Anda di halaman 1dari 25

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

TAJUK 3

Pengajaran mikro dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan


Islam
Konsep
Elemen/Kemahiran asas

3.1.1 SINOPSIS
Topik ini memberi pendedahan kepada pelatih tentang kemahirankemahiran

yang

perlu

dikuasai

sebagai

pelengkap

kepada

proses

pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Lapan kemahiran


diperkenalkan dan perlu dikuasai oleh bakal guru sebelum melalui
pengajaran makro dan menjalani latihan praktikum di sekolah.
Terdapat pelbagai kemahiran yang disenaraikan dalam kemahiran mikro.
Namun dalam modul ini, kemahiran-kemahiran yang akan dibincangkan ialah set
induksi, menerang, menyoal, menggunakan papan tulis, variasi rangsangan,
peneguhan, penggunaan bahan sumber pengajaran & pembelajaran dan
penutup.
Diharapkan melalui pembacaan tajuk-tajuk tersebut akan membantu
pelajar-pelajar sekelian memahami dan menguasai kemahiran-kemahiran mikro
bagi mumudahkan penyampaian isi kandungan di samping dapat memotivasikan
murid untuk belajar. Penguasaan kemahiran mikro juga membantu guru
mencapai objektif pengajaran dan murid mendapat hasil pembelajaran secara
terarah dan berkesan .
3.1.2 HASIL PEMBELAJARAN
1. Menganalisis konsep kemahiran mikro.
2. Mengenal pasti kemahiran-kemahiran asas dalam pengajaran mikro.
3. Mengaplikasi kemahiran-kemahiran asas dalam pengajaran mikro..

28

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

3.1.3 KERANGKA TAJUK

PENGAJRAN MIKRO
Kemahiran

Konsep
Set Induksi

Menerang

Menyoal
Menggunakan papan tulis
Variasi rangsangan
Peneguhan
Penggunaan bahan bantu
mengajar

Penutup

PENGENALAN
Pengajaran

mikro

perlu

diaplikasikan

menghasilkan guru permulaan yang berkesan.


dan

manfaat

pendekatan

pengajaran
29

mikro

sepenuhnya

dalam

usaha

Memandangkan kepentingan
dalam

membentuk

guru

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

berkemahiran mengajar Pendidikan Islam,

maka latihan demi latihan perlu

dijalankan bagi guru menguasainya. Bukan sahaja persediaan bagi guru


permulaan bahkan disarankan kepada guru-guru terlatih melaksanakannya
dengan tujuan menambah baik amalan pengajaran.
PENGERTIAN
Perkataan Mikro diambil dari bahasa Greek yang bermakna kecil. Ini
bermakna pengajaran mikro adalah proses pengajaran yang dijalankan dalam
unit kecil sebagai simulasi kepada guru pelatih. Pengajaran mikro bertujuan
untuk

memupuk

kemahiran

asas

pengajaran

dan

pembelajaran

serta

mengurangkan masalah-masalah yang mungkin timbul semasa pengajaran


makro dijalankan.
KONSEP
Mengikut Micheel J. Wallace Pengajaran mikro adalah satu situasi
pengajaran yang telah dikurangkan skopnya, yakni tugas guru dipermudahkan,
mata pelajaran dipendekkan dan bilangan murid dikecilkan. Setiap sesi
pengajaran mikro merupakan

latihan dan bimbingan perlu diberikan oleh

pembimbing.

TUJUAN

Membolehkan guru menguasai kemahiran mengajar dengan cepat dan


berkesan melalui bimbingan.

Membolehkan guru meneliti pengajarannya dengan cara yang sistematik,


dan mendapat maklumbalas dengan segera dan kemudiannya membuat
perubahan untuk membaikinya di mana yang difikirkan perlu.

Guru dapat menghasilkan pengajaran yang lebih menarik dan bermakna.

30

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Merangsang keinginan untuk membaiki dan meningkatkan potensi diri


melalui perbincangan bersama pembimbing dan rakan-rakan.

