Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PELANCARAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA


SKUG 2011
_________________________________________
[ALU-ALUAN: ]

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.
[ALU-ALUAN: ]






Yang Berbahagia En Mohd Rosdi bin Ab Jalil, Guru Besar SKUG
Yang Berusaha En Ahmad Sukri bin Sharkawi, GPK 1
Pn Siti Iasah bt Khairuddin, GPK HEM
Pn Normazita bt Ab Ghani, GPK Ko kurikulum
Penyelaras Pusat Sumber Sekolah dan Ahli-ahli jawatankuasa kerja
Guru-guru dan kakitangan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.
Assalamualikum wbrkt....
Selamat Pagi dan Salam 1 Malaysia
[ALU-ALUAN]

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah izin dan
kurnianya dapat kita hadir bersama-sama bagi mejayakan Majlis Pelancaran
Kem Membaca 1 Malaysia 2011 pada pagi yang mulia ini.
Bulan mengambang cantik berseri,
Mari dilihat di dalam taman,
Kehadiran kalian amat hargai,
Terus terpahat zaman berzaman

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum, Majlis mengalu-alukan kehadiran sidang


hadirin sekalian dan turut merakamkan ucapan terima kasih kerana sudi hadir
bersama-sama ke majlis yang penuh bermakna ini.

Untuk makluman sidang hadirin sekalian,


Kem Membaca 1 malaysia ini adalah merupakan salah satu aktiviti utama
Kementerian Pelajaran Malaysia yang diurusetiakan oleh Bahagian Teknologi
Pendidikan (BTP). Program ini adalah bertujuan membina tabiat membaca di
kalangan murid sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat.
Program ini akan berlansung selama 1 minggu bermula 31 Oktober sehingga 4
November 2011. Sehubungan itu, Pada hari ini Perlancaran Program ini akan
dijalankan secara serentak di kesemua sekolah di Seluruh Negeri di Malaysia.
Insyaallah...

[BACAAN DOA]
Tetak buluh panjang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat;
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa dipohon biar selamat.
Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah ini, majlis dengan segala
hormatnya, mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Zailan bin Zakaria untuk
memimpin bacaan doa. Dengan penuh takzim, majlis mempersilakan.
(Bacaan doa)
Amin amin, Ya Rabb al-Alamin. Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil
Ustaz Zailan atas bacaan doa sebentar tadi
[PERSEMBAHAN]
Amalan membaca amalan mulia
Dapat manfaat tinggi faedahnya
Menjana Pemikiran 1 Malaysia
Itulah matlamat menjadi tema

Seterusnya marilah sama-sama kita saksikan persembahan


yang akan dipersembahkan oleh murid dari Tahun 1 hingga ke
Tahun 6. Dipersilakan...

[UCAPAN PERASMIAN]

Buah langsat di tepi busut,


Mari dimuat di dalam peti;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.
Tibalah masa yang dinanti-nantikan.
Majlis dengan segala sukacita dan hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia
En Mohd Rosdi bin Ab Jalil, Guru besar SKUG untuk menyampaikan ucapan
dan seterusnya merasmikan majlis kita pada hari ini .
Dengan penuh hormat dan takzimnya, dipersilakan.
(Ucapan Perasmian)
Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia tuan Guru Besar atas ucapan
dan perasmian sebentar tadi.
[NYANYIAN]

Maka dengan ini rasmilah sudah Perlancaran Kem Membaca 1 Malaysia SKUG
tahun 2011 ini. Untuk itu marilah kita menyanyikan lagu Membaca Gaya
Wawasan bersama-sama.
[BERSURAI ]

Selesailah sudah Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia pada hari ini.
Pihak majlis sekali merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia
Tuan Guru Besar, guru-guru serta kaki tangan dan semua yang menjayakan
majis pada hari ini. Jazzakallahu khairan kathira
[BERSURAI]

Sebelum bersurai, saya menyusun jari sepuluh memohon maaf seandainya ada
terkasar bahasa tersalah bicara semasa mengendalikan majlis ini, semoga
berjumpa lagi

Sekian