Anda di halaman 1dari 5

Imbangan

Ujian Dirian Bangau (Stork Stand Test)


Ujian ini mengukur kebolehan peserta mengimbang diri atas sebelah kaki secara
statik.
Peralatan dan kemudahan :
Jam randik, pencatat.
Prosedur :
i

Peserta berdiri atas sebelah kaki dominan dan sebelah lagi diletakkan pada
bahagian lutut yang dominan (dirian bangau). Kedua-dua tangan diletakkan
atas pinggang.

ii Atas arahan mula, peserta angkat tumit kaki dominannya dan imbangkan diri
seberapa lama yang mampu.
iii Masa akan dihentikan apabila peserta melepaskan tangan dari pinggangnya,
menurunkan tumit kakinya, kaki yang bukan dominan tidak menyentuh
lututnya, bergerak atau terlompat-lompat.
iv Tiga percubaan diberikan dengan percubaan masa terbaik diambil kira.

Ujian Imbangan Dinamik


Ujian ini mengukur keupayaan mengekalkan imbangan semasa bergerak dari satu
tempat ke tempat yang lain.
Peralatan dan kemudahan :
Jam randik, pita lekat, pita penanda lebar 2cm, pencatat.
Prosedur :
i

11 keping (1 x ) pita lekat dipotong dan dilekatkan pada lantai.

ii Peserta berdiri atas kaki kanan pada garisan permulaan dan melompat ke tanda
kedua, mendarat dengan bebola kaki kiri dan kekal dalam kedudukan tersebut
seberapa lama yang boleh (maksimum 5 saat) dengan tapak kaki kiri itu
menutup sepenuhnya tanda pita penanda.
iii Lompatan diteruskan ke tanda-tanda yang ditetapkan dengan mendarat pada
kaki yang berlainan.
iv Pengiraan :
Setiap lompatan yang berjaya=5 mata
Setiap saat yang dikekal atas tanda=1 mata hinggalah maksimum 5 mata
Mata maksimum setiap tanda=10 mata
v

Penalti :
Satu mata ditolak setiap saat apabila kesalahan tidak mendarat dengan
sempurna atas tanda dilakukan.

vi Kesalahan mendarat :
Tidak dapat berhenti apabila mendarat.
Tumit mendarat atau mana-mana anggota badan lain terkena lantai.
Tidak menutup sepenuhnya tanda semasa mendarat.

Ujian Imbangan Batang Titian (Beam Balance Test)


Ujian ini menguji keseimbangan seseorang individu semasa berjalan di sepanjang
batang titian yang ditinggikan.
Peralatan dan kemudahan :
Jam randik, batang titian gimnastik, pencatat, juri (pemberi skor).
Kelebihan :
Keseimbangan aktif seseorang individu dapat diketahui.
Kekurangan :
Pemberian skor oleh juri yang kadang-kalanya kurang memuaskan hati individu
yang diuji.
Prosedur :
i

Peserta bersedia di satu hujung dengan berdiri dalam keadaan yang seimbang
dan mula berjalan sehingga ke hujung yang satu lagi tanpa jatuh.

ii Peserta diberi tiga kali percubaan di mana peserta yang diuji akan diberikan
skor oleh beberapa orang juri . Skor daripada beberapa orang juri akan diambil
purata skornya dan skor tersebut adalah skor untuk satu kali percubaan. Skor
keseluruhan adalah purata skor daripada ketiga-tiga percubaan.
iii Berikut adalah skor yang diberi :

5=Berjalan di atas batang titian dengan lancar tanpa berhenti dan dilakukan
dalam masa 6 saat atau kurang.
4=Berjalan di atas batang titian tetapi kurang stabil dan dilakukan dalam masa
6 saat atau kurang.
3=Berjalan di atas batang titian tetapi kurang stabil, berhenti sekali atau lebih
dan dilakukan dalam masa lebih daripada 6 saat.
2=Berjalan di atas batang titian tetapi sangat tidak stabil sehingga hamper
jatuh, berhenti sekali atau lebih dan/atu ambil masa lebih daripada 6 saat.
1=Jatuh dari batang titian sebelum dapat selesai berjalan.
0=Jatuh dari batang titian serta-merta.

Ujian Lompat Heksagon


Ujian ini menilai ketangkasan, imbangan dinamik dan koordinasi.
Peralatan dan kemudahan :
Pita pelekat, jam randik, pencatat.
Prosedur :
i

Lukis satu heksagon dengan panjang 66cm setiap sisi dan satu petak segi
empat di tengah heksagon cukup untuk kedua-dua belah kaki berdiri di dalam.

ii Peserta mula dengan berdiri dalam petak segi empat. Apabila penguji beri
isyarat mula dan memulakan jam randik, peserta dikehendaki melompat
dengan kedua-dua belah kaki ke A dan seterusnya ke B, C, D, E dan F.
iii Peserta dikehendaki membuat tiga litar lengkap (A-F) sebelum penguji
menghentikan jam randik.
iv Tiga kali percubaan diberikan. Masa untuk percubaan ketiga dibahagikan
dengan masa percubaan pertama dan didarabkan dengan 100.

Masa percubaan ke-3


Masa percubaan ke-1 X 100