Anda di halaman 1dari 8

 

TAMADUN ISLAM
 
2. KERAJAAN BANI UMAIYAH
 
SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN KERAJAAN BANI UMAYYAH

         Diasaskan oleh muawiyah bin abi sufyan bin harb bin umaiyah
         Memeluk islam ketika pembukaan kota mekah
         Dilantik sebagai gabenor syam pada zaman umar bin al-khattab
         Beliau dipecat ketika ali menjadi khalifah, lantas timbul perasaan tidak puas hati
         Beliau mula menunjukkan penentangan hingga berlaku perang siffin dan majlis tahkim
         Selapas ali dibunuh oleh puak khawarij, muawiyah mengambil alih jawatan khalifah dari hasan bin ali, melalui beberapa syarat :
-          Muawiyah mesti memerintah berdasarkan al-quran dan sunnah
-          Sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga nabi muhammad
-          Pemilihan jawatan khalifah selepasnya hendaklah dibuat secara syura

 
SUMBANGAN KERJAAN BANI UMAYYAH TERHADAP TAMADUN ISLAM

         KETENTERAAN
         Mengemaskini angkatan tentera dengan corak gerakan tentera parsi
         Membahagikan tentera kerajaan umaiyah kepda 5 pasukan :
1)                  Pasukan tengah
2)                  Pasukan sayap kanan
3)                  Pasukan sayap kiri
4)                  Pasukan hadapan
5)                  Pasukan barisan belakang
         Angkatan perang yang ditubuhkan teratur dan dilengkapi dengan peralatan
perang moden.
         Angkatan tentera juga terdiri dari
1)                  Pasukan berkuda
2)                  Pasukan berkenderaan
3)                  Pasukan jalan kaki
         Angkatan tentera dilatih untuk menghadapi perang di musim sejuk dan panas
         Pasukan tentera laut ditubuhkan dengan teratur dengan membina 1700 kapal
perang serta pengklan tentera laut yang berpusat di Tunisa, syria & iskandariah
         Pada awalnya pemilihan anggota tentera secara suka rela kemudian bertukar
menjadi kerahan bagi yang memenuhi syarat
         Diwan al-jund ditubuhkan bagi mentadbir dan mengurus hal ehwal ketenteraan
         Antara tokoh terkemuka ialah Tariq bin Ziyad ( membuka andalus )
         PENDIDIKAN
-          Khalifah umawi amat mengambil berat perkembangan pendidikan
-          Khalifah Abd. Malik bin Marwan & Umar Bin Abd. Aziz adalah juga tokoh
ulamak dalam bidang al-quran, trafsir, hadis, dan nahu
-          Kota basrah menjadi pusat penyebaran ilmu ketika itu
-          Bahasa arab adalah bahasa pengantar utama kerajaan umaiyah
-          Perkembangan ilmu tidak terhad dalam bidang keagamaan sahaja, malah ilmu
sejarah dan geografi telah mula dipelajari
-          Kegiatan penulisan, pembukuan dan pembinaan perpustakaan giat dijalankan
pada zaman ini
         EKONOMI
-          Ia bergantung kepada pertanian dan perdagangan
-          Saliran air dibina bagi memajukan kawasan pertanian serta kajian dan
penyelidikan dijalankan untuk majukan sektor ini
-          Jalan dan pelabuhan dibangunkan bagi memajukan sektor perdagangan
-          Kapal perang khas dibina untuk mengawal laut dan membenteras lanun
-          Perusahaan kraftangan dijalankan seperti membuat kiswah ka'abah, sutera dll
-          Pentadbiran baitul mal dikemaskini bagi memantapkan kewangan negara
-          Hasil negara ketika itu terdiri dari :
1)                  Kharaj
2)                  Jizyah
3)                  Zakat
4)                  Usyur
5)                  Fai'e
6)                  Zakat
7)                  Ghanimah
 
 
FAKTOR KEGEMILANGAN KERAJAAN BANI UMAYYAH

         Kecekapan dan kebijaksanaan khalifah.


