Anda di halaman 1dari 18

Folio

Novel
Konserto
Terakhir

Nama : Abdul Wasim Bin Muhamad Sabri


Kelas : 5E4
Tahun:2010-
Nama Guru Pelajaran : Siti Zaila

Butir–butir diri pelajar


Nama Penuh : Abdul Wasim Bin Muhamad Sabri

Umur : 17

No. IC : 931117146763

Alamat : No 25 Jalan Melor 8D Taman Desa Melor,48200,Serendah Hulu

Selangor,Selangor Darul Ehsan

Biodata pengarang Konserto


Terakhir
Pengarang novel konserto terakhir ialah Abdullah Hussain. Beliau lahir pada 25 Mac 1920, di Sungai
Limau, Yan, Kedah.Pendidikan awalnya adalah di Sek.Melayu Sungai Limau sehingga lulus darjah
5.Kemudian,beliau menyambung pelajarannya di Sekolah Inggeris St.Michael (1932-33).Seterusnya,
beliau bersekolah di Anglo Chinese School, Alor Star pada tahun 1935.Dari segi pekerjaan, beliau
pernah bekerja sebagai Penolong Penjaga Setor di sebuah perusahaan bijih timah di Pahang pada
tahun 1939,Pengarang Akhbar Sahabat (1941), Pengarang Majalah Puspa di Medan,pernah bekerja di
Kem Tentera Sg.Petani dan juga sebagai Pegawai Penyelidik di DBP (1968). Dalam bidang penulisan
beliau banyak menulis cerpen,novel,biografi, autobiografi,esei, kritikan, drama, dan sebagainya.Hasil-
hasil karyanya yang lain adalah seperti Issabela (terjemahan),Orang Tua dengan Laut (terjemahan),
dan banyak lagi. Sepanjang pelibatannya dalam bidang penulisan, beliau banyak meraih kejayaan
seperti memenangi Sayembara Mengarang Cerpen sempena Hari Buruh di Medan (1950), Peraduan
Penulisan Cerpen Berunsur Islam anjuran Jabatan Perdana Menteri, SEA Write Award, dan kejayaan
yang terbesar ialah beliau telah memenangi Anugerah Sasterawan Negara ke-8.
Sinopsis
Sinopsis Bab 1 – Keluarga
Hayati tidak ada mood ( keinginan ) untuk belajar piano pada hari itu kerana sering membuat
kesalahan. Keadaan ini menimbulkan salah faham antara Hayati dengan guru pianonya. Tiba-tiba
muncul Hilmi di saat-saat getir tersebut. Hilmi memperkenalkan dirinya sebagai dua pupu Hayati iaitu
anak Pak Karim dari Kedah. Hayati berasa gusar melihat gerak-geri Hilmi yang serba canggung. Dia
tidak pernah mengetahui bahawa bapanya masih mempunyai saudara di kampung. Datin Salmah juga
tidak menyenangi kehadiran Hilmi di rumahnya. Sementara menunggu kepulangan Datuk Johari,
Hilmi ditempatkan di sebuah bilik berhampiran dengan bilik Pak Amat, drebar mereka. Kehadiran
Hilmi telah mengingatkan Datuk Johari tentang kampung halamannya yang telah ditinggalkan selama
tujuh belas tahun lalu.
Hilmi menyatakan hasratnya untuk mencari pekerjaan. Walau bagaimanapun, kelulusannya yang
hanya setakat darjah empat sekolah Melayu menyukarkan usaha Datuk Johari mencari pekerjaan
untuknya. Akhirnya Hilmi disuruh menjadi tukang kebun di rumahnya. Hilmi bekerja dengan tekun
membersihkan kebun itu. Dalam masa yang sama, perasaannya cemburu melihat kemesraan antara
Hayati dengan Mohsin.

Sinopsis Bab 2 – Kuli


Hilmi gembira dengan pekerjaannya sebagai tukang kebun. Dia telah melakukan perubahan yang
besar di pekarangan rumah itu sehinggakan mendapat pujian daripada Datuk Johari dan juga Dr.
Nathan iaitu jiran Datuk Johari. Hilmi berkawan baik dengan Pak Amat. Pak Amat pernah menjadi
penyelam mutiara di Darwin, Australia. Datuk Johari gelisah apabila Dr. Nathan bertanyakan tentang
tukang kebun barunya itu kerana dia tidak sampai hati menganggap Hilmi sebagai tukang kebunnya.
Hilmi amat tertarik dengan mainan piano Hayati. Rumah Datuk Johari juga sering didatangi oleh
saudara mara Datin Salmah yang berpangkat.
Dalam pada itu, Datin Salmah teringat akan kata-kata kakaknya Siti Hajar tentang Hilmi kerana
lambat laun orang akan mengetahui bahawa Hilmi itu anak saudara Datuk Johari. Hasutan Siti Hajar
itu menimbulkan rasa gelisah di hati Datin Salmah dan dia berusaha mencari jalan untuk mengusir
Hilmi dari rumahnya.

Sinopsis Bab 3 – Piano


Hilmi kecewa apabila dia mendapati tanamannya dirosakkannya oleh kumbang. Dia telah melepaskan
geramnya dengan memijak-mijak kumbang-kumbang itu dengan tumitnya. Tindakan Hilmi itu ditegur
oleh Hayati dan menganggap dia seorang yang kejam. Akhirnya Hayati faham kenapa Hilmi
memusnahkan kumbang yang mengancam keselamatan tanamannya. Kadangkala Hayati ikut
bersama-samanya mencari kumbang dan ulat. Dua kali dalam seminggu iaitu hari Sabtu dan Khamis,
Hayati belajar bermain piano di rumahnya. Pada hari-bari tersebut Hilmi akan mencari kerja yang
dapat dibuatnya di depan rumah berhampiran dengan ruang tamu. Pada kedua-dua hari tersebut
keletihannya terasa hilang, dan dia menunggu kedua-dua hari itu dengan penuh harapan kerana dia
dapat mendengar lagu-lagu merdu yang keluar dari hujung-hujung jari Hayati yang diletakkan di atas
pianonya. Lagu-lagu itu menjadi makanan rohaninya. Pada suatu hari Khamis, Hilmi gelisah kerana
Hayati belum pulang lagi. Rupa-rupanya Hayati dan Mohsin pergi menonton wayang.
Hati Datin Salmah mulai berubah terhadap Hilmi. Dia tidak lagi menyebutnya sebagai tukang kebun
tetapi sebagai kaum keluarganya. Datuk Johari juga mulai bangga kerana tiap-tiap orang yang datang
memuji-muji tanaman bunga di rumahnya. Malah hasil tanaman seperti terung, kacang, timun, dan
petola telah berbuah dengan lebatnya dan menjadi satu kebanggaan pula kepada Datin Salmah. Dia
menghadiahkan hasil tanaman itu kepada teman-temannya apabila pergi ke morning coffee dan juga
ketika ada antara kawannya yang datang berkunjung ke rumahnya, mereka pulang dengan membawa
buah tangan. Datin Salmah gembira mendengar pujian daripada kawan-kawannya.