Meningkatkan keyakinan dan kesediaan guru menghadapi kelas sebenar.

Menghasilkan guru yang mencintai

profesyen perguruan melalui

pengalaman dan perkongsian ilmu,

Bagaimana Mengendalikan Pengajaran Mikro


Menurut Alien, D. dan Kyan, K. pengajaran mikro mempunyai lima
peringkat iaitu merancang, praktikal, mengulas atau komen, merancang semula,
mengajar semula dan membuat komen sekali lagi.
Proses pengajaran mikro adalah sepert berikut:-

31

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Guru berbincang dengan pembimbing mengenai perkara-perkara


yang terlibat dalam kemahiran pengajaran mikro yang ia akan
aplikasikan. Kemudia dia akan menyediakan satu rancangan untuk
pengajaran itu - Peringkat merancang

Guru mengajar pelajaran mikronya kepada sekumpulan rakannya


seramai 5 hingga 10 orang. Guru akan mengajar selama 5 hingga
10 minit. Apabila tamat, murid atau rakannya akan meninggalkan
bilik pengajaran mikro peringkat praktikal.
Guru dan pembimbing menganalisa pengajaran mikro , Guru diberi
peluang mengeluarkan pendapat, perbincangan kritis, penyelia
sebagai pembimbing, penggalak dan penggerak membolehkan guru
menyedari kekuatan dan kelemahan pengajarannya. peringkat
mengulas

Kemudian guru diberi masa untuk menyediakan rancangan


pengajarannya yang baru dengan membuat perubahan-perubahan
yang difikirkan perlu peringkat mengajar semula

Guru akan mengajar sekali lagi kemahiran pengajaran mikronya,


tetapi kali ini kepada kumpulan rakannya yang lain - peringkat
ulangan pengajaran.

Perkara yang penting dalam pengajaran mikro


1. Pelajar yang telah menguasai sesuatu kemahiran mikro tidak perlu ulang
latihan pengajarannya.
2. Pelajar

yang

belum

menguasai

sesuatu

kemahiran

mikro

perlu

memperbaiki perancangan dan mengulangi pengajarannya .


3. Pengajaran mikro boleh dibuat di institut dengan menggunakan kaedah
simulasi.

32

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

4. Maklumbalas yang segera dan tepat membolehkan pelajar mengubah


perlakuannya.
5. Perkembangan

kemahiran

pengajaran

mikro

tidak

boleh

dibuat

berasingan dengan isi pelajaran.


6. Perakam video mempunyai kelebihan, mengandungi unsur komunikasi
lisan dan bukan lisan.
7. Jika pengajaran menggunakan perakam video, panduan penilaian dan
penaksiran tidak lagi diperlukan.
8. Walaubagaimanapun ia boleh digunakan bersama untuk menambahkan
keberkesanan latihan dari segi panduan pemerhatian dan maklumbalas
yang bertulis.
Kemahiran Pengajaran Mikro
Pengajaran mikro tidak memberi semua kemahiran yang diperlukan oleh pelajar
dalam profesyen perguruannya.

Ia berkaitan hanya dengan kemahiran-

kemahiran yang digunakan oleh guru dalam perhubungan persemukaan di bilik


darjah. Dengan itu, kemahiran pengajaran mikro adalah perlakuan bilik darjah
yang

tertentu,

boleh

dilihat,

ditakrifkan,

ditunjukkan

perkaitan

dengan

pembelajaran murid.
Pengajaran mikro adalah melatih diri sendiri. Pelajar dilatih dari aspek
kemahiran mengajar yang boleh diukur, dinyatakan, dilihat dan dikawal serta
membantu pelajar bersiap sedia untuk membuat latihan pengajaran makro
dengan berkesan.
Kemahiran-kemahiran berikut adalah komunikasi dua hala guru-murid dalam
bidang pengajaran dan pengajaran:

Set induksi
33

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Penerangan

Penyoalan

Papan Tulis

Variasi rangsangan

Peneguhan

Penggunaan Bahan Sumber Pengajaran & Pembelajaran

Penutup

KEMAHIRAN SET INDUKSI


Kemahiran ini ada kaitan dengan cara guru memulakan sesuatu pelajaran. Guru
akan cuba menarik perhatian dan mengekalkan minat murid serta menggerakkan
mereka untuk membuat aktiviti, berfikir dan belajar dengan seronok. Pada setiap
sesi pengajaran, guru perlu menegaskan kepada muridnya tugasan yang akan
dibuat. Guru juga perlu memandu muridnya kearah mencapai objektif
pembelajaran serta membina perkaitan yang jelas dengan pengalaman sedia
ada.
i.

Menarik perhatian

Guru boleh menggunakan intonasi suara, gerakgeri, gerak isyarat

dan

pandangan mata untuk menarik perhatian murid kearah pelajaran yang diajar.
Guru juga boleh menggunakan bahan bantu mengajar untuk mencetus minat
pelajar atau pelbagai corak intraksi yang lain.
ii.

Mewujudkan motivasi

34

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Guru boleh memotivasikan muridnya dengan menunjukkan kemesraan dan


semangat serta kesungguhan ketika memulakan sesi pengajaran.

Guru boleh

juga mencetuskan naluri ingin tahu atau menarik minat murid dengan bercerita
atau memulakan aktiviti yang menghairankan pelajar. Justru pelajar akan
merasa tertarik dan ingin mengetahui dengan labih lanjut berkenaan sesuatu
perkara itu.
iii.

Menstruktur

Guru menentukan had bagi tugasan yang akan diberikan kepada muridnya,
seperti Hari ini kamu akan melihat beberapa keping gambar dan kemudian kita
akan bincangkannya. Selepas perbincangan itu kamu akan menulis ceritanya.
Guru menolong muridnya dengan mencadangkan beberapa gaya penulisan atau
memberikan soalan-soalan yang membantu murid mencari isi cerita.
iv.

Membuat perkaitan

Membuat perbandingan dan perbezaan, seperti ketika mengajar waktu-waktu


solat, guru boleh membandingkan jadual waktu solat di Semenanjung Malaysia
dengan di Sabah atau Sarawak.

Guru juga boleh merujuk kepada situasi

semasa atau pengetahuan sedia ada pelajar untuk membuat perkaitan dengan
tajuk yang akan dipelajari.
Set induksi yang berkesan ialah,
1. Bermakna kepada murid. Set insuksi hendaklah sesuai dengan tahap
murid dari segi umur, kebolehan dan minat.
2. Set induksi hendaklah berkait dengan isi pelajaran dan objektif pelajaran.
3. Pelajaran baru hendaklah dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada
murid, belajar daripada yang telah diketahui kepada yang akan diketuhui.

35

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Rancang satu sesi pengajaran mikro bagi mana-mana bidang


Pendidikan Islam. Anda dikehendaki mengelolakan sesi pengajaran
mikro bagi kemahiran set induksi.

KEMAHIRAN MENERANG
Penerangan ialah satu proses memberi kefahaman kepada orang lain, dan
kemahirannya ialah menentukan yang penerangan itu difahami.

Memberi

penerangan dengan tepat dan berkesan merupakan salah satu kemahiran yang
mesti ada pada guru.

Oleh itu ada banyak peringkat dan bentuk kefahaman

seperti :
a.

Pentakrifan - menjelaskan sesuatu isu

b.

Penerangan - menerangkan proses, struktur dan langkah-langkah.

c.

Sebab

i.

- pemberian alasan

Penerangan berstruktur

Menjelaskan keutamaan - guru nyatakan dengan jelas, tepat dan padat


fakta utama yang terlibat.
Menggunakan contoh

perkara yang dititik beratkan ialah mudah,

berkait, penggunaan media yang sesuai dan menimbulkan minat.


