Anda di halaman 1dari 26

1.

0 SOALAN A
Untuk menjalankan Ujian Indeks Jisim Badan, satu prosedur yang lengkap harus
dirangka agar ujian yang mahu dilaksanakan dapat berjalan dengan lancar. Dalam merangka
prosedur, ia telah dibahagikan kepada tiga proses iaitu sebelum ujian, semasa ujian dan
selepas ujian.
Sebelum Ujian
Sebelum ujian Indeks Jisim Badan dilaksanakan, antara perkara yang perlu guru
lakukan adalah memastikan pelajar dalam keadaan bersedia. Guru juga harus pastikan pelajar
menggunakan pakaian yang sesuai semasa ujian dilaksanakan. Selain itu, sebelum
melaksanakan ujian, guru boleh memberi taklimat kepada pelajar mengenai ujian indeks jisim
badan yang akan dijalankan. Guru harus menerangkan apa itu ujian Indeks Jisim Badan,
prosedur melaksanakan ujian ini iaitu menimbang berat badan dalam ukuran kilogram dan
mengukur ketinggian dalam meter dan seterusnya kira Indeks Jisim Badan berdasarkan
formula yang telah ditetapkan. Pelajar juga wajar untuk mengetahui tujuan ujian itu
dijalankan agar tahu fungsi ujian Indeks Jisim Badan dijalankan agar pelajar dapat aplikasi
pengalaman menjalani ujian pada masa akan datang. Seterusnya, pelajar juga harus
didedahkan mengenai cara mengisi borang skor agar proses ujian kelak akan berjalan lebih
lancar. Oleh itu, guru terlebih dahulu juga perlu menyediakan borang skor yang mudah
difahami dan sistematik untuk digunakan semasa ujian kelak. Kemudian, pelajar juga harus
didedahkan akan cara Indeks Jisim Badan dikira agar nanti pelajar tahu cara mengira. Selain
mendedahkan cara, guru juga harus memberi beberapa contoh untuk mengira Indeks Jisim
Badan. Guru juga harus membimbing pelajar untuk melihat carta norma dan bandingkan ia
dengan keputusan ujian agar pelajar tahu sama ada Indeks Jisim Badan berada di tahap
kuraang berat, normal, berisiko berat berlebihan atau berat badan berlebihan. Melalui cara ini,
pelajar dapat mengira sendiri dan mengisi sendiri borang skor yang akan diberi kelak. Selain
itu, sebelum melaksanakan ujian, dan selain memastikan pelajar dalam keadaan bersedia dan
terkawal, guru juga harus memastikan diri sendiri dalam keadaan bersedia. Pemilihan tempat
untuk menjalankan ujian haruslah sesuai agar pelajar berada dalam keadaan selesa dan
terkawal. Seterusnya, sebelum ujian dilaksanakan, guru juga harus memastikan peralatan yang
diperlukan sudah disediakan seperti penimbang berat, pengukur tinggi badan, carta norma
Indeks Jisim Badan dan borang skor.agar proses ujian Indeks Jisim Badan nanti akan berjalan
dengan lancar.
1

BORANG SKOR
UJIAN KECERGASAN FIZIKAL
(KOMPOSISI BADAN/KANDUNGAN LEMAK)
NAMA

TAHUN

TARIKH LAHIR

JANTINA

Lelaki

BANGSA

Melayu

TINGGI

: _________________ (m)

INDEKS JISIM BADAN

Perempuan
India

Cina

BERAT : ________________(kg)
Berat (kg)
Tinggi x Tinggi (m)

= ________
RUMUSAN : Indeks Jisim Badan Pelajar ini :Kurang berat

Normal

Berisiko Berat Berlebihan

Berat Berlebihan

Tandatangan Guru Penguji :


