Anda di halaman 1dari 31

1.

STRATEGI INSTRUKSIONAL
1.2.1

STRATEGI PENGAJARAN
Menurut Kamus Dewan (1998), strategi bermaksud rancangan yang
teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi pengajaran dan
pembelajaran, menurut J.R. David dalam Teaching Strategies for College
Class Room (1976) ialah a plan, method, or series of activities designed to
achicves a particular educational goal. Manakala mengikut terjemahan
Inggeris strategi bermaksud a plan of operation achieving something
merangcang sesuatu operasi untuk mencapai sesuatu. Berdasarkan
pengertian di atas strategi pengajaran dan pembelajaran meliputi urutan,
kaedah dan peringkat kegiatan yang dirancang untuk mencapai tujuan dan
objektif pengajaran tertentu. Strategi pengajaran merangkumi beberapa aspek
urutan dan susunan maklumat dan membuat keputusan bagaimana
menyampaikannya( Dick & Carey, 1996 ).
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran pada dasarnya adalah cara-cara
yang dipilih untuk menyampaikan kandungan pelajaran dalam sesi pengajaran
tertentu, yang meliputi sifat dan urutan kegiatan yang dapat memberikan
pengalaman pembelajaran kepada pelajar. Klasifikasi strategi pengajaran boleh
dikelaskan kepada tiga iaitu berpusatkan pensyarah, berpusatkan pelajar dan
berpusatkan bahan pelajaran.
i)
Strategi Berpusatkan Guru
Strategi pengajaran dan pembelajaran jenis ini telah dilaksanakan atau
diamalkan oleh kebanyakan guru sejak sekian lama lagi di manan
strategi jenis ini,pensyarah menjadi peranan yang utama. Bagi satusatu sesi pengajaran guru mengawal dan memanipulasi hampir semua
aktiviti-aktiviti pengajaran.
Ciri-ciri Strategi Berpusatkan Guru
Pengajaran berpusatkan guru mempunyai ciri-ciri seperti berikut,
antaranya ialah :
a. Didalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru
memainkan peranan utama dan pelajar hanya menjadi penonton
sahaja.
b. Tidak terdapat komunikasi dua hala diantara guru dengan
pelajar, yang mana guru menggunakan masa untuk bercakap
hampir kesemua waktu yang ada, manakala pelajar hanya
mendengar sahaja.
c. Guru bertindak sebagai pemimpin yang autokratik sewaktu di

dalam kelas pengajaran, dan pelajar pula tidak mempunyai peluang


untuk menyuarakan pendapat mereka.
d. Keutamaan objektif hanya kepada guru sahaja dan tidak
merangkumi objektif keseluruhan pengajaran dan pembelajaran.
e. Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada
penyuburan nilai murni dan perkembangan emosi pelajar.
f. Pencapaian pelajar adalah berasaskan kepada keputusan
peperiksaan para pelajar.
g. Teknik mengajar terarah kepada penyampaian fakta-fakta sahaja.
Pembelajaran lebih kepada mengingat dan menghafal fakta, dan
pelajar gagal atau tidak berupaya untuk membuat interpritasi
terhadap sesuatu isi pengajaran.
h. Interaksi diantara pelajar lemah dan sifat-sifat positif sosial pelajar
tidak dapat dibangunkan, dan pelajar menjadi kurang berinisiatif
dan kreatif.

Kaedah Strategi Berpusatkan Pensyarah.


Kaedah pengajaran merupakan cara menjalankan aktiviti-aktiviti
pengajaran atau penyampaian maklumat, dan bagi melaksanakan
strategi berpusatkan pensyarah, beberapa kaedah pengajaran yang
biasa digunakan antaranya kaedah kuliah. Kaedah ini memerlukan
perangcangan yang baik oleh setiap pensyarah. Pensyarah mestilah
memulakan set induksi yang baik, yang mampu menarik minta
pelajar. Maklumat yang hendak disampaikan atau dikuliahkan
mestilah mengikut susunan yang logik dan tersusun sama ada secara
topikal, masalah dan penyelesaian, sebab dan kesan, urutan masa,
perbandingan dan lain-lain lagi. Mengenal pasti perkara penting
yang akan dikuliahkan seterusnya mengembangkan perkara ini
semasa sesi pengajaran supaya pelajar akan lebih jelas tetang apa
yang dikuliahkan. Kemahiran pemerhatian terhadap komunikasi
tanpa bahasa yang ditunjukkan oleh pelajar perlu ada pada guru, ini
kerana ia dapat menentukan kefahaman pelajar terhadap kuliah.
Demontrasi juga merupakan kaedah yang boleh digunakan bagi
melaksanakan strategi berpusatkan pensyarah. Demontrasi adalah
kaedah

mengajar

dimana

guru

menunjukkan

sesuatu

atau

sekumpulan pelajar, ini bermakna guru memainkan peranan penting


di dalam sesi pengajaran tersebut. Walaubagaimanapun beberapa

perancangan perlu diketahui dan difahami dengan jelas oleh guru


sebelum melaksanakan kaedah ini.Guru perlu memahami langkahlangkah demontarsi secara keseluruhanserta konsep dan prinsip
kemahiran yang hendak diajar. Minat pelajar padaperingkat awal
sangatlah penting supaya pelajar boleh memberi tumpuansepanjang
sesi pengajaran.

Penerangan terhadap

langkah-langkah

atau

prosedur perlulah jelas dan teratur, pensyarah mestilah mengelak


daripada mengambil jalan singkat dalam menerangkan langkahlangkah tersebut.Guru perlu memberi peluang kepada pelajar untuk
mencuba setelah selesai demonstrasi, masa perlu diberikan kepada
pelajar untuk mempraktikkan apa yang telah diajar dan pengalaman
tersebut perlu untuk membentuk kemahiran pelajar.
ii)

Strategi Berpusatkan Pelajar


Strategi berpusatkan pelajar merupakan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang mana pelajar memainkan peranan penting dan
penglibatan aktif dalam proses pembelajaran. Pensyarah menjadi
pemimpin yang membimbing pelajar-pelajar dan memperuntukkan
lebih banyak masa untuk menjalankan aktiviti pembelajaran, sama ada
secara berkumpulan atau individu.

Ciri-ciri Strategi Berpusatkan Pelajar.


