Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENGENALAN
Bagi memenuhi kehendak tugasan kursus ini, saya dikehendaki menulis
sebuah kritikan dari beberapa aspek yang diberikan berdasarkan analisis beberapa
jurnal berkaitan isu kotemporari dalam pengajaran Mata Pelajaran Matematik dalam
kalangan guru sekolah rendah.
Sebelum saya menganalisis jurnal, saya telah membuat sedikit bacaan serta
analisis berkaitan isu isu kotemporari yang menjadi satu penghalang dalam
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Mata Pelajaran Matematik kursusnya dalam
kalangan guru sekolah rendah. Berdasarkan bacaan dan analisis tersebut, saya
telah membuat keputusan untuk memilih isu pedagogi guru Matematik. Isu pedadogi
guru sentiasa menjadi satu persoalan utama apabila pencapaian murid dipersoalkan
oleh pihak pihak yang terlibat dalam dunia pendidikan secara langsung mahupun
tidak langsung.
Tambahan pula, pencapaian murid dikatakan bahawa mampu mencapai
puncak kegemilangan dunia pendidikan berikutan dengan pempraktikkan kemahiran
pedagogi yang efektif, bermakna serta seiring dengan perkembangan dan kehendak
dunia semasa. Pelbagai pihak mempersoalkan sama ada para guru ini
menggunakan pendekatan terkini dalam mendidik anak didik mereka. Berikutan isu
ini, saya telah membuat analisis beberapa jurnal berkaitan kemahiran pedagogi
kursus iaitu Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Seterusnya, saya telah memilih tiga jurnal yang memberi fokus berkenaan
penggunakan aplikasi TMK dalam PdP Matematik khususnya dalam kalangan guru
sekolah rendah dalam mendidik murid-murid mereka. Saya telah mengaji setiap
jurnal tersebut berasingan berdasarkan aspek seperti isu yang dikemukan,
persoalan kajian, metadologi kajian, dapatan kajian dan juga cadangan.

2.0 ANALISIS JURNAL


A.) JURNAL PERTAMA : Mathematics, ICT and Effective Teaching by Rod
Bramald & Steve Higgins (1999)
1

Secara umumnya kajian ini berkaitan dengan pemikiran, kepercayaan


dan perspektif para guru sekolah rendah terhadap penggunaan unsur
TMK sebagai satu pedagogi pengajaran yang efektif dalam meningkatkan
pencapaian murid dalam Mata Pelajaran Matematik. Kajian ini merupakan
sebuah projek yang dibiayai oleh kerajaan United Kindom dalam melihat
sejauhmana kesediaan guru dalam menggunakan TMK dalam PdP.
Tambahan pula, projek ini juga bertujuan meninjau aspek aspek yang
menjadi batu penghalangan dalam pengaplikasian pedagogi ini dalam
kalangan guru Matematik.
1. Isu yang Dikemukan
Penggunaan TMK sebagai satu pedagogi dalam kalangan guru
Matematik sekolah rendah dalam meningkatkan pencapaian murid dalam
Mata Pelajaran Matematik. Selain itu, kajian ini lihat melihat pemikiran,
kepercayaan dan perspektif para guru terhadap proses penerimaan
perubahan pedagogi dalam mata pelajaran ini.
Terdapat dua golongan guru Matematik iaitu golongan guru
yang mahir dalam pengunakan TMK dan golongan guru yang kurang
mahir dalam penggunaan TMK. Kajian ini melihat sejauhmana dua
golongan guru ini menggunakan pendekatan pedagogi TMK dalam
menjalankan sesi PdP. Keberkesanan diukur melalui tahap pencapaian
murid dalam ujian yan diberikan. Kajian ini turut mengutarakan isu
bagaimana kesampaian objektif pengajaran oleh dua golongan guru ini
dengan menggunakan pendekatan pedagogi TMK.
Selain itu, kajian ini juga melihat sejauh mana pengaruh
penggunaan TMK dalam sesi PdP bagi menarik penglibatan murid
sewaktu PdP dan juga pencapaian murid. Selain itu, sejauh mana
penggunaan TMK dalam membantu murid dalam memberi contoh yang
bersesuaian dan berupaya memberi penerangan yang jelas.
2. Persoalan Kajian
Persoalan Kajian ini terbahagi kepada dua iaitu persoalan bagi guru
dan juga persoalan bagi murid :

i.)