________________________
(

Lain-lain

NORMA UJIAN MENGIKUT JANTINA


2

x 100

PELAJAR LELAKI
Umur
(Tahun)
10
11
12

Kurang berat
<14.2
<14.6
<15.0

Normal
14.2 - 19.4
14.6 - 20.2
15.0 - 21.0

Berisiko Berat

Berat

Berlebihan
>19.4 - 22.2
>20.2 - 23.2
>21.0 - 24.2

berlebihan
>22.2
>23.2
>24.2

Berisiko Berat

Berat

Berlebihan
>19.9 - 22.9
>20.8 - 24.0
>21.6 - 25.2

berlebihan
>22.9
>24.0
>25.2

PELAJAR PEREMPUAN
Umur
(Tahun)
10
11
12

Kurang berat
<14.0
<14.4
<14.8

Normal
14.0 - 19.9
14.4 - 20.8
14.8 - 21.6

CONTOH PENGIRAAN

4
mengekalkan tahap Indeks Jisim badan mereka.
berlebihan, obesity dan susut. Pelajar yang berada di tahap normal juga harus diberi tips untuk
diperoleh, guru harus memberi tips atau merangka program untuk pelajar yang berat badan
memberi bimbingan kepada pelajar yang salah. Seterusnya, berdasarkan keputusan yang
borang skor yang diisi oleh pelajar. Guru juga harus memperbetulkan borang yang salah dan
Selepas ujian dilaksanakan, guru harus meneliti keputusaan ujian dan menyemak
Selepas Ujian

Indeks jisim badan


Murid mengira indeks jisim badan (BMI) dengan menggunakan formula berikut :
Langkah
Indeks Jisim Badan = _____ Berat (kg)________ x 100
4
Tinggi x Tinggi (m)
Murid mengisi keputusan dalam borang skor.
Murid menentukan tahap Indeks Jisim Badan berdasarkan jadual norma yang
dipaparkan.

Ukuran tinggi
Murid dikehendaki mengukur ketinggian dalam ukuran meter.
Murid mengisi keputusan dalam borang skor.
Timbang berat
Murid dikehendaki menimbang berat badan dalam ukuran kilogram.
Murid mengisi keputusan dalam borang skor.

Langkah
3

Langkah
2

Mendengar arahan.
Murid mendengar arahan guru tentang cara pelaksanaan ujian komposisi badan dan
kandungan lemak.
Murid diberi borang skor untuk diisi.

Langkah
1

Semasa Ujian

JADUAL KEPUTUSAN UJIAN INDEKS JISIM BADAN


Tahun

: 2014

Bulam

: Oktober

Nama Sekolah

: Sekolah Kebangsaan Seri Kepayang

Kelas

: 5 Dedikasi

Nama Guru Kelas

: Nurul Husna Binti Ibrahim

Nama Guru

: Liaw Hai Ling

Tarikh

Bi

Nama Pelajar

Timbang
30/10/201

l
1

4
30/10/201
4
30/10/201
4
30/10/201

Jantina

Tarikh Lahir

Umur

Berat

Tinggi

IJB

Status

HARAVIN KUMAR A/L 010429081499

29/04/03

11

43.0

141.4

27.9

IJB
BBB

MUTHUSAMY
MUHAMMAD AZRUL 011117010135

17/11/03

11

51.0

147.6

23.4

Obes

HAFIZ BIN AZHAR


MUHAMMAD DANIEL 011215010833

15/12/03

11

24.0

131.7

13.8

Normal

BIN BOHARI
MUHAMMAD

15/12/03

11

27.0

127.1

16.7

Normal

29/10/03

11

54.0

145.0

125.

