Anda di halaman 1dari 2

Kesihatan Diri Dan Keluarga

Kesihatan diri adalah perkara yang perlu diberi perhatian kerana segala
penyakit bermula daripada gaya hidup yang tidak sihat seperti amalan
pemakanan yang tidak sihat dan sikap individu itu sendiri.Amalan
pemakanan yang tidak sihat berpunca daripada masalah psikologi individu
yang ingin kelihatan cantik dan menarik tanpa memikirkan kesan
sampingan terhadap kesihatan mereka.Sebagai contoh,pengambilan pil-pil
pelangsing badan.
Di samping amalan pemakanan yang sihat,institusi kekeluargaan
memainkan peranan penting dalam usaha memperoleh kesempurnaan
dan kesejahteraan hidup.Sungguhpun kelurga adalah satu unit kecil dalam
masyarakat,institusi ini memberi suasana persekitaran yang ideal untuk
perkembangan nilai keinsanan,adab akhlak dan etika.

Gaya Hidup Sihat


Kesihatan yang baik amat penting bagi menjamin kesejahteraan
hidup.Cara yang paling berkesan untuk memelihara taraf kesihatan yang
baik adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat.Ini merangkumi aspek
kesihatan fizikal,dan mental.Dari aspek fizikal,gaya hidup sihat bermaksud
menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan,persekitaran dan alam
sekitar.Ini termasuk melakukan aktiviti sukan sekurang-kurangnya tiga
kali seminggu,makan makanan yang seimbang dan mengelak daripada
penyalahgunaan bahan.Amalan gaya hidup sihat dari aspek mental
bermaksud mengawal stres dan ketengangan yang melibatkan aspek
ketenangan jiwa,perasaan dan fikiran.

Amalan Pemakanan Yang Tidak Sihat


Amalan pemakanan yang tidak sihat bermaksud pengambilan makanan
yang terlalu sedikit berbanding keperluan metabolisme badan.
Antara amalan pemakanan yang tidak sihat adalah berlapar,memuntahkan
makanan yang dimakan dan memakan pil-pil pelangsing badan secara
tidak terkawal.Amalan ini berpunca daripada masalah psikologi iaitu
kebimbangan terhadap kegemukan yang berlebihan

Langkah-langkah Pencegahan Amalan Pemakanan


Tidak Sihat.
Kaedah terapi tingkah laku merupakan salah satu cara untuk memperoleh
berat badan unggul secara sempurna dan berkesan.Berikut adalah antara
terapi tingkah laku yang boleh diamalkan bagi membentuk gaya hidup
sihat.
@Makan ikut jadual dan secara berkhemah.

@Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.


@Tidak mengambil makanan yang berkolori tinggi.
@Mengamalkan senaman yang tetap sekurang-kurangnya tiga kali
seminggu dan selama 20 minit
@Elakkan mengambil makanan ringan sebelum waktu makan.
@Memantau sendiri dengan merekodkan makanan yang dimakan setiap
hari.

Kesan Amalan Pemakanan Tidak Sihat


*Buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik kerana kekurangan air
dan kalsium untuk proses perkumuhan.
*Ganguan pada denyutan jantung.
*Kandungan kalium dalam darah menjadi rendah dan menyebabkan
denyutan nadi yang tidak konsisten dan berkemungkinan mati mengejut.
*Kekurangan zat makanan menyebabkan kulit menjadi kering,rambut
gugur dan tidak bermaya.
*Kandungan elektrolit badan tidak seimbang.
*Mengalami masalah psikologi seperti perasaan rendah diri dan suka
bersendirian.
*Kekurangan rembesan estrogen.
*Mempercepatkan proses osteoporosis.
*Penghakisan lapisan epitelium pada kerongkong.

Ciri-ciri Amalan Pemakanan Tidak Sihat


Tabiat suka berlapar =Tidak bimbang dan takut akan kegemukan.
=Sentiasa merungut dan tidak berpuas hati tentang berat badannya.
=Sentiasa berasa rendah diri apabila berbual mengenai berat badan.
=Benci pada makanan.
=Gangguan kitran haid.
Tabiat mengeluarkan=Mempunyai selera makan yang tinggi.
semula makanan atau=Makan dalam kuantiti yang banyak pada sesuatu
masa.
memuntahkan. =Mengalami sakit perut sebaik sahaja selepas makan.
=Keinginan mempunyai berat badan yang unggul.
=Selalu merungut mengenai berat badan.