-          Semua pemberontak dapat ditumpaskan dan mereka bercita-cita tinggi untuk
meluaskan islam keseluruh dunia
         Penguasaan ilmu pengetahuan.
-          Banyak pusat pengajian ditubuhkan serta muncul para cendekiawan, ekoran
dari sikap yang ditanam terhadap rakyat iaitu membudayakan ilmu dalam
kehidupan
         Ekonomi yang stabil.
-          Baitul mal mempunyai simpanan yang melebihi keperluan negara. Banyak
kemudahan untuk rakyat dapat diberi
         Kekuatan tentera
-          Semangat untuk mempertahankan negera disamping menyebarkan dakwah
islam begitu kuat dalam jiwa setiap tentera umaiyah, hingga dapat meluaskan
islam ke India, afrika utara dll
         Hubungan baik antara kerajaan dan rakyat
-          Khalifah banyak menyediakan keperluan asas yang baik kepada rakyat seperti
jalan raya, hospital secara percuma
         Semangat jihad yang tinggi
-          Rakyat bersungguh-sungguh membuktikan islam sebagai aagama penyelamat
umat manusa. Ini mendorong mereka untuk berjihad, mendalami ilmu
pengetahuan dan perlbagai jenis kemahiran
 
 
KEGEMILANGAN PEMERINTAHAN UMAR ABDUL AZIZ

         Keturunan umar bin al-khattab dari sebelah ibunya


         Dianggap sebagai khalifah ar-rasyidin kelima kerana sifat, sikap dan pemerintahannya
yang mempunyai persamaan degan pemerintahan khulafak ar-rasyidin
         Sifat peribadi : luhur, tawadhuk dan menyayangi rakyat
         Memecat pegawai yang kurang cekap dan telah menghapuskan jizyaz daripada golongan
muwali
         Melaksanakan hukuman dengan adil
         Menghapuskan konsep penguasaan wilayah dengan konsep kerajaan islam
         Ekonomi negara dibawah pentadbirannya ditahap paling tinggi dan menumpukan bidang
pendidikan untuk rakyat
 
 
FAKTOR KEJATUHAN KERAJAAN BANI UMAYYAH
         Sikap beberapa pemerintah mengabaikan ajaran islam
         Kemewahan hidup yang dikecapi melalaikan pemerintah dengan tugas dn tanggung
jawab kepada negara
         Wujud kembali sengat perkauman atau kabaliah seperti di zaman jahiliah
         Rakyat tidak puas hati dengan corak pemerintahan khalifah yang pincang dan berpaling
tadah menyokong gerakan abbasiyah
 
 
PERANAN GENERASI SEKARANG UNTUK MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN KERAJAAN SERTA
NEGARA ISLAM

         Mengembalikan semula kemajuan dan kegemilangan islam yang pernah dicapai pada
masa dahulu
         Menuntut seberapa banyak ilmu pengetahuan agar menjadi pakar dalam sesuatu bidang 
demi meninggikan taraf umat islam
         Berusaha menjadi seorang pengurus dan pentadbir yang cekap, baik, bertanggungjawab
dan amanah dalam menjalankan tugas
         Mengamalkan konsep syura dan muafakat dalam mengendalikan sesuatu perkara untuk
mengelakkan berlakuknya perselisihan faham dan pertelingkahan.

 
TAMADUN ISLAM
 
KERAJAAN BANI ABBASIYAH
 
5. PERKEMBANGAN KETENTERAAN
 
Pembaharuan dalam bidang ketenteraan yang dilakukan oleh kerajaan abbasiyah
i.         Membuka keanggotaan tentera kepada orang bukan arab seperti turki dan parsi
ii.       Mengemaskini sistem pentadbiran dan struktur organisasi ketenteraan
iii.      Memberi gaji dan imbuhan yang lumayan kepada tentera
 
Struktur organisasi ketenteraan kerajaan abbasiyah
i.         Struktur organisasi
      Khalifah
      Al-wazir
      Diwan al-jund ( kementerian pertahanan )
ii.       Kementerian pertahanan terbahagi 8 :
1)                  Bahagian kewangan ( majlis takrir )
         Mengurus hal-hal gaji dan imbuhan tentera
         Mengurus hal-hal ketenteraan
         Mengurus belanjawan khusus untuk pengurusan, latihan dan peralatan ketenteraan
2)                  Bahagian latihan ( majlis al-muqabalah )
         Mengurus pengambilan dan latihan kepada tentera baru
3)                  Bahagian peninjau ( al-massahuun )
         Membuat panduan dan menasihatkan penglima angkatan tentera tentang topografi sesuatu temp
4)                  Bahagian pengurusan sumber manusia ( diwan at-tasnif )
         Mengurus kenaikan pangkat
         Mengurus penyusunan tentera mengikut pasukan
5)                  Depot simpanan ( diwan al-aradh )
         Mengurus stor dan kelengkapan persenjataan
6)                  Bahagian perisikan ( al-jawasis )
         Mengintip kekuatan dan kedudukan musuh serta tahap kesetiaan tentera islam
7)                  Bahagian kejuruteraan ( dairah al-muhandasah )
         Mengurus pembinaan kem-kem tentera dan kubu-kubu pertahanan
8)                  Bahagian tentera laut ( al-bahriah )
         Mengawasi perairan kerajaan abbasiyah
         Mengawasi kerja-kerja pembinaan kapal-kapal perang
         Menyusun angakatan tentera laut
 
