Anda di halaman 1dari 7

Siri Perancangan dan Pengurusan Perwarisan Dalam Islam

Bahagian 3 Pembahagian Harta Pusaka Dalam Islam


Oleh : Azman Bin Ismail
Pengurusan perwarisan dalam Islam sangat penting terutama dalam zaman moden ini dimana kita
berhadapan dengan pelbagai cabaran baru. Antara cabarannya ialah kecenderungan masyarakat
kita yang mementingkan kebendendaan sehingga boleh mencetuskan pertikaian, perbalahan,
pergaduhan serta permusuhan di antara suami isteri, ibu bapa, anak beranak, saudara mara atau
sebagainya. Apabila kebendaan dijadikan kayu ukur utama, krisis keluarga lebih mudah berlaku
dan rumah tangga mudah menjadi porak peranda.
Krisis keluarga akibat kepentingan kebendaan bertambah parah dengan tiadanya kefahaman
masyarakat kita tentang ilmu pembahagian harta pusaka atau apa yang disebut sebagai ilmu
faraidh.
Ini adalah kerana ilmu faraidh merupakan ilmu yang mula-mula diangkat. Sehubungan dengan ini
Rasulullah s.a.w. bersabda,
Hendaklah kamu pelajari ilmu faraidh, maka sesungguhnya ilmu
faraidh adalah suruhan dari agama kamu dan bahawasanya ilmu
faraidh adalah seperdua daripada ilmu dan yang mula-mula dicabut
dari umatku.(Riwayat Ahmad)
Sesungguhnya ilmu faraidh itu dicabut bukan dengan dicabut dari manusia tetapi dengan
kematian para ulama yang boleh membicarakannya. Ini sesuai dengan sebuah hadith Rasulullah
s.a.w.,
Allah s.w.t tidak mengambil ilmu Islam itu dengan cara mencabutnya
dari manusia. Sebaliknya Allah s.w.t mengambilnya dengan
mengambil para ulama sehingga tidak tertinggal walaupun seorang.
Manusia melantik orang jahil menjadi pemimpin, menyebabkan
apabila mereka ditanya mereka memberi fatwa tanpa berdasarkan
kepada ilmu pengetahuan. Akhirnya mereka sesat dan menyesatkan
orang lain pula (mutafaq alaih)
Sesungguhnya pada masa ini tidak ramai dikalangan ulama kita yang mahir dalam ilmu faraidh
jika dibandingkan dengan ilmu fiqh lain seperti salat, puasa dan lain-lain sedangkan hadith yang
pertama di atas menerangkan tentang betapa pentingnya ilmu faraidh sehinggakan di anggap
sebagai seperdua daripada ilmu. Dalam hadith yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda,
Hendaklah kamu pelajari ilmu faraidh dan kamu ajarkan kepada
manusia, maka sesungguhnya akulah orang yang didalam genggaman
Allah dan bahawa ilmu faraidh itu kelak akan digenggam dan akan
nyata beberapa fitnah sehingga berselisih dua orang mengenai
faraidh , maka kedua-duanya tidak memperolehi orang yang
menghukumkan dan menyelesaikan perselisihan di antara keduanya.
(Ibnu Majah)