Sinopsis Bab 4 – Hukuman


Leha, penolong pembantu rumah telah pulang ke kampung. Hilmi telah ditugaskan oleh Datin Salmah
untuk membersihkan ruang tamu. Hilmi amat senang hati menerimanya kerana dapat datang
berhampiran dengan piano. Suatu hari Hilmi keseorangan di rumah kerana Datin tidak ada di rumah,
manakala Hayati belum pulang dari sekolah, sementara Mak Minah keluar ke rumah seorang
kenalannya. Hilmi telah mencuba memainkan piano tersebut sehingga tidak menyedari kepulangan
Mak Minah. Perbuatan Hilmi itu ditegur oleh Mak Minah kerana takut dimarahi oleh Datin Salmah.
Kebimbangan Hilmi jelas terlihat apabila Datin Salmah memanggilnya. Rupa-rupanya Datin Salmah
menyuruhnya mengambil bunga yang dibawa dari rumah kawannya. Hilmi juga berasa lega kerana
Mak Minah tidak memberitahu mak ciknya tentang perlakuannya tadi.
Ketika Hayati pulang dan hendak menghiburkan tetamunya iaitu pak cik dan mak ciknya, dia
menyedari pianonya telah rosak. Apabila dia meletakkan jari-jarinya pada mata-mata piano dan
membuat "intro"-nya dengan C minor, tiba-tiba pada mata yang mengeluarkan nada “fa” nadanya
begitu melenting. Peristiwa itu telah menimbulkan kegemparan kecil. Datin Salmah mula mencari
siapa yang mengganggu piano itu. Ketika dipanggil oleh Datin Salmah, Mak Minah terpaksa
memberitahu yang Hilmi telah memainkan piano itu. Datin Salmah ingin mengambil kesempatan dari
peristiwa itu untuk mengusir Hilmi. Atas kebijaksanaan Datuk Johari, Hilmi dimaafkan dan dipotong
gajinya. Datin Salmah juga menyuruh Hilmi memujuk Hayati dan memohon maaf daripadanya.
Sementara itu, Datin Salmah sekeluarga akan bercuti selama satu bulan. Mak Minah dan Pak Amat
juga diberi cuti balik ke kampung. Hilmi diminta untuk menjaga rumah tersebut sepanjang
peninggalan mereka. Hilmi amat kesunyian sepanjang ketiadaan mereka terutamanya rasa kehilangan
terhadap Hayati kerana sebulan lamanya dia tidak akan mendengar lagu-lagu yang dimainkan oleh
Hayati. Kehidupan Hilmi sepanjang waktu hanya bertemankan bunga-bunga dan tanamannya sahaja.

Sinopsis Bab 5 – Penunggu


Hilmi tidak ikut menghantar Datuk Johari dan keluarganya berangkat ke luar negeri. Dia memuatkan
barang-barang yang mahu dibawa ke dalam motokar. Datuk Johari berpesan supaya menjaga rumah
dengan baik. Datin Salmah pula tidak bercakap sepatah pun dengannya. Dia sibuk bercakap dengan
orang lain. Sepeninggalan mereka, Hilmi mendapat simpati jiran Datuk Johari, iaitu Dr. Nathan.
Mamat kawan baiknya iaitu drebar Dr. Nathan juga balik ke kampung. Hilmi sibuk mengemaskan
rumah Datuk Johari. Hidupnya terasa bebas. Dia menjadi tuan rumah dan dia juga menjadi raja.
Setelah selesai mengemas, Hilmi masuk ke bilik mak ciknya. Dia amat terkejut kerana bilik itu seperti
sebuah syurga. Dari bilik mak ciknya, dia pergi pula ke bilik Hayati. Seolah-olah perasaannya amat
dekat dengan Hayati. Dia amat merindui Hayati. Hilmi masuk pula ke bilik tamu. Di ruangan tamu,
matanya tertumpu pada piano. Keinginannya untuk bermain piano begitu kuat dan meronta-ronta di
dalam dirinya tetapi dia tidak berani menyentuhnya. Akhirnya dia menuju ke biliknya. Tiba-tiba
Hilmi teringat kucing Siam kesayangan Hayati. Dia masuk ke dalam rumah mencari kucing itu. Dia
membawa kucing itu ke dapur dan diberi makan ikan.
Dalam pada itu, Mamat, drebar Dr. Nathan telah balik dari kampung dan membawa bersama isterinya
Esah. Esah telah diperkenalkan oleh Mamat kepada Hilmi. Mamat mengajak Hilmi makan bersama-
samanya. Esah juga telah bekerja sebagai tukang masak di rumah D. Nathan. Hilmi berasa kecewa.
Dia mengharapkan bila Mamat balik dari Kelantan dia mahu mengajak Mamat tidur bersama-sama
menemaninya. Mamat telah memperkenalkan Hilmi dengan Encik Bakar, seorang ketua sebuah
quartet. Encik Bakar menyuruh Hilmi bermain organ dan Hilmi telah mendapat pujian daripada Encik
Bakar. Encik Bakar mengajar Hilmi muzik secara percuma. Hilmi amat gembira mendengar kata-kata
Encik Bakar kerana pada sangkaannya Encik Bakar akan mengenakan bayaran kepadanya.
Justeru, Hilmi pada mulanya kurang senang kerana setiap kali dia pergi ke rumah Encik Bakar, dia
akan meninggalkan rumah pak ciknya. Dia berasa bersalah kerana telah melanggar janji-janjinya pada
pak ciknya. Walau bagaimanapun kerana minat yang amat mendalam terhadap muzik, Hilmi terpaksa
melakukannya. Hilmi telah belajar dengan tekun dan Encik Bakar juga telah mengajarnya tentang not-
not muzik.

Sinopsis Bab 6 - Muzik


Hilmi berasa bertuah kerana dapat belajar muzik dengan Encik Bakar. Sebaik sahaja pulang dari
rumah Encik Bakar, Hilmi menjalankan tugas biasanya seperti menyiram pokok-pokok bunga. Hilmi
juga mendapat sokongan dan galakan yang kuat daripada Mamat dan isterinya. Setelah kembali dari
bilik Mamat kerana berbual-bual dengan mereka, Hilmi balik ke rumah. Hilmi terus ke sudut di mana
terletaknya piano dan memainkannya. Tanpa disedari Datuk Johari dan keluarganya telah kembali
dari luar negeri. Hayati terpesona melihat Hilmi bermain piano. Datin Salmah terpegun. Datuk Johari
tegak tidak bergerak. Akhirnya dia menyedari seperti diperhatikan. Lantas terperanjat kerana tidak
menyedari kepulangan pak ciknya sekeluarga. Hilmi bergegas membawa masuk beg-beg yang banyak
dan terus kembali ke dalam biliknya. Hilmi dikejutkan dengan kedatangan Hayati yang membawa
oleh-oleh untuknya yang berupa sebuah patung wanita dengan pakaian gaun kembang zaman kuno.
Patung itu juga boleh mengeluarkan bunyi lagu “Blue Danube”. Hubungan mesra Hilmi dan Hayati
tidak disenangi oleh Datin Salmah. Lebih-lebih lagi apabila Hayati membeli oleh-oleh kepada Hilmi.
Sedangkan selama perjalanan mengelilingi England itu, tidak pernah sekalipun disebutnya nama
Hilmi. Hayati Cuma menyebut nama Mohsin sahaja. Naluri keperempuanan Datin Salmah merasakan
ada sesuatu yang tidak kena pada Hayati.

