Anda di halaman 1dari 29

FAKTA

Faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum kepada Pelajar


Kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan yang dijalankan di luar jadual
waktu belajar. Kegiatan kokurikulum terbahagi pada tiga komponen iaitu kelab
dan persatuan, sukan dan permainan serta unit pakaian seragam.

Dengan menyertai kegiatan kokurikulum, para pelajar dapat memantapkan


pengetahuan mengenai sesuatu kegiatan. Para pelajar mendapat ilmu mengenai
kemahiran tertentu seperti berkhemah atau meningkatkan kemahiran dalam
sukan yang diikuti.

Selain itu, para pelajar dapat memupuk disiplin yang tinggi dalam diri.
Setiap aktiviti yang dilakukan memerlukan pelajar patuh kepada peraturan. Ini
dapat menyemai jati diri dan menjadi pelajar yang bertanggungjawab.

Di samping itu, penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dapat


memupuk sikap positif dalam diri pelajar. Para pelajar dapat belajar bagaimana
untuk bekerjasama dan mempunyai semangat setia kawan. Setiap aktiviti yang
dijalankan dapat menjadikan para pelajar bersatu padu dan membuat aktiviti
dalam suasana harmonis.

Seterusnya, bakat para pelajar dapat dicungkil melalui kegiatan


kokurikulum. Bakat yang terpendam dapat dipupuk dan dikembangkan untuk
kebaikan pelajar. Para pelajar dapat menggunakan bakat yang ada untuk
mencorak kerjaya pada masa hadapan.

Oleh itu, para pelajar perlu melibatkan diri sepenuhnya dalam kegiatan
kokurikulum. Jelaslah bahawa kegiatan kokurikulum memberi banyak faedah
kepada pelajar.

SYARAHAN
Kebaikan Bersukan

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, yang


dihormati Tuan Guru Besar, para hakim yang bijaksana, guru-guru dan rakanrakan yang dikasihi.

Tajuk syarahan saya ialah Faedah Bersukan. Bersukan merupakan aktiviti


yang dilakukan di luar bilik darjah seperti bermain bola sepak, bola jaring dan
sebagainya,

Hadirin yang dihormati,


Apabila kita bersukan, badan kita akan menjadi sihat. Dengan gerakan
yang banyak dilakukan, badan kita akan mengeluarkan peluh. Peluh yang
dikeluarkan itu mengandungi bahan kumuhan yang tidak diperlukan oleh badan.

Selain mendapat badan yang sihat , kita dapat juga mencerdaskan otak.
Dengan bersukan, oksigen lebih banyak sampai ke otak. Otak yang cerdas
membantu pelajar lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.

Hadiri yang dihormati,


Selain itu, kita dapat mengenali lebih ramai kawan atau merapatkan
hubungan dengan kawan. Apabila mendapat ramai kawan, kita tidaklah kekok
untuk berinteraksi dengan orang lain. Ini menjadikan kita seorang yang aktif.

Seterusnya, kita boleh mengisi masa lapang dengan bersukan. Aktiviti


bersukan banyak memberi faedah kepada kita. Oleh itu, masa lapang kita tidak
berlalu dengan sia-sia apabila kita bersukan.

Saya menyeru kepada hadirin agar menyertai kegiatan sukan yang


ternyata banyak memberi faedah kepada kita. Sekian saya syarahan saya kali
ini, terima kasih.

CERAMAH
Cara-cara Menangani Masalah Penyakit Berjangkit

Salam sejahtera diucapkan kepada Guru Besar, guru-guru, dan muridmurid yang dihormati. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak
sekolah ini kerana sudi mengundang saya untuk menyampaikan ceramah pada
pagi ini. Tajuk ceramah saya pada pagi ini ialah Cara-cara Menangani Masalah
Penyakit Berjangkit.

Hadirin yang dihormati,


Negara kita sering dilanda wabak penyakit berjangkit yang berbahaya
seperti demam denggi, demam kepialu, dan taun. Penyakit-penyakit ini jika tidak
dikawal akan memudaratkan malahan membawa maut kepada penghidapnya.
Oleh itu, kita semua berperanan penting dalam mengawal penyakit ini daripada
merebak.

Perkara utama yang perlu kita ambil berat ialah kebersihan diri sendiri.
Kita harus memastikan badan kita sentiasa bersih dan sihat. Jadikan membasuh
tangan sebelum makan sebagai amalan. Elakkan makan di luar kerana makanan
yang dimasak itu belum tentu bersih dan selamat untuk dimakan.

Hadirin yang dikasihi,


Persekitaran rumah kita juga perlu diberi perhatian. Usah biarkan sampahsarap bertaburan atau berlonggok sehingga dihurungi lalat. Parit dan longkang
hendaklah dibersihkan untuk mengelakkan air bertakung. Tin-tin kosong, botolbotol minuman, dan tayar-tayar lama perlu ditanam atau dibbuang di tempat
yang disediakan. Ini penting untuk mengelakkan pembiakan nyamuk yang
membawa penyakit.

Selain itu, penduduk sesebuah kawasan baik di kampung atau di taman


perumahan harus bergotong-royong membersihkan kawasan masing-masing.
Kawasan yang bersih menjamin keselamatan penduduk daripada dihinggapi
nyamuk yang membawa penyakit. Kita hendaklah bekerjasama dalam
menangani masalah penyakit berjangkit ini.

Saya menyeru kepada hadirin agar mengambil berat akan kebersihan


diri dan persekitaran Saya akhiri dengan kata-kata cegahlah sebelum parah.
Sekian, terima kasih.

PERBAHASAN
Buah-buahan Tempatan Lebih Baik Berbanding Buah-buahan Luar
Negara

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang bijaksana, guru
besar, guru-guru, rakan-rakan pembangkang serta para hadirin yang dikasihi.

Terima kasih saya ucapkan atas peluang yang diberikan. Saya


menyokong tajuk perbahasan iaitu buah-buahan tempatan lebih baik berbanding
buah-buahan luar Negara.

