Kemahiran pra nombor merupakan kemahiran yang paling awal perlu diperkenalkan kepada murid sebelum memperkenalkan konsep nombor. Konsep ini penting untuk membolehkan kanak-kanak memperoleh sebahagian gambaran yang berkesan tentang nombor keseluruhannya. Kemahiran ini melibatkan pengelasan, seriasi, perbandingan, padanan satu dengan satu, pola dan konservasi. Pengelasan merupakan pengumpulan objek konkrit dan semi konkrit berdasarkan ciri-ciri yang jelas. Tujuannya adalah untuk memastikan murid dapat membezakan dan mengumpul objek berdasarkan kesamaan dan perbezaan. Klasifikasi objek boleh dilakukan berdasarkan satu ciri, dua ciri, tiga ciri atau negatif. Seriasi merupakan susunan lebih daripada dua objek mengikut turutan berdasarkan kriteria yang jelas. Tujuannya adalah untuk membolehkan murid mencari pertalian antara satu objek dengan objek yang lain atau antara konsep matematik yang lain. Kebolehan menyusun dan menertib adalah mengikut perkembangan konservasi dan pengelasan. Ini menjadikan proses pembelajaran lebih bermakna. Proses mengaitkan antara dua benda menggunakan ciri tertentu sebagai asas perbandingan. Perbandingan berlaku apabila kita membandingkan ciri-ciri kuantitatif dan kualitatif dua objek. Tujuannya adalah untuk memastikan murid menguasai kuantiti iaitu konsep yang sering digunakan dalam perbandingan seperti banyak, lebih kurang dan lebih tinggi, sama banyak dan lain-lain lagi. Padanan satu dengan satu adalah hubungan perkaitan satu dengan satu antara objek yang sama atau berbeza. Proses memadan bermula daripada konsep memadan objek dengan objek, konsep objek dengan nombor dan konsep nombor dengan nombor.
PKP 3103
18/01/2015
Salah satu aspek dalam Matematik adalah mengkaji pola. Contohnya,
terdapat waktu siang dan waktu malam dalam kehidupan seharian kita. Terdapat empat cara konsep pola dikembangkan dalam diri murid iaitu meniru pola, menyambung pola, melengkapkan pola dan membina pola sendiri. Konservasi merupakan satu aspek yang boleh dikaitkan dengan jisim, isi padu dan keluasan. Tujuan konsep ini diperkenalkan adalah untuk memastikan murid-murid memahami ketekalan jisim da nisi padu walapun diletakkan, disusun atau diatur dalam keadaan yang berbeza. Konsep pra nombor merupakan kemahiran matematik asas yang harus dikuasai oleh setiap kanak-kanak sejak kecil lagi. Hal ini disebabkan konsep ini dapat membantu kanak-kanak menguasai konsep lain dalam matematik dengan lebih mudah apabila mereka belajar di sekolah nanti. Konsep ini juga dapat membantu mereka memperkembangkan kemahiran kognitif kanak-kanak.
ILMU PERUBAHAN DALAM 4 LANGKAH: Strategi dan teknik operasional untuk memahami bagaimana menghasilkan perubahan signifikan dalam hidup Anda dan mempertahankannya dari waktu ke waktu
Pengambilan keputusan dalam 4 langkah: Strategi dan langkah operasional untuk pengambilan keputusan dan pilihan yang efektif dalam konteks yang tidak pasti