Strategi berpusatkan pelajar antaranya mempunyai ciri-ciri seperti yang
dinyatakan dibawah :
a. Di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran pelajar memainkan
peranan penting manakala pensyarah bertindak sebagai pemimpin
atau

fasilitator

yang

pembelajaran mereka.

membimbing

pelajar

dalam

aktiviti

b. Komunikasi dua hala akan terhasil diantara mereka guru


menggunakan teknik penyoalan untuk membiarkan pelajar berfikir
dan memberi tindak balas terhadap soalan.
c. Guru memimpin kelas atau pelajar secara demokrasi. Pelajar sentiasa
diberi galakan untuk memberi pandangan dan pendapat. Guru
sebenarnya banyak melakukan perbincangan dengan pelajar.
d. Strategi

pengajaran

dan

pembelajaran

lebih

fokus

kepada

pencapaian objektif pelajar.


e. Perkembangan

pelajar

adalah

secara

menyeluruh

dari

segikeseimbangan intelektual, rohaniah serta sosial dan fizikalnya.


f. Kaedah pengujianan formatif digunakan, dan keputusan ujian
digunakan untuk mengenal pasti pejalar yang lemah.
g. Guru menyampaikan isi pelajaran dengan memfokuskan pengajaran
bermakna, dengan ini pelajar boleh memahami fakta yang
disampaikan dan mampu untuk membuat kesimpulan untuk satusatu topik.
h. Terdapat banyak ruang dan peluang untuk pelajar berinteraksi, dan
juga nilai-nilai sosial dapat diperolehi seperti tolong-menolong
bekerjasama dan tolak ansur antara satu sama lain dapat di bina.

i. Strategi ini juga terarah kepada kaedah pengurusan kumpulan pelajar


yang berkesan, ini kerana pelajar yang mempunyai pelbagai
kebolehan dan minat perlu diberi perhatian.
j. Strategi ini juga menjadikan pelajar kreatif dan berinovatif.

Kaedah Strategi Berpusatkan Pelajar.


Sumbangsaran merupakan antara beberapa kaedah yang sesuai dan
berkesan untuk dipraktikkan oleh guru di dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran mereka. Kaedah ini berkesan untuk mendapatkan banyak


idea dari pelajar dan guru boleh memilih idea-idea yang terbaik untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Guru mestilah mendefinisikan
masalah tersebut agar ia dapat difahami oleh pelajar dengan jelas. Guru
perlu memberi lebih masa untuk pelajar membincangkan masalah dan
menggalakkan setiap pelajar untuk memberi idea mereka. Guru perlu
memilih idea yang dikehendaki dan pastikan semua pelajar dengan idea
yang dipilih, dan semestinya idea yang dipilih adalah yang terbaik
untuk menyelesaikan masalah. Kaedah inkuiri-penemuan merupakan
kaedah saintifik yang merujuk kepada proses penyoalan, mencari
pengetahuan dan maklumat, atau mengkaji sesuatu fenomena itu
berlaku. Kaedah ini sesuai digunakan dalam pengajaran sains. Kaedah
ini sebenarnya memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah,kerana
masalah merupakan asas kepada kaedah ini. Guru perlu memberi
maklumat yang berkaitan supaya pelajar dapat memahami masalah
yang hendak dikaji. Guru perlu menyediakan bahan-bahan untuk
dipilih oleh pelajar bagi menyelesaikan masalah dan juga jangkaan
kepada soalan-soalan yang akan disoal oleh pensyarah atau apa yang
disebut soalan memandu, ini bagi mengarahkan proses pemikiran
pelajar. Guru juga perlu membuat kesimpulan dan cadangan terhadap
hasil eksperimen yang telah dijalankan.Kaedah penyoalan merupakan
satu perkara penting dalam pengajaran,dan ianya terlibat dalam semua
kaedah pengajaran. Guru perlu mahir dalam teknik penyoalan, ini
kerana ia merupakan cara paling berkesan untuk menggalakkan
pemikiran pelajar. Terdapat pelbagai teknik penyoalan yang mana
setiap satunya akan memberikan respon yang berbeza. Berdasarkan
taksonomi Bloom, terdapat enam (6) tahap pembelajaran domain
kognitif, dan soalan-soalan pada setiap tahap memerlukan pelajar
menjawab dengan menggunakan tahap proses yang berlainan.Guru
perlu mahir dan berupaya membina soalan pada setiap tahap agar dapat
menggalakkan pelajar terlibat dalam pelbagai tahap kognitif tersebut.
Guru adalah disarankan agar memahami enam (6) tahap yang telah
dinyatakan di dalam domain kognitif taksonomi Bloom.

iii)

Strategi Berpusatkan Bahan


Strategi berpusaktan bahan pelajaran merupakan strategi pengajaran
dan pembelajaran yang mana bahan pelajaran memainkan peranan
penting dan penggunaannya dijadikan sumber utama guru dan pelajar
untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Bahan pelajaran
dalam istilah moden hari ini juga di panggil media pengajaran, yang
mana istilah baru ini mengambil kira semua aspek termasuk pelajar,
pengembangan pembelajaran dan aspek penilaian. Reise dan Gagne
(1983) mendefinisikan media sebagai cara fizikal yang membolehkan
mesej pengajaran disampaikan. Dengan menggunakan bahan pelajaran
dapat membantu pelajar memahami konsep yang abstrak dengan
mudah. Melalui latihan dengan menggunakan bahan pengajaran juga
pelajar akan dapat membina kemahiran dan juga dapat berdikari hasil
dari aktiviti yang dijalankan tanpa bantuan guru.
Ciri-ciri Strategi Berpusatkan Bahan Pelajaran.
Seperti juga strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan
pensyarah dan berpusatkan pelajar, strategi berpusatkan bahan
pengajara juga mempunyai ciri-cirinya, antaranya ialah :
a. Dalam

aktiviti

pengajaran

dan

pembelajaran,

bahan-bahan

pengajaran memainkan peranan yang penting ini kerana pensyarah


atau pelajar menggunakan sepenuhnya bahan pengajaran tersebut
untuk mencapai objektif pengajaran.
b. Interaksi dan komunikasi berlaku diantara pensyarah dan bahan
pengajaran, atau diantara pelajar dengan bahan pengajaran.
c. Pengajaran dan pembelajaran memerlukan usaha dan perhatian
terhadap kemahiran menggunakan bahan-bahan pengajaran bagi
memastikan objektif pembelajaran tercapai.
d. Strategi ini menekankan kepada pembangunan kognitif, fizikal dan
rohani. Pengajaran pensyarah juga lebih bermakna, menarik minat
dan berkesan.

e. Membuka ruang kepada pelajar untuk lebih banyak berinteraksi.


Sifat-sifat sosial juga boleh dibentuk melalui kerja berkumpulan
yang melibatkan bahan pelajaran dalam menghasilkan sesuatu
projek atau menjalankan sesuatu ujikaji.
f. Aktiviti pengajaran berdasarkan pengalaman yang sebenar melalui
bahan pelajaran dapat mengubah pengetahuan abstrak kepada situasi
yang lebih konkrit

Kaedah Strategi Berpusatkan Bahan Pelajaran.


