Anda di halaman 1dari 4

Sepanjang 10 bulan saya menjalani program DPLI UKM banyak yang telah saya pelajari dan

perolehi. Terutama dalam 2 aspek utama iaitu kurikulum dan ko-kurikulum. Kedua-dua
aspek ini amat penting untuk menjadi seorang pendidik yang mampu membentuk dan
melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya dalam semua bidang yang ingin diceburi,
INSYAALLAH.
KURIKULUM
Merupakan satu aspek yang penting untuk menjadi seorang guru yang berilmu dan
berpengetahuan. Dalam aspek kurikulum, pengintegrasian ilmu secara terpisah-pisah
membolehkan saya mempelajari pelbagai ilmu berkaitan pendidikan secara lebih meluas.
Perkaitan di antara isi-isi pengajaran yang diberikan dapat membantu saya mengaplikasikan
ilmu yang diperolehi secara sepenuhnya mengikut kesesuaian dalam bidang pendidikan pada
masa sekarang. Sebagai contohnya, sepanjang 10 bulan dalam DPLI UKM banyak kaedahkaedah pedagogi yang dicurahkan oleh pensyarah dan ilmu itu amat berguna semasa saya
menjalani latihan mengajar. Pelbagai kaedah dapat saya aplikasikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dan ianya dapat membantu dan dapat menarik minat pelajar.
Melalui tugasan yang diberikan oleh pensyarah juga mampu membantu saya
mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari di dalam kuliah. Ilmu yang telah dicurahkan oleh
pensyarah sepanjang 10 bulan saya menjalani program DPLI UKM juga banyak membantu
saya semasa menjalani latihan mengajar dan ianya merupakan persediaan awal yang
sememangnya diperlukan oleh seorang bakal pendidik seperti saya. Kaedah-kaedah
pendidikan yang dipelajari menjadikan saya lebih yakin semasa menjalani latihan mengajar.
Saya berharap ilmu yang saya perolehi sepanjang 10 bulan itu akan menjadikan saya seorang
guru yang berdedikasi.

KOKURIKULUM
Aspek kedua yang saya perolehi sepanjang 10 bulan ialah kokurikulum. Kebanyakan pelajar
menganggapkan aktiviti kokurikulum ini tidak penting berbanding kurikulum. Seperti juga
saya yang sebelum ini tidak terlalu mengambil berat tentang aktiviti kokurikulum. Namun
selepas 10 bulan di UKM dan banyak aktiviti kokurikulum yang telah dijalankan saya
mendapati pendedahan terhadap aktiviti ini amat penting dan ianya perlu seiring dengan
aktiviti kokurikulum. Daripada aktiviti kokurikulum yang saya jalankan banyak perkara yang
dapat saya pelajari dan perolehi. Melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum ini juga membantu
merapatkan dan mengeratkan perhubungan kami semua bakal-bakal guru dalam program
DPLI, UKM.Di antara program yang banyak membantu saya ialah Bina Insan Pendidik
(BIP). Di dalam program ini banyak yang saya perolehi daripada aktiviti yang dilakukan

terutama dalam aspek JASMANI, emosi, rohani dan sosial yang banyak membantu saya
membentuk personaliti sahsiah seorang guru. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang
program banyak menguji kekuatan fizikal dan mental saya. Ianya memberi impak yang besar
kepada saya kerana dalam setiap aktiviti yang dilakukan banyak mengajar saya bagaimana
cara untuk mengawal emosi dan menjadi pendidik yang cekal. Ini adalah kerana bidang
pendidikan merupaka satu bidang yang sangat mencabar dan ianya memerlukan kekuatan
mental dan fizikal. Melalui aktiviti kokurikulum yang dilakukan juga menjadikan saya lebih
bertanggungjawab terhadap jawatan yang diberikan. Membentuk sikap kerjasama di antara
saya dan rakan-rakan lain dalam menjalankan sesuatu aktiviti atau program.
Kepada pensyarah2, terutama Dr. Siti terima kasih untuk semua ilmu yang telah
dicurahkan... JASAMU DIKENANG sehingga akhir hayat... Kepada semua rakan2, miss u
all.. DPLI UKM sentiasa dalam ingatan... GUD LUCK