Obes

FAKRULLAH

30/10/201

MISWAN
MUHAMMAD

KHAIRUL

No. Sijil Kelahiran

011215010833
BIN
011029010485
ANWAR

BIN MOHD
5

30/10/201

ROSLEE
NURAISHAH

HIDAYAH

30/10/201

MOHD AZRI
NURFATIHA

4
30/10/201

ABDULLAH ARFAT
NURSYAFIZATUL

AY06588

1/11/03

11

39.0

137.0

20.8

BBB

BT 010918010018

18/09/03

11

42.0

140.0

21.4

BBB

010505010562

05/05/03

11

21.0

127.0

13.0

Susut

26/06/03

11

44

138.0

BBB

05/01/03

11

48

142.3

BBB

SERINA

SYAZIRA

BINTI

30/10/201

ZAKARIA
NURUL AZIELAWATI 010626010120

4
30/10/201

10

BINTI IBRAHIM
THULASI

A/P 010105010328

SUBRAMANI

2.0 SOALAN B
Cabaran masa kini dan gaya hidup yang kurang sihat menyebabkan masalah obesiti
(kegemukan) semakin menular di kalangan masyarakat kita pada hari ini. Berat badan yang
berlebihan (overweight) atau obesiti (kegemukan), adalah signifikan dipanggil sebagai obes
(gemuk). Lebihan peratusan lemak dalam badan akan menimbulkan masalah seperti obesiti
(kegemukan) dan lebihan berat badan (overweight). Buktinya, berdasarkan kepada keputusan
pengiraan komposisi tubuh badan dan pengiraan lemak menggunakan formula Indeks Jisim
Badan kelas saya, adalah didapati lebih setengah daripada pelajar saya mempunyai berat
badan berlebihan dan obesiti.
Kebanyakan remaja dan kanak-kanak masa kini kurang mengamalkan gaya hidup
sihat. Hampir keseluruhan individu yang obesiti atau mempunyai berat badan yang berlebihan
adalah di kalangan mereka yang mengambil makanan yang berlebihan atau overeating dan
juga kurang melakukan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian mereka. Tidak hairanlah jika
ada di kalangan pelajar sekolah rendah yang menghadapi masalah obesiti atau mempunyai
berat badan yang berlebihan (overweight). Mengikut Heyward (2002), menyatakan bahawa
obesiti merupakan satu masalah kegemukan di mana jumlah lemak badan (body fat) melebihi
berat badan (body weight) dan lebih sinonim dipanggil sebagai berat badan yang berlebihan
(overweight). Lebihan peratusan lemak dalam badan akan menimbulkan masalah seperti
kegemukan. Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh U.S. Department of Health and
Human Services(2000), peratusan yang ideal untuk seseorang individu adalah di antara 25
dan 29.9 kg/ . Selain daripada faktor genetik, diet yang tidak seimbang juga merupakan salah
satu faktor utama yang menyumbangkan kepada obesiti. Sememangnya, tidak dapat dinafikan
bahawa genetik merupakan salah satu punca ke arah obesiti. Gaya pemakanan yang tidak
sihat menyebabkan perkara ini berlaku. Seperti yang dinyatakan oleh Fatimah, Idris, Romzi
dan Faizah (1996), pengambilan makanan seperti makanan segera dan kurang melakukan
senaman adalah satu faktor yang menyebabkan masalah obesiti di kalangan kanak-kanak.
Oleh itu, untuk mengatasi masalah berat badan berlebihan dan obesity di kalangan,
satu program kesihatan harus dirangka untuk membendung masalah ini sebelum ia menjadi
bertambah serius. Antara program yang boleh dianjurkan adalah intervensi permakanan.
Program ini harus dijalankan secara berterusan sehingga tempoh yang ditetapkan iaitu pada
Ujian Indeks Jisim Badan yang seterusnya. Seterusnya, sudah terbukti bahawa masalah berat
badan berlebihan dan obesiti kebanyakannnya berpunca daripada gaya pemakanan yang tidak
sihat. Oleh itu, satu program intervensi pemakanan boleh dianjurkan dan dilaksanakan
7

