Anda di halaman 1dari 3

Pemikiran Emotivis

Definisi dan ciri-ciri :


Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan atau
emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku sama ada perasaan
gembira mahupun sedih.
Emotivis berasal dari perkataan emosi yang merujuk kepada kebangkitan perasaan.
Emotivis menerangkan bahawa pertimbangan moral bukanlah mengikut pernyataan fakta
seperti yang dinyatakan oleh naturalis, tetapi adalah mengikut emosi, sikap atau perasaan.
Menurut golongan emotivis,individu-individu tersebut hanya menyatakan perasaan
mereka dan pada masa yang sama mungkin menimbulkan perasaaan yang sama di kalangan
orang-orang yang mendengar pernyataan-pernyataan itu. Dengan kata lain, golongan
emotivis berpendapat bahawa pentafsiran-pentafsiran moral tidak menyampaikan maklumatmaklumat mengenai dunia ini tetapi hanya merupakan pernyataan mengenai emosi atau
perasaan orang yang membuat pentafsiran atau pernyataan-pernyataan moral.
Berdasarkan pertimbangan moral, seseorang itu mula-mula menyatakan
perasaannya dan kemudian akan cuba mengajak orang lain berkongsi perasaan itu.
Menurut pandangan emotivis, pertimbangan moral adalah subjektif, dan tidak
memerlukan sebarang teori asas yang istimewa atau yang boleh mendukung perlakuan
moral. Pandangan emotivis memberi sumbangan dengan memperkenalkan satu dimensi
yang penting yang bukan sahaja berfokus kepada pemikiran rasional, malah emosi moral.
Golongan emotivis cuba menganalisis apa yang salah dari segi emosi, sikap atau perasaan
yang tidak dipersetujui. Tetapi konsep tidak dipersetujui mengandaikan terlebih dahulu
penanggapan salah. Pentafsiran-pentafsiran seperti ini mempunyai unsur emosi atau
perasaan. Jelaslah bahawa kelemahan teori emotivis ialah ia tidak mempunyai konsep
emosi yang lengkap.
Kritikan terhadap pandangan ini adalah kerana terdapat tindak balas emosi berlainan
terhadap situasi yang sama. Ini memungkinkan keputusan dibuat secara sewenangwenangnya dan tidak dikaji terlebih dahulu.
Antara contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran
sedemikian ialah:

Seorang perompak telah menembak mati seorang wanita berusia 30an di tempat
letak kereta Gedung Membeli Belah Giant kerana wanita tersebut enggan menyerah
keretanya kepada perompak tersebut.

Melihat kecurangan isteri di depan mata menyebabkan suami tanpa berfikir panjang
lalu menceraikannya, menyiksa atau membunuhnya.

Murid Tingkatan Empat menumbuk guru kelas yang menyindir keturunan murid
tersebut

Bersikap seperti marahkan pijat kelambu dibakar

Bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan

Menghalau anak dari rumah kerana anak itu telah menconteng arang di muka
keluarga.

Sekumpulan lelaki merogol seorang gadis kerana abang gadis itu membunuh salah
seorang daripada saudara kumpulan lelaki tersebut.

Lupin berasa marah apabila didapati tugasannya telah diberi markah yang rendah
oleh pensyarahnya. Mengenai markah yang rendah itu, Lupin mungkin berkata , Pensyarah
itu aneh betul! Adakah dia membaca dan meneliti tugasan saya dengan rapi? Mungkin tidak.
Pemalas!

Pemikiran emotivisme
Golongan pemikiran ini berasakan emosi yang membangkitkan perasaan pada objek
ataupun situasi. Perasaan ini boleh wujud sama ada gembira ataupun benci. Perasaan
gembira merujuk pada perkara yang menyenangkan, disetujui dan puas hati.
Sebaliknya perasaan benci wujud apabila keadaan yang tidak menyenangkan,
cemburu, marah dan iri hati.
Oleh yang demikian,aliran pemikiran emotif merujuk pada manusia yang
bertindak mengikut perasaan ataupun emosi tanpaa melihat pada fakta ataupun bukti.
Sifat-sifat orang yang mempunyai pemikiran emotif adalah agresif, pendiam, mudah
tersinggung dan tahap cemburu yang tinggi. Mereka juga sentiasa menghadapi
tekanan emosi dan rasa keberatan bergaul dengan orang lain.Walau bagaimanapun,
golongan ini juga mempunyai nilai positif seperti sentiasa berusaha memperbaiki
kelemahan diri bagi mendapatkan perhatian orang lain, bertanggungjawab dan
mengambil berat pada orang lain serta serius pada kerja yang dilakukan.
Emotivis by Nurul Hafizah on 19 July 2013
Sifat-sifat Pemikiran Emotivisme
>Mudah tersentuh perasaan.
>Mudah bersimpati/kasihan kpd orang lain.
>Mudah tersinggung & kuat cemburu serta iri hati.
>Sentiasa menghadapi tekanan emosi.
>Bersikap agresif apabila mhadapi keadaan yang tidak
menyenangkan.
>Pendiam, enggan bergaul.
Kesan Pemikiran Emotivisme
>Mengutamakan perasaan dalam membuat tindakan.
>Bertindak mengikut perasaan dalam menangani suatu isu.
>Ketidakmantapan mengawal emosi sering menimbulkan masalah
moral.
Etika emotivisme mentafsirkan moral secara emosi, sikap dan
perasaan.
Bertindak secara tidak menentu

@Proses melihat atau memahami sesuatu secara intelek.


@Menghasilkan pengetahuan melalui himpunan pengalaman lalu.
@Individu banyak pengalaman mempunyai pemikiran intuisi yang
lebih baik dan bertindak wajar.
http://prezi.com/azs4i9qpp7uk/untitled-prezi/