Hadith-hadith (ahadith) di atas nampaknya memperkatakan apa yang sedang berlaku pada masa
ini kerana tidak ramai dikalangan ulama kita yang mahir dalam bidang faraidh. Malah tidak
banyak surau atau masjid yang membicarakan tentang ilmu faraidh sebaliknya kuliah-kuliah yang
diadakan dikebanyakan masjid berputar disekitar rukun Islam yang lima. Rata-rata seseorang
yang ingin mengetahui tentang ilmu faraidh terpaksa menunggu seminar atau bengkel yang jarang
sekali di adakan. Ini adalah kerana untuk memahami ilmu faraidh, seseorang itu harus menggarap
dengan baik ilmu usul dan ilmu hisab sekali gus.
Mungkin kurangnya kefahaman tentang ilmu faraidh membuat beberapa orang Islam memberikan
komen yang negatif terhadap ilmu faraidh. Sebaliknya mereka yang faham tentang ilmu faraidh
telah memberikan komen yang baik walaupun mereka terdiri daripada orientalis yang sentiasa
mencari jalan untuk memperlecehkan hukum Islam. Sebagai contoh, seorang orientalis yang
bernama Rumsey menyatakan, Pembahagian harta pusaka dalam Islam tidak syak lagi
merupakan sistem perundangan harta yang paling baik dan canggih yang pernah diketahui oleh
dunia bertamaddun. Sementara itu, seorang lagi orientalis, Professor N. J. Coulson yang pernah
mengajar di School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London menyatakan,
Undang-undang pembahagian harta pusaka dalam Islam merupakan suatu pencapaian teknikal
yang mantap dan sayugianyalah ilmuan Islam berasa bangga dalam ketepatan matematik dalam
menentukan hak mana-mana waris, dalam keadaan apa sekalipun, boleh ditentukan.
Kepentingan ilmu faraidh mendapat tempat di dalam Al-Quran; yang mana Al-Quran sendiri
menerangkan dengan agak panjang lebar tentang pembahagian harta pusaka sedangkan ianya
bukan merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Menurut seorang mufassirin yang
terkenal, Imam Ibnu Kathir, terdapat tiga ayat utama didalam Al-Quran yang menerangkan
tentang pembahagian harta pusaka iaitu didalam surah An-Nisa ayat 11, 12 dan 176. Dalam ayat
11 Allah berfirman,
Allah mensyari'atkan bagimu tentang (pembagian pusaka untuk)
anak-anakmu. Yaitu : bahagian seorang anak lelaki sama dengan
bahagian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu semuanya
perempuan lebih dari dua, maka bagi mereka dua pertiga dari harta
yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang saja, maka ia
memperoleh seperdua harta. Dan untuk dua orang ibu-bapa, bagi
masing-masingnya seperenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang
meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak
mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu-bapanya (saja), maka
ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai
beberapa saudara, maka ibunya mendapat seperenam. (Pembagianpembagian tersebut di atas) sesudah dipenuhi wasiat yang ia buat
atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan
anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang
lebih dekat (banyak) manfa'atnya bagimu. Ini adalah ketetapan dari
Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
(4:11)
Seterusnya dalam ayat 12 Al-Quran menyatakan,
Dan bagimu (suami-suami) seperdua dari harta yang ditinggalkan
oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteriisterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat seperempat dari
harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat

atau (dan) seduah dibayar hutangnya. Para isteri memperoleh


seperempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai
anak. Jika kamu mempunyai anak, maka para isteri memperoleh
seperdelapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi
wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu.
Jika seseorang mati, baik laki-laki maupun perempuan yang tidak
meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai
seorang saudara laki-laki (seibu saja) atau seorang saudara
perempuan (seibu saja), maka bagi masing-masing dari kedua jenis
saudara itu seperenam harta. Tetapi jika saudara-saudara seibu itu
lebih dari seorang, maka mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu,
sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar
hutangnya dengan tidak memberi mudharat (kepada ahli waris). (Allah
menetapkan yang demikian itu sebagai) syari'at yang benar-benar dari
Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun. (4:12)
Kedua-dua ayat tersebut menerangkan dengan panjang lebar tentang bahagian-bahagian yang
diperuntukkan kepada ibu, bapa, serta isteri atau suami. Ayat 12 juga menerangkan bahagian
saudara kandung seibu, samada lelaki atau perempuan. Walaupun kedua-dua ayat tersebut agak
jelas, namun kefahaman tentang ilmu faraidh itu bergantung daripada satu lagi sumber syariah :
iaitu As-Sunnah atau dikenali juga dengan Al-Hadith. Berdasarkan kepada Al-Quran, Al-Hadith
serta pandangan dan pendapat sahabat, para ulama kita telah membuat beberapa rumusan bagi
memudahkan orang awam seperti kita untuk mengetahui tentang pembahagian harta pusaka
menurut Islam. Mereka menyatakan waris-waris yang layak menerima harta pusaka adalah seperti
berikut :
Dari pihak lelaki
Anak lelaki
Cucu lelaki dari anak lelaki
Bapa
Datuk sebelah bapa ke atas
Saudara sekandung
Saudara seayah
Saudara seibu
Anak lelaki dari saudara sekandung
Anak lelaki dari saudra se ayah
Bapa saudara (sebelah ayah) yang sekandung dengan ayah si mati.
Bapa saudara (sebelah ayah) yang sebapa dengan ayah si mati.
Anak lelaki daripada bapa saudara sekandung (sebelah ayah).
Anak lelaki daripada bapa saudara sebapa (sebelah ayah)
Suami
Dari pihak perempuan
Anak perempuan
Cucu perempuan dari anak lelaki dan terus ke bawah
Ibu
Nenek sebelah bapa dan ke atas
Nenek sebelah ibu dan ke atas
Saudara perempuan sekandung

Saudara perempuan sebapa


Saudara perempuan seibu
Isteri

Sehubungan dengan ini, jika kesemua waris ada, yang berhak menerima pusaka hanya suami atau
isteri, ibu, bapa, anak lelaki dan anak perempuan sementara yang lain tidak dapat mewarisi.
Waris-waris yang lain, yang berada diluar bulatan pertama dihijab atau didinding oleh lima waris
ini. (perbincangan mengenai hijab akan dibincangkan pada siri-siri akan datang). Gambarajah
dibawah menunjukkan lima waris utama yang berhak menerima pusaka jika semua waris
berkumpul.

Sebenarnya ilmu faraid tidaklah susah sangat; asasnya boleh dikuasai oleh sesiapa sahaja yang
berminat untuk mempelajarinya. Cuma, apabila kita sampai ketahap yang lebih mendalam,
barulah kita mendapati perkara faraidh agak sukar diselesaikan. Untuk kes-kes biasa, dimana
simati meninggalkan waris-waris utama iaitu suami atau isteri, ibu bapa dan anak-anak, tidaklah
sukar sangat. Kedua-dua ayat al-Quran diatas, iaitu ayat 11 dan ayat 12 Surah An-Nisa dapat
dijadikan panduan.
Berdasarkan lepada ayat-ayat dan gambarajah di atas, kita boleh membuat kesimpulan bahawa
pada amnya ibu bapa mendapat 1/6 daripada harta pusaka, isteri mendapat jika suami yang
meninggal tidak meninggalkan anak dan 1/8 jika suami yang meninggal ada meninggalkan anak.
Begitu pula suami mendapat 1/2 jika isteri yang meninggal tiada meninggalkan anak dan 1/4 jika
isteri yang meninggal ada meninggalkan anak. Baki daripada harta pusaka adalah untuk anakanak dimana anak lelaki mendapat dua kali ganda bahagian anak perempuan. Jadual berikut
memberikan penerangan mengenai perkara ini.
Waris
Suami
Isteri
Anak perempuan
Ibu

Bahagian
1/2
1/4
1/4
1/8
1/2
2/3
1/3

Kenyataan didalam Al-Quran*


Jika isteri tidak ada meninggalkan anak
Jika isteri ada meninggalkan anak
Jika suami tidak ada meninggalkan anak
Jika suami ada meninggalkan anak
Jika seorang sahaja dan tiada anak lelaki
Jika lebih daripada seorang dan tiada anak lelaki
Jika yang tinggal ibu dan bapa sahaja

