Anda di halaman 1dari 3

MAT KILAU

1. BIODATA MAT KILAU


Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah . Ibu beliau
adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau @ Tok Gajah . Mat Kilau dipercayai
lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut , Pahang .
Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana

yang dikenali sebagai Dikir Pahang. Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan
berlaga buah keras sehingga sentiasa menjadi juara di kampung beliau.
Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis
yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong. Hasil perkahwinan
ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Setelah berkahwin barulah Mat Kilau
belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat
sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan
menggunakan senjata seperti keris dan parang.
Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu
kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Botok yang dikenali juga
sebagai AL-Allamah Haji Botok bin Osman sebelum dia berpindah dari Kelantan
sebagai Mufti Negeri Pahang.sila rujuk buku Tokoh-tokoh Ulama Semenanjung
Tanah Melayu, terbitan Majlis Agama Islam dan Adai Istiadat Melayu Negeri Kelantan
Jilid 2, bab Ulama Kelantan yang masyhur di luar kelantan. sebelum berhijrah ke
Pahang Hj Botok yang merupakan Pawang Di Raja Kelantan telah berselisih faham
dengan Raja Kelantan yang menjadi sebab beliau berpindah ke Pulai Tawar,Pahang.
Hj Botok mempunyai dua lagi saudara di kampung Berangan Tumpat,yang bernama
Mat Diah bin Osman (tok chik mat diah)dan Merah bin Osman (tok chik hj merah).Hj
Botok aliran Pencak Silat Gagungman 9 Purba Sakti merupakan murid kepada
ulama Patani yang mashur sebagai Tok Bendang Daya Tua. nama sebenar Tok
Botok ialah Botok bin Raja Osman B Raja Ali Legeh Patani. datuk Hj Botok adalah
imigran perang Siam-Melayu Patani yang merupakan kerabat di Raja Legeh Patani
yang
terpaksa
berhijrah
ke
KELANTAN
akibat
di
langgar Siam.
2. SEJARAH PERJUANGAN
Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah
menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau
mempunyai cara pemikiran yang matang. Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok
Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding
dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau
suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi
seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat.
Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan
amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang
diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali(khatib),
Awang(Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.
3. BURUAN BRITISH
Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris
yang diterbitkan di Singapura . The Straits Times dan The Free Press menyatakan
Ketua Pendehaka, iaitu Dato Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam
pada bulan Oktober,1895. The Free Press pula memberitahu bahawa Mat Kilau telah

melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di
kepalanya. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir
Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah. Dengan tersiarnya berita kematian
Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada
pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau. Akan tetapi apa yang sebenarnya
berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin
Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali ,Raja Ibrahim(Pak Him), Mat
Kelantan dan beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai penderhaka
oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu
tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan KuantanGambang. Semenjak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat
beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.
4. KELUAR DARI PERSEMBUNYIAN
Dalam bulan Disember 1969 ,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada
itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin
Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari
menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di
kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa
ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar Jerantut . Pada hari Jumaat
26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk
bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah mebaca Quran dan
kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Pengisytiharan ini telah
mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah
jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970.
Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah
Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis, 6 Ogos 1970 ,
Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang YAB Tan Sri
Haji Yahaya Mohd Seth. Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan
terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika
itu dipercayai berusia 122 tahun.