan membentuk akhlak murid
sehingga wujud kasih sayang dan saling mempercayai.
Berikut adalah ciri-ciri murabbi :
i. Menyayangi murid seperti anak sendiri.
ii. Memberi nasihat dalam pengajaran dan tingkah laku
murid.
iii. Menjaga disiplin muridnya.
iv. Mengguna pendekatan menegur secara baik.
v. Menggalakkan perlakuan maruf secarakasih sayang.
vi. Mengutamakan keselamatan dan kebajikan murid.
vii.Adil terhadap murid tanpa mengira latar belakang.
viii. Merahsiakan maklumat sulit murid.
ix. Membimbing murid melalui cara berpakaian, pertuturan,
tingkah laku dan contoh teladan.

Jelaskan perbezaan antara muallim, murabbi, mudarris,


mursyid dan muaddib. Bincangkan !
1.2.5. Tanggungjawab Guru
Tanggungjawab guru amat berat untuk dipikul dan dilaksanakan.
Tanggungjawab tersebut tidak tertumpu kepada pihak sekolah dan
murid semata-mata. Malah mereka juga bertanggungjawab kepada
masyarakat dan negara.
Antara tanggungjawab guru di sekolah ialah :
i.
ii.

Guru sebagai pemimpin sekolah, panitia, kelab dan murid.


Guru sebagai pengurus sesi pengajaran dan pembelajaran yang

iii.

berkesan.
Guru sebagai contoh teladan yang terbaik kepada murid.

Tanggungjawab guru kepada murid ialah :

18

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

i.

Mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada yang

ii.

lain.
Bersikap adil kepada semua murid tanoa mengira bangsa, agama

iii.

dan sebagainya.
Penampilan imej yang baik melalui pertuturan, berpakaian,

iv.

tungkah laku dan pergaulan.


Sentiasa meningkatkan profesionalisme pernguruan.

Tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara ialah :


i.
ii.

Menyebarkan ilmu yang benar.


Membimbing murid menjadi warganegara yang taat setia,

iii.
iv.

bertanggungjawab dan berguna.


Menghormati masyarakat dan tempat berkhidmat.
Berkerjasama dan menjaga tingkahlaku dalam kehidupan
seharian
Fikirkan tanggungjawab Guru Pendidikan Islam kepada
pelajar, masyarakat dan negara. Bincangkan !
TEKNIK DAN KESAN

1.3

Pelajar-pelajar sekelian !
Bagaimanakah ANDA berdakwah di sekolah ?

1.3.1.

Bentuk Dakwah di Sekolah

Dakwah di sekolah boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk.


Antaranya ialah :
i. Penulisan dan risalah
ii. Ceramah dan tazkirah
19

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

iii. Contoh teladan


iv. Usrah
v. Program keagamaan seperti hari kebesaran Islam, festival
nasyid dan sebagainya

1.3.2.

Teknik Dakwah di Sekolah

Teknik berdakwah di sekolah memerlukan perancangan dan strategi


yang amat teliti bagi menjamin kejayaan dan kecemerlangan diri
pelajar. Antara teknik berdakwah di sekolah ialah :
i. Penjelasan yang nyata dan jelas.
Teknik berdakwah yang berkesan amat mementingkan
penjelasan yang tepat dan benar terhadap sesuatu perkara.
Teknik ini bertujuan untuk memudahkan dan memberi
kefahaman kepada orang lain.
Sebagai seorang guru, kita tidak boleh membiarkan anak
murid didedahkan dengan sesuatu tanpa penjelasan kerana
ditakuti akan terpesong dan salah tafsiran. Rasulullah s.a.w.
akan menjelaskan sesuatu dengan terperinci berdasarkan
firman Allah di dalam al-Quran melalui hadith Baginda
s.a.w.
ii.

Berperingkat-peringkat.
Dakwah di sekolah hendaklah dijalankan secara
berperingkat-peringkat. Ini akan memudahkan penerimaan
madu (murid) kerana perubahan memerlukan masa.
Perubahan secara drastik akan mengejutkan dan
membebankan pelajar. Ini sejajar dengan ajaran Islam yang
disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. kepada para sahabat
secara berperingkat dan bukannya sekaligus.

20

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

iii.

Mudah.
Islam itu mudah dan fleksible. Guru perlu mendidik pelajar
dengan pendekatan yang memudahkan dan bukannya
terlalu rigid terhadap sesuatu perkara. Sebagai contoh ;
Tuntutan solat ; bagi yang tidak mampu berdiri, perlu solat
secara duduk, jika tidak mampu, secara berbaring,
mengiring dan isyarat mata.

iv.

Lemah lembut, berhikmah dan bijaksana


Dakwah juga hendaklah disampaikan secara lemah lembut,
berhikmah dan bijaksana. Ini kerana menjadi fitrah manusia
lebih mudah menerima teguran secara berhikmah dan
bukannya secara kekerasan dan kasar.

1.3.3.

Kesan Dakwah

1. Individu (murid).
Antara kesan dakwah kepada individu pelajar ialah :
a. menjadi perisai kehidupan untuk mengawal unsur-unsur
kehaiwanan yang semulajadi wujud dalam diri manusia.
b. menjadikan manusia sebenar dengan memiliki akhlak
yang mulia.
c. berjaya membentuk akhlak terpuji murid.
2.

Masyarakat
Antara kesan dakwah kepada individu pelajar ialah :
a. melahirkan masyarakat yang mengamalkan cara-cara
hidup Islam.

21

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

b. membina khairu ummah


c. mewujudkan muslim yang sejahtera akidahnya, sihat
ibadahnya dan teguh akhlaknya.
d. menghasilkan masyarakat Islam yang berilmu, beriman
dan bertaqwa.
e. masyarakat yang penuh dan mengabdikan diri kepada
Allah, berkasih sayang, bekerjasama dan
bertanggungjawab.
f. memelihara kestabilan hidup bermasyarakat dan
bernegara.

Anda dikehendaki menyediakan satu perancangan


berdakwah di sekolah melalui sesi mentor-mentee.
Bincangkan kepentingan dan permasalahan yang mungkin
akan berlaku.

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan


pembelajaran tajuk ini dengan jayanya!
.

Terima Kasih
~ @r@~

22

Anda mungkin juga menyukai