Fungsi ketenteraan dalam menjaga keamanan negara
         Terbahagi kepada 2 tugas :
i.         Tugas utama
a.       Mempertahankan sempadan negara daripada pencerobohan luar
b.       Menentang musuh negara
c.       Menghadapi sebarang keadaan darurat
ii.       Tugas bantuan
a.       Membantu pihak polis dan pihak berkuasa awam dalam memelihara ketenteraman awam dan opera
anti keganasan
b.       Membantu pihak berkuasa awam dlam bantuan malapetaka dan pembangunan negara
 
 
Faktor-faktor kejayaan tentera islam pada zaman abbasiyah
i.         Dasar ketenteraan yang terbuka. Keanggotaan tentera dibuka kepada orang bukan
arab seperti parsi dan turki
ii.       Pemimpin yang berkaliber. Para khalifah seperti Abu Ja'far Al-Mansur dan Harun
Ar-rasyid amat mengambil berat terhadap kebajikan tentera
iii.      Peralatan ketenteraan yang canggih. Peralatan perang diubahsuai mengikut
perkembangan semasa seperti Manjanik, Dabbabah, Baruud dan kapal perang
iv.      Strategi peperangan yang berkesan. Ia sentiasa diubahsuai mengikut keperluan
dan perkembangan semasa sama ada dari segi strukur ketenteraan / cara
menyerang
v.       Keimanan dan semangat jihad tentera islam. Tahap keimanan yang mantap,
semangat jihad dan cinta kepada agama membantu mereka untuk berjuang
bermatian-matian demi menjaga agama Islam daripada dihancurkan.
 
Kepentingan keselamatan untuk pembangunan dan kemajuan negara
i.         Kestabilan politik akan tergugat jika bigara tidak aman
ii.       Ekonomi akan lumpuh dan pendidikan akan terjejas jika negara islam yang
dibentuk mudah dicerobohi oleh anasir buruk
iii.      Agama Islam akan diketepikan dan dirosakkan oleh agama lain jika negara islam
dijajah oleh bangsa yang bukan Islam.
Menerangkan perkembangan pendidikan pada zaman abbasiyah
a.       Perkembangan pendidikan di zaman ini lebih pesat berbanding di zaman bani umaiyah,
disebabkan di zaman bani umaiyah banyak pemberontakan dari puak syiah khususnya
yang perlu ditangani
b.       Berbanding negara islam di zaman abbasiyah yang sudah kukuh dan telah menguasai
dua pertiga dunia. Untuk itu perhatian diberikan kepada pendidikan dan ekonomi.
 
2.       Menyenaraikan faktor utama perkembangan ilmu pengetahuan pada zaman abbasiyah
a.       Kretiviti para ulamak
b.       Usaha dan galakan para khalifah
c.       Aktiviti penterjemahan pelbagai ilmu
d.       Kestabilan polotik dan kewangan kerajaan abbasaiyah
e.       Dasar kerajaan abbasiyah yang memberi keutamaan kepada ilmu pengetahuan
f.         Kewujudan prasarana pendidikan yang baik
g.       Islan menggalakkan umatnya sepaya mengkaji alam sekitar
h.       Hubungan diplomatik antara kerajaan abbasiyah dengan negara luar
i.         Kedudukan baghdad yang menjadi pusat keilmuan dan perdagangan antara bangsa
 
3.       Menjelaskan institusi pendidikan pada zaman abbasiyah
a.       Masjid
         masjid memainkan peranan sebagai tempat ibadat dan pusat penyebaran ilmu
pengetahuan
         masjid dipenuhi dengan halqah ilmu pengetahuan
b.       Istana khalifah
         khalifah telah menjadikan istana sebagai tempat untuk para ulamak
bermuzakarah dan menyampaikan ilmu pengetahuan
c.       Perpustakaan
         Perpustakaan yang terulung ketika itu ialah baitul hikmah di baghdad yang
dibina oleh khalifah harun ar-rasyid
         Terdapat pelbagai karya sarjana tempatan dan karya terjemahan dariapda
bahasa parsi, yunani, cina dan india
         Khalifah al-makmun mengambil inisiatif membawa masik khazanah karya-karya
yunani yang diambil dari pulau cyprus dan istambul
         Peranan baitul hikmah ketika itu ialah sebagai;
o        Pusat pertemuan para sarjana
o        Pusat penterjemahan
o        Pusat sumber
o        Pusat penyelidikan ilmiah
o        Pusat latihan para ilmuan
         Terdapat juga perpustakaan lain yang terkenal di kaherah iaitu darul hikmah
d.       Pusat pengajian
         Banyak pusat pengajian dibina oleh khalifah, menteri dan orang kaya diatas
tanah milik kerajaan, wakaf dan persendirian
         Pusat pengajian yang terkenal ialah al-madrasah an-nizamiyah
         Sumber kewangan kebanyakan pusat penagjian ketika itu diambil daripada hasil
tanah-tanah waqaf atau perbendaharaan negara
 