terhadap pelajar-pelajar yang memerlukan. Intervensi pemakanan merupakan salah satu cara
dalam pengurusan pemakanan. Pengurusan pemakanan yang sihat membenarkan kita
menikmati keenakan pelbagai jenis makanan sambil mengekalkan tahap pemakanan dan
kesihatan kita. Oleh itu, untuk melaksanakan program intervensi ini, pelajar harus didedahkan
mengenai keperluan pemakanan harian kita dan pada masa yang sama, mengelakkan
kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang
berkaitan dengan pemakanan. Pelajar harus dibimbing membuat keputusan yang bijak tentang
apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat.
Ia boleh dicapai dengan mengingati tiga perkara iaitu keseimbangan, kepelbagaian dan
kesederhanaan. Ia boleh dicapai dengan menggabungkan kesemua kumpulan makanan dalam
piramid makanan. Makanan yang berlainan membekalkan kombinasi tenaga (kalori) dan
nutrient seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan gentian yang berbeza.
Memakan pelbagai jenis makanan adalah cara yang terbaik untuk memenuhi keperluan tenaga
dan nutrient kita untuk membesar, berkembang, bergerak, bekerja, bermain, berfikir dan
belajar.
Langkah pertama dalam melaksanakan program intervensi pemakanan ini adalah
dengan mengadakan ceramah. Dalam ceramah tersebut, antara perkara yang diterangkan
adalah kepentingaan makan secara sihat, menerangkan Piramid Makanan Malaysia dan
kegunaannya, mengenali dan menerangkan lima kumpulan makanan serta fungsinya dan
menerangkan amalan makan secara sihat. Selain itu, dalam ceramah tersebut, kepentingan
mengawal berat badan juga harus dimasukkan agar pelajar sedar akan risiko yang akan
dihadapi sekiranya berat badan berlebihan. Penceramah juga harus mendedahkan pelajar akan
cara mencegah dan menurunkan berat badan dengan selamat. Dalam program ini, selain
ceramah sahaja, pihak kantin juga perlu terlibat iaitu menyediakan minuman dan makanan
yang telah dijadualkan untuk pelajar yang mengikuti program intervensi pemakanan ini.
Seterusnya, selepas memberi ceramah, dan menyediakan minuman dan makanan yang
seimbang kepada pelajar, guru juga harus merancang aktivti fizikal dalam program itervensi
pemakanan ini. Walaupun aktiviti fizikal dan intervensi pemakanan bunyinya tiada kaitan,
tetapi aktiviti fizikal amat bersesuaian dimasukkan dalam program intervensi pemakanan
kerana ia merupakan salah satu cara untuk membantu pelajar yang mempunyai berat badan
berlebihan dan obesiti. Aktiviti fizikal ialah sebarang pergerakan badan yang melibatkan otototot tubuh badan yang dapat membakar kalori secara berlebihan. Ia perlu dilakukan sekurangkuraangnya 60 minit sendiri. Contoh aktiviti fizikal yang boleh dilakukan oleh pelajar adalah
mengemas rumah, mop lantai, membasuh kereta atau berkebun. Untuk melaksanakan aktiviti
8

fizikal ini, terlebih dahulu, guru harus berbincang dengan ibu bapa pelajar yang terlibat dan
seterusnya meminta kerjasama daripaada ibu bapa untuk menjayakan program ini. Guru juga
harus menekankan peranan serta kepentingan penglibatan ibu bapa dalam agar dapat
menjayakan program ini. Antara peranan ahli keluarga dalam aktiviti fizikal ini adalah,
memberi bimbigan dan dorongan kepada anak-anak, beriadah bersama anak-anak dan
memberi ganjaran sekiranya anak-anak berjaya menurunkan berat. Selain itu, sebagai guru
yang mengetuai program intervensi pemakanan ini, guru sendiri juga harus melibatkan diri
dalam aktiviti fizikal pelajar-pelajar di sekolah. Guru boleh menganjurkan aktiviti kecergasan
di sekolah pada masa yang sesuai seperti waktu petang. Guru boleh mempelbagaikan aktiviti
seperti senamrobik, fitballrobik, lompat tali dan berbasikal. Untuk menganjurkan aktiviti ini,
guru juga boleh mengajak ibu bapa untuk terlibat sekali dan bersama-sama melakukan aktiviti
fizikal bersama pelajar dan guru. Akhir sekali, pada penutupan program ini, guru boleh
mengadakan hari anugerah untuk menghargai usaha setiap pelajar yang telah memberi
komitmen untuk menurunkan berat badan. Anugerah juga harus diberi kepada ibu bapa
pelajar yang melibatkan diri. Kemudian, untuk menyerikan lagi anugerah ini, guru boleh
memilih tokoh untuk program ini dan diberi ganjaran. Syarat untuk menjadi tokoh pula
haruslah pelajar yang telah berjaya menurunkan paling banyak berat badan serta pelajar yang
sentiasa mengikuti program intervensi ini. Dengan cara ini, program intervensi pemakanan ini
dapat dijalankan dengan lebih menarik dan dapat memupuk semangat serta minat pelajar
untuk menyertai program ini.