Membuat

kesimpulan - guru

penerangannya.

menyatakan

perkara

utama

dalam

Penerangan ringkas sangat penting untuk penerangan

yang berkesan (Brown)

36

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

ii.

Penerangan penyampaian

a. Penggunaan penyampaian yang jelas


Guru

menerangkan

sesuatu

aspek

pada

satu

masa,

dan

memfokuskan semula dengan menggunakan ringkasan atau ilastrasi.


Ia hendaklah menggunakan bahasa yang sesuai dan berhenti sejenak
sebelum sesuatu aspek penting diterangkan.
b. Penggunaan penekanan variasi rangsangan
Guru hendaklah menggunakan peringkat, nada dan intonasi suara
yang boleh menyampaikan kepentingan yang berkaitan
sesuatu.

dengan

Gerak geri dan pergerakan hendaklah digunakan dengan

sewajarnya.
c. Penggunaan penekanan
Menekankan petunjuk, perkaitan dan keutamaan -

menggunakan

perkataan atau rangkai kata yang boleh membawa kepada sesuatu


yang penting dalam penerangannya - contoh:
Petunjuk

Tiga bidang utama.

Perkaitan

Ini membawa kepada

Keutamaan

Dengan ini.

d. Jauhkan kekaburan Beri

penerangan dengan jelas.

menggunakan perkataan seperti :


.. dan lain-lain,
. dan sebagainya
37

Elakkan

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

.. dan yang sama sepertinya


e. Sekuens - guru boleh menggunakan pendekatan induktif atau
deduktif, pelbagai rangsangan dan kaitan untuk menunjukkkan
penerangan ke arah yang betul.
f. Maklum balas - penerangan guru janganlah terlalu panjang lebar. Guru
perlu mendapat maklum balas daripada murid. Beri peluang murid
menjelaskan kefahaman, sikap dan minat mereka. Guru hendaklah
mengawal penyampaian, kelancaran, bahasa dan bilangan contoh
yang digunakan.
Menerang menggunakan Contoh Dengan Mengilustrasi

iii.

Kemahiran ini memudahkan guru menyampaikan idea dan konsep yang


abstrak. Guru meminta contoh daripada murid untuk menyemak sesuatu
idea atau konsep yang diajar telah difahami atau tidak. Contoh yang baik
ialah contoh yang biasa kepada murid. Dengan mengaitkan contoh
dengan idea atau konsep, guru telah mengajar daripada perkara yang
diketahui kepada perkara yang akan diketahui. Dengan menggunakan
contoh dalam kehidupan seharian, guru boleh menarik perhatian dan
menimbulkan minat terhadap pelajarannya.
iv.

Pendekatan induktif dan deduktif dalam penggunaan contoh-contoh


Dua jenis pendekatan boleh digunakan dalam latihan kemahiran ini.
Pendekatan

induktif

contoh

diikuti

dengan

peraturan/

prinsip/

generalisasi
Pendekatan deduktif: peraturan/ prinsip/ generalisasi diikuti dengan
contoh
v.

Jenis-jenis contoh dalam menerang


38

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

a. Contoh mudah - guru menggunakan contoh mudah, dinyatakan dengan


jelas dan boleh dikaitkan dengan pengetahuan yang lalu.
b. Contoh yang berkait dengan peraturan atau konsep - menggunakan
contoh di mana peraturan atau konsep boleh digunakan.
c. Contoh ingin tahu - menggunakan contoh yang boleh membangkitkan
naluri ingin tahu dan minat murid.
d. Media yang sesuai - menggunakan

media

yang

sesuai

dengan

kebolehan , umur dan pelajaran yang diajar.


e. Pendekatan - memilih pendekatan yang sesuai dengan peringkat umur
dan kebolehan murid dan pelajaran yang diajar.
f. Penglibatan murid - murid dilibatkan secara lisan, seperti menjawab atau
menyoal, atau bukan lisan, seperti menulis di papan hitam atau
menunjukcara dengan menggunakan contoh atau model

Sediakan satu contoh rancangan pengajaran mikro bagi kemahiran


menerang bagi mana-mana bidang Pendidikan Islam.