Sinopsis Bab 7 – Oleh-oleh


Mohsin terperanjat apabila mendengar kepulangan Hayati dan kesal kerana dia tidak dapat menjemput
Hayati di lapangan terbang. Sebelum ke pejabatnya Mohsin singgah dahulu ke rumah Hayati. Ketika
Datin pergi memanggil Hayati dia terlihat Hayati sedang berdiri amat dekat dengan Hilmi
memerhatikan sesuatu di pokok ros. Hayati tidak menghiraukan panggilan ibunya kerana asyik
bercerita kepada Hilmi tentang perjalanan mereka di England, tentang konsert muzik yang
disaksikannya di Vienna, tentang pemandangan yang indah di kebun tulip di negara Belanda. Hayati
juga senang mendengar cerita Hilmi tentang bunga-bunganya.
Apabila diberitahu tentang kedatangan Mohsin, Hayati tidak berminat untuk mengetahuinya. Hayati
hanya mencecah dengan hujung jarinya sahaja apabila Mohsin menghulurkan tangannya. Hayati telah
menghadiahkan neck tie ( tali leher ). Mohsin juga terasa ada sesuatu yang aneh pada gerak-geri
Hayati tetapi dia tidak berapa pasti. Hayati selalunya gembira menyambut kedatangannya tetapi tidak
sekarang ini.
Sebaik sahaja Mohsin keluar dari rumah itu, Hayati terus masuk berkurung di dalam biliknya. Datin
Salmah semakin gelisah dan hatinya mulai percaya bahawa perubahan perangai anaknya itu mesti ada
sangkut paut dengan dukun. Mesti ada anasir-anasir jahat memainkan peranannya. Suaminya tidak
mudah percaya dengan cerita karut serupa itu, lebih-lebih lagi apabila membabitkan anak penakannya
sendiri. Datin Salmah memanggil Hayati untuk mendapat penjelasan daripadanya tetapi anaknya itu
telah menjawab dengan kasar menyebabkan Datin Salmah memberi amaran dan Hayati tidak
dibenarkan bercakap lagi dengan Hilmi. Datin Salmah juga sudah nekad untuk mencari jalan supaya
Hilmi keluar dari rumahnya.
Dalam pada itu, Mak Minah datang pada petang itu dari kampung setelah Datin Salmah menelefon
kepadanya melalui Balai Polis Lenggeng. Dia membawa oleh-oleh dari kampung yang Hayati gemari.
Hayati pula menghadiahkan Mak Minah jam tangan kecil buatan Swiss. Mak Minah amat gugup
mendapat jam baru. Dia teringat setiap kali Hayati pulang dari tempat-tempat yang jauh setiap kali itu
pula ada oleh-oleh untuknya.

Sinopsis Bab 8 - Sengketa


Hilmi ke rumah Encik Bakar. Kedatangannya itu disambut oleh Azizah, anak Encik Bakar. Sebaik
sahaja Hilmi melangkah masuk, Azizah menutup pintu. Azizah cuba menggoda Hilmi. Mula-mula
Hilmi agak kekok tetapi lama-kelamaan sudah tidak terasa apa-apa baginya duduk satu bangku
dengan Azizah dan bersentuhan badan. Tiba-tiba Azizah tersentak apabila mengetahui yang Hilmi
hanya tukang kebun bapa saudaranya sahaja. Pada sangkaannya Hilmi itu paling tidak seorang kerani
kecil atau seorang guru. Hilmi kemudian terus meminta izin untuk pulang.
Apabila menghampiri rumah bapa saudaranya, perasaan Hilmi gementar kerana terdapat tiga motokar
asing di depan pekarangan rumah itu. Hilmi masuk dari pintu kecil di sebelah belakang. Mak Minah
datang memberitahunya bahawa Datin Salmah heboh mencarinya. Ketika Hilmi sedang menyiram
bunga-bunga yang terletak di bahagian anjung depan rumah itu, Datin Salmah datang dengan marah
bertanyakan ke manakah dia pergi. Hilmi meminta maaf daripada mak ciknya dan berlalu pergi.
Setelah selesai semuanya, Hilmi pun mandi dan terus masuk ke dalam biliknya. Dia teringatkan
peristiwa yang berlaku antara dia dengan Azizah.
Dalam pada itu, ketika Encik Bakar pulang, Azizah memberitahu kedatangan Hilmi. Encik Bakar
berpesan kepada Mamat supaya memberitahu Hilmi yang dia akan pergi ke rumah adik iparnya di
Klang. Dia meminta Mamat menyampaikan pesan supaya Hilmi datang besok. Azizah juga cuba
memberitahu bapanya tentang pekerjaan Hilmi sebagai tukang kebun tetapi bapanya tidak
mengendahkan berita itu. Dia tahu Azizah kecewa kerana pada anggapannya Hilmi tidak setaraf
dengannya. Azizah lulusan MCE dan sedang mencari kerja. Paling rendah pasangan yang ingin
dicarinya ialah kerani. Bagi Encik Bakar untuk menjadi ahli muzik bukan perlu persekolahan tinggi.
Ilmunya jika tidak diajarkan kepada orang, habislah reput dengan tulang-belulang di dalam kubur
nanti. Azizah terdiam dan berasa kesal akan sikapnya itu terhadap Hilmi.
Namun begitu, perkara lain berlaku di rumah Datuk Johari. Hilmi tidak mahu makan makanan yang
dibawa oleh Mak Minah kerana kecewa apabila diberitahu bahawa mak ciknya tidak membenarkan
Mak Minah memanggilnya makan. Mak Minah meletakkan makanan itu di atas meja kecil dan balik
ke dapur mengambil tudung saji dan air minum. Hayati muncul bersama-sama Mak Minah untuk
memujuk Hilmi makan. Hayati bangun dan duduk di sebelah Hilmi. Hilmi memandang Hayati dengan
perasaan pilu. Dia bingung dengan sikap yang diperlihatkan oleh Hayati. Selama ini dia menyangka
Hayati tidak pernah mempedulikannya, Hilmi akhirnya menyuruh Hayati keluar. Mak Minah cuba
menenangkan Hilmi dan menasihatinya supaya jangan terlalu ambil hati terhadap sikap mak ciknya.
Hilmi kemudiannya keluar untuk berjumpa Mamat dan meminta pertolongannya mencari tempat
untuknya berpindah dari rumah Datuk Johari.