Kaedah strategi berpusatkan bahan pelajaran yang tercangih pada abad
ini ialah penggunaan komputer. Guru perlu mahir dalam penggunaan
komputer terlebih dahulu sebelum menggunakannya untuk sesi
pengajaran mereka. Pengajaran berbantukan komputer melibatkan
interaksi secara terus diantara komputer dengan pelajar. Guru
bertanggung jawab untuk memantau segala aktiviti pelajar dan
memberi

aktiviti-aktiviti

susulan

yang

telah

dibentuk

bagi

memperkembangkan ingatan dan memindahkan pengajaran.Pelbagai


cara dapat digunakan oleh pensyarah dalam melaksanakan kaedah ini.
Dengan cara pemberian latih tubi dan latihan dapat memperkukuhkan
pembelajaran pelajar dengan menyediakan ruang untuk mengulangi apa
yang telah dipelajari. Tutorial juga boleh digunakan melalui perisian
atau program yang mudah difahami oleh pelajar. Sebelum cara ini
digunakan oleh guru, guru mestilah menjalankan ujian penetapan untuk
menentukan tahap kesedian pelajar terhadap apa yang hendak
dipelajari. Kaedah pengajaran dengan bantuan Liquid Crystal Display
(LCD) Projector amat popular dikalangan pensyarah pada masa ini.
Kaedah ini mudah dan senang untuk digunakan, dan penggunaannya
amat praktik bagi sesi pengajaran yang jumlah pelajarnya ramai. Ianya
juga boleh merupakan suatu persembahan yang tidak perlu dijelaskan
melalui komuikasi lisan ini, ini kerana apa yang dijelaskan lebih
eksplisit dan maklum balas pelajar lebih menyeluruh. Guru perlu
merancang bahan pengajaran dan data disimpan melalui komputer.

Perancangan yang

baik dapat menyediakan

semua

gambaran

sebagaimana diperlukan semasa proses pengajaran dan akan membantu


mencapai objektif pengajaran tersebut. Proses pengajaran kaedah ini,
guru dibekal senaskah atau bahan bercetak yang dikenali sebagai
modul. Didalam modul bagi sesuatu topik, matlamat pengajaran
biasanya telah ditetapkan. Modul juga mengandungi maklumat yang
terarah, latihan dan soalan perbincangan. Pelajar dikehendaki
menjalankan pelbagai aktiviti seperti membuat latihan , menyelesaikan
masalah
dan menjawab soalan mengenai pelajaran didalam bahan atau modul
tersebut.Guru perlu membuat pendedahan pembelajaran mengikut
pelbagai teknik dan cara didalam bahan tersebut. Pada akhir
pembelajaran pelajar mengambil ujian untuk menentukan tahap
kefahaman dan penguasaan.
Strategi dan kaedah pengajaran berfungsi sebagai satu
panduanpengajaran kearah keberkesanan dalam usaha menyampaikan
ilmu kepadapelajar. Untuk mencapai berkesanan strategi pengajaran
dan pembelajaran,guru perlu memilih kaedah yang paling tepat untuk
di gunakan melalui kreativiti mereka sendiri. Dalam pemilihan tersebut
terdapat pelbagai perkara yang perlu dipertimbangkan, antaranya
keadaan pelajar yang mencakupi penilaian tentang tingkat kecerdasan,
kematangan dan perbezaan individu.Disinilah di tuntut agar guru
mampu menganalisis dan seterusnya memilih strategi pengajaran dan
pembelajaran untuk diserasikan dengan kaedah pengajaran. Sebagai
seorang guru, ia perlu memikirkan bagaimana untuk menjadi guru
yang berketrampilan dengan memahami ciri-cirinya, iaitu yang
berkaitan dengan kecekapan bidang, kepelbagaian pengetahuan
dalamkeadah pengajaran yang digunakan, penglibatan pelajar dalam
pengajaran,enthusiasm serta susunan dan kejelasan penyampaian.
Aspek-aspek lain yang perlu difikirkan ialah memahami prinsip
pengajaran dan pembelajaran, kurikulum dan perlaksanaannya dan
juga persediaan mengajar. Dengan keupayaan untuk memahami diri
guru sendiri, strategi pengajaran dan pembelajaran,kaedah, teknik serta

pendekatan pengajaran dan pembelajaran menjadi semakinbaik, malah


mampu menjadikan tahap pendidikan negara antara yang terbaikdan
dapat memperkembangkan potensi pelajar atau individu bagi
mencapaikesempurnaan rohani, akal dan jasmani.

1.2.2

HUBUNGKAIT ANTARA STRATEGI,PENDEKATAN, KAEDAH DAN


TEKNIK.
Untuk melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran ia
memerlukan kaedah. Kaedah menawarkan satu cara yang sistematik untuk
melakukan sesuatu (Devies, 1981). Kaedah dalam pengajaran pula dijelaskan
sebagai satu siri tindakan yang sistematik yang mana matlamat utamanya
ialahuntuk mencapai objektif pengajaran tertentu. Dengan kata lain keadah
pengajaran ialah cara bagaimana pendekatan objektif pelajaran tertentu
disampaikan melalui langkah-langkah yang tersusun. Tanpa kaedah yang betul
maka pembelajaran adalah tidak terancang malah aktiviti akan berlaku secara
rambang dan tanpa susunan yang sempurna. Kaedah pengajaran dan
pembelajaran merupakan satu usaha yang sepenuhnya, yang mana ia
memerlukan

satu

set

prosedur

yang

terancang

berasaskan

pendekatanpengajaran dan pembelajaran yang dipilih, Ini bermaksud kaedah


pengajaran pembelajaran yang dipilih adalah berasaskan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang berkait dengan model, prinsip dan
teori pembelajaran. Kaedah pengajaran pula merangkumi cara maklumat
disampaikan atau cara aktiviti pengajaran dijalankan, seperti contoh kaedah
kuliah, perbincangan, main peranan, simulasi dan lain-lain.Kemahiran spesifik
dalam pengajaran pula dipanggil teknik pengajaran,seperti set induksi,
peneguhan, kawalan suara, penggunaan papan putih whiteboard dan lain-lain.
Melaksanakan dengan jayanya semua unsur-unsur yang diperlukan di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (Kemp and Schwaller, 1988). Teknik
pengajaran sebenarnya merujuk kepada satu kemahiran mengajar.

Rajah Hubungkait antara Strategi,Kaedah dan Teknik

1.2.4

PENDEKATAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN


Pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran itu
diajarkan untuk mencapai objektifnya. Setiap pendekatan hendaklah
mencerminkan satu pandangan atau pendapat tentang hakikat satu matlamat
pelajaran . Ia bertujuan untuk memudahkan murid menerima dan memahami
isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Dengan adanya pendekatan , guru
dapat membuat tanggapan asas yang akan dijadikan prinsip. Kita mempelajari
sesuatu situasi itu secara keseluruhan dan kemudian memperinci elemenelemen situasi satu pandangan atau sebagai teori pembelajaran, maka kita
boleh menjadikannya sebagai satu pendekatan dalam sesuatu pengajaran. Ini

membawa maksud sesuatu pengajaran itu harus dimulakan dengan mengamati


keseluruhannya terlebih dahulu dan kemudian dikaji bahagian-bahagiannya.
i)

Pendekatan Deduktif
Pendekatan pengajaran

ini

mengutamakan penguasaan undang-

undang ataupun peraturan bahasa daripada penggunaan bahasa . Guru


guru yang menggunakan pendekatan ini biasanya

memulakan

pengajaran bahasa mereka dengan huraian undang-undang bahasa


yang hendak diajar sebelum memberi contoh-contoh penggunaannya.
Contohnya ,apabila seseorang guru mengajar ayat tunggal , guru akan
memberi takrif ayat tersebut sebelum

menunjukkkan contoh-contoh

penggunaanya .
ii)