KEMAHIRAN PENYOALAN
Kemahiran penyoalan ialah kemahiran yang sangat kompleks berbanding
dengan kemahiran yang lain.

Kemahiran ini perlu dirancang dengan baik serta

diberi penilaian yang sewajarnya oleh guru semasa peroses pembelajaran dan
pengajaran.

Soalan-soalan yang dilontarkan hendaklah bermula

dari aras

rendah kepada soalan yang memerlukan pemikiran kritis dan membina kognatif
aras tinggi. Penggunaan kemahiran penyoalan dengan betul dapat mewujudkan
suasana pembelajaran sosial yang berkesan serta meningkat tahap pencapaian
murid.
Kemahiran penyoalan dalan Pengajaran mikro
39

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

1. Sebagai peraturan am, soalan dikemukakan kepada seluruh kelas


dengan peruntukan masa diberi kepada murid untuk berfikir.
2. Guru hendaklah sesuaikan soalan dengan umur dan kebolehan
yang berbeza dalam kumpulan kelas itu.
3. Guru perlu merancang soalan-soalan utama sebelum
pengajaran dimulakan.
4. Guru hendaklah berhati-hati mengemukakan soalan dan
meneliti jawapan murid.

i.

Penyoalan yang mudah atau asas

a. Pembentukan soalan
Guru hendaklah membuat soalan bentuk pendek, padat dan
menggunakan perkataan yang mudah difahami oleh murid.
b. Fokus
Guru hendaklah menyoal soalan yang umum dahulu supaya dapat
melibatkan ramai murid. Soalan difokuskan kepada satu tugasan
sahaja.

Setelah maklumat yang diperlukan mula diperolehi,

guru

bolehlah menyoal soalan yang lebih khusus.


c. Arah
Guru mengemukakan soalan kepada semua murid dalam kelas.
Berhenti sejenak, tujukan soalan itu kepada murid tertentu dengan
memanggil namanya. Guru boleh juga menunjuk dengan tangan atau
menganggukkkan kepala ke arah murid yang hendak disoal.

40

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

d. Penyebaran
Guru hendaklah menyebarkan soalannya secara rawak supaya dapat
menyoal semua kumpulan dalam kelasnya.
e. Pemberitahuan
Guru hendaklah membuat tanda dalam soalannya yang boleh
menunjukkan skop atau jenis jawapan yang ia perlukan.

Tanda itu

mungkin juga boleh membawa kepada jawapan kepada soalan itu.

ii.

Penyoalan yang kompleks


A)

Peringkat-peringat aras soalan

Guru menyoal soalan yang berbeza aras kesukarannya.


a. Ingat semula
Penyoalan yang memerlukan murid mengingat semula maklumatmaklumat yang mereka telah pelajari, kemudian guru bolehlah
menyoal soalan yang lebih kompleks.
b. Kefahaman
Soalan yang menguji kefahaman murid mengenai sesuatu perkara.
c. Aplikasi

41

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Soalan yang memberi peluang kepada murid agar dapat menggunakan


pengetahuan yang lalu.
d. Analisis
Guru menyoal murid yang membolehkan murid memeriksa bukti-bukti
dan kemudian membuat rumusan yang membolehkan mereka
mengurus dan melahirkan pemikiran mereka.
e. Penilaian
Guru menyoal murid soalan yang memerlukan mereka membuat
anggapan mengenai idea-idea atau nilai-nilai, dan kemudiannya
memberi sebab-sebab untuk menyokong anggapan itu.
f. Sintesis
Guru melibatkan seorang murid atau beberapa orang murid dalam
aktiviti kreatif mengenai sesuatu situasi atau kejadian yang memerlukan
penyatuan beberapa idea.