Sinopsis Bab 9 – Pertemuan


Setelah dua hari Hilmi tiada di rumah barulah Datin Salmah menyedari bahawa kehadiran Hilmi
selama ini mempunyai erti besar kerana adanya Hilmi di rumah itu, dia tidak perlu memikirkan sedikit
pun tentang tanaman bunganya. Sami yang dihubungi oleh Datuk Johari tidak dapat datang bekerja,
paling cepat akhir bulan. Dalam tempoh 12 hari itu, Datin Salmah mengerahkan Mak Minah, Pak
Amat, dan Hayati sendiri untuk menolongnya menyiram bunga-bunga itu pada waktu petang. Hayati
kini tidak mahu bercakap dengan ibunya sejak diketahui Hilmi telah pergi. Dia asyik berkurung di
dalam bilik sahaja. Hayati kecewa kerana pada hari itu setelah pulang dari sekolah, dia mahu
memberikan Hilmi tiket untuk menonton permainan piano seorang pianist dunia yang terkemuka yang
akan diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka. Hayati amat kecewa apabila diberitahu oleh Mak Minah
bahawa Hilmi telah pulang ke kampung. Tetapi Hayati tahu itu merupakan helah ibunya yang
sememangnya tidak suka Hilmi tinggal di situ. Datin Salmah kemudian memujuk Hayati dan
menyatakan bahawa Hilmi akan datang lagi selepas itu. Datin Salmah juga mulai risau tentang
perubahan yang berlaku pada Hayati. Matanya sudah mulai cengkung, makannya sudah tidak banyak
lagi. Dia bercadang untuk menyatukan Hayati dan Mohsin seberapa segera. Hayati boleh melanjutkan
pelajarannya di England dan Mohsin pula boleh menyambung pelajaran tetapi Hayati menolak.
Apabila ditanya oleh Mohsin tentang perubahan Hayati mereka membuat alasan keadaan Hayati yang
murung dan susut tubuhnya itu kerana teringatkan Mohsin.
Dalam pada itu, Mamat menghantar Hilmi ke tempat bas. Hilmi amat gelisah. Bapanya sebenarnya
tidak sakit. Surat yang diperlihatkan kepada pak ciknya itu ialah surat yang ditulis oleh Mamat. Dia
amat risaukan Hayati. Hilmi teragak-agak mahu naik atau tidak. Akhirnya dia ikut naik. Waktu bas itu
meninggalkan Tanjung Malim setelah berhenti rehat selama 30 minit, salah satu kerusi bas itu telah
kosong. Hilmi tidak dapat menahan tekanan perasaannya. Dengan sebuah teksi dia pulang semula ke
Kuala Lumpur. Hilmi terus berjalan mencari kerja. Dia menuju ke kios tempat jualan minyak. Dia
tahu sekurang-kurangnya dia dapat menjadi pekerja sementara dengan gaji harian sebanyak dua
ringgit setengah. Hilmi juga diberikan sebuah kanvas dan dibenarkan tidur bersama-sama dengan
seorang penjaga malam.
Hilmi bekerja dengan rajin dan berdoa supaya pak cik atau mak ciknya jangan datang mengisi minyak
di situ. Walau bagaimanapun, Hilmi telah terserempak dengan Mohsin. Mohsin telah menghasut tauke
kedai minyak itu supaya membuang Hilmi tetapi tauke itu tidak mempedulikannya. Minggu pertama
di bulan kedua bekerja di situ, Hilmi bertekad berjumpa semula dengan Encik Bakar. Dalam
perjalanannya dia telah bertemu Pak Amat di kedai kopi. Kesempatan itu digunakan oleh Hilmi untuk
bertanya khabar tentang Hayati. Dia amat sedih kerana Hayati kini sudah banyak berubah perangai
dan dia tidak segembira dan senang dahulu lagi.
Sesampai Hilmi di rumah Encik Bakar, rumah itu seperti tiada penghuni. Tingkap dan pintunya
tertutup rapat. Ketika di mahu berpatah balik, tiba-tiba sebuah jendelanya terbuka dan Azizah telah
muncul dan terkejut dengan kehadiran Hilmi. Kedatangannya itu disambut dengan Hilmi. Hilmi
menceritakan kisahnya kepada Encik Bakar dan hasratnya ingin menyambung belajar muzik
dengannya. Encik Bakar tidak keberatan. Hilmi meminta izin pulang awal kerana telah berjanji
dengan Ah Kong akan kembali sebelum pukul 7.00 malam untuk menggantikannya bekerja.
Hilmi diajar oleh Encik Bakar peringkat demi peringkat. Dia tidak sahaja belajar berbagai-bagai alat
muzik tetapi juga diajar untuk mengenal lebih dekat tiap-tiap jenis alat itu. Hilmi sering diingatkan
oleh Encik Bakar bahawa dia akan berjaya kerana mempunyai bakat. Hubungan Azizah dengan Hilmi
juga semakin rapat. Setiap kali dia ke rumah Encik Bakar, Azizah selalu menyambutnya dengan
mesra. Hilmi juga sudah mula kenal dengan not kerana menurut Encik Bakar untuk menjadi pemain
muzik yang baik seseorang itu mesti tahu membaca not. Selain itu Hilmi telah belajar bermain
trompet, seksofon, klarinet, dan biola.