Persoalan bagi Guru


Sejauhmana penggunaan TMK dalam golongan guru

mahir dalam menyampaikan sesi PdP.


Sejauhmana penggunaan TMK dalam golongan guru

kurang mahir dalam mnyampaikan sesi PdP.


Sejauhmana penggunaan TMK dalam kalangan guru
dalam memberi pelbagai contoh untuk meningkatkan
kefahaman murid.

ii.)

Persoalan bagi Murid


Sejauhmana penggunaan TMK dapat menyediakan
murid dalam memberi penjelasan yang jelas berkaitan

contoh yang diberikan.


Sejauhmana penggunaan TMK dapat meningkatkan

kefahaman murid.
Sejauhmana penggunaan TMK terhadap penglibatan
murid sewaktu PdP

3. Metadologi Kajian
Kajian ini telah dilaksanakan secara tiga peringkat kerja.
Peringkat pertama ialah kumpulan sasaran telah dipilih dari dua kawasan
iaitu kumpulan pertama ialah responden dari kawasan yang mempunyai
kemudahan TMK dan kumpulan responden kedua ialah kumpulan
responden dari kawasan yang mempunyai kurang kemudahan TMK.
Peringkat kedua pula pemilihan guru. Kumpulan pertama

guru yang

mahir dalam penggunaan TMK dan kumpulan kedua golongan guru yang
kurang mahir dalam penggunaan TMK. Dan peringkat ketiga ialah
pelaksanaan

pemerhatian

berstruktur

telah

dirangkakan.

Iaitu

Rancangan Pengajaran yang memberi fokus akan penggunaan TMK di


sebanyak 250 buah bilik darjah.
Performance Indicators in Primary School Project (PIPS),
merupakan satu indikator yang direka bentuk di Durham University oleh
Prof.C.T.Fitz Gibbon yang menggunakan Value- Added (VA)

untuk

mengesan

yang

skor

mengukur

keefektifan

sesuatu

pedagogi

dilaksanakan. Indikator ini membantu mengukur skor inividu dalam


mengukur pencapaian murid menggunakan sesebuah pedagogi itu. Nilai
3

brsifat positif menunjukkan keefektifan pdagogi yang digunakan itu dan


sebaliknya.
Terdapat 4 kaedah pengukuran digunakan iaitu pemerhatian
brstruktur ketika melakukan pemerhatian ketika sesi PdP dilaksanakan,
temu bual dengan guru, pelaksaanaan ujian dalam kalangan murid dan
juga soal-selidik bagi kalangan guru dan juga murid. Penggunaan lebih
daripada 3 cara atau kaedah pengumpulan maklumat dapat memastikan
triangulasi data dalam kajian ini.
4. Dapatan Kajian
Dapatan kajian menunjukkan dua bentuk dapatan berdasarkan
kumpulan responden yang berbeza. Bagi kumpulan responden yang
terdiri daripada kawasan yang mempunyai kemudahan TMK dan juga
guru berkemahiran TMK. Sesi PdP bagi tajuk Counting Skills With
Reception Pupils Using ICT kutipan data berada dalam nilai positif yang
menunjukkan keberkesanan pedagogi TMK ini membantu mencapai
objektif kajian.

Markah ujian murid juga mempunyai perubahan yang

besar iaitu peubahan markah purata sebanyak 15 markah dan juga 8


markah. Tiadanya penurunan markah dalam kalangan murid. Selain itu,
murid juga melibatkan diri secara aktif dalam sesi PdP. Selain itu, murid
juga berupaya memberi contoh berserta penerangan yang lebih jelas
berkaitan tajuk pembelajaran dan dapat membuat perkaitan dengan
pengetahuan sedia ada murid. Guru mahir ini juga menyatakan mereka
lebih mudah mengendalikan sesi PdP menggunakan TMK. Penggunakan
TMK juga membolehkan guru untuk memberi pelbagai contoh dengan
mudah.
Manakala, kumpulan responden yang mempunyai kurang
kemudahan TMK dan juga guru yang kurang berkemahiran TMK pula
melaksanakan sesi PdP Developing understanding of Decimals With Y4
Pupils (8-9 Years) Using Portable ICT Equipment