B)

Jenis-jenis Soalan

a. Penyungkilan
Guru menyoal murid soalan yang membolehkan murid memikirkan
jawapan yang lebih baik daripada jawapan yang sebelumnya.
b. Soalan penjelasan
Guru meminta jawapan yang lebih jelas dan padat.
c. Soalan Penyokongan

42

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Guru bertanyakan sebab mengapa jawapan tertentu itu diberikan oleh


muridnya.
d. Soalan Persetujuan
Guru menanya muridnya adakah mereka setuju atau tidak dengan
jawapan yang telah diberikan sebentar tadi.
e. Soalan Contoh
Guru

mengarahkan

muridnya

memberi

contoh-contoh

yang

menunjukkan maksud jawapan yang lalu.

Sediakan tiga contoh penyoalan yang mudah atau asas dan


penyoalan kompleks mengikut aras yang berbeza.

KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN


Kemahiran ini meliputi aktiviti yang boleh digunakan oleh pelajar untuk
mempelbagaikan coral interaksi dan teknik penyampaian.

43

Latihan dalam

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

kemahiran ini dapat menolong pelajar mengajar dengan berkesan dan menarik
minat murid kepada pelajaran yang diajarnya.

Pergerakan

Aktiviti
Fizikal

Gesture
KEMAHIRAN
VARIASI
RANGSANG
AN

Penggunaa
n
Pancainder
a

Nada Suara

Penglibatan
Murid Lisan

i.

Pergerakan
Pergerakan guru dalam kelas seperti beberapa langkah di sepanjang
bahagian hadapan atau di antara barisan-barisan murid boleh menolong
murid sentiasa bersedia dan menumpukan perhatian kepada pelajaran.
Elakkan pergerakan ke hadapan dan ke belakang yang kerap kerana
perlakuan ini akan mengganggu tumpuan murid kepada pelajaran.

ii.

Gerakgeri semulajadi guru (gesture)


Penggunaan pergerakan badan, tangan dan muka yang semulajadi untuk
menguatkan perkataan yang dituturkan dapat menarik perhatian murid.
Sebaliknya

pergerakan tubuh badan yang tidak bermakna seperti


44

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

mengelipkan mata atau mengelengkan kepala akan menghalang tumpuan


kepada pelajaran.
iii.

Mengubah nada pertuturan


Mengubah intonasi, nada suara dan kelajuan perkataan dapat mengekal
minat murid terhadap pelajaran.

Suara yang mendadak, sentiasa tinggi

dan kuat menimbulkan rasa kebimbangan, sebaliknya suara yang


mendatar, kurang kuat dan kurang bertenaga menimbulkan rasa bosan
terhadap pelajaran.
iv.

Penglibatan murid secara lisan


Soalan, perbincangan murid dan peluang diberi kepada murid untuk
melahirkan pendapat menggalakkan murid melibatkan diri secara lisan
dalam pelajaran. Ini akan memberikan rasa seronok kepada murid.

v.

Penggunaan Pancaindera
Guru yang mengubah-ubah aktivitinya dan melibatkan pancaindera
seperti penggunaan gambar atau model, dapat menambah tarikan dan
minat murid kepada pelajaran serta menambah kesan penyampaian
maklumat kepada mereka.

vi.

Aktiviti Fizikal
Guru yang memberi peluang kepada murid membuat aktiviti yang
pelbagai akan menyeronokkan murid semasa mereka belajar.

Panduan Variasi Rangsangan yang berkesan

45

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

a. Matlamat guru hendaklah jelas tentang tujuan perubahan-perubahan


dalam aktiviti yang digunakan dan ada perkaitan dengan isi pelajaran.
b. Guru hendaklah menjalankan variasi rangsangan dengan licin agar
tidak mengganggu perjalanan pelajaran.
c. Guru hendaklah merancang dengan teliti, jika hendak menggunakan
bahan bantu mengajar dan alat bantu mengajar.
d. Guru perlu mengubah variasi rangsangan untuk memberi rangsangan
kepada tindak balas murid.