Sinopsis Bab 10 - Bebas


Sejak Hilmi meninggalkan rumah pak ciknya, pokok-pokok bunga di taman Jepunnya yang dulunya
menjadi kebanggaan kepada Datin Salmah dan Datuk Johari telah mulai musnah sedikit demi sedikit.
Hayati pula seolah-olah ikut meratapi kehancuran taman bunga itu. Keadaan itu menyebabkan atin
Salmah mendesak suaminya menulis surat ke kampung bertanyakan Hilmi, kalau benar Hilmi
menggunakan sesuatu kuasa ghaib ke atas Hayati tetapi Datuk Johari menolak. Dia tahu isterinya itu
telah terpengaruh dengan cakap-cakap morning coffee. Datin Salmah serba salah dengan keadaan
Hayati. Hayati bukan lagi anak kecil yang dapat dipujuk dengan hadiah atau janji apabila dia
menangis. Hayati sekarang sudah menjadi gadis remaja malah sudah bertunang. Ketika masuk ke bilik
Hayati, dia terkejut kerana terjumpa buku agama dan lebih memeranjatkan lagi ialah sejadah dan
telekung yang terlipat dengan baik di sudut biliknya. Anaknya itu sudah mula sembahyang. Dia keluar
dari bilik itu dan menelefon suaminya. Perasaan ngeri mulai menguasai dirinya apabila dia
mengetahui anaknya sembahyang setiap waktu sementara dia dan suaminya tidak sembahyang. Dia
mula menyiasat dengan siapakah Hayati berkawan. Ketika suaminya pulang makan tengah hari dia
terburu-buru menunjukkan buku-buku agama di bilik Hayati, tikar, dan telekung.
Hayati menyambut kepulangan Mohsin di lapangan terbang. Mohsin turut hairan melihat perubahan
diri Hayati. Mohsin mengumumkan berita gembira iaitu dia hanya pulang sebentar sahaja dan akan
berangkat lagi ke London kerana telah dilantik menjadi penolong pengurus di cawangan banknya
yang baru sahaja dibuka di kota metropolitan Inggeris itu. Datin Salmah mencadangkan supaya
perkahwinan antara Hayati dan Mohsin disegerakan. Cadangan itu tidak dibantah oleh Hayati, malah
Hayati kelihatan terlalu gembira.
Berita perkahwinan Hayati dan Mohsin tersiar dalam semua surat khabar Melayu dan Inggeris. Hilmi
terpegun ketika Azizah menunjukkan kepadanya berita perkahwinan itu. Hilmi memohon untuk
beredar dan tidak ada mood untuk belajar muzik pada hari itu. Mamat pula datang ke biliknya
membawa berita bahawa Hayati dan Mohsin akan berangkat ke England sebaik sahaja mereka pulang
dan berbulan madu di Cameron Highland. Seminggu lamanya Hilmi berkurung di rumah. Habis kerja
dia terus balik ke biliknya dan tidak keluar-keluar lagi. Penghuni di sebelah menyebelah biliknya itu
hanya sering mendengar gesekan biola ataupun petikan gitar. Hari kelapan Hilmi pergi semula ke
rumah Encik Bakar dengan memperlihatkan sebuah lagu yang telah dikarangkannya. Encik Bakar
mencuba lagu itu di piano sambil dipindanya sedikit-sedikit. Hilmi memberi judul lagu itu “Sebuah
Intermeso”. Hilmi berasa gembira kerana dia telah mengetahui bahawa dia mempunyai bakat bukan
sahaja sebagai pemain muzik, tetapi juga sebagai penggubah lagu.

Sinopsis Bab 11 – Intermeso


Hilmi telah berhenti dari kios minyak petrol kerana akan menjadi anggota salah sebuah quartet yang
terkenal di ibu kota. Encik Bakar telah mengambil Hilmi bermain di dalam quartetnya sebagai
menggantikan tempat pemain biolanya yang kebetulan telah berpindah ke Pulau Pinang. Pertama kali
berlatih Hilmi berasa gugup. Dia berasa mahu menarik diri sahaja daripada quartet tersebut tetapi atas
dorongan Encik Bakar semangatnya pulih kembali. Hilmi memainkan lagu gubahannya “Sebuah
Intermeso”. Seluruh hadirin terpesona dan terpegun. Hilmi telah diinterview ( ditemu ramah ) oleh
pemberita hiburan dari sebuah surat khabar Inggeris yang terkemuka. Hasil interview itu telah
disiarkan di dalam ruangan hiburan akbarnya pada hari yang berikutnya. Datuk Johari juga terpegun
ketika melihat gambar Hilmi terpampang di ruangan hiburan surat khabar bertajuk “Penemuan Baru
Abad ini Pemain Biola Hikmat Malaysia”.
Hayati tidur di rumah mak ciknya bersama Maimun. Maimun hairan dengan perubahan Hayati yang
sudah sembahyang. Perbualan mereka berdua berkisar kepada Hilmi. Maimun tidak menyangka
tukang kebun Hayati ada bakat muzik. Hati Hayati bergelodak kerana dia ingin menceritakan perkara
sebenar bahawa Hilmi bukan tukang kebun. Daripada akhbar itu Hayati mendapat tahu Hilmi masih
berada di Kuala Lumpur dan telah menjadi seorang pemain muzik dalam quartet tetap di Hotel
Titiwangsa. Cuma Hayati kesal kerana Mamat sering berdalih apabila ditanya tentang Hilmi.
Pada malam kedua, Encik Bakar mendesak Hilmi memainkan lagunya “Sebuah Intermeso” tanpa
nyanyian. Seluruh hadirin terpesona. Kisah Hilmi mendapat perhatian Setiausaha Persatuan Pemain-
pemain Muzik Nasional. Encik Bakar telah melanggar peraturan perlembagaan persatuannya. Semua
pemain muzik di hotel dan kelab-kelab malam hendaklah terdiri daripada anggota-anggota persatuan
itu yang sah. Encik Bakar telah menerima surat daripada Setiausaha Persatuan Pemain-pemain Muzik
Nasional. Encik Bakar menganggap itulah masa yang paling malang sekali dalam hidupnya. Dia
bukan tidak sedar tentang hal ini, tetapi keadaan terdesak. Pemain biolanya tiba-tiba berhenti. Encik
Bakar mengumpul semua ahli kumpulannya kecuali Hilmi untuk berbincang. Akhirnya mereka
sebulat suara menyokong kemasukan Hilmi dalam kumpulan mereka. Hilmi kemudian diberitahu
tentang krisis yang terjadi dan tentang keputusan mesyuarat itu. Walaupun keputusan itu dicapai
sebulat suara, tetapi meninggalkan kesan yang parah dalam hati Hilmi. Dia berasa kesal kerana
menjadi sebab Encik Bakar diancam oleh persatuannya. Walau bagaimanapun pada malam itu mereka
bermain seperti biasa.
Seminggu sesudah itu, Encik Bakar telah dipanggil oleh Jawatankuasa Persatuan Pemain-pemain
Muzik Nasional untuk menghadapi tuduhan melanggar tatatertib persatuan dan melanggar arahan
setiausaha. Tiga jam lamanya ahli jawatankuasa persatuan itu membuat persidangan tertutup. Encik
Bakar disuruh menunggu di luar bilik persidangan. Keputusan mesyuarat akhirnya memaafkan Encik
Bakar kerana mengenangkan jasa-jasanya terhadap persatuan tersebut dan menerima keahlian Hilmi.