Hadirin yang dihormati,


Buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang ditanam di negara
sendiri. Buah-buahan tempatan seperti jambu, nangka , betik dan lain-lain lagi
senang diperoleh. Kita juga boleh menanam sendiri buah-buahan tempatan ini
yang senang tumbuh dan hidup subur. Tidak perlu kita mendapatkan buahbuahan luar negara yang pasarannya terhad di pekan atau di bandar.

Selain itu, buah-buahan tempatan mempunyai khasiat yang setanding malah


ada yang lebih baik lagi berbanding buah-buahan luar negara. Kita boleh
memperoleh buah-buahan tempatan yang lebih segar tanpa bahan pengawet. Ini
dapat meningkatkan tahap kesihatan yang lebih baik berbanding makan buahbuahan luar negara yang mempunyai bahan pengawet yang boleh menjejaskan
kesihatan kita.

Hadirin yang dikasihi,


Kita dapat menjimatkan belanja dengan memakan buah-buahan
tempatan kerana harga yang lebih murah berbanding buah-buahan luar negara.
Dengan itu, kita dapat khasiat dengan memakan buah-buahan tempatan dengan
mudah.Kebanyakan rakyat termasuk rakyat berpendapatan rendah mampu
membeli buah-buahan tempatan berbanding buah-buahan luar negara yang
lebih mahal harganya.

Sehubungan itu, secara tidak langsung kita dapat meningkatkan ekonomi


negara kita. Pendapatan para petani kita yang mengusahakan tanaman buah-

buahan tidak terjejas malah semakin meningkat. Secara tidak langsung kita
membantu para pengusaha tanaman buah-buahan meningkatkan produktiviti
mereka.

Jelaslah bahawa makan buah-buahan tempatan lebih baik daripada


makan bauah-buahan luar negara. Sekian, saya sudahi dengan lafaz terima
kasih.

UCAPAN

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar,Guru Penolong


Kanan,guru-guru dan rakan sekalian.Saya sebagai wakil murid,ingin
mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini.

Hadirin sekalian,

Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Hari ini
merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi
mengenang dan menghargai jasa guru.Oleh itu marilah kita menghargai jasa
guru.

Rakan-rakan sekalian,

Guru ialah insan yang mendidik,mengasuh dan membimbing kita hingga


kita dapat mencapai kejayaan.Kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar
nilainya dan wajar dikenang sepanjang hayat.Mereka tidak pernah jemu
mengajar kita supaya kita dapat mengenal huruf ,membaca dan mengira.

Guru juga adalah ibu bapa kita di sekolah.Oleh itu,kita mestilah menghormati
guru.Segala nasihat guru mestilah kita dengar dan patuhi.Jangan sesekali kita
abaikan segala nasihat mereka.

Rakan sekalian,

Guru adalah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin
belajar.Mereka sedia mendengar segala masalah yang kita tidak fahami dalam

pelajaran.Oleh itu guru adalah pendidik yang sangat berdedikasi semasa


mengajar kita di sekolah.

Sesungguhnya jasa guru tidak ternilai harganya.Guru ibarat lilin yang


membakar diri untuk menerangi orang lain.Wahai para guru yang kami
sayangi,jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik
kami dengan sabar .

Catatan Jenis Diari


Andaikan bahawa ibu anda sakit kuat . Ibu anda dimasukkan ke hospital .
Tuliskan suatu catatan selama ibu anda berada di hospital.
2 Januari
Ibu sakit kuat. Bapa menghantar ibu ke hospital Besar Kuala Terengganu.
Doktor yang merawat ibu memberitahu kami bahawa ibu menghidap penyakit
barah. Ibu terpaksa dirawat di hospital. Selepas pulang dari sekolah , aku dan
bapa melawat ibu. Aku berasa sedih melihat keadaan ibu.
3 Januari
Hari ini ibu akan dibedah. Menurut doktor , pembedahan hanya sebagai
pembedahan biasa dan tidak perlu dirisaukan. Di sekolah , aku tidak dapat
menumpukan perhatianku terhadap pelajaran. Cikgu Halim memujuk aku supaya
bersabar. Aku sentiasa berdoa agar ibu selamat.
4 Januari
Ibu selamat dibedah. Menurut doktor ibu akan dibenarkan pulang tidak
lama lagi. Datuk dan nenek dari kampung datang ke hospital untuk melawat ibu.
5 Januari
Selepas waktu sekolah , aku , Cikgu Halim dan tiga orang kawanku
menziarahi ibu. Aku mendapati ibu semakin pulih. Dari jauh ibu tersenyum
menyambut kedatangan kami. Aku bersyukur kepada Tuhan kerana telah
memakbulkan doaku.
6 Januari
Aku membantu nenek mengemas rumah. Sebentar lagi ibu akan pulang
bersama dengan ayah dan datuk. Aku berasa tidak sabar untuk menyambut
kepulangannya. Hadiah istimewa telah kusediakan untuk ibu.

CONTOH SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

Alif Bin Arif.


No 1, Lorong 2.
Taman Tambun,
14000 Simpang Ampat,
Pulau Pinang.

Menemui sahabatku yang diingati selalu, Zafran yang kini berada di Kota
Bharu, Kelantan . Semoga sihat sejahtera.

Saudara,

Apa khabar ? Semoga saudara dan keluarga dalam keadaan sihat


sejahtera. Surat saudara telah selamat saya terima beberapa hari yang lalu.
Terima kasih saya ucapkan kerana saudara masih mengingati saya.

Dalam surat saudara yang lepas, saudara bertanyakan persediaan saya


untuk menghadapi UPSR. Sememangnya saya telah membuat persediaan lebih
awal kerana tidak mahu menyesal kemudian hari. Hanya tinggal beberapa
minggu lagi kita akan menghadapi UPSR.

