Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT

PERANCANGAN PROJEK INTERNSHIP EMPAT MINGGU


Tarikh
Masa
Tempat

: 1 Julai 2013
: 8.00 pagi
: Bilik Guru Besar, Pejabat Sek Keb Simpang Renggam

SENARAI KEHADIRAN
- Tuan Haji Md Zain bin Salamal (Guru Besar)
- Tuan Haji Omar bin Ahmed (Guru Penolong Kanan 1)
- Mohamad Faiz bin Damanhuri (Guru Internship)
AGENDA MESYUARAT
1. Ucapan Aluan Guru Besar
2. Perkara-perkara berbangkit
3. Perbincangan perancangan Projek Internship/Pembentangan Kertas
Kerja
4. Hal-hal lain
5. Penutup
MINIT MESYUARAT
AGEN
DA
1

PERKARA
Ucapan Aluan Guru Besar

Guru Besar mengalu-alukan kedatangan semula kepada


Mohamad Faiz bin Damanhuri kembali ke sekolah untuk
menjalani internship setelah menjalani latihan praktikum
selama tiga bulan pada Januari hingga April yang lepas
Guru Besar mengucapkan tahniah atas pencapaian yang
diperoleh daripada keputusan praktikum yang lepas
Guru Besar memaklumkan kini sekolah telah memasuki
penggal kedua dalam tahun 2013 dan ada sedikit
perubahan dalam rutin harian dan jadual waktu sekolah
Guru Besar berharapan agar guru internship dapat
menyesuaikan diri dengan keadaan sekolah dan tidak

berasa kekok untuk bertugas bersama guru-guru lain.


2

Perkara-perkara berbangkit

Guru Internship menjelaskan matlamat dan keperluan


utama internship pada kali ini yang mewajibkan guru
internship menjalankan sekurang-kurangnya tiga projek
untuk pihak sekolah dalam bidang Kemahiran Hidup, Hal
Ehwal Murid dan Kokurikulum.
Guru Penolong Kanan membincangkan pembahagian
jadual waktu kelas dan menjelaskan keperluan guru
internship
dengan
memperuntukkan
empat
waktu
mengajar iaitu dua waktu Kemahiran Hidup bagi Kelas 4
Inovatif dan dua waktu Kemahiran Hidup bagi Kelas 4
Progresif yang membawa jumlah dua jam mengajar.
-Guru Penolong Kanan menetapkan tempat duduk guru
internship kekal di Bilik Guru Sekolah seperti yang telah
diperuntukkan dalam tempoh ketika berpraktikum yang
lepas.

Perbincangan
perancangan
Internship/Pembentangan Kertas Kerja

Projek

Guru Besar memohon guru internship membentangkan


cadangan projek yang bakal dijalankan dalam tempoh
internship.
cadangan guru internship adalah seperti berikut:i.
Pengendalian Perhimpunan Mingguan
ii.
Menganjurkan pertandingan Rekacipta/Robotik
iii.
Menjalankan Program Motivasi UPSR
iv.
Menganjurkan Bengkel Menjawab Soalan UPSR
v.
Menganjurkan Ceramah Ihya Ramadhan
vi.
Melaksanakan Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran
setelah mendengar cadangan guru internship, Guru Besar
memaklumkan terdapat beberapa program dan agenda
sedang berlangsung atau berlangsung di sekolah dalam
tempoh terdekat ini. Oleh itu, guru besar memohon Guru
Internship untuk membantu guru-guru yang telah dilantik
untuk membantu melaksanakan tugas tersebut. Antara
program yang sedang dijalankan ialah:i.
Program Keceriaan Sekolah, Projek Tiang Papan
Tanda Penunjuk Arah. Dikelolakan oleh En Zamani bin
Suradi, Ketua Unit Keceriaan Sekolah
ii.
Program Motivasi UPSR. Dikelolakan oleh Puan
Razilah, guru Bimbingan dan Kaunseling
iii.
Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran. Dikelolakan oleh
Panitia Pendidikan Islam yang diketuai oleh Puan
Muliati.
Guru Besar menyarankan kepada guru Internship untuk

Hal-hal lain

berhubung dengan guru-guru berkenaan untuk membantu


pengurusan dan pengelolaan program untuk dilaksanakan.
Guru Internship bersetuju dengan saranan Guru Besar dan
berjanji akan mengeluarkan kertas kerja dalam masa
terdekat untuk dibentangkan dan mendapatkan kelulusan

Guru Besar memaklumkan segala urusan kewangan dan


permohonan peruntukan harus dilakukan melalui pejabat
dengan mengikut prosedur pengurusan dan menyediakan
dokumen-dokumen yang diperlukan seperti kertas kerja
dan resit urusniaga dan belian barangan
Guru Besar menyarankan Guru Internship mendapatkan
bantuan guru lain untuk membuat pembahagian tugasan
bagi setiap program dan melantik guru-guru lain untuk
membantu Guru Internship menjalankan program yang
dirancang.

Penutup

Guru Besar mengucapkan tahniah sekali lagi kepada Guru


Internship kerana kembali ke Sek Keb Simpang Renggam
dan mengucapkan selamat maju jaya dalam menjalankan
Internship selama empat minggu di sekolah.

Mesyuarat bersurai pada jam 9.00 pagi

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

(MOHAMAD FAIZ BIN DAMANHURI)


Guru Internship,
Sek Keb Simpang Renggam, Kluang

(TUAN HAJI MD ZAIN BIN SALAMAL)


Guru Besar,
Sek Keb Simpang Renggam, Kluang

Anda mungkin juga menyukai