Sinopsis Bab 12 - Krisis


Hilmi gelisah kerana Encik Bakar belum pulang dan Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional dan
dia tidak dibenarkan hadir sama dalam mesyuarat tersebut. Keyakinan Hilmi pulih setelah ibu Azizah
menasihatinya supaya bertenang kerana dia percaya suaminya tidak akan diapa-apakan. Encik Bakar
seorang yang jujur dan dia tidak akan dipecat. Kepulangan Azizah membawa berita tentang Hayati
mendapat biasiswa dari British Council untuk belajar muzik di Conservatory of Music selama dua
tahun dan akan berangkat esoknya. Hilmi tergesa-gesa pulang. Semasa Hilmi keluar, Encik Bakar pun
sampai bersama-sama dengan Rahmat dan Harry Lam. Melihat Hilmi tidak ada di situ, Rahmat dan
Harry Lam pun meminta diri pulang ke rumah.
Pada malam itu, ada dua penerbangan ke London. Satu kapal terbang British Airways dan satu lagi
Qantas yang datang dari Sydney. Sekiranya Hilmi pergi ke lapangan terbang pada waktu itu bererti
dia tidak dapat ikut bermain dalam orkestra Encik Bakar. Fikirannya terlalu runsing. Akhirnya dia
pulang ke bilik. Di pintu biliknya ada sekeping surat yang ditinggalkan oleh Mamat menyatakan dia
barangkali akan datang pada pukul tujuh malam dan ingin membawa Hilmi berjumpa Hayati. Di
dalam pertemuan itu Hayati menyatakan bahawa dia amat mencintai Hilmi tetapi dia tidak mahu
membantah kata orang tuanya dan terpaksa berkahwin dengan Mohsin. Mohsin juga tahu akan
pertemuannya dengan Hilmi. Hayati juga menyatakan bahawa lagu “Sebuah Intermeso” itu menjadi
ubat yang paling mujarab bila hatinya luka. Kaset lagu itu dibawanya di dalam beg ke mana sahaja dia
pergi. Hayati juga meminta Hilmi memaafkan ibu dan bapanya kerana tindakan dan kelakuan mereka
terhadapnya dahulu.
Encik Bakar pula gelisah kerana Hilmi belum muncul-muncul. Setelah kemunculan Hilmi, Encik
Bakar memberikan resit sebagai bukti dia telah menjadi pemain muzik profesional yang sah. Pada
malam itu, permainan yang luar biasa telah diperlihatkan oleh Hilmi. Ketika jam berdeting pukul
12.40 malam jantungnya ikut berdetak kuat kerana pada saat itu pesawat yang dinaiki oleh Hayati
terbang meninggalkannya. Pada malam perpisahan itu Hilmi telah berjaya menggubah sebuah lagu
yang lahir dari perpisahan dengan Hayati dan diberi judul “Perpisahan”. Encik Bakar juga telah
memberikan petua-petua bagaimana cara menggubah lagu yang baik dan menasihati Hilmi supaya
mengarang beberapa buah lagu lagi dan lagu-lagunya itu disimpan dahulu. Apabila telah banyak dan
sudah cukup barulah dirakamkan menjadi rekod.
Pengaruh gitar rancak dan Barat telah mulai melanda ke negara ini. Hilmi telah mendapat keizinan
Encik Bakar untuk menubuhkan kugiran yang diberi nama “Kugiran Dahlia” ringkasan nama Daniel,
Azizah, Hilmi, Tony Lim, Dan Arasu. “Kugiran Dahlia” dengan cepat mendapat popularitinya. Hilmi
banyak menggubah lagu untuk dinyanyikan oleh Azizah dan nama Azizah mulai terkenal.
Perhubungan mereka semakin erat. Apabila gelombang kugiran mulai merosot, Hilmi kembali bergiat
dalam orkestra yang bermain di kelab-kelab malam. Walaupun rekod dan kaset yang mengandungi
lagu-lagu gubahannya sudah banyak terjual tetapi sebagai penggubah lagu dia tidak pernah mendapat
hasil yang lumayan malah berdepan pula dengan masalah cetak rompak.
Setelah setahun lebih bergaul rapat, dia dan Azizah diijabkabulkan sebagai suami isteri. Pada mulanya
kehidupan mereka sebagai suami isteri amat harmoni tetapi kira-kira setahun setelah anak lelaki
mereka yang pertama lahir, Azizah mulai berubah dan Hilmi juga ikut berubah. Rumah tangga
mereka mula goyah. Kepedihan yang dirasai dari penghidupan itu menyebabkan Hilmi banyak
berfikir dan telah mendatangkan ilham untuknya menggubah lagu. Sebahagian besar lagu-lagu yang
digubahnya tidak ditunjukkan kepada orang lain, walaupun kepada Encik Bakar.
Sinopsis Bab 13 – Perpecahan
Keretakan yang terjadi dalam rumah tangga Hilmi telah tidak dapat diselamatkan lagi. Encik Bakar
dan isterinya, walaupun pada mulanya tidak mahu campur tangan kerana itu urusan rumah tangga
mereka terpaksa memanggil kedua-duanya kerana keadaan semakin buruk. Tetapi pertemuan itu tidak
membawa apa-apa hasil. Persengketaan antara mereka tidak boleh diatasi malah Azizah mengajar
anaknya memanggil Hilmi dengan panggilan “bapa jahat”. Azizah cemburu kerana pada anggapannya
beberapa buah lagu yang telah digubah khas oleh Hilmi adalah untuk Hayati. Sedangkan dia tidak
mengetahui Hilmi juga pernah menggubah lagu tentang cinta dan sayangnya kepada isteri dan
anaknya dalam lagu “Balada Kasih”.Lagu itu ialah curahan isi hatinya yang jujur. Kini hidupnya
terasa kesunyian yang amat sangat. Dia sering menyembunyikan kesedihannya daripada kawan-
kawannya. Dia terus menghiburkan orang-orang yang datang mencari hiburan di tempatnya bermain
muzik. Dia juga tetap menggubah lagu. Sekali sekala dia teringatkan Hayati. Tragedi yang
menimpanya menyebabkan dia mencipta sebuah lagu yang diberi tajuk “Cinta dan Tangis”. Lagu
“Cinta dan Tangis” menjadi inspirasi kepadanya untuk menggubah lagu-lagu lain dan menulis sendiri
sari katanya. Dia mulai terasa bahawa menggubah lagu-lagu itu sebagai satu misi yang telah
ditugaskan oleh Tuhan kepadanya biarpun terpaksa bekerja keras siang dan malam tetapi hatinya
senang dan tenteram. Harapan untuk kembali dengan Azizah telah pudar. Walau bagaimanapun dia
belum berniat untuk menceraikan Azizah kerana Azizah sendiri tidak pernah memintanya. Setiap
malam sebaik sahaja pulang dari tempatnya bekerja, Hilmi akan duduk di hadapan pianonya
menggubah lagu-lagu baru. Kalau ilhamnya tidak ada dia akan memainkan rekod. Lagu-lagu yang
telah digubahnya kini berjumlah ratusan buah.
Orkes Hilmi telah mendapat undangan untuk bermain dalam pertunjukan Hari Keputeraan Sultan
Kelantan di Kelantan. Hilmi mendapat sambutan yang luar biasa. Peminat-peminatnya telah
menyerbunya. Kira-kira jam empat pagi, Hilmi dikejutkan dengan panggilan telefon dari Rahmat
tentang kematian Encik Bakar. Hilmi menaiki kapal terbang MAS pulang ke Kuala Lumpur. Dalam
penerbangan tersebut dia telah selesai menyiapkan sebuah lagu yang diberi nama “Seniman” yang
dicipta khas untuk Encik Bakar iaitu guru, kawan, dan bapa mertuanya.
Tiga tahun berturut-turut Hilmi muncul sebagai pemenang dalam pesta muzik tahunan yang
dianjurkan oleh RTM. Hilmi telah diberi penghormatan untuk memimpin satu pertunjukan Orkes
Perdana yang dianjurkan oleh RTM. Pertunjukan itu sama tarafnya dengan Royal Performance
( persembahan di-Raja ) yang diadakan di England. Hilmi diminta untuk membuat arrangement
(penyusunan) semua lagunya dan diberi nama “Hilmi Potpouri”. Publisiti (berita) tentang pertunjukan
itu tersebar luas. Bukan sahaja melalui RTM, tetapi juga melalui media massa di seluruh negara.
Datin Salmah juga telah mendesak Datuk Johari mencari kad jemputan pertunjukan Orkes Perdana itu
kerana saudaranya iaitu Datin Mastura (kakak), dan Datuk Roslan (abang ipar), Datin Maniam
(kakak), dan seluruh geng morning coffee telah bercadang untuk menontonnya.
Sinopsis Bab 14 – Seniman
Dewan Tunku Canselor telah penuh sesak. Keadaan kalut mulai terasa apabila Hilmi belum kelihatan.
Ketua Pengarah RTM mengarahkan Amat, seorang pengawal RTM pergi menjemput Hilmi tetapi
Hilmi tidak ada di rumahnya. Ketua Pengarah itu tidak puas hati lalu mengajak Amat sekali lagi
bersama-samanya pergi ke rumah Hilmi Dan akhirnya mereka mendapat tahu daripada seorang
pemuda Cina bahawa Hilmi sakit dan dimasukkan ke hospital. Ketua Pengarah berkejar ke hospital
dan dia mendapati keadaan Hilmi dalam bahaya dan telah dibawa ke unit rawatan rapi ( ICU ). Doktor
juga telah memberitahu bahawa nyawa Hilmi terancam dan dia tidak mungkin dapat memimpin Orkes
Perdana. Ketua Pengarah telah mengarahkan Borhan supaya mencari pengganti Hilmi dan kembali ke
universiti. Kebimbangannya itu dikongsi bersama oleh Timbalan Menteri dan Ketua Setiausaha. Tiba-
tiba muncul Hayati, wanita yang ingin menonton pertunjukan tersebut. Keadaan menjadi semakin
kelam kabut. Berbagai-bagai spekulasi telah dibuat kerana ketiadaan Hilmi itu. Hayati mendapat tahu
tentang kesakitan yang dialami oleh Hilmi dan berminat untuk membantu Hilmi memimpin
pertunjukan tersebut. Setelah menunjukkan bukti kelulusan dan pengalamannya serta hubungan rapat
dengan Hilmi, akhirnya ketua pengarah membenarkan Hayati memimpin Orkes Perdana tersebut.
Datuk Johari dan Datin Salmah menyesali perbuatan mereka terhadap Hilmi, lebih-lebih lagi apabila
mendengar puji-pujian yang diberikan kepada Hilmi oleh penonton. Mereka juga menyedari yang
memimpin pertunjukan orkes itu ialah Hayati. Baginda Yang di-Pertuan Agong diiringi oleh Perdana
Menteri amat terhibur dengan persembahan itu dan dukacita di atas kemalangan yang menimpa Hilmi.
Setelah pertunjukan selesai Hayati bergegas ke hospital, begitu juga Datuk Johari dan Datin Salmah
apabila mengetahui perkhabaran tersebut. Di hospital, Datuk Johari telah bertemu dengan abang
sepupunya iaitu bapa Hilmi yang baru sampai dari kampung. Suasana menjadi bertambah pilu dengan
kehadiran Azizah, ibunya serta Hakim, anak Hilmi.
Abang sepupunya itu kemudian menceritakan kepada Datuk Johari dan Datin Salmah bahawa Hilmi
selalu memuji kebaikan pak cik dan mak ciknya itu. Akhirnya abang sepupunya iaitu Karim akhirnya
membongkar rahsia bahawa Hilmi sebenarnya anak kandung Datuk Johari. Dia sengaja menyimpan
rahsia itu kerana tidak mahu merosakkan rumah tangga mereka. Datuk Johari dan Datin Salmah amat
menyesal dan akan menebus dosa mereka sekiranya Hilmi pulih. Setelah doktor yang merawat Hilmi
membenarkan mereka melawat Hilmi, mereka pulang ke rumah Datuk Johari. Karim bersyukur
kerana Allah memanjangkan usianya dan dapat membuka rahsia yang terpendam di hati selama ini.
Sesampai sahaja di pekarangan rumah, mereka dikejutkan dengan panggilan telefon dari hospital.
Datuk Johari telah menerima khabar tentang kematian Hilmi dan pada saat yang sama Datuk Johari
jatuh terjelepok di atas lantai dan pergi buat selama-lamanya.
Tema dan Persoalan
Tema