menunjukkan

kesukaran guru dalam mebuat perkaitan antara tajuk pembelajaran dan


juga pngetahuan sedia ada murid. Hal ini jelas kelihatan guru tidak
menyediakan contoh yang pelbagai berserta penerangan yang lebih
4

mengenai contoh tersebut. Tambahan pula, nilai markah prestasi murid


juga menunjukkan nilai positif tetapi kurang iaitu 0.43 berbanding
kumpulan responden yang sebelum ini.
5. Cadangan
Penggunaan unsur TMK dalam sesi PdP mungkin menjadi satu
penghalang bagi

semangat dan motivasi para guru yang sentiasa

mencuba membelajari penggunaan TMK. Maka, ianya wajar bahawa


pihak bertanggungjawab menyediakan sokongan teknikal bagi membantu
golongan guru ini. Dengan adanya sokongan tambahan ini, ia akan
menjadi satu suntikan semangat bagi golongan guru ini dapat
menyesuaikan diri mereka dalam pengunaan TMK dalam pengajaran
mereka.
Pihak bertanggungjawab harus menyediakan perisian komputer
yang mudah dikendalikan. Penggunaan perisian komputer yang terlalu
sukar untuk dikendalikan menjadi satu batu penghalang bagi guru dalam
menggunakan TMK dalam bilik darjah. Guru guru ini menjadi kurang
yakin menggunakan TMK dalam bilik darjah. Ketidakyakinan para guru
makin menjadi penghalang kepada ketidakberhasilan pedagogi ini.
Apabila pedagogi melibatkan TMK, peralatan memainkan peranan
penting untuk memastikan kesampaian dalam sesi PdP secara efektif.
Bilangan peralatan haruslah mencukupi mengikut bilangan murid serta
guru. Bilangan peralatan yang kurang ataupun keadaan yang rosak akan
memberi impak terhadap sesi PdP. Pihak bertanggungjawab seharusnya
memastikan bilangan peralatan serta kemudahan yang sepatutnya perlu
dibekalkan bagi pihak sekolah dan guru bagi memastikan penggunaan
pedagogi TMK digunakan secara meluas dalam kalangan guru.
Tambahan pula, pihak bertanggungjawab juga harus memastikan
peralatan ini diselenggara secara berkala.
Secara umumnya, bagi guru penggunaan pedagogi berunsur TMK
dalam bilik darjah memerlukan tempoh masa yang sedikit lama untuk
dibiasakan. Namun begitu, pendekatan pedagogi ini bukan sesuatu yang
sukar untuk dipelajari dan dipraktikan dalam bilik darjah. Guru
5

memerlukan semangat motivasi yang tinggi serta kesabaran yang tinggi


dalam membiasakan diri dalam mempelajari unsur TMK.
B.) JURNAL KEDUA : Evaluating The Impacts of ICT use : A Multi-Level
Analysis With Hierarchical Linear Modeling by Hae-Deok
Song & Taehoon Kang (2012)
Secara umumnya kajian ini berkaitan menilai kesan penggunaan TMk
dalam Hierarchical Linear Modeling dalam kalangan murid dari pelbagai
umur. Sejauhmanakanh pengetahuan berkaitan kemahiran TMK dalam
kalangan murid dapat membantu meningkatkan pencapaian murid dalam
Mata Pelajaran Matematik. Kajian ini juga mempertengahkan faktor faktor
varian yang mempengaruhi kajian ini.

1.