 
4.       Menganalisis bidang-bidang ilmu yang diterokai pada zaman abbasiyah
a.       Ilmu berteraskan wahyu
i.         Ilmu tafsir
       Pada awalnya wujud dalam keadaan tidak tersusun
       Mula disusun mengikut susunan surah oleh yahya bin ziyad al-farra' dan
diperbaharui oleh at-tabari
ii.       Ilmu hadis
       Zaman abbasiyah adalah zaman kegemilangan pengumpulan dan
penyusunan hadis
       Muncul pakar-pakar hadis terkenal seperti al-bukhari, muslim, abu daud,
at-tirmizi, an-nasai dan ibnu majah
iii.      Ilmu fekah
       Di zaman ini muncul tokoh-tokoh ulamak muktabar yang mengasaskan
mazhab-mazhab fikah seperti imam abu hanifah, imam malik, imam
malik, imam syafi'e dan imam ahmad bin hanbal
iv.      Ilmu tauhid
       Perkembangan ilmu falsafah memberikan kesan sampingan buruk
terhadap akidah umat islam
       Terdapat umat islam pada masa itu menganggap falsafah yunani
sebagai rujukan utama dalam menyelesaikan masalah akidah
       Muncul ulamak-ulamak terkenal seperti abu hasan al-a'sya'ri yang
berjuang memurnikan semula akidah umat islam daripada pengaruh
falsafah yunani yang menyesatkan
 
b.      Ilmu berteraskan akal
i.         ilmu matematik
       muncul beberapa formula baru matematik seperti trigonometry, algebra,
geometry dan logarithm
       di zaman ini diperkenalkan sistem angka dalam abjad arab
       diperkenalkan juga bilangan kosong ( 0 ) dalam sistem angka
       tokoh terkenal ialah al-khawarizmi. Beliau merantau ke india untuk
mempelajari ilmu matematik dan menghasilkan buku "integration and
equations". Mahir juga dalam ilmu falak dan geografi
ii.       ilmu falak
       penemuan baru di zaman ini;
a.       mengukur jarak antara bumi dengan matahari
b.       membuat jadual pergerekan bulan dan bintang
c.       menjelaskan sistem geologi bumi serta pengaruh bulan dan
matahari terhadap pertukaran musim
d.       mencipta alat pengukur sudut yang dikenali sebagai astrolabe
       tokoh terkenal ialah al-butani
iii.      ilmu kimia
       umat islam di zaman ini telah berjaya membetulkan beberapa teori kimia
yang penting dan mengasskan fakta-fakta kimia berdasarkan uji kaji
       penemuan;
a.       penemuan asid galian seperti asid nitrik, asid sulfurik, dan asid
hidroklorik
b.       teori penghasilan petroleum
c.       teori penghasilan alkohol
d.       membaiki proses pembuatan kaca
iv.      ilmu fizik
       fizik merupakan salah satu cabang ilmu sains yang dikuasai oleh umat
islam di zaman ini
       pencapaian ilmu fizik di zaman ini;
a.       mencipta pergerakan jirim, daya graviti, dan pantulan cahaya
b.       menjelaskan tentang lapisan mata serta proses penglihatan
c.       menyukat kelajuan bunyi dan cahaya
d.       mencipta cermin mata
v.       geografi
       penemuan baru
a.       memberi ukuran yan tepat tentang keluasan permukaan bumi
b.       menghasilkan peta dunia pertama dalam bentuk glob
vi.      ilmu perubatan
       hubungan orang arab dengan orang rom dan farsi telah memberi
peluang kepada mereka untuk mendalami ilmu perubatan
       pencapaian ilmu perubatan di zaman ini
a.       menjelaskan kesan kuman dalam penyakit
b.       menjelaskan teori jangkitan virus seperti TB
c.       menemui pelbagai jenis penyakit seperti rubella, alahan, cacar
dan penyakit jiwa
d.       mencipta ubat untuk pelbagai penyakit kronik
e.       mencipta picagari, ubat bius dan benag yang khusus untuk
menjahit luka pembedahan.
 
5.       Merumus kepentingan ilmu serta kesannya dalam membina tamadun
 

Anda mungkin juga menyukai