Kata orang tua-tua, sediakan payung sebelum hujan. Oleh itu, saya telah
cuba bersedia dari awal lagi untuk menghadapi UPSR. Saya telah menyediakan
jadual waktu belajar di rumah. Saya menetapkan masa untuk membuat kerjakerja rumah dan masa untuk mengulang kaji setiap mata pelajaran. Dengan cara
ini saya dapat belajar dengan lebih teratur dan sistematik.

Selain itu, saya mengikuti kelas tambahan yang diadakan oleh guru-guru
pada waktu petang dan setiap hujung minggu. Dalam kelas tambahan ini, saya
dapat berkongsi idea dengan rakan-rakan dan bertanyakan soalan kepada guru
sekiranya tidak faham.Saya juga bertukar-tukar nota dan soalan peperiksaan
dengan rakan-rakan dari sekolah lain untuk mempelbagaikan soalan latih tubi
saya.
Saya juga sering mengikuti seminar dan kem motivasi yang diadakan oleh
pihak sekolah.Kami banyak mendapat pendedahan tentang cara-cara belajar
yang betul.

Saya berharap agar kita akan mencapai keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan UPSR nanti. Akhir kata, sambutlah salam daripada saya untuk
saudara sekeluarga. Semoga kita akan berjumpa lagi di lembaran yang lain.

Sahabatmu,
....................
(ALIF BIN ARIF)

Contoh Karangan Laporan.

Tajuk : Andaikan bahawa anda setiausaha sesuatu persatuan di sekolah anda.


Anda dikehendaki menyediakan laporan tentang kegiatan-kegiatan yang telah
dijalankan oleh persatuan tersebut . Sediakan laporan itu selengkapnya.
Rangka:
1.Pendahuluan:
penubuhan persatuan-anggota persatuan-tujuan penubuhan
2.Isi
a)

kegiatan-peraduan menulis esei tentang sains-pemenang

b)

ceramah -pensyarah dari USM

c)

gotong-royong membersihkan kawasan sekolah

d)

lawatan ke Taman Ular

3.Penutup
-berterima kasih kepada guru penasihat.

Laporan Kegiatan Persatuan Matematik Dan Sains Sekolah Kebangsaan


Darau.

Persatuan Matematik dan Sains dibentuk pada tahun 2007.Anggotaanggota persatuan ini berjumlah 60 orang. Mereka terdiri daripada pelajar Tahun
Empat hingga Tahun Enam. Persatuan ini dibentuk untuk meningkatkan taraf
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Selain itu,
melalui persatuan ini, pelajar dapat bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran
masing-masing.
Persatuan ini telah menjalankan beberapa kegiatan sepanjang tahun 2011.
Kegiatan-kegiatan tersebut berbentuk akademik dan bukan akademik. Kegiatan
pertama yang kami jalankan ialahPeraduan Menulis Esei Tentang
Sains.Sambutan yang diberikan terhadap peraduan ini adalah sangat
menggalakkan. Peraduan ini dimenangi oleh Suriani Mat Zin,pelajar Tahun Enam
Mawar.
Kami juga menganjurkan ceramah tentang sains dan matematik
.Ceramah ini disampaikan oleh pensyarah dari Universiti Malaysia. Selain itu,
kami turut mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Kami
memperindahkan kawasan taman pra dengan menanam berbagai jenis bunga
dan
menamakan pohon-pohon
tersebut
mengikut
istilah
sains.
Pada cuti penggal kedua persekolahan,kami mengadakan lawatan ke
Taman Ular di Batu Pahat. Sebagai hasil lawatan ini,kami banyak memperolehi
pengetahuan tentang penyelidikan yang dijalankan oleh pihak Institut
Penyelidikan
Perubatan
Malaysia
di
situ.
Pada keseluruhannya,kami berpuas hati dengan kegiatan-kegiatan yang
kami jalankan . Kami juga berterima kasih kepada guru penasihat, Cikgu Rosmini
Jaafar yang banyak memberikan bimbingan kepada kami.

Disediakan oleh,
Januari 2012

25

_____________
(AZMI SULAIMAN)
Setiausaha Persatuan Matematik dan Sains
Sekolah Kebangsaan Darau, Jerteh,Terengganu.

Contoh Surat Kiriman Rasmi (Permohonan)


Persatuan Pengakap,
Sekolah Kebangsaan Taman Tambun,
14000 Simpang Empat
Pulau Pinang.
_________________________________________________________________________________
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Taman Tambun,
14000 Simpang Empat,
Pulau Pinang.
05

MAC

2012

Tuan,
Memohon Mengadakan Perkhemahan Tahunan Pengakap
Berhubung perkara di atas, Saya Ali bin Abu, setiausaha Pasukan Pengakap
Sekolah Kebangsaan Taman Tambun ingin memohon untuk mengadakan
Perkhemahan
Tahunan
Pasukan
Pengakap.
2. Untuk makluman pihak tuan, Ahli Jawatankuasa Persatuan Pengakap sekolah
telah merancang untuk mengadakan aktiviti perkhemahan tahunan. Butir-butir
perkhemahan adalah seperti ketetapan berikut;
Tarikh : 6 Mac 2012 hingga 8 Mac 2012
Tempat : Padang Sekolah

Peserta : 40 orang ahli pengakap


3.
Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah sebagai aktiviti tahunan
pertubuhan ini. Selain itu, perkhemahan ini diadakan untuk memberikan
pengalaman di samping dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid
seperti berdisiplin, bekerjasama, berdikari dan sebagainya.
4.
Kami berharap pihak tuan dapat menimbang permohonan ini. Kami juga
berharap pihak tuan dapat memberi maklum balas secepat mungkin agar kami
dapat membuat persediaan awal. Sekiranya tarikh yang kami cadangkan itu
tidak bersesuaian, maka pihak tuan bolehlah mencadangkan tarikh yang lain.
Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan kami dahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

(AIMAN HAKIM BIN ILHAM)


Setiausaha Persatuan Pengakap
Sekolah Kebangsaan Taman Tambun.