Berdasarkan cerita yang digarapkan oleh Sasterawan Negara Abdullah Hussain melalui novelnya
Konserto Terakhir, dapatlah dirumuskan bahawa tema novel ini ialah perjuangan hidup seorang
anak muda yang berasal dan kampung berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan dan
akhirnya berjaya menjadi seorang seniman besar negara.

Persoalan

 Cinta dan kasih sayang


Cinta dan kasih sayang merupakan antara persoalan yang kerap dikemukakan oleh pengarang. Cinta
dan kasih sayang antara Hilmi dan Hayati; cinta dan kasih sayang antara Hilmi dan Azhzah. Cinta dan
kasih sayang dilihat pada awalnya lebih kepada simpati. Contohnya, Hayati amat bersimpati kepada
nasib Hilmi, begitu juga Azizah, bersimpati dengan Hilmi. Cinta dan kashh sayang dalam novel mi
thdak berakhhr dengan kebahagiaan. Hayath berkahwin dengan Mohsin tetapi tidak bahagha kerana
Mohshn cemburu terhadap Hilmi. Begitu juga dengan Azizah cmntanya terhadap Hilmi tidak berakhir
dengan bahagia kerana cemburu terhadap Hayati.

 Agama yang dapat mengembalikan ketenangan hidup


Hayati seorang gadis yang pada mulanya hidup penuh dengan kebebasan tetapi telah berubah dan
berasa tenang setelah mula mendekath agama melalui ibudah solat dan mendalaminya melalui buku-
buku agama seperti buku Hidup Sesudah Mati. Hilmi juga sering mendekatkan dhrinya dengan ibadah
solat setiap kali din menghadapi masalah kerana dirasakan dia dapat menemui ketenangan hidup.

 Menjaga kesihatan
Kerana tidak menjaga kesihatan, menyebabkan Hilmi menderita dan akhirnya meninggal dunia. Hilmi
tidak menghiraukan kesihatannya setelah dia tertekan akibat dilanda masulah rumah tangga dan
menumpukan sepenuh jiwa dan raganya untuk menyiapkan arrangement ‘Hilmi Potpouri’ untuk
pertunjukan Orkes Perdana.

 Kesan penceraian ibu bapa terhadap anak


Datuk Johari telah meninggalkan isterinya selepas malam pertamanya tanpa meninggalkan sebarang
berita. Karim telah sanggup berkahwin dengan isterinya itu demi menyelamatkan maruah keluarganya.
Kesannya, Karim terpaksa menanggung beban rahsia sepanjang hayatnya iaitu Hilmi sebenarnya anak
Datuk Johari dan Datuk Johari sendiri pun mengetahuinya di saat-saat akhir hayat Hilmi. Paling
making, apabila Hilmi tidak sempat mengetahui bahawa Datuk Johari itu sebenarnya bapanya dan
Hayati itu adiknya.