3.0 SOALAN C
Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health and Morbidity Survey)
pada 2011 telah mendapati kaum wanita kurang aktif secara fizikal berbanding kaum lelaki.
Pada pandangan saya, saya kurang bersetuju terhadap penyataan ini kerana jika dilihat pada
zaman sekarang, kaum wanita dan kaum lelaki adalah setara aktif. Buktinya, kelahiran atlit
wanita dalam sukan fizikal pada hari ini adalah seimbang dengan kaum lelaki. Contohnya,
kita lihat negara kita Malaysia, ramai wanita di Malaysia yang telah berjaya dalam bidang
sukan. Contohnya dalam sukan terjun, atlet wanita, Pandalela Rinong dan Leong Mun Yee
telah berjaya mendapatkan pingat di peringkat antarabangsa. Manakala dalam sukan skuasy
pula Negara kita mempunyai atlit wanita bernama Dato Nicol Ann David yang saban tahun
mengharumkan nama Malaysia dalam sukan skuasy. Beliau juga telah berjaya menjadi
pemain tenis wanita nombor 1 di dunia. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa atas sebab
pelbagai fakir atau halangan, penglibatan wanita secara fizikal bergerak lebih pasif
berbanding lelaki.
Pelbagai kajian pernah dijalankan untuk meninjau tentang minat sukan dikalangan
kaum wanita. Raymond & John (2002) dalam kajian mereka di Manchester mendapati
bahawa seramai 65% pelajar kaum wanita meminati sukan, 21% kurang meminati sukan dan
14% tidak meminati sukan. Berdasarkan kepada peratusan tersebut, didapati bilangan pelajar
kaum wanita yang meminatai sukan masih ramai bebanding dengan bilangan pelajar kaum
wanita yang kurang dan tidak meminati sukan. Manakala, Baker, Heinrich, & Miller (2000)
dalam tinjauannya terhadap 382 orang pelajar kaum wanita di universiti mendapati bahawa
majoriti pelajar kaum wanita tidak tertarik untuk melibatkan diri dalam sukan di Kolej. Ini
menunjukkan bahawa ramai daripada pelajar kaum wanita yang dikaji tidak berminat kepada
aktiviti sukan. Dalam Kajian Fox & Rickards (2002) pula turut menunjukkan kaum wanita
kurang meminati sukan berbanding dengan lelaki.
Pada pendapat saya, terdapat beberapa faktor yang menjadi pegangan wanita agar
tidak melibatkan diri secara aktif. Antaranya adalah mereka berpendapat bahawa senaman dan
kegiatan sukan merosakkan alat dan sistem peranakan dan pusingan haid wanita. Namun
sebenarnya, wanita yang mengandung lebih elok bersenam untuk kesihatan bayi. Tidak
terdapat bukti yang menunjukkan bahawa wanita yang hamil tidak boleh bersukan, cuma
mereka tidak digalakkan bersukan terlalu aktif dalam tempoh bulan pertama hingga bulan
keempat. Sukan yang berbahaya seperti menunggang kuda dan mendaki gunung tidak
digalakkan sama sekali. Berjalan dan berjoging adalah senaman yang lebih selamat dan
10

