Anda di halaman 1dari 7

TUGASAN

________________________________________________________________________
HBHE3203
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN
SEMESTER SEPTEMBER 2014
________________________________________________________________________
ARAHAN KEPADA PELAJAR
1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak
kursus ini.
2. Jawab dalam bahasa Melayu.
3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan
dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12
Times New Roman dan langkau baris 1.5.
4. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan.
Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan
arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi
had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung
tugasan anda.
5. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ONLINE melalui MyVLE. Sila rujuk kepada
portal untuk arahan mengenai prosedur penghantaran tugasan secara online. Anda dinasihatkan
menyimpan salinan tugasan yang dihantar dan bukti penghantaran untuk rujukan sendiri.
6. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. Fail tugasan yang
dihantar mestilah dalam format MS-WORD (filename.doc). Sila pastikan fail adalah VERSI
TERKINI yang BETUL. Fail yang tersalah hantar hendaklah dihantar semula secara on-line
sebelum tamat tempoh penghantaran.
7. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 10hb 23hb November 2014. Serahan selepas 23hb
November 2014 TIDAK akan diterima.
8. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga
dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

PENILAIAN
Tugasan ini menyumbang sehingga 40% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan
dinilai berdasarkan kepada Rubrik pemarkahan yang dilampirkan.
Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester
bermula.
PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH
Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan kadar
pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:

Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30%: potongan 20% daripada jumlah
markah yang diperoleh.
Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 31 - 50%: potongan 40% daripada jumlah
markah yang diperoleh.
Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 50%: Markah sifar akan diberikan.

SOALAN TUGASAN

Sekolah merupakan institusi formal terpenting yang banyak mempengaruhi perkembangan dan
pertumbuhan kanak-kanak. Persekitaran sekolah yang ceria, bersih, sihat dan selamat
menyumbang ke arah pembentukan individu yang sentiasa menggalakkan amalan kesihatan yang
positif, produktif dan aktif. Pelbagai program diadakan untuk memastikan amalan kebersihan,
keceriaan dan kesedaran terhadap aspek keselamatan disemai dan dipupuk.
Sebagai ahli jawatankuasa 3K, anda ditugaskan memberi ceramah berkaitan kebersihan dan
keselamatan sekolah sempena program Sekolahku Syurgaku.
Justeru, sebagai langkah mempromosi sekolah yang sihat dan selamat dalam kalangan warga
sekolah, anda dikehendaki :
(a)

Menyediakan teks ceramah berkaitan kepentingan amalan kebersihan dan keselamatan di


sekolah untuk mempromosi sekolah yang sihat dan selamat.
(10 markah)

(b)

Merangka LIMA borang maklum balas untuk pemantauan atau pemeriksaan tahap
kebersihan dan keselamatan di dalam sekolah anda serta laksanakan pemantauan atau
pemeriksaan anda.
(10 markah)

(c)

Menganalisis dan menyediakan laporan lengkap menggunakan MsWord. Bincangkan


hasil pemantauan atau pemeriksaan kebersihan dan keselamatan di sekolah. Analisis data
yang dikumpulkan dan plotkan beberapa graf dengan menggunakan perisian MsExcel.
(20 markah)
(Jumlah:40 markah)

PANDUAN PELAJAR
Tugasan anda perlu dilaksana berdasarkan panduan di bawah:
1.

Merujuk kepada modul, bahan/sumber bercetak dan juga sumber dalam internet yang
boleh dipercayai untuk memahami konsep sebelum memberi contoh dan huraian yang
tepat dan sesuai dalam teks ceramah berkaitan kepentingan amalan kebersihan dan
keselamatan di sekolah

2.

Merangka LIMA set borang maklum balas dalam bentuk skala Likert bagi meninjau
tahap kebersihan dan keselamatan di:
-

persekitaran sekolah (termasuk padang dan gelanggang)

kantin

makmal Sains

bangunan sekolah

bilik darjah

Setiap set borang maklum balas perlu mengandungi sekurang-kurangnya LIMA item.

3.

Menyediakan laporan dengan menganalisis dan menilai hasil pemantauan dan


pemeriksaan secara kritikal dengan memberi penerangan tentang kelebihan dan
kelemahan aspek kebersihan dan keselamatan di sekolah. Anda juga dikehendaki
membuat cadangan pencegahan dan penambahbaikan sebagai panduan untuk menghindar
kemalangan dan penyakit.

RUBRIK TUGASAN
HBHE3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN / SEMESTER SEPTEMBER 2014
Kriteria

Wajaran

Penyediaan teks
ceramah
berkaitan amalan
kebersihan dan
keselamatan di
sekolah bagi
mempromosikan
sekolah sihat dan
selamat.