Pendekatan Induktif
Pendekatan ini pula

mengutamakan contoh penggunaan bahasa

daripada undang-undang atau peraturan bahasa.Pengajaran dimulakan


dengan memberi contoh penggunaan unsur-unsur bahasa yang diajar
sebelum guru menghuraikan undang-undang bagi unsur tersebut.
Contohnya ,dalam pengajaran tentang ayat tunggal , guru akan
memulakan pengajarannya dengan menunjukkan contoh-contoh ayat
tunggal.Kemudian

berpandukan contoh-contoh yang dibuat , guru

akan memandu murid-murid

supaya

sampai

kepada

takrif ayat

tunggal.
iii)

Pendekatan Eklektif
Pendekatan ini menggabungkan kedua-dua pendekatan induktif dan
deduktif untuk menghasilkkan satu strategi pengajaran. Misalnya, guru
memulakan pengajaran dengan memberi contoh-contoh yang berkaitan
dengan aspek bahasa yang hendak diajar, ini ditambah dengan contohcontoh murid-murid. Murid-murid dipandu untuk sampai

kepada

undang-undang bahasa. Murid-murid kemudiannya didorongkan untuk


memberi contoh-contoh lain dalam konteks yang hampir sama .

Sebaliknya guru boleh juga memulakan pengajarannya dengan


menyatakan undang-undang yang berkenaan dengan aspek bahasa yang
diajar. Kemudian memberi contoh-contoh.Contoh-contoh lain didapati
oleh murid untuk menerangkan undang-undang tadi. Akhirnya undang
itu digunakan dalam konteks atau misalan-misalan yang hampir sama.
iv)

Pendekatan Pengajaran Tematik


Pendekatan pengajaran bertema (Jabatan Pendidikan Khas 2005)
digunakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran

murid

pendidikan khas. Pemilihan topik atau tema mestilah bersesuaian


dengan persekitaran murid. Pendekatan pengajaran bertema melibatkan
perkara-perkara berikut:

penggunaan satu tajuk umum merentasi bidang pembelajaran

pemilihan tajuk berdasarkan kesesuaian tahap murid, situasi


tertentu atau peristiwa semasa
saling berkaitan dengan pengalaman sedia ada dan pengalaman
baru yang diperoleh secara tersusun dan sistematik
peluasan dan pengukuhan pengetahuan dan kemahiran
pemeringkatan daripada yang mudah kepada yang sukar dan
umum kepada yang lebih spesifik
Pemilihan tema pula perlu mengambil kira perkara-perkara di bawah:
kesesuaian dengan kehidupan murid
peluang untuk mengaplikasi kemahiran kepada murid seperti
kemahiran asas mendengar, membaca, menulis, mengira,
penggunaan komputer dan lain-lain.
kemahiran yang diperoleh daripada tema yang diajar dapat
membantu murid mendapat kemahiran penyelesaian masalah
sumber yang mudah didapati
mengikut musim atau peristiwa untuk memberi kesedaran dan
pengukuhan serta meningkatkan pengetahuan murid
Perkara-perkara

berikut

perlu

dilaksanakan

pengajaran dan pembelajaran bertema:

dalam

pendekatan

sumbang saran berdasarkan topik oleh murid


kenal pasti subtopik dan pilih aktiviti yang sesuai untuk
membantu

murid

mempercayai

isi

kandungan

dan

mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam konteks yang


bermakna
mencipta peta minda untuk tema
merancang dan menggalakkan kemahiran berfikir
iklim dan persekitaran bilik darjah mempunyai suasana yang
kondusif dan berkaitan dengan tema
v)

Pendekatan Masteri
Pembelajaran masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan
pembelajaran untuk memastikan pelajar dapat menguasai apa yang
diajar.Pembelajaran

masteri

bukanlah

perkara

yang

baru dan

konsepnya berasaskan kepada satu prinsip iaitu semua pelajar boeh


menguasai apa yang diajar jika diberi masa yang cukup dan pengajaran
dan pembelajaran adalah berkualiti.Kejayaan pembelajaran masteri
bergantung kepada kebolehan dan kemahiran anda untuk:

menentukan hasil pembelajarn yang perlu dikuasai

mengajar dengan kaedah atau aktiviti yang berkesan dan bahan


yang sesuai

mengembangkan kemahiran belajar dan kemahiran befikir di


kalangan pelajar

merangsang dan mendorong mereka untuk belajar;

menilai secara formatif dan sumatif

menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan

Pembelajaran masteri menggalakkan guru menyelesaikan masalah


yang dihadapi dan juga menggalakkan guru mengubahsuai kaedah atau
aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pelajar dapat
menguasai apa yang diajar.Walaupun ada beberapa kekangan dalam
pelaksanaan pembelajaran masteri, guru akan mendapati bahawa
bilangan pelajar yang dapat menguasai apa yang diajar akan bertambah

dan ini akan memberi kepuasan kepada guru, pelajar dan pihak
lain.Pencapaian pelajar yang telah meningkat, walaupun sedikit, akan
merangsang guru dan pelajar untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.
1.2.5

KAEDAH-KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Kaedah pengajaran bermaksud tindakan-tindakan yang dilakukan oleh guru
dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini
melibatkan tindak balas antara guru dan murid (Rahil Mahyudin et al. 1997) .
Di antara kaedah yang bersesuaian untuk mengajar pembelajaran Kemahiran
Hidup ialah kaedah memberi arahan, demonstrasi, permainan, penemuan,
kaedah pusat pembelajaran dan kaedah projek. Di sini disenaraikan beberapa
kaedah yang boleh digunakan oleh guru semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.
i)

Kaedah Tunjuk Cara


Kaedah tunjuk cara adalah kaedah yang telah lama digunakan di
sekolah. Kaedah ini dipilih terutamanya sebagai satu cara untuk
membiasakan murid dengan prosedur yang perlu diikuti oleh mereka
semasa membuat aktiviti seperti berkebun, menggunakan alatan dan
sebagainya. Kaedah tunjuk cara yang berjaya mengandungi langkahlangkah yang memberi murid peluang menunjukkan bahawa mereka
benar-benar memahami apa yang dipelajari. Sesuatu tunjuk cara tidak
akan berjaya dan lengkap jika tidak diberi peluang murid membuat
sesuatu yang menunjukkan mereka telah menguasai maklumat, proses
atau prinsip tertentu. Langkah-langkah untuk menjayakan kaedah ini
adalah seperti berikut:
Langkah 1
Tunjukkan kepada murid langkah-langkah yang mesti dikuti oleh
mereka untuk melakukan tugas yang diberi. Murid juga perlu
dimaklumkan tentang sifat tugas itu.
Langkah 2