Tajuk: Saya Sebuah Basikal


Aku berasal dari Negara Matahari Terbit. Aku dibuat di sebuah kilang besi
waja yang tidak besar. Badanku terdiri daripada besi waja, getah asli, kaca dan
plastik.
Apabila badanku telah siap dibuat, aku disebut basikal. Aku dan kawankawanku yang lain dipamerkan di sebuah bilik pameran. Aku berasa sungguh
gembira kerana ramai orang memuji kecantikanku.
Tidak lama kemudian aku dan kawan-kawanku menaiki sebuah kapal
dagang. Aku berasa sungguh seronok apabila mendapati kami akan dihantar ke
Malaysia. Melalui perbualan dua orang kelasi kapal itu, aku mendapati ramai
kanak-kanak di Malaysia ingin memilikiku. Aku semakin bangga.
Nasib kami sungguh malang . Kapal kami karam. Aku dan kawan-kawanku
lemas. Setahun kemudian, aku dijumpai oleh seorang penyelam. Waktu itu
badanku sudah berkarat. Penyelam itu membawa aku dan kawan-kawanku ke
kedai yang membeli besi buruk. Aku dijual di situ.
Aku berasa sungguh kesal kerana aku telah menjadi bahan terbuang
sebelum sempat mencurahkan baktiku kepada orang Malaysia.

Tajuk : Aku sehelai baju

Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan, aku
dipakaikan pada sebuah patung dan diletakkan di dalam cermin. Tanda harga
yang terlekat di badanku menunjukkan RM 350.
Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang gadis
bernama Linda. Linda memakaiku pada majlis hari jadinya. Sebaik sahaja kawankawan Linda melihat diriku mereka semua memuji kecantikan yang aku miliki.
Selang beberapa bulan, Linda ingin memakaiku sekali lagi. Apabila melihat
badanku berkedut, dia mengambil seterika lalu menggosokku.
Ketika badanku diseterika, telefon berdering. Linda berlari meninggalkan
aku sehingga terlupa untuk menutup suis seterika. Badanku mula terasa panas.
Aku cuba menahan keperitan, tetapi akhirnya aku hanya mampu menangis
kerana terlampau sakit. Lama-kelamaan sebahagian badanku terbakar.
Apabila terhidu bau benda terbakar, Linda tergesa-gesa mendapatkanku.
Tetapi sudah terlambat kerana aku tidak boleh diselamatkan lagi. Kini aku hanya
menjadi penghuni setia almari usang.

Karangan Jenis Biograf

Pakcik saya seorang penoreh getah. Kebun getahnya terletak tidak berapa
jauh dari rumahnya. Setiap pagi, sebaik sahaja selesai menunaikan sembahyang
Subuh, dia akan segera ke kebun getahnya dengan menunggang sebuah basikal.
Sebelum menoreh, pakcik saya akan memakai topi yang berlampu
suluh kerana keadaan waktu itu masih gelap. Dia menoreh dengan sebilah pisau
getah yang sentiasa diasah tajam supaya kerjanya dapat dilakukan dengar
lancar serta lebih banyak susu getah dapat dihasilkan.
Kerja-kerja menoreh itu selesai kira-kira pukul 10.00 pagi. Sebelum
pulang ke rumah, pakcik saya akan memastikan kebunnya berkeadaan baik. Jika
perlu, dia akan menebas dan sebagainya dahulu sebelum pulang ke rumah.
Kira-kira seminggu menoreh, pakcik saya akan menjual hasil kebunnya.
Dia akan membawa guni atau baldi untuk mengutip getah skrap yang
berlonggok di pangkal pokok-pokok getah, sebelum dikumpulkan di satu tempat
sementara menunggu lori pembeli getah tiba.
Hasil daripada jualan getahnya itu, dapatlah pakcik saya menanggung
perbelanjaan
keluarganya. Selain menoreh getah, pakcik saya juga ada
menanam sayur dan menternak kambing sebagai pendapatan sampingan. Saya
sungguh bangga melihat kerajinan pakcik
saya mencari nafkahnya seisi
keluarga.

Karangan Jenis Peribahasa


Peribahasa Biar Lambat Asal Selamat membawa maksud sesuatu
pekerjaan yang hendak dibuat biarlah dibuat dengan cermat dan berhati-hati
supaya pekerjaan itu berhasil dengan baiknya.
Ada setengah-setengah orang tidak mahu sabar dalam membuat
sebarang pekerjaan. Mereka mahu segera menyiapkan pekerjaan itu tanpa
menghiraukan akibatnya.
Sebagai menghuraikan peribahasa di atas , saya akan mengambil contoh
seorang pemandu kenderaan. Pemandu itu memandu kenderaannya dengan laju
kerana dia ingin segera sampai ke tempat yang hendak ditujunya. Tanpa
disedari, perbuatannya itu berbahaya kepada dirinya sendiri dan juga orang lain.
Sekiranya dalam perjalanan itu, sesuatu perkara yang tidak baik berlaku
ke atas dirinya misalnya kemalangan , pemandu itu akan menyesal kerana
perbuatannya itu. Ketika itulah dia akan terfikir perkara itu tidak akan terjadi jika
dia sabar dan cermat ketika memandu.
Peribahasa di atas adalah satu contoh yang paling baik dalam kehidupan
kita seharian. Orang yang selalu mengamalkan peribahasa ini akan sentiasa
selamat dalam setiap pekerjaan yang dilakukannya.

CONTOH KARANGAN CERITA UNTUK UPSR

1.MENYUDAH/MENGAKHIRI CERITA

Aku baru sahaja menerima berita sedih yang menimpa seorang guruku. Tanpa
membuang masa aku mengatur langkah dan merancang mengadakan
(Mulakan karangan anda dengan Tanpa membuang masa aku mengatur
langkah dan merancang mengadakan )

Tanpa membuang masa aku mengatur langkah dan merancang


mengadakan kutipan dan derma kilat daripada murid-murid yang lain. Sebelum
berbuat demikian, aku dan Arni meminta persetujuan daripada guru besar.
Setelah memberitahu niat kami, guru besar bukan sahaja bersetuju,
malahan memuji langkah yang kami lakukan.
Rancangan kamu bagus danperlu disegerakan. Pihak guru dan
kakitangan sekolah telah pun membuat derma kilat. Memang baiklah kalau
murid-murid sekolah ini turut serta, kata Encik Tamrin.

