Anda di halaman 1dari 2

Kebaikan kokurikulum

Kegiatan kokurikulum ilah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis
kegiatan kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan
beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar
digalakkan menyertai kokurikulum. Ada banyak faedah kegiatan kokurikulum.
Salah satu faedah kegiatan kokurikulum ialah aktiviti itu dapat
memenuhkan masa lapang
. Mereka tiada masa untuk terlibat dengan gejala sosial. Mereka sentiasa
sibuk dengan aktiviti di sekolah. Sebagai contoh, jika mereka aktif dalam
bidang sukan, mereka akan berlatih setiap petang. Eleh itu, kegiatan
kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah. Selain itu,
kegiatan kokurikulum juga dapat
melatih pelajar menjadi pemimpin
. Ada pelbagai jawatan dalam persatuan. Sebagai contoh, jawatan
pengerusi, setiausaha, dbendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa.
Apabila pelajar memegang jawatan pengerusi, mereka akan belajar menjadi
ketua. Ahli jawatankuasa juga belajar menguruskan aktiviti persatuan. Ahli
biasa juga boleh belajar menguruskan aktiviti persatuan. Oleh hal yang
demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar
menjadi pemimpin. Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum
juga kita dapat
membentuk disiplin pelajar.
Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak
berdisiplin susah untuk Berjaya. Sebagai contoh, apabila hendak menjalani
latihan sukan atau bahas, kita mesti menepati masa. Jika terlewat, kita akan
rugi. Hal ini kerana, masa latihan itu sudah dibazirkan. Dengan menepati
masa, kita sudah mematuhi disiplin. Oleh itu, kita akan menjadi lebih
berdisiplin apabila terlibat dalam aktiviti kokurikulum. Tambahan pula, badan
kita akan menjadi
lebih sihat apabila menyertai kegiatan kokurikulum
. Kita boleh menjadi ahli kelab sukan seperti pasukan bola sepak dan
pasukan bola baling. Untuk menang dalam pertandingan yang disertai, kita
akan menjalani latihan. Sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Dengan
latihan itu kita akan menjadi lebih cergas. Kita akan mengeluarkan peluh.
Badan kita akan menjadi lebih sihat dan kuat. Kita tidak akan mudah sakit.
Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akan
mengukuhkan lagi perpaduan
. Setiap persatuan dan kelab ada mempunyai pelbagai ahli daripada pelbagai
bangsa seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang
dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Mereka boleh berbincang untuk
bertukar-tukar pendapat. Dengan ini akan mengeratkan lagi hubungan
sesame mereka. Oleh itu, dengan kegiatan kokurikulum, perpaduan kaum
dapat diwujudkan. Kesimpulannya, terdapat banyak faedah menyertai
kegiatan kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang
menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa perlu memberi

galakkan kepada anak-anak untuk menyertai dan terlibat dalam kegiatan


kokurikulum. Oleh itu, kita dapat melahirkan pelajar yang cemerlang.