Anda di halaman 1dari 6

EKSPERIMEN 2: ALOI

TUJUAN: Untuk membandingkan kadar pengaratan besi, keluli dan jarum (keluli nirkarat).
PERNYATAAN MASALAH: Adakah kadar pengaratan besi, keluli dan jarum (keluli nirkarat)
berbeza?
HIPOTESIS: Besi berkarat lebih cepat daripada keluli, dan keluli berkarat lebih cepat daripada
jarum (keluli nirkarat).
PEMBOLEHUBAH:
Pembolehubah manipulatif

: Jenis paku yang berbeza

Pembolehubah bergerak balas

: Keamatan warna biru dalam jeli

Pembolehubah malar

: Saiz paku, kepekatan dan suhu larutan jeli

BAHAN: Paku besi, paku keluli, jarum, larutan jeli, larutan kalium heksasianoferat (III) dan air.
ALAT RADAS: Tabung uji dan rak tabung uji.
LANGKAH BERJAGA-JAGA:
1. Pastikan larutan jeli menutupi keseluruhan paku.
PROSEDUR:
1. Paku besi diletakkan dalam tabung uji A, paku keluli diletakkan dalam tabung uji B dan
jarum diletakkan di dalam tabung uji C.
2. 5% larutan jeli disediakan dengan cara menambahkan 5 gram jeli ke dalam 100 cm 3 air
mendidih. Kemudian beberapa titis larutan kalium heksasianoferat (III) dititiskan ke
dalam larutan jeli tersebut, merujuk kepada rajah 1.
3. Larutan jeli yang panas dituangkan ke dalam tiga tabung uji tersebut sehingga
keseluruhan paku besi, paku keluli dan jarum tenggelam.
4. Tabung uji tersebut diletakkan pada rak tabung uji dan dibiarkan sehingga 6 hari.
Kepekatan warna biru pada tabung uji tersebut diperhatikan.
5. Pemerhatian direkod pada jadual di bawah.

KEPUTUSAN:

Tabung uji

Kepekatan warna biru

Inferens

A (Paku besi)

Warna biru tua terbentuk.

Kadar pengaratan berlaku


dengan cepat.

B (Paku keluli)

Sedikit

warna

biru

tua

Kadar pengaratan berlaku

terbentuk.

dengan lambat.

C (Jarum)-Keluli

Tidak berubah, tetapi sedikit

Proses pengaratan hanya

Nirkarat

warna biru terbentuk pada mata

berlaku pada mata jarum

jarum.

kerana dijangka bahagian


mata jarum hanya terdiri
daripada besi dan tidak
digalvanikan.

Paku
besi

Paku
keluli

Jarum

Larutan jeli + larutan kalium heksasianoferat (III)


Rajah 1: Membandingkan kadar pengaratan paku besi, keluli dan jarum.

SOALAN:

1. Jelaskan fungsi larutan kalium heksasianoferat (III).


Larutan kalium heksasianoferat (III) berfungsi sebagai satu penunjuk untuk mengesan
ion ferum (II).
2. Apakah hubungan di antara kepekatan warna biru tabung uji dengan kadar pengaratan?
Apabila besi berkarat, setiap atom besi akan kehilangan dua elektron untuk membentuk
ion ferum (II), Fe 2+ .
Fe (p) Fe2+ (ak) + 2eApabila terdapat ion ferum (II), kalium heksasianoferat (III) akan membentuk pewarnaan
biru gelap. Keamatan warna biru tua yang lebih tinggi menunjukkan bahawa kadar
pengaratan juga tinggi kerana kepekatan ion ferum (II) yang terbentuk adalah tinggi.
3. Jelaskan bagaimana pepejal jeli boleh digunakan untuk membuktikan hasil eksperimen.
Pepejal jeli boleh digunakan untuk memerangkap dan melihat pewarnaan biru dengan
jelas. Hal ini berlaku kerana resapan(diffusion) berlaku paling perlahan dalam keadaan
pepejal berbanding dengan gas dan cecair.
4. Namakan unsur-unsur keluli dan keluli nirkarat.
Unsur-unsur keluli: 99% besi dan 1% karbon
Unsur-unsur keluli nirkarat: 74% besi, 8% karbon, 18% kromium dan nikel
5. Berdasarkan inferens yang anda buat, bandingkan kadar pengaratan bagi besi, keluli dan
keluli tahan karat dan jelaskan inferens anda tersebut.
Tabung uji
A (Paku besi)

Inferens

Penjelasan

Kadar pengaratan berlaku

Besi berkarat dengan mudah. Tiada lapisan

dengan cepat.

oksida luaran pada permukaan paku untuk


menghalang besi daripada berkarat. Oleh itu,
oksigen dan wap air bereaksi secara kimia

B (Paku keluli)

Kadar pengaratan berlaku

dengan besi sehingga terbentuk karat.