 Semangat kerjasama
Encik Bakar pemimpin quartet yang berjaya kerana mendapat sokongan duripada semua ahli
kumpulannya yang dianggap seperti satu keluarga. Begitu Juga dengan kejayaan Orkes Hilmi
merupakan kejayaan berkumpulan. Semangat ltu ditunjukkan oleh Orkes Hilmi ketiku Hilmi
dimasukkan ke hospital dan Pertunjukan Orkes Perdana itu berjaya dan mendapot pujian.

 Mementingkan Pangkat daripada Hubungan Kekeluargaan


Datin Salmah lebih mementingkan pangkat dan memandang rendah kepada Hilmi. Begitu juga dengan
Datuk Johari yang terikut-ikut dengan perangai isterinya don berosa malu kerana keluarga di
sebelahnya tidak ada yang berpangkat besar. Sikap mementingkan pangkat mi dapat dilihat apabila
Hilmi mencapai kejayaan, mereka mula mengaku yang Hilmi itu anak buahnya.

 Perpaduan Kaum
Persoalon perpoduan kaum dopat dilihat melalui watak tauke don Ah Kong. Tauke tempat Hilmi
bekerjo tidak mengendahkan hasuton Mohsin. Begitu juga perpaduan yang ditunjukkan oleh ahli-ahli
‘Kugiran Dahlia’ yang terdiri daripada pelbagai kaum. Perpaduan kaum juga dapat dilihat melalui
watak pemuda Cina yang membantu menghantar Hilmi ke hospital.

Pak Amat
-Taat setia

-Tabah

-Baik Hati

Watak dan Perwatakan


Azizah
-Penggoda

-Materialistik

-Curang

-Cemburu
Hilmi
-Penyayang dan bersimpati

-Tabah dan gigih

-Rajin

-Pemaaf

Hayati
-Penyayang

-Taat

-Yakin

-Menurut Perintah

Datin Salmah
-Sombong

-Kurang sabar

-Tidak berpendirian

-Suka dipuji

Datuk Johari
-Lupa daratan

-Tidak suka berterus-terang

-Tidak bertanggungjawab

Binaan Plot
Permulaan
Hilmi datang dan kampung kerumah bapa saudaranya, Datuk Johari untuk mencari pekerjaan
di kota. Kehadiran Hilmi tidak disenangi oleh Datuk Johari dan isterinya, Datin Salmah.

Perkembangan
Oleh sebab hanya berkelulusan darjah empat sekolah Melayu akhirnya Hilmi disuruh bekerja
sebagai tukang kebun di rumah Datuk Johari sahaja. Hilmi juga berminat dengan mainan
piano sehingga dengan tidak sengaja telah merosakkan piano Hayati.

Perumitan
Sepeninggalan Datuk Johari ke luar negara, Hilmi telah belajar bermain muzik dengan Encik
Bakar. Hubungan Hilmi dan Hayati semakin erat sehingga menimbulkan perasaan tidak
senang kepada Datin Salmah. Hilmi kemudian melarikan diti dan rumah Datuk Johari dan
bekerju di stesen minyak.

Klimaks
Hilmi telah berjaya memainkan pelbagai alat muzik dan menggubah lagu. Akhimya Hilmi
ditawarkan untuk menyertai quartet Endk Bakar dan terkenal sebagai ‘Pemain Biola Hikmat
Malaysia’. Hilmi dan Azizah juga telah menubuhkan Kugiran Dahlia. Hilmi dan Azizah telah
diijabkabulkan dan kemudiannya memperolehi seorang anak lelaki. Walau bagaimanapun
rumah tangga mereka tidak kekal lama. Hilmi juga bertambah sedih setelah kematian Encik
Bakar. Hilmi juga telah bertungkus lumus menyiapkan satu alrangement yang diberi nama
‘Hilmi Potpouri’ untuk satu Pertunjukan Orkes Perdana.

Peleraian
Hilmi jatuh sakit dan tidak dapat memimpin Pertunjukan Orkes Perdana. Hayati telah muncul
menggantikan Hilmi. Pada masa yang sama, di hospital, Pak Karim telah bertemu Datuk
Johari dan telah mendedahkan rahsia sebenar Hilmi. Datuk Johari telah insaf dan akhimya
meninggal dunia kerana terkejut mendapat berita kematian Hilmi.

Latar

Latar Tempat
 Rumah Datuk Johari

 Kedah

 Maktab Sultan Abd Hamid


 Lapangan terbang

 Balai Polis Lenggeng

 Dewan Tunku Canselor

Latar Masyarakat
 Masyarakat Kota

 Masyarakat Desa

 Masyarakat Pemuzik

 Masyarakat berbilang bangsa

 Masyarakat Bawahan

Gaya Bahasa

Personifikasi
Jari kelengkeng sebelah kiri tersasul lagi.... (Halaman 1)

Perasaannya hanyut terapung-apung bersama-sama dengan mama lagu yang tidak diketahui namanya,
jauh membumbung naik ke angkasa lepas. (Halaman 30)
Metafora
Tetapi mata pak ciknya membawa warna yang benbeza, lembut Warna perlindungan.
(Halaman 26)

Walaupun keputusan belum lagi diketahui, cahaya harapan telah mulaimemancarkan sinarnya.
(Halaman 213)

Simile
Datin Salmah duduk dengan belakang lurus, kakinya disilangkan seperti sedang menghadapi meja
makan dalam upacara....... (Halaman 8)

...bendiri macam patung... (Halaman 62)

Hilmi berasa seperti dia orang bodoh...... (Halaman 64)

Perulangan
“Minta maaf. Saya minta maaf. Kalau lain tentu saya boleh menolongnya..... (Halaman 17)

Berdenting bunyinya satu nada. Satunada lagi.... (Halaman 54)

Peribahasa
Banyak sangat orang yang rajin pada masa mula-mula kerja saja, sesudah itu mereka curi tulang.
(Halaman32)

Mungkin Encik Bakar berasa serik untuk mengajarnya lagi, ataupun Encik Bakar menuduhnya
hangat-hangat tahi ayam (Halaman 155)

Nilai dan Pengajaran


Nilai
 Taat setia

 Kasih sayang

 Simpati dan belas kasihan

 Keberanian dan keyakinan diri


 Kerjasama

 Hormat-menghormati

 Jujur

Pengajaran
 Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu kerja

 Kita hendaklah membantu orang yang susah

 Kita hendaklah berusaha dengan gigih untuk meneruskan kehidupan

 Kita mestilah menjaga maruah diri

 Kita wajib bersyukur atas kurniaan tuhan

 Kita hendaklah berani menempuh pelbagai dugaan

 Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain

Anda mungkin juga menyukai