Kata-kata guru besar itu merangsang kami untuk membuat kutipan itu
seberapa segera. Semasa membuat kutipan , kami tidak menghadapi masalah.
Semua murid memberi kerjasama.
Setelah mengira kutipan, kami berjaya mengumpul sebanyak RM375.15.
Wang yang diderma oleh murid-murid itu kami serahkan kepada Encik Tamrin.
Sewaktu perhimpunan pagi, setelah menyampaikan amanatnya, Encik
Tamrin menyatakan sesuatu.
Murid-murid hendaklah mencontohi Adli dan Arni. Mereka adalah murid
yang prihatin, kata Encik Tamrin.
Aku dan Arni kemudian dipanggil ke hadapan. Guru besar menyerahkan
satu sampul surat kepadaku. Setelah itu Cikgu Rasilah pun dipanggil tampil ke
hadapan. Aku diminta menyampaikan sampul surat itu.
Aku tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat air mata mengalir di
pipi Cikgu Rasilah. Pada ketika itu keadaan sepi. Semua murid bersimpati dan
mendoakan semoga roh suami Cikgu Rasilah ditempatkan di kalangan orangorang yang beriman.

2. MENYUDAHKAN CERITA

Lengkapkan perenggan ini sehingga menjadi sebuah cerita yang menarik.

Ibu bapaku telah meninggal dunia sewaktu aku berusia tiga tahun.
Mereka menemui ajal dalam tragedi kebakaran di salah sebuah kilang di Petaling
Jaya. Sebagai anak yatim piatu aku dijaga..
(Mulakankarangan anda dengan Sebagai anak yatim piatu aku dijaga)

Sebagai anak yatim piatu aku dijaga oleh nenek dan juga keluarga Pak
Ngah. Nenekku menjagaku dengan penuh kasih sayang. Begitu juga dengan Pak
Ngah dan keluarganya. Mereka sering membawaku melawat ke tempat-tempat
peranginan dan bersejarah.

Aku mebesar seperti kanak-kanak yang lain. Walaupun sesekali aku


teringatkan ibu bapaku, aku dinasihati oleh nenek supaya bersabar. Nenek
pernah berkata,Setiap yang hidup kan mati.
Setelah usiaku menjangkau 15 tahun, nenekku telah meninggal dunia.
Aku terpaksa tinggal di rumah pak Ngah. Sejak itu, kehidupanku berubah seperti
kata orang,Sekali air bah, sekali pantai berubah.
Aku sama sekali tidak menyanka sikap Pak Ngah yang selama ini baik
kepadaku berubah. Sungguhpun begitu , aku tetap bersabar. Perasaan sedih
yang kualami kucurahkan kepada Cikgu Rahim, guru kelasku.
Oleh sebab aku tidak dapat menahankan perasaan lagi, aku mengambil
keputusan keluar dari rumah Pak Ngah. Dengan persetujuan Pak Ngah juga, aku
kemudian tinggal bersama Cikgu Rahim dan isterinya.
Nasibku sungguh baik kerana Cikgu Rahim dan isterinya menjagaku
dengan baik. Aku diberi pendidikan yang cukup sehingga berjaya ke menara
gading. Kehidupanku bersama Cikgu Rahim dan isterinya sungguh bahagia.

3.MENGAKHIRI CERITA

Karangkan sebuah cerita yang berakhir dengan petikan berikut.

aku mendapat kejayaan dan aku bersyukur kepada Ilahi di atas rahmatNya.

Walaupun hidup susah, aku menyanjungi sikap dan semangat bapaku.


Bapaku tidak pernah mengalah. Dia memegang prinsip Mengapa aku tidak
boleh jika orang lain boleh. Oleh yang demikian, bapaku sentiasa berusaha
untuk memberi pendidikan kepadaku.

Aku dihantar ke sekolah Inggeris sejak sekolah rendah. Walaupun tidak


mampu, bapaku tetap berusaha. Bebanan bapaku ringan sedikit apabila aku
mendapat bantuan kewangan daripada Jabatan Pendidikan.
Semasa di sekolah menengah, aku sekali lagi menghadapi kesulitan
kewangan, terutama untuk membeli buku-buku teks. Bapaku tidak mengalah,
malahan terus berusaha bagi membiayai pelajaranku.
Akhirnya aku dapat juga belajar sehingga tingkatan lima. Semasa di
tingkatan lima, aku menghadapi masalah besar. Bapaku tidak mempunyai wang
untuk membayar yuran peperiksaan.
Bapaku berusaha meminjam wang yang diperlukan daripada saudaramara tetapi tidak berjaya. Bapaku tidak berputus asa. Dia kemudian berjumpa
dengan tuan tanah tempat bapaku menoreh getah.
Setelah menceritakan kesulitan yang dialami, tuan tanah itu dengan
murah hati membayar wang peperiksaanku. Usaha gigih bapa mendorongku
belajar bersungguh-sungguh. Akhirnya aku mendapat kejayaan dan aku
bersyukur kepada Ilahi di atas rahmatNya.

4.MENGAKHIRI CERITA

Karangkan sebuah cerita yang berakhir dengan petikan berikut :


( kerana dapat berbudi kepada keluarga kawanku.)

Pada cuti semester yang lalu, aku pergi ke rumah kawanku. Rumah
kawanku itu terletak di sebuah kampung nelayan. Sungguh indah pemandangan
kampung itu terutamanya pada waktu senja.