Pilih mana-mana bidang pendidikan Islam, sediakan satu perancangan


pengajaran mikro bagi kemahiran variasi rangsangan dengan
mengintegrasikan elemen-elemen dalam variasi rangsangan.

KEMAHIRAN PENEGUHAN
Melibatkan satu teknik mengajar yang boleh mengubah perlakuan murid dalam
beberapa cara yang positif seperti guru memberi peneguhan dengan senyuman,
angguk

kepala,

memuji

murid

kerana

memberi

jawapan

yang

baik,

menggalakkan murid yang lambat belajar supaya terus tekun belajar, atau
menulis syabas dalam buku murid kerana kerja yang telah disempurnakan.
Peneguhan seperti ini akan membawa kepada perulangan perlakuan yang baik
dan seterusnya akan membina sikap yang positif .
diberikan kepada individu, kumpulan atau seluruh kelas.
Bidang utama dalam peneguhan:

46

Peneguhan ini boleh

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

i.

Peneguhan lisan
Guru boleh menggalakkan murid belajar dengan menggunakan perkataan
seperti

baik, ya, betul, itu jawapan yang tepat, bijak, pandai,

bagus, kerja kamu sempurna, itu adalah cadangan yang baik, Guru
juga boleh mengulang jawapan murid atau mengembangkannya kepada
yang lebih sempurna.
ii.

Peneguhan gerakgeri
Guru boleh memberi peneguhan dengan menunjukkan perasaan pada
mukanya seperti senyuman, ketawa yang ikhlas, atau menggunakan
gerakgeri

tubuh

badan

sebagai

isyarat

persetujuan,

contoh:

menganggukkkan kepala, mengangkat tangan, angkat bahu

dan

menepuk tangan. Guru juga perlu memandang murid yang berkata dan
menulis jawapan murid di papan tulis.
iii.

Peneguhan dampingan
Guru

boleh

menunjukkan

minat

atas

prestasi

muridnya

dengan

mendekatinya, berdiri di sebelahnya dan duduk di sisi muridnya.


iv.

Peneguhan sentuhan
Guru boleh menunjukkan persetujuan dengan menepuk bahu atau
belakang muridnya atau mengusap kepala jika sesuai (sama jantina).

v.

Peneguhan aktiviti
Guru melakukan aktiviti yang boleh menggembirakan muridnya kerana
menghasilkan kerja yang baik.

vi.

Peneguhan ganjaran

47

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Guru menulis kata pujian atau memberi markah yang tinggi dalam buku
kerja murid kerana telah menghasilkan kerja yang baik.

Bagi murid

sekolah rendah guru boleh memberi hadiah seperti pensil, gula-gula dan
sebagainya

untuk

menggalakkan

murid

meningkat

maju

dalam

pelajarannya.
Peneguhan yang berkesan:
i.

Kemesraan dan semangat


Kemesraan, semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh guru
terhadap perlakuan dan pencapaian murid adalah aspek penting dalam
kemahiran peneguhan.

ii.

Mempelbagaikan penggunaan peneguhan


Guru hendaklah mempelbagaikan peneguhan, peneguhan perkataan atau
gerak-geri yang selalu diulang akan hilang maknanya.

iii.

Peneguhan positif
Kajian telah menunjukkan bahawa peneguhan positif seperti pujian untuk
jawapan yang belum selesai adalah lebih berkesan daripada peneguhan
negatif seperti itu salah atau jawapan kamu tidak tepat.

iv.

Kefahaman murid tentang peneguhan


Peneguhan yang berkesan, murid hendaklah mengetahui perkaitan
antara peneguhan dengan perlakuan dan pencapaian mereka.
Guru
hendaklah memikirkan faktor umur, jantina dan kumpulan sosial murid.