Tidak
berkaitan
0
Tidak menyediakan teks
ceramah

Lemah

1
Kebanyakan
bahagian teks
ceramah tidak
terperinci dan
kebanyakannya
tidak diolah
secara
sistematik.
Kebanyakan
objektif
penulisan tidak
jelas dan
kebanyakannya
tidak spesifik.
Kebanyakan
kandungan teks
ceramah
mengelirukan
dan
kebanyakannya
tidak mempunyai
kesinambungan.
Kebanyakan
data-data tidak
dihuraikan
dengan baik.
Kebanyakan

Memuaskan

2
Sebahagian teks
ceramah sangat
terperinci dan
diolah secara
sistematik.
Sebahagian
objektif penulisan
jelas dan spesifik.
Sebahagian isi
kandungan teks
ceramah baik dan
mempunyai
kesinambungan.
Sebahagian datadata dihuraikan
dengan baik.
Sebahagian
cadangan dikupas
dengan bernas
dan
sebahagiannya
memperlihatkan
percambahan
pemikiran
penulis.

Baik

3
Kebanyakan
bahagian teks
ceramah
terperinci dan
kebanyakannya
diolah secara
sistematik.
Kebanyakan
objektif penulisan
jelas dan
kebanyakannya
spesifik.
Kebanyakan isi
kandungan teks
ceramah baik dan
kebanyakannya
mempunyai
kesinambungan.
Kebanyakan datadata dihuraikan
dengan baik.
Kebanyakan
cadangan dikupas
dengan bernas dan
kebanyakannya
memperlihatkan
percambahan

Cemerlang

4
Semua bahagian
teks ceramah
sangat terperinci
dan diolah secara
sistematik.
Semua objektif
penulisan sangat
jelas dan
spesifik.
Semua isi
kandungan teks
ceramah yang
sangat baik dan
mempunyai
kesinambungan.
Semua data-data
dihuraikan
dengan baik.
Semua cadangan
dikupas dengan
sangat bernas
dan
memperlihatkan
percambahan
pemikiran
penulis.

Markah
penuh
16

Tidak
berkaitan

Kriteria

Organisasi
Keseluruhan

Wajaran

Tiada organisasi keseluruhan.

Pengenalan
Badan/
Kandungan
Penutup
Transisi

Merangka 5 set
borang maklum
balas pemantauan
dan penilaian
tentang
kebersihan dan
keselamatan.

Lemah

Tiada borang
maklum balas
dikemukakan.

cadangan tidak
dikupas dengan
bernas dan
kebanyakannya
tidak
memperlihatkan
percambahan
pemikiran
penulis.
Pengenalan yang
sangat terhad.
Bahan sokongan
dalam badan
penulisan terhad.
Penutup terhad.
Transisi dalam
penulisan terhad.

Memuaskan

Baik

Cemerlang

pemikiran penulis.

Terdapat beberapa
pengenalan dan
boleh diterima.
Terdapat beberapa
bahan sokongan
dalam badan
penulisan.
Penutup agak
boleh diterima.
Transisi penulisan
agak sesuai.

Sebahagian besar Sebahagian


borang maklum
borang maklum
balas tidak
balas mengikut
mengikut format
format skala
skala Likert.
Likert.
Kebanyakan
Sebahagian
penyataan/ item
penyataan/ item
tidak berkaitan
berkaitan dengan

Terdapat
pengenalan yang
meyakinkan.
Terdapat banyak
bahan sokongan
dalam badan
penulisan yang
efektif.
Penutup yang
efektif.
Transisi penulisan
yang efektif.
Sebahagian besar
borang maklum
balas mengikut
format skala
Likert.
Sebahagian besar
penyataan/ item
berkaitan dengan

Semua
pengenalan
meyakinkan.
Semua bahan
sokongan dalam
badan penulisan
efektif dan
sangat menarik.
Penutup sangat
efektif.
Transisi
penulisan sangat
efektif.
Semua borang
maklum balas
mengikut format
skala Likert.
Semua
penyataan/ item
berkaitan dengan
aspek yang

Markah
penuh
4

12

Tidak
berkaitan
Kriteria

Pengumpulan
data dan analisis
perbincangan

Wajaran

Tiada analisis
dan
perbincangan
hasil dapatan.

Lemah

Memuaskan

Baik

Cemerlang

dengan aspek
yang hendak
dipantau dan
dinilai.

aspek yang
hendak dipantau
dan dinilai.

aspek yang
hendak dipantau
dan dinilai.

hendak dipantau
dan dinilai.

Kebanyakan
Beberapa hasil
hasil dapatan
dapatan dianalisis
tidak dianalisis
dengan baik.
dengan baik.
Beberapa
Cadangan
cadangan
penambahbaikan
penambahbaikan
sangat terhad dan
dikemukakan dan
kebanyakannya
antaranya adalah
tidak relevan.
relevan.
JUMLAH MARKAH

Kebanyakan hasil
dapatan dianalisis
dengan baik.
Kebanyakan
cadangan
penambahbaikan
dikemukakan dan
kebanyakannya
relevan.

Borang maklum
balas padat dan
boleh dicontohi.
Semua hasil
dapatan
dianalisis dengan
matang.
Semua cadangan
penambahbaikan
dikemukakan
dengan bernas
dan semuanya
sangat relevan.

Markah
penuh

40

Anda mungkin juga menyukai