Bapa kawanku bekerja sebagai nelayan. Setiap pagi dia turun ke laut
menangkap ikan dan pulang pada waktu petang bersama hasil tangkapan.
Kadangkala tangkapannya banyak, manakala waktu lain pula sedikit.
Pada suatu malam, badanku berasa panas. Aku tidak dapat melelapkan
mata, lalu aku bersantai di halaman rumah kawanku itu. Tiupan angin laut
membuatkan suasana di halaman rumah kawanku itu dingin.
Tiba-tiba aku terdengar suara orang berbisik. Aku mendiamkan diri dan
berasa takut. Sungguhpun begitu aku mencari-cari arah bunyi suara bisikan itu.
Tidak jauh dari tempatku duduk kelihatan dua lembaga menghampiri motobot
bapa kawanku.
Aku segera naik ke rumah dan memberitahu apa yang kulihat itu kepada
bapa kawanku. Dua lembaga itu sebenarnya pencuri. Mereka telah ditangkap
oleh bapa kawanku.
Bapa kawanku mengucapkan terima kasih kepadaku. Aku sungguh
gembira dan berbangga kerana dapat berbudi kepada keluarga kawanku.

KARANGAN GAMBARAN
1.Kamu sedang menunggu sahabat kamu Azrin di sebuah stesen bas. Sementara
menunggu sahabat kamu itu sampai, kamu memerhati suasana di stesen bas
tersebut. Tuliskan sebuah karangan berdasarkan apa yang kamu lihat.

Perjanjianku dengan Azrin pada pukul 2.00 petang. Namun begitu kini
sudah melewati 15 minit. Azrin belum juga muncul. Perasaan resah dan cemas
mula menghantui fikiranku.
Sementara menunggu Azrin tiba, tidak jauh dari tempatku berdiri
kelihatan penjual tiket bas haram dengan gelagatnya. Laku juga tiket yang
mereka jual sekalipun harganya lebih mahal.
Beberapa penjaja minuman dan makanan ringan pula sibuk dengan
tugas masing-masing. Mereka naik turun bas sambil menjaja. Walaupun tindakan
itu tidak dibenarkan, mereka tetap juga melakukannya.
Dua buah bas masuk ke kawasan stesen. Belum sempat enjin bas itu
dimatikan dan penumpang belum pun turun, sekumpulan pemuda berebut-rebut
menaiki bas itu. Ini menyebabkan berlaku pertengkaran dan suasana bertukar
menjadi riuh-rendah.
Di tempat lain pula, kelihatan beberapa orang kanak-kanak membuang
kertas pembungkus makanan dan tin minuman kosong sesuka hati. Sekalipun
beberapa buah tong sampah ada di sekitar stesen bas itu, mereka tidak
menggunakannya.
Tekakku sudah berasa kering. Perutku pula mula berkeroncong kerana
lapar. Aku bingkas bangun dari tempat dudukku ke gerai berdekatan. Belum
sempat aku membuat pesanan, aku terdengar ada orang menyapa. Ruparupanya Azrin telahpun sampai.

2.KARANGAN GAMBARAN

Gambarkan hari pertama persekolahan bagi murid tahun satu di sekolah anda.

Persekolahan bagi sesi tahun ini dibuka pada 3 Januari. Murid-murid


tahun satu buat pertama kali memasuki alam persekolahan. Mereka kelihatan
kemas memakai pakaian seragam baru.
Pelbagai gelagat mereka dapat dilihat pada hari pertama itu. Ada yang
gembira, menangis dan tidak kurang pula yang mendiamkan diri. Mereka juga
ditemani ibu bapa atau penjaga masing-masing.
Suasana pada pagi hari itu agak sibuk. Ada di antara ibu bapa atau
penjaga yang berdiri menunggu anak, membayar yuran dan membeli peralatan
sekolah yang perlu, termasuk buku dan alat tulis.
Murid-murid tahun satu diarahkan supaya bersiri dalam barisan di tempat
perhimpunan. Mereka kemudian diminta memasuki dewan untuk mendengar
penerangan dan kata-kata nasihat daripada guru besar.
Setelah selesai, mereka dibawa oleh guru kelas masing-masing berjalan
di sekitar sekolah, termasuk pusat sumber, bilik komputer dan tandas. Tujuannya
adalah agar mereka mengetahui tempat-tempat tersebut.
Loceng dibunyikan. Murid-murid tahun satu dibenarkan pulang. Mereka
kelihatan sungguh gembira. Namun ada segelintir murid yang masih bermuram
kerana terpaksa ke sekolah lagi pada pagi esoknya.

3.KARANGAN GAMBARAN (BERDASARKAN PENGALAMAN)

Selepas UPSR, sekolah anda telah mengadakan perkhemahan di sebuah


hutan. Kamu telah menyertai perkhemahan itu. Gambarkan keadaan hutan yang
kamu lihat.

Pada hari pertama di tempat perkhemahan pelbagai pengalaman yang


amat dahsyat kurasakan. Aku berasa terasing apabila mengingatkan keadaan di
rumahku yang serba mewah tetapi tinggal di hutan apa yang ada?
Aku teringat kata-kata ayah sebelum menyertai perkhemahan ini.
Pergilah untuk menambah pengetahuan dan pengalaman hidup berdikari.
Kata-kata ayah membuatku bersemangat untuk meneruskan perkhemahan.
Teman-temanku makan dengan berselera tetapi aku hanya mampu
mengisi perut ala kadar sahaja. Aku lebih senang duduk di atas sebatang kayu
tumbang sambil memandang persekitaran. Di sekitar kulihat pokok-pokok cengal
dan meranti sebesar sepemeluk menjulang tinggi bagai menyentuh awan.
Siulan burung-burung hutan kudengar bersahut-sahutan. Demikian juga
bunyi cengkerik. Aku kagum mendengar dan melihat keadaan hutan yang
sebenarnya. Keadaan itu menyebabkan aku berasa tenang sekalipun badan letih
setelah seharian berkawad.
Hutan di pinggir bukit itu kelihatan dijaga dengan rapi dan terpelihara.
Kulihat kehijauan daun-daun pokoknya. Di sana-sini oula kelihatan daun-daun
kering berguguran apabila ditiup angin.
Apa yang difikirkan tu? tanya Jamil. Pertanyaan Jamil itu membuatkan
lamunanku terhenti. Aku tersenyum sambil berkata,Hutan ini perlu terus
dipelihara. Jamil mengangguk tanda bersetuju dengan kata-kataku.

