Anda di halaman 1dari 6

MAZHAB AKIDAH:

QADARIAH

Pengertian

Perkatan qadariah itu sendiri diambil


sempena atau dinisbahkan kepada
sifat qudrat.
Membawa maksud mereka
beriktikad bahawa segala perbuatan
yang dilakukan oleh manusia itu
sama ada perbuatan itu baik atau
buruk semuanya adalah lahir
daripada usaha dan ikhtiar manusia
itu sendiri, dimana ia tidak ada
sedikit pun hubung kait dengan
kuasa Allah.

Sejarah
kemunculannya

Pengasasnya ialah Mabad Ibn Khalid Al-Juhani


dan Ghailan Al-Dimasyqi.

Sebuah mazhab yang muncul di Basrah ekoran


daripada perselisihan dan perpecahan umat
islam dalam perkara yang berkaitan dengan
qada dan qadar.

Rentetan itu nama kumpulan atau mazhab itu


diambil daripada perkataan al-Qadar.

Hal ini kerana mereka mengatakan segala


usaha dan perbuatan juga kerja manusia itu
terjadi atau berlaku dengan kehendak dan
kuasanya sendiri.

Iktikad Qadariah

Manusia bebas melakukan sesuatu


menurut kemahuan dan kehendak
mereka sendiri. Iaitu manusia itu
sendiri yang memberi kesan terhadap
segala perbuatannya, namun begitu ia
adalah berdasarkan qudrat Allah yang
diberikan dan dijadikan kepada
manusia.
Mereka percaya bahawa Allah tidak
membuat apa-apa takdir terhadap
manusia.

Hujah

Pendapat dan iktikad ini tidak tepat dimana ia


adalah bercanggah dengan kejadian manusia.
Antara lain, apabila kita teliti dan kita dapati
bahawa banyak sekali perbuatan manusia
yang tidak tercapai dan banyak usaha manusia
yang terbengkalai. Dimana sekiranya manusia
itu sendiri yang berkuasa, sudah tentu tidak
ada seorang manusia pun yang ingin hidup
dalam sengsara, sakit, miskin, bahkan
semuanya ingin bahagia dan berjaya atau
kaya, tetapi hakikat hidup manusia sebaliknya.
Fahaman dan iktikad qadariah itu sendiri
adalah melampau dan seolah-olah mereka
tidak menganal qudrat Allah. Untuk itu juga
menurut ulama ahli sunnah, mazhab qadariah
ini adalah fasiq, kerana kefahaman intu
menunjukkan bahawa qudrat manusia itu
dapat memberi kesan terhadap sesuatu,
sedangkan yang sebenarnya qudrat manusia
itu tidak dapat memberi apa-apa kesan pun,
kecuali qudrat Allah.

Rujukan
Pengantar Ilmu Tauhid, karangan
Ustaz Abd. Latif Muda dan Dr.
Rosmawati Ali
http://elikaqueenara.blogspot.com/20
12/06/sekilas-tentang-aliran-jabariy
ah-dan.html
http://jalanakhirat.wordpress.com/20
10/04/09/qadariah-jabariah-dan-mukta
zilah/

Anda mungkin juga menyukai