Anda di halaman 1dari 3

munajat ibu dan ayah untuk anak2 yg nk exam

DOA IBU BAPA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN


Assalamualaikum,
Ini adalah doa yang anda boleh baca untuk membantu anak anak anda yang sedang belajar
dan akan menghadapi peperiksaan.
Jika anda rasa ia bermanfaat untuk anda. Anda boleh copy, paste, edit ikut kesesuaian anda,
dan print. Anda boleh baca doa ini hari hari.
Dan tolong berikan doa ini kepada sahabat sahabat anda yang lain.
Sama sama kita mencari 'pencen kubur'. Ingat, ilmu yang bermanfaat pahalanya akan
berterusan walaupun kita berada di alam kubur selagi mana ilmu itu diamalkan.
DOA IBU BAPA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah
Mu ya Allah.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara
mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin
dan muslimat.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia
yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya
Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang
diterima Mu.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar
apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya
Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.
Ya Allah,
Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru
mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima
ilmu Mu ya Allah.

Ya Allah,
Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan
peperiksaan-peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak
kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.
Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka
menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika
menjawab soalan,jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab
soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana
skema jawapan.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti.
Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak anak kami. Tutuplah
matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.
Ya Allah,
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan
dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang
lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang
soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.
Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan
cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami.
Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah
sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.
Ya Allah, jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.
Ya Allah,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami
doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang
cemerlang di dunia dan di akhirat.
Ya Allah,
Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami
mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu
yang berkekalan ya Allah.
Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami

memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati
mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah.
Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke
neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau
melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.
Ya Allah,
Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan
anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah.
Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah
mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.
Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami.
Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada
Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak
memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak
mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya
Rahman. Ya Rabbul Alamin.

Anda mungkin juga menyukai