4.KARANGAN GAMBARAN (BERDASARKAN PENGALAMAN)

Hujan turun dengan lebatnya. Waktu persekolahan pada hari itu sudah selesai.
Anda telah ketinggalan bassekolah. Tuliskan sebuah karangan tentang
Pengalaman Anda Ketinggalan Bas Sekolah.

Petang itu keadaan sungguh menakutkan. Petir sabung menyabung


dengan tiupan angin kencang. Hujan pula turun semakin lebat. Suasana gelap
seperti malam. Aku ke tandas untuk membuang air.
Ramai kawan-kawanku telah pulang. Mereka dijemput oleh ibu bapa
masing-masing. Aku masih belum pulang kerana menunggu bas sekolah.
Malangnya ketika itu semua kawanku yang menaiki bas sudah tiada. Aku
ketinggalan bas sekolah.
Perasaanku semakin resah dan takut kerana aku keseorangan. Nasib baik
pakcik jaga sekolahku masih ada. Aku berjumpa dengannya dan menceritakan
apa yang telah berlaku.
Beliau mententeramkan fikiranku dan berjanji akan menolong. Lega rasa
hatiku. Jam tanganku menunjukkan hampir pukul lapan malam tetapi hujan
masih juga tidak berhenti.
Aku terfikir untuk menelefon jiranku. Aku segera meminta kebenaran
pakcik jaga menggunakan telefon sekolah untuk menelefon jiranku. Masalahku
hampir selesai. Bapaku akan datang mengambilku tidak lama lagi.
Tidak lama kemudian bapaku sampai. Aku bersyukur kerana dapat pulang
dengan selamat. Sesungguhnya pengalaman itu tidak dapat kulupakan.

Syarahan: Faedah Menabung


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis.Guru Besar, guru-guru serta rakanrakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah Faedah Menabung.
Hadirin sekelian,
Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang perbelanjaan untuk
keperluan pada masa hadapan. Sebagai contoh, kita boleh mengumpul lebihan
wang perbelanjaan seharian untuk di simpan di bank sebagai tabungan kita.
Wang tabungan yang kita simpan itu bolehlah kita gunakan untuk pelbagai
perkara yang penting pada masa hadapan.
Hadirin sekelian,
Antara faedah menabung ialah dapat membantu kita pada masa
diperlukan. Contohnya menggunakan wang tabungan tersebut untuk membeli
barang keperluan sekolah. Ini tentu dapat mengembirakan ibu bapa kita
terutamanya jika waktu itu mereka kekurangan wang dan sebagainya.
Selain itu, menabung juga akan memupuk amalan berjimat-cermat. Kita
akan merancang perbelanjaan agar sebahagian wang perbelanjaan dapat
disimpan. Ini akan menjadikan kita berjimat-cermat dan sentiasa berwaspada
agar wang tidak dibelanjakan sesuka hati.
Di samping itu, menabung boleh mengelakkan kita daripada terlepas
sesuatu peluang baik yang muncul tanpa diduga. Contohnya, kita dapat membeli
buku idaman yang jarang-jarang ditemui dengan menggunakan wang simpanan.
Ini tentu mengembirakan kita kerana memperoleh apa yang sudah lama
diidamkan sedangkan pada masa itu ibu bapa kita mungkin kurang mampu
untuk membelinya.
Hadirin yang dihormati sekelian,
Amalan menabung juga dapat mengelakkan pembaziran. Orang yang
menabung akan lebih berhati-hati ketika berbelanja kerana mereka telah
membuat perancangan awal menguruskan wang perbelanjaan mereka. Ini sudah
pasti mengelakkan pembaziran kerana hanya berbelanja untuk perkara-perkara
yang betul-betul perlu sahaja.
Seterusnya, menabung juga membolehkan kita membantu orang lain.
Contohnya, kita boleh meminjamkan sebahagian wang simpanan kita untuk
bayaran yuran sekolah adik jika pada masa itu ibu bapa kita memerlukannya. Ini
akan mengeratkan tali persaudaraan kerana membantu mereka ketika dalam
kesusahan.
Setakat ini sahajalah syarahan saya pada pagi ini. Akhir kata, saya
menyeru kepada rakan-rakan supaya menjadikan amalan menabung sebagai
amalan hidup kerana banyak faedah yang boleh kita diperolehi daripada amalan
ini. Sekian, Terima kasih.