Kehadiran atom karbon dalam paku keluli

dengan lambat.

akan menyebabkan keluli menjadi lebih kukuh


daripada besi tetapi atom karbon tidak

(Jarum)-

Keluli nirkarat

Proses pengaratan hanya

menghalang paku keluli daripada berkarat.


Badan jarum tidak berkarat kerana keluli

berlaku pada mata jarum

nirkarat merupakan aloi yang terbentuk

kerana dijangka bahagian

dengan menambahkan nikel dan kromium

mata jarum hanya terdiri

terhadap besi. Ini menyebabkannya lebih

daripada besi dan tidak

tahan kakisan. Nikel dan kromium telah

digalvanikan.

membentuk satu lapisan oksida yang keras

dan tidak telap air untuk menghalang besi


daripada berkarat.
Akan tetapi dalam eksperimen ini, mata jarum
berkarat kerana mengandungi zat besi dalam
kuantiti sedikit, dan tidak memerlukan proses
galvanisasi. Jadi, hanya mata jarum akan
berkarat dalam keadaan lembap atau basah.
6. Bagaimana susunan atom logam mempunyai kaitan dengan sifat ketempaan atau boleh
ditempa (malleable) dan kemuluran (ductile) logam?
Logam tulen adalah mulur (ductile) dan lembut kerana semua atom mempunyai saiz
yang sama dan disusun dengan teratur, dengan itu lapisan atom boleh bergelongsor ke
atas satu sama lain apabila daya dikenakan.

Rajah 2: Logam adalah mulur


Logam tulen adalah mudah dibentuk (malleable), lemah dan boleh dibentuk. Ini
terdapat beberapa ruang kosong di antara atom logam tulen. Ketika logam
mengetuk atau ditekan, kumpulan atom boleh bergelongsor dan menyesuaikan ke
kedudukan baru kerana ketidaksempurnaan struktur itu.

daya

bentuk atom
perubahan tanpa
pepatahan
Rajah 3: logam adalah mudah dibentuk

7. Jelaskan perbezaan di antara aloi gentian (substitution alloy) dan aloi celahan (interstitial
alloy).
Aloi

penggantian

(substitution

alloy)

merupakan

atom

dari

agen

pengaloian

menggantikan atom dari logam utama dalam struktur kristal. Kedua-dua komponen ini
mempunyai saiz atom yang hampir sama. Contoh aloi gentian ialah tembaga yang terdiri
daripada kuprum dan zink.

Aloi celahan (interstitial alloy) terbentuk apabila agent pengaloian mempunyai atom yang
lebih kecil daripada logam utama. Atom yang lebih kecil akan dimuatkan ke dalam
ruang di antara atom-atom yang lebih besar. Atom zarah yang kecil akan mengisi ruangruang di antara atom dalam kekisi bagi mengelakkan kegelinciran. Oleh itu, aloi ini lebih
kuat dari aloi gantian. Contoh: keluli yang terdiri besi dan karbon.

Rajah 4: Aloi penggantian

Rajah 5: Aloi celahan

KESIMPULAN:
Hipotesis diterima. Besi mengarat dengan lebih cepat berbanding dengan keluli. Keluli nirkarat
tidak berkarat.
LAMPIRAN:
Hari pertama:

Rajah

Rajah 6: Tabung uji A


Paku Besi

Rajah 7: Tabung Uji B

Rajah 8: Tabung Uji C

Paku keluli

Jarum

Hari keemam:

Rajah 9: Tabung uji A

Rajah 10: Tabung uji B

Terdapat warna biru tua


dalam pepejal jeli.

Terdapat sedikit warna biru


tua dalam pepejal jeli.

Rajah 11: Tabung uji C


Terdapat sedikit warna biru
terbentuk pada mata jarum.

Anda mungkin juga menyukai