Sediakan beberapa contoh peneguhan secara lisan, gerak geri,


dampingan, sentuhan, aktiviti dan ganjaran. Contoh yang anda berikan
perlu menunjukkan ciri peneguhan yang berkesan.

48

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

KEMAHIRAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR


Guru memerlukan bahan bantu mengajar untuk menyampailan isi
pelajaran dengan lebih berkesan. Melalui penggunaan alat atau bahan murid
pula dapat mencerap maksud yang ingin disampaikan oleh guru dengan mudah.

i.

Prinsip

ii.

Kesesuaian

iii.

sesuai dengan objektif


Sesuai dengan isi kandungan
Digunakan pada masa sesuai
Menggunakan warna yang menarik

Cabaran

iv.

Memberikan pengukuhan
Menarik
Memberi rangsangan

Mencetuskan idea
Menggerakkan aktiviti
Menjadi bahan soal jawab
Menjadi bahan perbincangan
Timbul rasa ingin tahu

Kejelasan

Dapat dilihat dengan jelas


Dapat didengar dengan jelas
Maklumat yang dipapar jelas
49

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

v.

Maklumat ringkas, padat dan jitu


Saiz bersesuaian

Penggunaan berfungsi

Membantu pemahaman
Meningkatkan kemahiran
Memudahkan pengajaran
Memudahkan pembelajaran
Kejelasan fakta
KEMAHIRAN PENUTUP

Kaitkan penutup dengan minat, pengalaman dan reaksi murid;i.

Menegaskan semula perkara-perkara penting.


a. Menegaskan perkara utama, fakta penting - ingat semula dan kaji
semula ( boleh melibatkan murid )
b. Menegaskan semula melalui ringkasan

teguran

ringkasan perkara penting dan mengaitkan semula

akhir,

aktiviti yang

telah dijalankan.
c. Menegaskan semula sebagai satu aspek kemahiran variasi
rangsangan

Guru merumus isi pelajaran hasil maklumat

murid.
ii.

Penilaian, peneguhan pembelajaran murid (Melibatkan kognitif).


Penilaian dalam aktiviti mengesan pencapaian objektif pembelajaran,
adakah murid

telah memahami isi pelajaran hari ini,

(rumusan

kognitif)
iii

Kaitan pelajaran dengan kehidupan social


Mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan seharian murid (rumusan
sosial).

50

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

iv.

Cadangan aktiviti lanjutan


a. Kaitkan dengan kognitif

membuat latihan,membuat projek

baru dan menjalankan kajian.


b. Perkaitan sosial menimbulkan perasaan kejayaan dengan
peneguhan

dan

menyatakan

peringkat

kejayaan

murid,

menggalakkan murid mencuba kejayaan yang lebih tinggi.


c. Galakan motivasi
kemesraan dan semangat

untuk

mengekalkan minat.
Penutup yang berkesan:
1. Penutup hendaklah bermakna dari segi umur, kebolehan dan minat
murid.
2. Penutup hendaklah berkait dengan isi dan objektif pelajaran.
3. Membina perkaitan perkara yang diketahui dan perkara yang dialami.
4. Mengaitkan aspek penting sesuatu topik yang dibicarakan.
5. Mengukur pembelajaran murid.
6. Mencadangkan aktiviti berkaitan.

Rumusan
Kemahiran mikro merupakan teknik pengajaran yang dipermudahkan dari segi
skop dan organisasi untuk mengajar sesuatu kemahiran. Setiap bakal guru perlu
menguasainya sebagai persediaan menguasai kemahiran mengajar disamping
dapat mengenalpasti kelemahan dan kekuatan diri guru itu sendiri.
Pengajaran

mikro

merupakan
LATIHAN pengajaran
MINDA

praktikal

yang

membantu

guru

dipermudahkan dari aspek skop dan organisasi.

Kaitkan

bagaimana

kemahiran

mikro

melaksanakan pengajaran dalam bilik darjah dengan baik?


51

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

52

Anda mungkin juga menyukai