Biograf: Kehidupan Seorang Nelayan Kecil-kecilan


KEHIDUPAN SEORANG NELAYAN KECIL-KECILAN

Pak cik Karim seorang nelayan kecil-kecilan. Dia menjadi nelayan semenjak
berumur 13 tahun lagi. Kebiasaannya, Pak cik Karim akan turun ke laut kira-kira
pukul 12.00 malam dengan menaiki sebuah bot gentian kaca yang berenjin. Dia
memandu botnya dengan berhati-hati menuju ke tempat bubunya dipasang.
Setibanya di tempat tersebut, Pak cik Karim segera menarik tali-tali yang
mengikat bubu-bubunya dengan sepenuh tenaga. Bubu-bubunya itu sangat
berat, apatah lagi jika penuh berisi setelah sehari dibiarkan terendam di dalam
laut. Semasa itu juga, matanya sentiasa memerhati kandungan bubunya kerana
bimbang jika terdapat ular atau haiwan yang berbisa di dalamnya.
Setelah bubu berjaya dinaikkan, Pak cik Karim akan membuka pintu kecil
di bubu itu untuk melepaskan semua hasil tangkapannya di perut bot sebelum
bubu tu di campak semula ke dalam laut.
Selepas itu, proses memilih hasil tangkapan pula dimulakan. Dia
melakukannya dengan berhati-hati untuk mengelakkan terkena sengatan ikan
sembilang dan sebagainya. Ini pernah dialaminya dahulu menyebabkan hampir
seminggu dia tidak dapat turun ke laut .
Selepas semuanya selesai, pak cik Karim melabuhkan pula pukat yang
panjangnya dalam 200 meter. Kemudian, dia mengikat botnya pada kayu
pancang pukat untuk berehat sambil menjamah bekalan atau tidur sehinggalah
sampai masa pukatnya ditarik semula.
Kira-kira pukul 5.00 pagi, Pak cik Karim bangun untuk menarik pukat dan
memungut ikan-ikan yang terjerat di pukatnya . Hampir setengah jam kemudian,
kerja-kerja memungut itu pun selesai. Pak cik Karim segera pulang ke jeti untuk
sembahyang Subuh dan menjual hasil tangkapannya kepada peraih.
Begitulah kehidupan Pak cik Karim seharian sebagai seorang nelayan
kecil-kecilan. Kerjanya ini sangat mulia kerana telah menyumbangkan hasil laut
kepada kita semua. Tidak semua orang mampu melakukan kerja seperti ini. Oleh
itu, hargailah serta bersyukurlah dengan hasil laut yang kita nikmati.

Cerita: Kampungku dilanda banjir


Pada cuti sekolah yang lalu kamu telah pulang ke kampung. Tidak
lama kemudian kampung kamu dilanda banjir. Ceritakan pengalaman
kamu itu.
Pada cuti sekolah yang lalu, saya pulang ke kampung kelahiran saya di
Kampung Merapoh Kuala Lipis, Pahang. Sejak tiba di kampung, hujan lebat turun
tidak berhenti-henti menyebabkan kami sekeluarga berasa bimbang. Oleh sebab
itu, keluarga saya mula mengemaskan barang-barang yang penting dan
berharga sebagai persediaan jika terpaksa berpindah.
Akhirnya, kami terpaksa dipindahkan oleh pasukan penyelamat dengan
menggunakan sampan dan bot. Kami bersyukur kerana semua penduduk
kampung berjaya dipindahkan ke pusat pemindahan dengan selamat. Walau
bagaimanapun saya berasa agak sedih setelah melihat seluruh kampung kami
telah hampir ditenggelami air. Kami hanya mampu berdoa agar air bah akan
surut dengan segera dan keadaan kembali pulih seperti biasa.
Semasa berada di pusat pemindahan, kami dibekalkan dengan pelbagai
barang keperluan oleh pihak kerajaan seperti makanan, air, ubat-ubatan dan
pakaian. Kaum wanita pula bergotong-royong untuk menyediakan makanan.
Saya berasa kurang selesa dan bosan berada di situ kerana terpaksa tidur di
tempat yang terbuka, berkongsi bilik air dan sebagainya. Mujurlah saya dapat
bermain dengan beberapa orang kawan sebaya.
Seminggu kemudian, banjir di kampung kami kembali pulih. Sekembali ke
kampung, kami berasa sungguh sedih apabila melihat keadaan rumah yang
begitu kotor dengan sampah dan lumpur. Banyak harta benda seperti kereta,
binatang ternakan dan tanam-tanaman yang musnah.
Banjir yang dahsyat ini meninggalkan kenangan pahit buat semua
penduduk kampung. Kami berdoa agar kejadian sebegini tidak akan berlaku lagi.

Cerita: Perlawanan Bola Sepak


Gambarkan keadaan di padang sekolah kamu apabila diadakan sesuatu
perlawanan. Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80
patah perkataan.
Sekolah saya mempunyai sebuah padang yang luas. Setiap hari, padang
ini digunakan untuk aktiviti Pelajaran Pendidikan Jasmani pada waktu pagi atau
kegiatan ko-kurikulum pada waktu petang. Suasana padang itu berubah apabila
sekolah saya mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan dengan Sekolah
Kebangsaan Jalan Bahagia pada petang 14 Julai 2009 yang lalu.
Sebelum pertandingan bermula, murid-murid dan sebahagian daripada
penduduk kampung mula berkumpul di sekeliling padang sekolah. Mereka
masing-masing kelihatan amat teruja untuk menyaksikan perlawanan bola sepak
tersebut. Ada juga murid-murid dan beberapa orang penduduk kampung yang
mengunyah makanan dan menikmati aiskrim sementara menunggu pasukan
bola sepak masuk ke padang. Di penjuru padang kelihatan seorang penjual
aiskrim bermotosikal sedang sibuk melayan kanak-kanak yang ingin membeli
aiskrimnya.
Orang ramai bangun dan bertepuk tangan sebaik sahaja terlihat kelibat
kedua-dua pasukan bola sepak masuk ke padang. Setiap pasukan kelihatan
sungguh bersemangat untuk memenangi perlawanan itu. Saya juga berasa amat
gementar dan berharap pasukan bola sepak sekolah saya akan memenangi
perlawanan tersebut.
Semasa perlawanan, para pemain bermain dengan bersugguh-sungguh.
Tepukan dan sorakan kedengaran di sekeliling padang. Para pemain
menunjukkan aksi yang sungguh hebat kerana kedua-dua pasukan bola sepak ini
adalah juara dan naik juara bagi pertandingan bola sepak sekolah rendah daerah
Temerloh pada tahun lepas.
Perlawanan ini berakhir apabila pengadil meniupkan wisel penamat. Saya
bersyukur kerana perlawanan ini telah dimenangi oleh pasukan bola sepak
sekolah saya. Para pemain bersalam-salaman dengan pasukan lawan dan para
pengadil sebelum keluar padang. Saya berharap pada tahun hadapan, saya pula
akan mewakili sekolah dalam pertandingan seperti ini.