REFLEKSI
Saya telah melaksanakan aktiviti kumpulan melalui penyediaan
kertaskerja. Ini merupakan kali pertama saya melakukan kaedah ini.
Saya di beritugasan untuk menyediakan sebuah kertas kerja program
rekreasi luar untukmurid sekolah rendah tahap 2 dari kelab
rekreasi.Program rekreasi luar yang akan dijalankan melibatkan
seramai 40 murid dan 5orang guru. Program ini juga akan dipenuhi
dengan pengisian empat jenis aktivitirekreasi. Antaranya ialah abselling,
flying fox, jungle trekking dan orienteering.Kertas kerja yang dibuat
menyediakan program rekreasi yang akan melibatkanmasa selama 4
hari 3 malam.Saya gembira dan berpuas hati kerana kertas kerja yang
dirancangdapat dilaksanakan dengan berkesan. Semua ahli kumpulan
melibatkandiri secara aktif. Arahan dipatuhi dan semua ahli
kumpulanmenyumbang idea dan pendapat yang bernas.Saya
memulakan penyediaan kertas kerja dengan membahagi tugas
kepadaBeberapa ahli kumpulan mengikut kebolehan. Saya memberi
cadanganyang sesuai untuk dibincangkan. Ahli kumpulan yang lain juga
turutmenyumbangkan idea untuk dibincangkan.Saya menjelaskan
mengenai aktiviti serta langkah-langkah dan peraturan yangperlu
dipatuhi yang dipilih mengikut pilihan tempat program rekreasi luar.
Sayarasa saya telah bertindak sebagai penyumbang idea yang
berkesan dalampenyediaan kertas kerja ini
Menyuntik setitik ilmu bagi membentuk satu
generasi yang

diharapkan kebalt e r h a d a p s e g a l a r i n t a n g a n d a n d a p a t
b e r f i k i r s e c a r a r a s i o n a l t a n p a membelakangi hala tuju
Saya berasa amat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini.
Saya sedikit sebanyak telah menimba ilmu berkaitan..
Saya belajar tentang cara bekerjasama dgn rakan-rakan.
Kawan-kawan saya telah banyak membantu.
Saya telah mempelajarai tentang peranan
Secara jujurnya saya belum pernah melihat dengan mata kepala saya sendiri
akan hal sedemikian.
Dengan maklumat ini akan memudahkan saya untuk membuat persediaan.
Pendedahan seperti ini akan membantu saya dalam mengenalpasti
Saya perlu bijak membahagikan masa..
Saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.
Saya perlu bijak menangani masalah ini.
Walaupun saya berasakan tugasan ini amat payah dilaksanakan , saya tetap
belajar daripada kepayahan itu.
Tugasan ini memberi pendedahan kepada saya tentang bagaimana
menganalisis..
Ternyata ia memberi kefahaman kepada saya bagaimana cara mengurus
Saya dapat mengenalpasti kelebihan dan kekurangan yang ada
Saya rasakan tugasan ini benar-benar mencabar
Saya berpuashati dengan setiap ahli kumpulan saya
Dengan ini saya sedar bahawa sikap bertolak ansur dan saling menolong amat
diperlukan bagi menghasilkan tugasan yang cemerlang
Situasi tersebut memberi peluang kepada saya melihat keindahan kursus ini.
Saya mendapati bahawa kursus ini bukan sesuatu yang senang
Ia banyak memberi iktibar kepada saya bagaimana melatih diri
Sikap positif yang saya pelajari sepanjang menyiapkan tugasan ini akan saya
amalkan secara berterusan
Secara tak langsung ia mengeratkan hubungan saya dan rakan kumpulan
Pelbagai ilmu dan kemahiran baru telah saya peroleh
Saya sedar pengalaman ini haruslah saya timba dengan rela
Antara perkembangan positif yang dapat saya praktikkan ialah kebolehan
merancang tugasan
Saya dapat memahami objektif yang tersurat dan tersirat
Kami telah dapat berkomunikasi dengan baik
Saya mesti menyudahkan tugasan ini dengan penuh semangat , serius dan buat
yang terbaik.
Saya semakin sedar akan kepentingan sikap berkenanan
Saya tidak dapat menafikan kepentingan tugasan berkenaan dalam menyediakan
diri saya menghadapi situasi sebenar
Saya tidak sepatutnya kedekut ilmu.
Melatih saya berkomunikasi dengan efektif.
Saya mendapat gambaran peri pentingnya membina hubungan.
Aktiviti seperti ini menyedarkan saya pentingnya memaksimumkan penggunaan
kemahiran berfikir
Pengalaman yang saya perolehi ini sangat menarik
Tahap keyakinan diri saya semakin meningkat
Saya dapat mengasah bakat dalam pengucapan awam.
Saya begitu yakin mempersembahkann hasil tugasan saya

Kekurangan yang ada akan saya perbaiki supaya menjadi peledak untuk saya
berjaya lagi.
Kekurangan ini menjadi cerminan diri

Anda mungkin juga menyukai