bermanfaat untuk dipraktiskan. Kajian juga mendapati, wanita yang cergas dalam bidang
sukan, melahirkan anak-anak yang sihat dan cergas. Selain itu, alat peranakan wanita
dilindungi bahan cecair yang dapat menyerap dan menyebarkan daya tekanan dan oleh itu, ia
tidak wajar dijadikan penghalang oleh wanita agar tidak aktif secara fizikal. Seterusnya, hasil
daripada tinjauan oleh Nadhratul Wardah (2000) ke atas kaum wanita mendapati bahawa
faktor yang menghalang mereka terlibat dalam aktiviti fizikal ialah di sebabkan oleh faktor
kekurangan masa kerana terlalu sibuk bekerja atau belajar. Sejak kebelakangan ini
kebanyakan kaum wanita berkerjaya. Selain itu kekurangan pengetahuan bersukan, minat
yang kurang terhadap sukan dan pakaian yang tidak sesuai untuk bersukan menjadi
penghalang wanita untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti tersebut. Dalam kajian Coakley
dan White (1992) menegaskan pengalaman negatif bersukan ketika alam persekolahan adalah
faktor minat remaja kaum wanita semakin berkurangan terhadap sukan.Zainun Ishak (1994),
dalam kajiannya terhadap remaja di Malaysia mendapati bahawa kaum wanita kurang aktif
dalam aktiviti fizikal yang melibatkan sukan kerana bimbang susuk tubuh mereka menjadi
berotot seperti lelaki. Cox (1998) pula menegaskan bahawa kaum wanita berasa malu terlibat
dalam aktiviti sukan yang tidak sesuai dengan mereka. Terdapat beberapa jenis sukan yang
kurang sesuai dengan mereka. Terutamanya aktiviti sukan lasak seperti ragbi, bola sepak,
sepaktakraw, hoki dan lain-lain lagi. Pada masa yang sama ada juga diantara mereka yang
tidak mahu orang lain melihat mereka melakukan aktiviti sukan kerana malu (Bostock,2001).
sekiranya mereka dikategorikan sebagai lelaki bila aktif bersukan. Mereka bimbang
diketepikan oleh rakan kaum wanita mahupun lelaki jika terlibat secara serius dalam sesuatu
aktiviti sukan terutamanya aktiviti sukan lasak. Mereka turut risau kewanitaan mereka akan
hilang sekiranya menyertai sukan yang dikuasai oleh lelaki. Oleh kerana itu kaum wanita
lebih suka menyertai aktiviti sukan riadah dan bukannya sukan yang ekstrim. Pendapat ini
juga disokong melalui dapatan Cockburn dan Clarke (2002) yang menyatakan kebanyakan
kaum wanita mendapati bimbang merasa hilang sifat kewanitaan.Dalam situasi tertentu pula
tekanan juga timbul apabila mereka sering tidak selesa apabila dalam keadaan berpeluh. Hasil
kajian Porter (2002) mendapatibahawa uniform Pendidikan Jasmani yang sangat ketat dan
tidak sesuai untuk pelajar kaum wanita juga merupakan faktor yang menjadi menghalang
kepada kaum wanita untuk menyertai sukan di sekolah. Disamping itu pelajar kaum wanita
yang obes dan mempunyai body mass index melebihi 28 juga menyebabkan merekakurang
berminat terhadap aktiviti sukan (Smarch, 1999). Pelajar kaum wanita yang mempunyai
body mass index yang tinggi biasanya digolongkan dalam kategori obes. Tubuh badan yang