Beri tindak balas kepada soalan murid tentang tunjuk cara yang telah
dibuat. Guru juga perlu bertanyakan soalan kepada murid untuk
memastikan mereka benar-benar faham akan arahan yang diberikan.
Langkah 3
Tinjau semula langkah-langkah yang perlu diikuti oleh murid. Murid
mesti jelas dengan langkah-langkah aktiviti. Adalah baik jika guru
menulis setiap arahan untuk memastikan tiada arahan yang tertinggal
semasa aktiviti berlangsung.
Langkah 4
Secara rawak, guru perlu memilih beberapa orang murid untuk
membacakan turutan langkah-langkah betul yang telah dilakukan oleh
mereka.
Langkah 5
Beri peluang murid mempraktikkan apa yang telah dipelajari oleh
mereka. Kaedah tunjuk cara apabila dirancang dan dilaksanakan boleh
memberi kefahaman kepada murid. Pada bahagian awal tunjuk cara,
guru boleh mengambil sedikit masa untuk mengingatkan murid tentang
objektif yang diberi penekanan. Disebabkan guru menjadi pusat
perhatian dalam kaedah tunjuk cara ini, adalah mudah baginya untuk
membantu murid mengingat kembali maklumat yang telah dipelajari
sebelumnya yang berkaitan dengan tugas pembelajaran baru.

ii)

Kaedah Simulasi
Tujuan kaedah simulasi adalah untuk meningkatkan kebolehan murid
mengaplikasikan konsep-konsep tertentu dalam penyelesaian masalah.
Simulasi adalah suatu situasi yang diwujudkan supaya menyerupai
situasi sebenar tetapi dalam bentuk yang dipermudahkan, diringkaskan
atau dikecilkan supaya masalah atau isu yang berkaitan lebih mudah
diselesaikan.

Dalam

kaedah

tanggungjawab, antaranya:

ini,

guru

mempunyai

beberapa

memilih satu masalah atau isu yang melibatkan minat atau


pandangan yang berlawanan.

memastikan unsur-unsur utama masalah atau isu terkandung


dalam simulasi.

mengenal pasti konsep-konsep yang terlibat dalam masalah atau


isu berkenaan.

menentukan langkah-langkah yang perlu diambil semasa


simulasi. Langkah-langkah ini termasuklah bagaimana tingkah
laku murid, peranan yang dimainkan, serta peraturan yang
mempengaruhi tindakan murid tersebut.

Murid mengambil bahagian dalam simulasi dengan cara memainkan


peranan individu atau pihak yang terlibat mengikut peraturan atau
prosedur yang ditentukan oleh guru. Contohnya, dalam satu simulasi
berkaitan dengan kerja-kerja petani di kebun, kebun sayur musnah
dilanda banjir, bagaimana pekerja-pekerja kebun sayur menggunakan
pelbagai peralatan semasa bekerja. Pada amnya, simulasi akan berjaya
jika melibatkan situasi kehidupan seharian. Simulasi juga digunakan
bersama-sama dengan kaedah buku teks, perbincangan dan penyoalan.

iii)

Kaedah Projek
Tujuan kaedah projek adalah untuk melibatkan murid dengan idea-idea
konseptual dan memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang tidak
mungkin dicapai melalui kaedah pengajaran lain. Objektif utama
kaedah ini adalah untuk pemerolehan pengetahuan yang baru oleh
murid atau penggunaan pengetahuan sedia ada kepada situasi-situasi
kehidupan seharian, penyelesaian masalah atau penghasilan produk.
Dalam kaedah ini, guru berperanan untuk menentukan tajuk yang
sesuai kepada murid. Bagi murid pendidikan khas, guru perlulah
membantu sepenuhnya . Guru seharusnya berperanan sebagai rakan
pembimbing, memastikan setiap murid mempunyai peranan dan
tugasan dalam melaksanakan projek, memberikan kebebasan dan
kepercayaan kepada murid untuk melaksanakan sesuatu projek
mengikut kemampuan murid dengan pemantauan guru , bertindak

sebagai motivator dengan sentiasa memberi dorongan kepada murid


untuk mengekalkan minat mereka serta memberi masa yang
secukupnya kepada murid untuk melaksanakan sesuatu tugasan yang
diberikan.Untuk

melancarkan

perjalanan

sesuatu

projek

yang

dirancangkan, guru perlulah menyediakan alatan yang mudah


dikendalikan, ringan dan tidak terlalu membahayakan murid supaya
mudah dan selamat digunakan . Sebelum projek dilaksanakan, guru
sepatutnya terlebih dahulu menerangkan setiap tugasan itu, cara
penggunaan alatan, tujuan projek dan sebagainya dengan berulangulang agar pelajar faham.
iv)

Kaedah Memberi Arahan


Tujuan memberi arahan adalah untuk memberi panduan kepada murid
sebelum mereka memulakan aktiviti. Guru perlulah mengambil masa
yang lama untuk memberi arahan. Perkara penting ialah murid perlu
mempelajari bagaimana mematuhi arahan yang agak sukar difahami.
Oleh itu, arahan guru haruslah jelas dan tepat serta berulang-ulang
sebelum pembelajaran bermula. Berikut adalah panduan untuk
menjamin arahan yang jelas dan mudah diikuti pelajar:

mula-mula tuliskan arahan di dalam kelas. Ini akan memastikan


semua arahan diingati dan akan dipatuhi.

kurangkan arahan itu menjadi beberapa langkah sahaja. Jika


langkah banyak, maka perlulah guru mendemonstrasikannya
semasa memberi arahan, atau semasa membahagikan aktiviti
pembelajaran itu kepada beberapa bahagian, dan setiap
bahagian itu guru perlu memberikan arahan yang terperinci.

pastikan arahan yang diberikan oleh guru jelas, tepat, pendek,


ringkas serta menggunakan laras bahasa yang bersesuaian
dengan murid berkeperluan khas.

pastikan murid memberi tumpuan semasa arah diberi.

nilaikan sejauh manakah murid memahami arahan berkenaan


dengan cara bertanya kembali sama ada mereka ingat akan
arahan guru atau guru bertanyakan apakah arahan pertama,
kedua dan seterusnya.

Satu cara memperbaiki kemahiran memberi arahan adalah


dengan menganalisis masalah yang dihadapi oleh murid semasa
mereka melakukan aktiviti. Arahan tidak tepat, kabur, sukar,
singkat serta tidak diulang-ulang akan menyebabkan murid
melakukan kesalahan semasa menyelesaikan tugasan.
v)

Kaedah Latih Tubi


Kaedah latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan
secukupnya kepada murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik
supaya mereka secara automatik boleh menyebut atau memperingati
semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian. Perkara penting
dalam latih tubi adalah maklmat khusus yang perlu diketahui
(contohnya, kegunaan baja tumbuhan pada pokok, kegunaan alat
tertentu dan sebagainya) atau dalam bentuk pengetahuan yang lain
(misalnya, mengapakah baja penting kepada tumbuhan, mengapakah
tidak boleh bermain dengan alat tajam dan sebagainya). Kaedah latih
tubi mungkin akan membosankan jika dilakukan secara berterusan.
Kaedah ini boleh menjejaskan tumpuan murid-murid berkeperluan
khas, lebih-lebih lagi murid khas bermasalah pembelajaran. Oleh itu ,
untuk mengelak kebosanan dan kurangnya konsentrasi murid, pelbagai
bentuk latih tubi boleh digunakan seperti:

mengadakan kaedah latih tubi secara pertandingan dalam


kumpulan atau individu, iaitu siapa yang dapat menjawab
sesuatu pertanyaan guru tentang sesuatu berkaitan dengan
kemahiran, markah akan dikira dan dihimpun dan kemudian
dibandingkan dengan kumpulan atau individu yang lain yang
terlibat.

bagi murid yang kurang daya saing, kaedah latih tubi boleh
dijalankan dengan cara memegang peralatan dan menyebutnya,
dari aspek nama peralatan tersebut, fungsi, cara penggunaan,
cara menyimpan, cara untuk menggelakkan diri dari kecederaan
akibat penggunaan peralatan dan sebagainya.

vi)

Kaedah Sumbang Saran


Tujuan kaedah sumbang saran adalah untuk menggalakkan murid
menggunakan

imaginasi

mereka

secara

kreatif.

