Anda di halaman 1dari 4

Soalan 3

Sering kali kita dengar ungkapan yang mengatakan bahawa orang yang tinggal di
kawasan pedalaman , Orang Asli dan Indigence ( peribumi ) sentiasa tertinggal dalam
transformasi pendidikan dan pembangunan Negara. Sebagai bakal guru , apakah
usaha yang perlu dilakukan untuk memastikan masyarakat ini tidak tercicir dalam arus
pendidikan negara.

1. Guru haruslah menziarahi perkampungan atau penempatan masyarakat Orang


Asli untuk merapatkan diri guru dengan pelajar dan ibu bapa.
Guru dan ibu bapa akan beramah mesra dan rasa selesa antara satu
sama lain . Guru juga berkesempatan memahami cara serta budaya masyarakat
Orang Asli ini dengan lebih dekat lagi. Selain itu , pertemuan guru dan ibu bapa
ini membolehkan guru membuka mata setiap keluarga dan masyarakat Orang
Asli betapa pentingnya anak anak bersekolah dan menuntut ilmu. Ini kerana
masih ramai ibu bapa masyarakat ini yang masih beranggapan bahawa sekolah
tidak penting dan hanya membazirkan wang. Guru juga berkesempatan
mengetahui serta menyelidik kekangan kekangan utama murid peribumi ini
gagal ke sekolah. Mungkin disebabkan faktor pengangkutan yang terhad , jarak
rumah dan sekolah yang terlalu jauh , kemiskinan , serta tiada minat bersekolah .
Daripada dapatan ini , guru haruslah mengambil pelbagai langkah inisiatif untuk
menangani masalah tersebut. Contohnya , bagi keluarga yang miskin , guru
hendaklah mengadukan hal ini kepada PIBG sekolah untuk mendapat bantuan
kewangan untuk

membolehkan anak anak mereka bersekolah. Guru juga

boleh mengadakan kutipan derma bagi membantu meringankan beban


kemiskinan mereka. Jasa guru ini akan diingat oleh pelajar dan keluarga
seterusnya sesisi keluarga akan sentiasa memberi dorongan kepada mereka
untuk rajin ke sekolah. Pelajar itu sendiri akan rasa dirinya dihargai dan diambil
berat oleh guru dan pihak sekolah .

2. Guru haruslah mengambil pelbagai langkah dan inisiatif bagi memupuk minat
serta kesedaran murid murid Orang Asli ini untuk bersekolah dan belajar
hingga Berjaya sekaligus mencintai sekolah.
Kebanyakan murid Orang Asli tidak minat ke sekolah memandangkan
mereka suka bermain dan suka menolong ibu bapa mereka berkebun. Oleh yang
demikian , rekod kedatangan mereka sangat mendukacitakan. Oleh yang
demikian , guru seharusnya melakukan apa sahaja bagi memupuk minat mereka
untuk rajin ke sekolah. Guru seharusnya menelaah pelbagai ilmu serta
penyelidikan yang meluas bagi menimbulkan minat bersekolah di kalangan
mereka ini. Contohnya , guru beramah mesra dengan pelajar di dalam kelas
apakah perkara yang paling diminati atau hobi mereka . Guru hendaklah
mencatat setiap minat dan hobi setiap pelajar itu. Guru kemudian boleh
mengambil langkah meminjam atau membeli buku buku atau gambar gambar
yang berkaitan dengan minat dan hobi setiap pelajar itu. Setiap pelajar akan
membperoleh buku atau gambar berdasarkan minat atau hobi mereka.
Contohnya , guru memberikan Abu buku bertajuk Bola Sepak kerana Abu minat
dan bermain bola sepak setiap petang. Dengan cara ini , guru dapat
menimbulkan buadaya membaca dalam diri pelajar pelajar seterusnya
menimbulkan minat pelajar ke sekolah dan belajar bersungguh sungguh. Murid
juga akan rasa seronok dan teruja untuk ke sekolah kerana guru sentiasa
memberikan atau meminjamkan buku yang lain dari semasa ke semasa. Oleh
itu, masalah pelajar Orang Asli tidak minat ke sekolah dapat diatasi. Rekod
kedatangan pelajar juga mencapai
Kementerian Pelajaran Malaysia.

tahap yang

ditetapkan oleh pihak

3. Guru haruslah menyediakan dan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran


( P&P ) yang menarik serta dapat mewujudkan suasana di dalam kelas yang
sentiasa ceria dan menyeronokkan.
Pelajar Orang Asli adalah sangat aktif dan mereka banyak menghabiskan
masa mereka bermain di hutan atau di kawasan rumah mereka. Kehidupan
mereka akan mereka penuhi dengan keseronokan. Oleh yang demikian , sudah
menjadi kewajipan guru untuk menyedikan P&P yang sangat menarik dan dapat
menggembirakan pelajar Orang Asli ini . Perkara ini sangat penting bagi
mengelakan mereka daripada berasa bosan dan terus tidak berminat ke sekolah.
Guru tidak boleh mengajar dengan hanya bercakap di depan dan murid
mendengar seperti kaedah kuliah. Guru harus menggunakan teknologi maklumat
komunikasi serta tanyangan video yang dapat menarik perhatian pelajar . Pelajar
akan berasa teruja dan penuh semnagat kerana ini merupakan perkara baru
dalam hidup mereka. Kerana masih di kalangan murid murid yang masih tiada
televisyen di rumah. Guru juga harus membanyakkan alat bantu mengajar di
dalam P&P terutamanya boleh disentuh oleh para pelajar . Contohnya , pada
hari itu guru hendak mengajar tentang sejarah bola sepak , guru boleh
memparkan gambar bola sepak dan kemudian guru memberikan bola sepak
sebenar kepada pelajar untuk dipegang. Dengan cara ini , murid akan lebih jelas
dan lebih mudah paham apa yang guru sampaikan dalam P&P. Dengan ini ,
murid akan merasakan apa yang guru ajar tidak sukar dan dapat memupuk
semangat rajin belajar dalam diri mereka.

4. Guru

harus

mempelajari

sedikit

sebanyak

bahasa

Orang

Asli

untuk

membolehkan komunikasi 2 hala antara pelajar dan guru dapat berlaku dengan
baik.

Ramai pelajar Orang Asli lebih lebih lagi tahap satu kurang atau
langsung tidak faham Bahasa Melayu yang menjadi bahasa perantaraan di
sekolah. Mereka akan mengalami masalah komunikasi dengan guru ketika
dalam kelas. Ini kerana agak sukar untuk murid tahap satu memahami serta
bertutur dalam bahasa selain bahasa ibunda mereka. Pelajar akan lebih
sukar faham apa yang guru ajar lebih lebih lagi pada topik yang lebih sukar
yang memerlukan penerangan yang mendalam daripada guru . Oleh yang
demikian , merupakan satu kelebihan kepada guru jika dapat mempelajari
serta bertutur sedikit sebanyak dalam bahasa mereka. Jika guru boleh
bertutur sedikit sebanyak dalam bahasa Orang Asli , ini akan menghasilkan
P&P yang berkesan dan Berjaya kerana pelajar dapat memahami apa yang
guru ajar. Guru hendaklah bijak cuba belajar bahasa pertuturan Orang Asli ini
dari semasa ke semasa. Guru juga boleh mengambil langkah selalu beramah
mesra dengan pelajar tidak kira di dalam sekolah atau di luar sekolah. Lama
kelamaan , guru mesti dapat memahami dan bertutur sedikit sebanyak
dalam bahasa Orang Asli.

Anda mungkin juga menyukai