11

obes ini pula akan menghadkan aktiviti mereka untuk melakukan aktiviti yang lasak dan
mencabar.
Seterusnya, terdapat juga faktor yang telah menarik minat kaum wanita terhadap sukan
atau aktiviti fizikal. Menurut Finch & White (1998), wanita cenderung untuk melibatkan diri
dalam aktiviti fizikal kerana kaum wanita mementingkan bentuk tubuh dan pengurusan berat
badan maka oleh itu mereka melibatkan diri dalam sukan atau aktiviti fizikal. Dalam kajian
yang dijalankan oleh Cockburn dan Clarke (2002), turut menjelaskan bahawa tekanan untuk
mendapatkan kecantikan tubuh badan bagi remaja kaum wanita menjadikan faktor utama
yang menarik minat mereka terlibat dalam sukan. Cassidy (1999) pula berpendapat faktor
kesihatan merupakan motivasikepada pelajar kaum wanita untuk terlibat dalam aktiviti fizikal
ataupun sukan. Terlibat secara aktif dalam sukan akan dapat meningkatkan tahap kesihatan
seseorang. Misalnya dalam sukan bola sepak, bola jaring, badminton dan sebagainya. King
(2008) pula berpendapat, bahawa kebanyakan pelajar kaum wanita lebih fokus kepada bidang
akademik berbanding aktiviti sukan. Oleh itu kebanyakan pelajar kaum wanita lebih banyak
menggunakan masa untuk mengulangkaji pelajaran dan membuat tugasan daripada turun ke
padang atau gelanggang permainan. Cassidy (1999) pula berpendapatfaktor kesihatan
merupakan motivasikepada pelajar kaum wanita untuk terlibat dalam aktiviti fizikal ataupun
sukan. Terlibat secara aktif dalam sukan akan dapat meningkatkan tahap kesihatan seseorang.
Misalnya dalam sukan bola sepak, bola jaring, badminton dan sebagainya. Hardcastle dan
Taylor (2001) juga mempunyai pendapat yang sama iaitu kebaikan dari aspek kesihatan dapat
menarik minat orang kaum wanita yang lanjut usia terlibat dengan sukan.
Maklumat yang tepat tentang faedah bersukan perlu juga didedahkan dikalangan
perempuan. Ini dapat membantu dalam menanam minat bersukan dikalangan pelajar
perempuan. Menurut Raymond & John( 2002), sekiranya pelajar perempuan yang mendapat
maklumat yang tepat tentang kebaikan bersukan maka mereka akan bersifat positif terhadap
sukan tersebut. Guru dan jurulatih juga boleh membantu dalam meningkatkan minat pelajar
perempuan terhadap sukan. Menurut Mary (2009) guru dan jurulatih yang baik dapat
memotivasikan pelajar perempuan terlibat dalam aktiviti sukan dan kecergasan. Dalam
memberi motivasi ini, guru dan jurulatih boleh mengadakan kursus-kursus yang berkaitan
dengan kepentingan sukan daripada aspek kesihatan dan kecergasan individu. Bagi jurulatih
khususnya, mereka boleh mengadakan program-program sukan yang memberi peluang
kepada pelajar perempuan mengambil bahagian dalam acara-acara yang mereka minati dan
mampu laksanakan.