Objektif

keseluruhannya bertujuan untuk mencari idea -idea baru serta


kombinasi idea. Murid digalakkan memberi sumbangan idea terhadap
sesuatu kemahiran yang diajar guru dalam bentuk jawapan,
kesimpulan, fakta serta penerangan. Pemikiran yang kreatif biasanya
diarahkan kepada penyelesaian masalah -masalah tertentu, mencari
cara-cara baru untuk bertindak dalam sesuatu situasi atau menghasilkan
pelbagai interpretasi bagi sesuatu kejadian. Masalah atau kejadian
menjadi fokus sumbang saran. Secara amnya, peraturan sumbang saran
meliputi:

sebarang idea diterima

semua murid mesti aktif memberi pandangan, idea dan


maklumat sebanyak mungkin.

dilarang mengkritik sebarang idea.

idea-idea dinyatakan secara spontan.

pelajar

boleh

menggunakan

idea

rakan

untuk

memperkembangkannya.
Keberkesanan sesuatu sesi sumbang saran bergantung kepada keadaan
atau situasi berikut:

guru menunjukkan sikap positif di samping menggalakan


pemikiran positif di kalangan murid.

murid mengambil bahagian secara aktif.

guru sebagai pengadil, tidak menyebelahi mana-mana individu


atau kumpulan.

idea yang dipilih haruslah diperkemaskan untuk dijadikan


maklumat serta digunakan sebaiknya.

Oleh itu, pelajar amat digalakkan supaya memberi idea terhadap


sesuatu permasalahan atau penyoalan soalan oleh guru untuk melatih
mereka supaya memahami soalan dan permasalahan dan dapat
berkomunikasi serta melatih mereka berfikir.
vii)

Kaedah Eksplorasi - Penemuan

Kaedah

eksplorasipenemuan

bertujuan

untuk

meningkatkan

pembelajaran murid melalui penemuan kendiri. Peranan guru adalah


menyediakan peralatan tertentu. Murid dibenarkan menggunakan alatan
mengikut kesukaan masing-masing dengan pemantauan rapi daripada
guru terutamanya apabila menggunakan peralatan berbahaya seperti
parang, cangkul dan sebagainya semasa aktiviti di kebun.
Melalui kaedah ini, murid akan lebih mengetahui apakah kegunaan
sesuatu alatan dengan membuat aktiviti menggunakan alatan itu.
Kaedah ini juga bertujuan untuk meningkatkan rasa ingin tahu murid,
keinginan untuk mencuba dan kebebasan melakukan aksplorasi. Jika
sebelum ini mereka (murid) tidak berpeluang untuk cuba menggunakan
peralatan ini atau menggunakannya secara nyata atas alasan dibimbangi
akan memudaratkan mereka sendiri, namun dengan kebebasan diberi
oleh guru serta dengan pemantauan rapi oleh guru, maka mereka akan
merasakan berkeinginan untuk mencuba menggunakan peralatan
tersebut dengan cara yang betul. Melalui kaedah ini, pembelajaran
berlaku secara spontan dan dapat mengukuhkan pengetahuan mereka
daripada pengajaran guru. Supaya pembelajaran lebih berkesan, guru
perlulah:

menyediakan alatan.

memberi masa yang cukup untuk murid melakukan aktiviti.

bertanya kembali tentang kegunaan alat itu selepas aktiviti


selesai.

menggalakkan mereka melakukan sendiri menggunakan alatan


supaya mereka lebih faham akan kegunaannya.

1.2.6

TEKNIK-TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Teknik adalah unsur terkecil dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, ia
terkandung dalam sesuatu kaedah. Ia merangkumi aktiviti, pelakuan dan
kemahiran guru yang digunakan untuk menyampaikan isi pelajaran dalam
pengajaran. Teknik ialah cara menjalankan pelbagai langkah dalam
pengajaran. Teknik yang digunakan oleh guru akan menjadikan pengajaran itu

lebih bermakna dan menyeronokkan. Seseorang guru mestilah pandai


menggunakan teknik supaya murid lebih berminat dan timbul motivasi untuk
belajar. Dalam setiap pengajaran sememangnya terdapat pelbagai cara dan
teknik yang boleh digunakan, namun begitu tiada satu teknik pun yang
dianggap paling sesuai dan dapat digunakan untuk semua keadaan atau terbaik
untuk semua sesi pengajaran. Teknik yang digunakan hendaklah bergantung
kepada keadaan dan berdasarkan kepada minat pelajar serta bahan pengajaran
yang hendak disampaikan (Rashid et al 1996). Teknik pengajaran dan
pembelajaran ini mempunyai beberapa objektif, antaranya ialah:

untuk menyampaikan bahan pengajaran dengan cara yang boleh


menarik minat murid-murid dan untuk mengekalkan perhatian serta
mencungkil rasa ingin tahu mereka.

untuk membolehkan murid mencapai objektif-objektif pengajaran yang


dipelajari dengan mudah dan berkesan.

Terdapat banyak teknik pengajaran yang boleh digunakan dan diaplikasikan


oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran seperti teknik main
peranan, teknik bercerita, teknik soal jawab, teknik perbincangan, teknik
drama dan teknik forum.

1.2.7

MODEL-MODEL-MODEL PENGAJARAN & PEMBELAJARAN


Model pengajaran mengandungi unsur-unsur penting yang dapat memberi gambaran
tentang proses pengajaran. Pada masa dahulu, pengajaran dianggap sebagai satu
proses yang mudah iaitu pengajaran sebagai suatu penyampaian pengetahuan daripada
guru kepada murid. Situasi ini dinamakan proses pengajaran sehala iaitu guru sebagai
pengajar menyalurkan pengetahuannya kepada murid yang menerima segala-galanya,
seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah.

