Anda di halaman 1dari 16

DARAH MANUSIA

Kandungan Darah dan Fungsinya


Di bawah mikroskop, darah kelihatan
terdiri daripada sel-sel darah yang
terapung dalam satu bendalir disebut
PLASMA
Darah terdiri daripada:
A) PLASMA
B) SEL DARAH MERAH
C) SEL DARAH PUTIH
D) PLATLET (sel pembekuan darah)

A) Plasma Darah
i. Plasma darah adalah bahagian cecair darah.
ii. Plasma : bendalir kekuningan bersifat alkali
iii. Plasma darah melekit sedikit & sebahagian
besar terdiri daripada air
iv. Sel darah merah, sel darah putih dan platlet
terapung di dalam plasma
v. Plasma darah mengandungi bahan terlarut
seperti garam mineral,makanan tercerna,
bahan buangan,vitamin,hormon,antibodi
dan gas-gas
vi. Plasma dihasilkan di dalam hati

Komposisi Plasma Darah

Komponen

Peratus (%)

Air

92

Protein

Garam Mineral 0.8


Lipid

0.6

Glukosa (gula
darah)

0.1

Lain-lain

0.5

Fungsi Plasma Darah

c) Mengawal suhu badan pada


37 dengan menyebarkan haba
ke seluruh bahagian badan
d) Membawa hormon ke tisu-tisu
untuk menyelaraskan proses badan

B) Sel Darah Merah


i. Sel Darah Merah berbentuk
dwicekung
ii. Sel Darah Merah tidak mempunyai
nukleus
iii. Fungsi : Mengangkut oksigen ke sel
badan
iv. Sel Darah Merah mengandungi
hemoglobin (satu pigmen merah)
yang berpadu dengan oksigen bagi
membentuk oksihemoglobin

C) Sel Darah Putih

i. Bersaiz lebih besar daripada sel darah merah


ii. Sel Darah Putih mempunyai nukleus
iii. Tidak mempunyai bentuk tetap
iv. Fungsi : melindungi badan daripada serangan
mikroorganisma seperti bakteria dan virus
v. Sel darah putih membentuk sebahagian daripada sistem
pertahanan badan
vi. Sesetengah sel darah putih dapat:
a) membunuh bakteria dalam darah
b) menghasilkan antibodi untuk meneutralkan bahan
beracun (toksin) yang dihasilkan oleh
mikroorganisma dalam darah
vii. Sel darah putih dihasilkan dalam sumsum tulang dan
kelenjar limfa

D) Platlet
i. Platlet : cebisan-cebisan kecil dalam darah
yang tidak mempunyai bentuk tetap
ii. Platlet tidak mempunyai nukleus
iii. Saiz platlet sangat kecil
iv. Fungsi : membekukan darah pada luka dengan
menyekat pengeluaran darah berlebihan
v. Platlet dihasilkan dalam sumsum tulang
vi. Jangka hayat platlet adalah pendek, iaitu
dalam julat beberapa jam hingga sembilan hari

Kumpulan Darah

Empat kumpulan darah manusia, iaitu :


A, B, AB dan O
Orang yang menderma dipanggil penderma
Orang yang menerima dipanggil penerima
Darah penderma dan penerima mestilah serasi
Jika darah yang tidak sesuai diransfusikan
kepada seseorang, pengumpalan akan berlaku
dan boleh membawa kematian.

TRANSFUSI DARAH ANTARA


PENDERMA DAN PENERIMA
Boleh menderma
darah kepada
kumpulan darah
O,A,B AB

Orang dengan
kumpulan darah
O
A

A,AB

B, AB

AB

AB

Orang dengan darah


O disebut penderma
Universal
Orang dengan darah
AB disebut penerima
Universal

Boleh menerima
darah daripada
kumpulan darah
O
O, A
O, B
O,A,B, AB

Pendermaan Darah
Kehilangan darah berlebihan akan
menjejaskan fungsi badan dan menyebabkan
kematian.
Transfusi darah perlu dijalankan dengan teliti
untuk mengelakkan proses pengumpalan
berlaku
Terdapat 2 cara transfusi darah, iaitu :
a) Melalui darah yang disimpan dalam tabung
darah
b) Melalui saluran secara langsung daripada
penderma kepada penerima

Penyimpanan & Pengendalian Darah


i. Darah penderma perlu diuji dahulu untuk
mengetahui kumpulan darahnya dan perlu
diperiksa doktor untuk mengetahui
kesihatan badannya
ii. Sebelum darah ditansfusikan kepada
pesakit, darah itu perlu diuji samada
bebas dari penyakit seperti hepatisis B
dan C, HIV, penyakit kelamin seperti sifilis
iii. Darah daripada penderma perlu disimpan
di tempat yang sejuk sebelum digunakan

Anda mungkin juga menyukai