Bapa

1/6
1/6

* Ulama ada membuat penafsiran mengenai kenyataan-kenyataan tersebut tetapi disini


diterjemahkan secara literal sahaja. Bahagian-bahagian akan datang akan menjelaskan dengan
lebih terperinci.
Sebagai contoh, katakan seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan ibu, bapa, isteri,
seorang anak lelaki dan tiga orang anak perempuan. Maka disini ibu bapa masing-masing akan
mendapat 1/6 setiap seorang, isteri mendapat 1/8 (kerana suami meninggal ada meninggalkan
anak) dan bakinya adalah untuk anak-anak dibahagikan mengikut kadar 2:1 bagi lelaki :
perempuan. Cara untuk menyelesaikan masalah untuk kes-kes seperti di atas adalah seperti
berikut :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Berikan bahagian suami/isteri jika ada


Berikan bahagian ibu jika ada
Berikan bahagian bapa jika ada
Capurkan semua, katakan jawapannya S
Tolak daripada 1 (iaitu 1-S) dan dapatkan baki, katakan B
Ambil bilangan anak lelaki dan darab dua, katakan 2b
Campurkan dengan bilangan anak perempuan, katakan p
Bahagian setiap anak lelaki = 2/(2b+p) X B
Bahagian setiap anak perempuan = 1/(2b+p) X B

Untuk mendapatkan S, kita hendaklah mencari gandaan sepunya terkecil (GSTK) bagi jumlah
bahagian-bahagian suami/isteri, ibu dan bapa. Untuk kes di atas, GSTK ialah 24 kerana 24 adalah
gandaan terkecil yang boleh dibahagi oleh 6, (iaitu penyebut bagi bahagian ibu dan bapa) dan 8,
iaitu penyebut bagi bahagian isteri. Jadi, 1/6 bersamaan dengan 4/24 dan 1/8 bersamaan dengan
3/24. Maka S ialah :
S = 1/6 + 1/6 + 1/8 = 4/24 + 4/24 + 3/24 = 11/24
Maka baki B yang boleh dibahagikan kepada anak-anak ialah 1 11/24 = 13/24.
Untuk mendapatkan bahagian setiap anak lelaki dan perempuan, darab bilangan anak lelaki
dengan 2 dan tambah dengan bilangan anak perempuan iaitu 1 X 2 + 3 = 5. Maka bahagian anak
lelaki ialah 2/5 X 13/24 dan bahagian setiap anak perempuan ialah 1/5 X 13/24. Penyelesaian
sepenuhnya adalah seperti berikut :
Bahagian anak lelaki ialah : 2/5 X 13/24 = 26/120
Bahagian setiap anak perempuan ialah : 1/5 X 13/24 = 13/120
Bahagian ibu dan bapa masing-masing ialah 1/6 = 4/24 = 20/120
Bahagian isteri ialah 1/8 = 3/24 = 15/120
Gambar rajah berikut memberikan gambaran penyelesaian kepada masalah tersebut.

Kaedah di atas juga boleh digunakan asalkan terdapat anak lelaki dan anak perempuan. Katakan
seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan isteri, seorang anak lelaki dan seorang anak
perempuan. Dalam kes ini, berdasarkan kepada ayat 12, isteri mendapat 1/8. Jadi bakinya ialah
7/8. Anak lelaki akan mendapat dua kali ganda anak perempuan. Berdasarkan kepada keadah di
atas, anak lelaki akan mendapat 2/3 X 7/8 iaitu 14/24 dan anak perempuan akan mendapat 1/3 X
7/8 = 7/24. Gambar rajah berikut memberikan gambaran penyelesaian kepada masalah tersebut.

Sebagai contoh yang lain, mungkin pembaca boleh menyelesaikan masalah berikut. Katakan
seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan isteri, bapa, dua orang anak lelaki dan tiga
orang anak perempuan. Berapakah bahagian isteri dan setiap anak lelaki dan perempuan?
Bersambung

Anda mungkin juga menyukai