Isu yang Dikemukan


Isu yang dikemukan dalam kajian ini adalah pencapaian murid
dalam Mata Pelajaran Matematik melalui penggunaan pedagogi TMK
dalam sesi PdP. Pengkaji juga turut mempertengahkan isu bahawa
perubahan penyampaian PdP diperlukan untuk melahirkan genarasi
muda yang berkualiti. Penggunaan pedagogi yang menggunakan TMK
dapat mengubah pemusatan guru kepada pemusatan murid. Aktiviti
pemusatan murid mampu memindahkan tanggungjawab guru sebagai
penyampai maklumat dipindahkan ke bahu murid. Ini mampu menjana
pemikiran beraras tinggi dalam kalangan murid.
Selain

itu,

pemusatan

murid

juga

dapat

meningkatkan

kemahiran komunkasi dalam kalangan murid. Ditambah pula dengan


kemahiran pengetahuan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi
dalam kehidupan seharian mereka dengan mudah. Maka, kajian ini
mengkaji isu sejauh mana keberkesanan peningkatan pencapaian
murid dalam Matematik menggunakan kaedah pedagogi TMK.
2.

Persoalan Kajian

Berikut merupakan beberapa persoalan yang dikemukan oleh


pengkaji dalam jurnal ini :

Sejauh

mana

pencapaian

kesan

Matematik

penggunaan
dalam

TMK

kalangan

ke

atas

murid

pra

sekolah dan juga murid sekolah rendah.


Sejauh mana kesan latar belakang murid dan kesan
variable yang terlibat ke atas pencapaian murid dalam

Matematik.
Adakah terdapatnya hubungan signifikan antara faktor
extraneous dengan pencapaian murid dalam Matematik.

3.

Metadologi Kajian
Kajian ini dilaksanakan dalam bentuk kadah eksperimen.
Terdapat dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan juga kumpulan
kawalan yang masing masing memerlukan untuk menjalani ujian pra
dan juga ujian pos. faktor extraneous yang dikenal pasti oleh pengkaji
telah dikawal.
Data yang dikutip telah dianalisis menggunakan SPSS. Kajian
diperkukuhkan lagi dngan menggunakan soal-selidik dan juga temu
bual responden.

4.

Dapatan Kajian
Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan TMK dalam
Mata Pelajaran Matematik dapat meningkatkan pencapaian murid.
Tambahan pula, murid berjaya melalui proses mencari maklumat
dengan lebih yakin dan berupaya untuk menerangkan berserta dengan
contoh.

Maka,

penggunaan

pedagogi

berunsur

TMK

dapat

meningkatkan pencapaian akademik murid dalam Matematik.


Namun begitu, kajian ini masih tidak dapat membuktikan
hubungan antara faktor extranoues

yang digariskan oleh pengkaji.

Kutipan data berada pada ukuran negatif (-1.27).


5.

Cadangan

Penulis kurang menerangkan mengenai faktor extraneous yang


ditengahkan dengan jelas. Ketika pembacaan jurnal, saya kurang jelas
akan gambaran dan kaitan beliau dalam perkaitan hubungan faktor
extraneous dengan tajuk kajian. Oleh itu, beliau perlu menerangkan
lebih lanjut mengenai kaitan faktor tersebut dengan tajuk kajian.

Saya juga kurang bersetuju dengan faktor extraneous

yang

disenaraikan oleh pengkaji iaitu tahap keyakinan diri murid dalam


penggunaan TMK. Namun saya merasakan faktor ini tidak mempunyai
peluang untuk mempengaruhi tajuk kajian. Tambahan pula, dalam
kajian beliau, faktor ini kurang diambil kira sewaktu kutipan data.

C.) JURNAL KETIGA : The Use of ICT in the First Grade of Primary School for
Teaching Circles, Triangles, Rectangles and Squares by
Nicholas Zaranis (2011)
Secara umumnya, jurnal ini membincangkan penggunaan TMK dalam
kalangan murid sekolah rendah dalam Mata Pelajaran Matematik kursusnya topik
Bentuk. Antara bentuk yang ditekankan ialah bulat, segi tiga, segi empat tepat dan
segi empat. Kajian inii telah dilaksanakan dengan menggunakan kaedah eksperimen
iaitu terdapatnya satu kumpulan kawalan dan satu kumpulan rawatan. Kumpulan
rawatan diajar topik tersebut menggunakan pendekatan TMK manakala kumpulan
kawalan pula topik ini diajar menggunakan pendekatan tradisional.

1.