Rajah 1 Proses Pengajaran Sehala


Apabila pengajaran sedemikian berlaku, guru merupakan sebagai individu yang aktif
manakala murid menerima secara pasif. Tidak terdapat sebarang interaksi antara guru
dengan muridnya. Tanpa interaksi antara guru dengan muridnya, maka sukar untuk
menentukan sama ada proses pembelajaran telah berlaku atau tidak. Murid tidak
diberikan peranan aktif sebagai individu yang boleh menentukan pembelajarannya.
Namun keadaan sekarang sudah jauh berubah daripada keadaan seperti itu.
Pengajaran lebih disifatkan satu proses yang dengan sengaja dirancangkan dengan
objektif dan isi yang dipilih khas untuk disesuaikan dengan keperluan murid. Untuk
menentukan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan, guru-guru haruslah
mengambil pelbagai pertimbangan seperti memilih model-model pengajaran yang
boleh memberi kesan positif pada pengajarannya di samping pemilihan kaedah, teknik
dan pendekatan. Di sini dibincangkan beberapa model pengajaran dan pembelajaran
untuk pertimbangan guru. Setiap model-model yang dicadangkan mempunyai
kekuatan tersendiri dalam membantu guru-guru dalam proses pengajarannya (Mok
Soon Sang, 2003).
i)

Model Pengajaran Asas


Model ini dikemukakan oleh Robert Glaser (1962). Model ini dianggap
sebagai model asas yang dapat menggambarkan proses pengajaran dan
pembelajaran. Model Glaser membahagikan proses pengajaran kepada empat
bahagian seperti dalam rajah berikut;

Rajah 2 Model Pengajaran Asas Glaser


Mengikut model Rajah 2 proses pengajaran bermula dengan guru menentukan
objektifnya.
Objektif Pengajaran

Objektif pengajaran ialah perlakuan yang hendak dicapai murid setelah


mengikuti sesuatu pengajaran. Ia merupakan pernyataan tentang perlakuan
murid yang dapat diperhatikan dan dapat diukur setelah langkah pengajaran
dijalankan. Pernyataan yang jelas tentang perlakuan murid yang hendak
dicapai membolehkan guru merancang langkah-langkah pengajaran dan
membuat penilaian ke atas keberkesanan pengajarannya.
Tingkah Laku Sedia
Tingkah laku sedia murid merujuk kepada pengetahuan, kemahiran atau sikap
yang sudah ada pada seseorang murid. Penentuan tingkah laku sedia murid
membolehkan guru menilai sama ada objektif yang telah dirancang itu sesuai
atau tidak. Sesuatu pembelajaran baru akan menjadi lebih bermakna sekiranya
dikaitkan dengan pengalaman sedia ada murid, kebolehan serta minat mereka.
Prosedur Pengajaran
Bahagian ini menerangkan tentang proses pengajaran. Prosedur pengajaran
berbeza mengikut objektif pengajaran yang hendak dicapai. Bahan pengajaran
dan alat bantu mengajar dipilih supaya sesuai dengan objektif pengajaran.
Kaedah mengajar yang sesuai hendaklah dirancang supaya isi pelajaran dapat
disampaikan

dengan

berkesan.

Aktiviti

pengajaran

seperti

memberi

keterangan, menyoal, merangsang, menarik perhatian dilaksanakan di


peringkat ini. Murid juga terlibat dengan aktiviti pembelajaran seperti
memerhati, menumpukan perhatian , berbincang dan menyelesaikan masalah.

Penilaian Prestasi
Pada peringkat ini, pemerhatian dan ujian-ujian dijalankan untuk menyemak
setakat mana murid telah mencapai objektif pengajaran. Dengan adanya
penilaian, guru mendapat maklum balas tentang hasil pengajarannya.
Sekiranya penilaian menunjukkan bahawa murid tidak mencapai tahap yang
memuaskan, maka guru perlu menyemak kembali setiap komponen dalam
modul pengajaran di atas. Jika perlu komponen yang didapati kurang tepat dan
sesuai perlu dikaji atau diubah suai. Contohya, kaedah pengajaran kuliah
dalam pembelajaran tidak difahami murid, maka guru perlu menukarnya

kepada kaedah perbincangan atau lain-lain yang memudahkan murid


menguasai isi pelajaran. Kekuatan model Glaser ini boleh dijadikan panduan
asas bagi guru dalam tugas mengajarnya. Bagaimanapun, model ini boleh
mejadi lebih bermakna sekiranya ditambah dengan unsur interaksi guru-murid
dan langkah-langkah pemulihan sekiranya perlu bagi murid-murid tertentu.
ii)

Model Inkuiri
Pendekatan inkuiri membolehkan murid menggunakan keperluan ingin tahu
mereka untuk meneroka sesuatu bidang ilmu. Matlamat dalam pendekatan ini
adalah mengembangkan kemahiran dan disiplin intelek yang perlu untuk
membangkitkan soalan dan mencari jawapan yang berpunca daripada rasa
ingin tahu mereka. Sesuatu pengajaran secara inkuiri dimulakan dengan
menyediakan satu situasi yang membingungkan. Individu yang menghadapi
situasi sedemikian (secara semula jadi) bermotivasi untuk menyelesaikan
masalah tersebut. Dalam model ini, terdapat lima fasa seperti rajah di bawah:

Rajah 3 Lima Fasa Model Inkuiri


Keterangan model inkuiri :
Fasa 1: Fasa satu, guru perlu mengemukakan situasi bermasalah dan
menerangkan atur cara inkuiri kepada murid. Pembentukan satu kejadian
seperti menunjukkan bagaimana sebatang pisau dibuat daripada dua jenis
logam yang apabila dipanaskan ia menjadi bengkok, memerlukan murid
berfikir. Matlamat akhirnya dalam pengajaran seperti ini adalah bertujuan
untuk murid mengalami pembentukan pengetahuan baru.

Fasa 2: Melibatkan pemeriksaan proses iaitu murid mengumpulkan maklumat


tentang kejadian yang dilihat atau alami.
Fasa 3: Uji kaji dijalankan oleh murid dengan memasukkan elemen-elemen
baru dalam situasi untuk melihat sama ada kejadian itu berlaku dengan cara
lain. Di sini murid mungkin bertanya tentang objek dan guru harus peka serta
sedar tentang jenis maklumat yang diperlukan dan mengubah corak penyoalan.
Fasa 4: Guru meminta murid menyusun data untuk membentuk satu
keterangan. Mungkin ada murid yang sukar untuk memahami maklumat dan
membentuk pemahaman mengenainya.
Fasa 5: Murid diminta menganalisis corak inkuiri mereka. Mereka
memerlukan soalan yang berkesan, soalan yang produktif dan memerlukan
maklumat lanjut daripada guru.
Walaupun model inkuiri digunakan pada mulanya dalam bidang sains, namun
atur caranya juga sesuai untuk semua bidang. Contohnya, kemahiran hidup,
bagaimana proses-proses tumbesaran pokok atau tanaman daripada hanya
sebutir biji benih yang kering, boleh dijadikan situasi yang membingungkan
murid.

iii)

Model Sim
Model sim terdapat empat unsur penting dalam pengajaran iaitu guru, pelajar,
isi pelajaran dan objektif pengajaran. Unsur-unsur tersebut boleh berinteraksi
antara satu sama lain seperti dalam rajah berikut:

Rajah 4 Model Sim


Dalam membuat persediaan pengajaran, model sim mengandungi elemenelemen guru, objektif dan isi pelajaran. Ia perlu dititikberatkan dengan
mengambil kira objektif yang hendak dicapai dan isi pelajaran yang sesuai
seperti rajah di bawah:

Rajah 5 Persediaan untuk Pengajaran Guru


Murid menjadi fokus dalam pencapaian objektif pembelajaran. Dalam
menentukan objektif dan isi pelajaran , fakta murid seperti kebolehan dan
pengetahuan sedia ada murid perlu diambil kira. Isi pelajaran termasuk media
dan teknik digunakan untuk penyampaian isi pelajaran itu. Isi pelajaran
ditentukan oleh guru setelah mengambil kira tentang kebolehan murid. Dalam
setiap pengajaran, objektif dinilai dari segi pencapaiannya oleh murid dan guru
menggunakannya untuk memperbaiki pengajarannya. Model Sim berfaedah
kepada guru kerana membantu guru merancang pengajarannya dengan
mengambil kira unsur-unsur penting seperti menentukan bahan, cara mengajar
dan penilaian.
iv)

Model Pembelajaran Masteri


Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari.
Melalui pembelajaran masteri murid diberi peluang untuk maju mengikut
kebolehan

dan

kadar

pembelajaran

mereka

sendiri

serta

dapat

mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran.Pembelajaran Masteri


(Hunter 1991) merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi
memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan
dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya.
Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang
terancang dan berkualiti serta berpandukan tahap penguasaan murid. Model
Pembelajaran Masteri dimulakan dengan penentuan hasil pembelajaran, dan
diikuti dengan pengajaran dan pembelajaran. Tujuan menentukan hasil
pembelajaran murid adalah untuk memastikan semua murid berjaya menguasai
pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dengan kadar kemampuan biasa
seseorang murid di tahap tersebut. Setelah dibuat penilaian, murid yang telah
menguasai akan diteruskan dengan aktiviti pengayaan dan bagi murid yang
belum menguasai akan diteruskan dengan aktiviti pemulihan.
Dalam Pembelajaran Masteri terdapat beberapa langkah yang perlu
Dilaksanakan oleh guru . Langkah tersebut digambarkan melalui model
berikut:

Carta 1 Carta Pembelajaran Masteri


Dalam pengajaran dan pembelajaran masteri, beberapa perkara perlu diketahui
oleh guru. Antaranya:

kebolehan dan keupayaan murid yang berbeza

kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza

kemudahan yang ada

masa yang diperuntukan

Dengan mengetahui kebolehan dan keupayaan murid yang berbeza, guru dapat
merancang kaedah pengajaran yang juga berbeza dan pelbagai bagi
memudahkan murid menguasai ilmu yang disampaikan. Dengan merujuk
kepada kadar penerimaan dan kesanggupan, murid akan dapat menguasai ilmu
pada kadar kemampuan mereka. Untuk itu, guru seharusnya mengenali murid
mereka.

v)

Model Pembelajaran Koperatif


Model Pembelajaran Koperatif mengutarakan kerjasama di antara ahli-ahli
dalam kumpulan di samping meningkatkan pencapaian akademik murid.
Terdapat tiga matlamat utama dalam model ini iaitu:

untuk memperbaiki kefahaman dan kemahiran murid yang diajar

untuk membolehkan murid membentuk kemahiran kumpulan berkoperatif dan


seterusnya menghormati perbezaan individu dalam kelas

untuk membolehkan murid mementingkan nilai terhadap pembelajaran dan


membentuk sikap positif terhadap murid pelbagai kaum

Di antara teori-teori pendidikan dalam model ini ialah:

ganjaran berkumpulanmurid belajar dalam kumpulan dan akan memperoleh


faedah-faedah tertentu. Melalui pembelajaran berkumpulan, murid boleh
bekerjasama dalam kumpulan masing-masing dan bersaing secara sihat dengan
kumpulan lain.

mengurangkan stereotaipmurid yang mempunyai peluang untuk bekerja


dalam kumpulan dengan murid yang lain boleh mengurangkan sikap stereotaip
mengenai ras, jantina, pelajar yang berpencapaian rendah atau cacat.
Hasil daripada pembelajaran koperatif, didapati bahawa murid yang
berpencapaian tinggi boleh mencapai tahap kefahaman yang lebih tinggi dalam
proses membantu murid yang berpencapaian rendah. Model ini juga dianggap
boleh mewujudkan motivasi di kalangan murid khususnya mereka yang
berpencapaian rendah. Selain itu, mereka yang terlibat dalam pembelajaran
koperatif menunjukkan konsep kendiri yang tinggi.

vi)

Model Ekspositori
Ekspositori bermaksud memberi penerangan yang jelas dan terperinci. Dalam
konteks pengajaran, ekspositori merupakan penyampaian maklumat atau isi
kandungan pelajaran secara langsung kepada murid-murid di dalam kelas.
Oleh itu, kaedah ekspositori ialah cara penyampaian pelajaran melalui
penerangan, bercerita atau demonstrasi dengan tujuan mengajar sesuatu.
Dalam model ini, guru memberi penerangan terlebih dahulu dan murid
mendengar dengan teliti hingga mereka memahami dan mengingatinya atau
merekodkan isi pentingnya dalam buku nota mereka.

Rajah 6 Model Ekspositori


Cara-cara penyampaian dengan menggunakan model ekspositori adalah
dihuraikan seperti berikut:

menerang, menginterpretasi dan menghuraikan idea dan konsep daripada buku


teks.

menerangkan sambil mendemonstrasikan cara melukis atau membina bentuk


-bentuk geometri.

menerangkan langkah-langkah penyelesaian masalah berdasarkan kemahiran


-kemahiran yang telah dipelajari.

menerangkan sesuatu konsep dengan alat bantu mengajar

RUJUKAN
1. Ab. Rahman Selamat (1990). Teknologi Sistem Pengajaran. Kuala
Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn, Bhd.
2. Wan Zah Wan Ali (2000). Memahami Pembelajaran. Kuala Lumpur :
Utusan Publications and distribution Sdn. Bhd.

3. Eggen, P.D & Kauchak, D.P (1996). Strategies For Teachers : Teaching
Content and Thinking Skills. Boston : Allyn & Bacon.
4. Amir Awang (1986) Teori-teori pembelajaran. Kuala Lumpur : Penerbit
Fajar Bakti, Petaling Jaya.
5. Asmah bt Hj Ahmad (1989). Pedagogi 1. Petaling Jaya : Longman
Malaysia.
6. Sharifah Alwiah AlSagoff (1988) Psikologi Pendidikan 1. Petaling Jaya :
Longman Malaysia.
7. Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali, Ramlah Jantan
(2003). OUM : Psikologi Pendidkan. Kuala Lumpur : Malindo Printers Sdn.
Bhd.
8. Mok Soon Sang. (2005). Ilmu Pendidikan untuk KPLI. Kuala Lumpur :
Budiman Sdn Bhd,
9. Ee Ah Meng. (2000). Pedagogi 1:Kurikulum dan pengurusan bilik darjah.
Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti.

Anda mungkin juga menyukai