Para guru sering menekankan tentang pentingnya pelajar memiliki pelbagai jenis
kamus. Mengapakah guru-guru sering berkata demikian? Sejauh manakah pentingnya
kamus kepada pelajar?
Dalam meniti kehidupan sebagai seorang pelajar, kamus seharusnya dijadikan teman
setia. Hal ini demikian, kerana kamus merupakan sebuah buku yang mengandungi
kata-kata yang disusun dengan keterangan mengenai makna perkataan dan lain-lain.
Peranan kamus sangat penting dalam memperkayakan seseorang pelajar itu dengan
penguasaan kosa kata. Oleh itu, setiap pelajar hendaklah sentiasa mendampingi
kamus. Dengan berbuat demikian seseorang pelajar itu akan mengetahui asal-usul
pembentukan sesuatu perkataan dan maksudnya.
Terdapat pelbagai kamus yang diterbitkan pada hari ini iaitu meliputi bidang seperti
sains, ekonomi, undang-undang, teknologi maklumat dan sebagainya yang dapat
memenuhi keperluan dalam pembelajaran. Justru itu, kamus dapat dijadikan rujukan
untuk mengetahui ejaan, sebutan, dan maksud sesuatu kosa kata dengan lebih tepat
lagi.
Dalam era teknologi maklumat. Kamus kini terdapat dalam pelbagai variasi
elektronik yang mudah dibawa dan digunakan. Selain itu, sesetengah kamus ini juga
boleh berinteraksi dengan mengeluarkan suara, gambar, dan sebagainya. Hal ini,
akan membantu seseorang pelajar itu belajar dengan lebih berkesan.
Dengan itu, jelaslah kepada kita bahawa kamus merupakan alat yang sangat penting
kepada seseorang pelajar. Penggunaan kamus secara berkesan akan membolehkan
kita lebih mudah menerokai pelbagai bidang ilmu.
Karangan Fakta 2
Murid-murid sekolah kini digalakkan mengikuti kelas tambahan. Nyatakan
Kepentingan mengikuti kelas tambahan.
Kelas tambahan bermaksud kelas pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di
luar waktu persekolahan atau ketika musim cuti sekolah.Ketika ini, kelas tambahan
seakan-akan menjadi suatu kewajipan bagi mana-mana sekolah.
Kelas tambahan ini biasanya menjadi pilihan utama ibu bapa kerana kelas ini boleh
diikuti oleh murid-murid secara percuma. Ini secara tidak langsung dapat
menjimatkan kos perbelanjaan ibu bapa. Tambahan pula, tenaga pengajarnya pula
terdiri daripada guru-guru sekolah itu sendiri.
Selain itu, kelebihan kelas tambahan ialah guru boleh memberikan banyak latihan
tambahan yang boleh meningkatkan keupayaan murid itu untuk menjawab soalan.
Kaedah ini juga dikenali sebagai latih tubi yang turut memberikan satu pengalaman
kepada murid untuk menghadapi realiti peperiksaan sebenarnya. Pengalaman
menjawab yang dialami dalam kelas tambahan berupaya memberikan satu keyakinan
kepada murid tersebut dalam menghadapi peperiksaan pula.
Di samping itu, kelas tambahan yang dijalankan biasanya memberikan lebih
kefahaman kepada murid-murid. Murid-murid yang lemah akan diberikan lebih
tumpuan kerana kelas ini tidak menekankan silibus. Oleh itu, kelas tambahan banyak
membantu murid-murid sederhana dan lemah untuk menguasai kemahiran dalam
sesuatu mata pelajaran.
Malah, kelas tambahan juga memastikan murid-murid memanfaatkan masa dengan
aktiviti yang berfaedah. Kelas tambahan yang diadakan selepas waktu sekolah biasa
menyukarkan murid-murid untuk bergaul dengan budak-budak nakal atau kacang
hantu. Hal ini dapat menghalang mereka terbabit dalam gejala yang tidak sihat
seperti melepak dan menghabiskan masa menonton televisyen.
Kesimpulannya, Kelas tambahan banyak menberikan manfaat. Oleh itu, ibu bapa
harus menggalakkan anak-anak mengikuti kelas tambahan untuk memastikan masa
depan mereka cerah.
Karangan Fakta 3
Murid-murid digalakkan pergi ke perpustakaan. Berikan pandapat kamu tentang
faedah-faedah yang diperoleh jika seseorang itu memanfaatkan perpustakaan.
Perpustakan adalah gedung ilmu.Di perpustakaan terdapat banyak buku yang boleh
dibaca seperti seperti buku cerita, novel, majalah, jurnal, dan lain-lain lagi. Di
negara kita, perpustakaan awam terdapat di mana-mana sahaja untuk kemudahan
orang ramai membaca.
Sebagai murid, kita dapat mengisi masa lapang dengan memanfaatkan perpustakaan.
Mereka yang selalu ke perpustakaan akan dapat mengelakkan diri daripada bergaul
dengan kacang hantu. Halini secara tidak langsung akan terhindar daripada terjebak
dengan gejala yang tidak sihat seperti melepak, merokok dan lain-lain lagi. Dengan
itu, murid-murid akan berjaya dalam pelajaran dan masa depan mereka akan lebih
cerah.
Selain itu, perpustakaan adalah tempat membentuk disiplin diri. Perpustakaan
mempunyai peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi seperti larangan membuat
bising, memulangkan buku mengikut tarikh, menyusun semula buku di raknya dan
seumpamanya lagi. Justeru, murid-murid dapat berlatih mendisplinkan diri di
perpustakaan dan ini diharap akan menjadi amalan dalam kehidupan mereka.
Di samping itu, sekiranya kita memanfaatkan perpustakaan, kita juga dapat
menjimatkan wang ibu bapa murid-murid. Murid-murid tidak perlu membeli semua
buku kerana sesetengah buku boleh dipinjam di perpustakaan. Oleh itu, wang yang
mahu digunakan untuk membeli buku-buku tersebut bolehlah disimpan di dalam
tabung atau membeli barang keperluan yang lain.
Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Oleh itu, kita perlu
memanfaatkna perpustakaan yang disediakan demi kemajuan kita dalam pelajaran.
Tambahan pula, murid-murid juga dapat menghilangkan rasa bosan setelah penat
belajar dengan membaca buku-buku tertentu di perpustakaan seperti komik,