Isu yang Dikemukan


Isu yang dikemukan dalam jurnal ini ialah sejauhmana
keberkesanan penggunaan pendekatan TMK dalam membantu sesi
PdP bagi topik bentuk iaitu bulat, segi tiga, segi empat tepat dan juga
segi empat berbanding kaedah pengajaran tradisional. Seterusnya
pengkaji turut mempertengahkan isu sejauhmana penggunaan TMK

dalam PdP topik ini dapat meningkatkan pemahaman konsep segi tiga
pelbagai sudut dalam kalangan murid sekolah rendah.
Seterusnya, pengkaji turut mempertengahkan penggunaan
kaedah Computer-Assisted Learning (CAL) dalam sesi PdP dapat
meningkatkan pemikiran beraras tinggi dalam kalangan murid pada
usia yang muda lagi. Penggunaan kaedah ini amat bersesuaian
dengan sahutan kerajaan yang berusaha ke arah melahir hgenerasi
muda yang mengamalkan pemikiran beraras tinggi (HOTS).
Tambahan pula, penggunaan unsur TMK dalam sesi PdP turut
menyemai kemahiran penyelesaian masalah yang mana merupakan
satu kemahiran yang penting dalam penguasaan Matematik. Malah
bukan itu sahaja, kemahiran penyelesaian masalah amat berkait rapat
dengan realiti kehidupan seharian kita.
2.

Persoalan Kajian
Terdapat 5 persoalan kajian yang telah dikemukan dalam jurnal
ini ialah :
Murid yang mempelajari bentuk bulat menggunakan unsur
TMK

akan

mempunyai

peningkatan

pencapaian

berbandingan dengan murid yang mempelajari bentuk bulat

tersebut menggunakan kaedah tradisional.


Murid yang mempelajari bentuk segi tiga
unsur TMK

akan

mempunyai

menggunakan

peningkatan

pencapaian

berbandingan dengan murid yang mempelajari bentuk segi

tiga tersebut menggunakan kaedah tradisional.


Murid yang mempelajari bentuk segi empat

tepat

menggunakan unsur TMK akan mempunyai peningkatan


pencapaian berbandingan dengan murid yang mempelajari
bentuk segi empat tepat tersebut menggunakan kaedah

tradisional.
Murid yang mempelajari bentuk segi empat menggunakan
unsur TMK

akan

mempunyai

peningkatan

pencapaian

berbandingan dengan murid yang mempelajari bentuk segi


empat tersebut menggunakan kaedah tradisional.
9

Keberkesanan

pedagogi

berunsur

TMK

berbanding

tradisional.
3.

Metadologi Kajian
Kajian dilaksanakan dalam kalangan murid sekolah rendah
yang berumur antara 6 hingga 7 tahun. Kajian terdiri daripada dua
kumpulan kajian. Kumpulan pertama, kumpulan kawalan terdiri
daripada 121 murid akan menjalani sesi PdP menggunakan TMK
manakala seramai 113 murid yang akan menjalani sesi PdP
mengunakan kaedah tradisional. Kedua dua kumpulan ini akan
menduduki ujian pra dan pos.
Golongan guru turut dikawal supaya tidak mempengaruhi
kajian ini. Guru- guru dipilih dalam kalangan guru yang mempunyai
ijazah dan mempunyai pengalaman mengajar selama 7 hingga 18
tahun. Umur guru pula diantara lingkungan 38 hingga 48 tahun serta
mempunyai kemahiran mengendalikan TMK.
Walaupun kedua dua kumpulan ini melalui dua kaedah
pedagogi yang berbeza, tetapi pengajaran adalah berdasarkan topik
dan subtopik yang sama. Iaitu mengenal pasti pelbagai bentuk
geometri, melukis bentuk geometri serta menamakan objek yang
menyerupai bentuk geometri yang diberikan.

4.

Dapatan Kajian
Dapatan kajian adalah berdasarkan ujian pra dan pos yang
dijalani oleh kumpulan rawatan dan kawalan. Kedua dua data
dianalisis menggunakan SPSS edisi ketujuh. Penggiraan ANCOVA
turut diambil kira dalam mengukur keberkesanan kajian ini.
Dapatan

kajian

menunjukkan

terdapat

perubahan

yang

signifikan akan kumpulan rawatan berbanding kumpulan kawalan.


Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tiadakan perubahan data
yang ketara dalam topik bulat. Tetapi terdapat perubahan yang ketara
apabila melibatkan bentuk segi tiga dan segi empat tepat serta segi
empat. Ketiga tiga bentuk ini melibatkan sudut. Perubahan sudut kan
10

mengubah bentuk geometri. Kefahaman mengenai sudut amat sukar


diterapkan dalam kalangan murid sekolah rendah. Penggunaan TMK
dalam sesi PdP ini, membantu guru untuk memberi pelbagai contoh
berserta penerangan berkaitan sudut dengan lebih mudah.
Dapatan kajian menunjukkan perubahan yang signifikan yang
sangat ketara bagi kumpulan rawatan. Pencapaian murid menunjukkan
peningkatan positif bagi kumpulan rawatan berbanding kumpulan
kawalan.
5.

Cadangan
Saya

bependapat

bahawa

pengkaji

begitu

jelas

dalam

melaksanakan kajian ini. Beliau telah mengenal pasti faktor faktor


extraneous yang boleh mempengaruhi dapatan kajian. Beliau telah
mengenal pasti faktor tenaga guru yang menyampaikan sesi PdP. Guru
yang dikenal pasti untuk kajian ini adalah mempunyai pengalaman
mengajar dan mempunyai kemahiran untuk mngendalikan TMK.
Namun begitu, saya berpendapat bahawa kumpulan responden murid
turut perlu dikawal dari aspek latar belakang dan status ekonomi.
Kedua- dua aspek ini boleh mempengaruhi dapatan data.
Hal ini kerana, murid yang berasal daripada status ekonomi
yang tinggi dan berlatar belakang keluarga yang berpendidikan
mempunyai kelebihan seperti kelas tuisyen, tutor peribadi, kemudahan
TMK di rumah dan juga buku buku serta peralatan yang
memudahkan lagi proses pemerolehan ilmu pengetahuan. Manakala,
kumpulan responden yang sebaliknya pula, hanya bergantung kepada
pihak sekolah sahaja untuk memperolehan ilmu pengetahuan. Oleh itu,
faktor extraneous murid turut perlu dikawal bagi memastikan data
kajian berkualiti.
3.0 KESIMPULAN
Penggunaan
pendekatan

terkini

pedagogi
yang

berunsur

bersesuaian

TMK

dalam

dengan

PdP

keperluan

merupakan
dan

satu

kehendak

perkembangan dunia semasa kini. Berikutan itu, unsur TMK ini telah dijadikan
11

sebagai salah satu daripada enam tunjang dalam nilai tambahan dalam kurikulum
kebangsaan iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Penekanan unsur
TMK bukan sahaja digabungjalinkan dalam Mata Pelajaran Matematik tetapi
kesemua mata pelajaran dalam KSSR.
Namun begitu, ianya tidaklah munasabah sekiranya kita membuat kesimpulan
bahawa penggunaan TMK dalam PdP sudah setentunya menghasilkan satu
generasi muda yang berkualiti. Seperti kritikan jurnal yag telah dinyatakan di atas,
pelbagai sudut dan aspek perlu dikenal pasti dan diambil berat dalam memastikan
keberkesanan penggunaan TMK dalam PdP. Aspek ini perlu diperhalusi dalam
meningkatkan keberkesanan pedagogi ini.

Secara kesimpulannya, seorang individu yang bergelar dirinya sebagai


seorang pendidik seharusnya bersedia menerima segala bentuk perubahan yang
melanda professional mereka. Maka, kemahiran TMK merupakan satu perubahan
serta cabaran yang perlu diterima oleh golongan guru dalam melaksanakan
tanggungjawab utama mereka. Bagi tujuan itu, guru guru perlu menyediakan diri
dalam menguasai kemahiran kemahiran yang berkaitan dengan TMK dalam
memastikan kesampaian maklumat kepada murid adalah efektif dan bermakna.

12

Anda mungkin juga menyukai