12

4.0 KESIMPULAN
Menurut Falls (1980), kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek yang berkaitan
dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi individu perlindungan
daripada ancaman penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung,
obesiti dan pelbagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada
fungsi dan keupayaan individu untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga,
berdaya kuasa, kekuatan, berdaya tahan, kemahiran dan sebagainya. Gaya hidup masyarakat
Malaysia kini pula bertambah sedentari. Kecergasan yang optimum boleh membantu murid
dalam melaksanakan aktiviti harian dengan cekap dan berkesan tanpa berasa letih. Selaras
dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan dengan sempurna
mengikut prosedur yang ditetapkan bagi setiap item ujian dan dinilai mengikut norma yang
telah ditetapkan. Dengan ini, satu Ujian Indeks Jisim Badan dapat diukur. Sehubungan dengan
itu, dengan keputusan dalam pelaksanaan ujian ini dapat memberi kesedaran kepada
masyarakat umum terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja bagi melaksanakan
gaya hidup yang sihat. Gaya hidup atau amalan gaya hidup yang sihat akan membolehkan
seseorang itu melakukan pelbagai jenis keperluan diri seperti bekerja atau belajar serta dapat
melakukan pelbagai lagi aktiviti. Amalan gaya hidup yang sihat ini dapat dilaksanakan dengan
menjaga pemakanan seharian, bersenam atau beriadah, menjaga kebersihan diri dan
persekitaran, membuat pemeriksaan kesihatan serta mengelakkan diri daripada perbuatan
yang menjejaskan kesihatan seperti merokok, minum arak dan pengambilan dadah. Justeru
itu, terdapat beberapa amalan yang patut dilakukan untuk membolehkan kita hidup secara
sihat seperti yang telah dinyatakan. Amalan ini mesti dipupuk oleh ibu bapa dan semua
anggota keluarga sejak kecil lagi. Sesungguhnya kesihatan yang baik adalah lebih bernilai
daripada harta benda.
(2989 Patah Perkataan)

13

5.0 RUJUKAN
Baker,R., Heinrich, M.D., Miller, J.L. (2000). Womens Participation In Sport.The physical
Educator, 57, 8-13.
Bostock, L. (2001). Pathways Of Disadvantage? Walking As A Mode Of Transport Among
Low Income Mothers. Health Soc Care Community, 9:11-8.
Cockburn, C. & Clarke, G. (2002). Everybodys Looking At You!. Girls Negotiating The
Feminity Deficit They Incur In Physical Education. Womens stud int forum, 25:65165
Cox, R.H. (1998). Sport Psychology: Concepts And Application (4thed), Boston: McGrawHill.
Falls (1980). Ujian Kecergasan. http://pjpkakram.blogspot.com/2008/10/ujian-kecergasansegak.html
Fox, K. & Rickards, L. (2002). Sport And Leisure: Result From The Sport And Leisure
Module Of The 2002; General household survey, National Statistic, London.
Ferrera, L. A. (2005). Body Mass Index: New Research. New York: Nova Biomedical Books.
Finch, H. & White, C. (1998). Physical Activity What We Think. Qualitative Research
Among Women Aged 16 To 24. London: Health Education authority
Nadhratul wradah Salman. (2000). Women And Sport In Malaysia. Opportunities And
Barriers.3 ICHPER. SD Asia Congress 23-26 November 2000.
Raymond, Y. & John, T.R. (2002). Sports Interest Among Girls. London: Routledge.
Porter, S. (2002). Physical Activity.An Exploration Of The Issues And Attitude Of Teenage
Girls. London. Scott Porter research and marketing.

14

Program Lengkap Pengawalan Berat Badan Yang Benar-Benar Berkesan!. (2002). Kuala
Lumpur: Synergy Publishing.
Wirakusumah, E. S. (1997). Cara Yang Selamat Dan Efektif Menurunkan Berat Badan. Kuala
Lumpur: Synergy Books International.
Zainun Ishak. (1994). Recreational Activities Of Young Adults In Malaysia. First ICHPER-SD
Asia Congress proceedings. Kuala Lumpur, Malaysia..

15

6.0 LAMPIRAN

16

17

18

19

20

21

22

23

http://www.myhealth.gov.my/index.php/pemakanan/dewasa/index-jisim-tubuh-ijt

Mengenai Kami | Hubungi Kami | Peta


Laman

UTAMA
BAYI/KANAK-KANAK
REMAJA
DEWASA
WARGA EMAS
PEMAKANAN
UBAT & ANDA
PERGIGIAN
KESIHATAN MENTAL
UMUM

PEMAKANAN Dewasa Index Jisim Tubuh (IJT)

Indeks Jisim Tubuh (BMI)


Apa itu BMI?
IJT adalah ukuran untuk menilai berat badan anda berbanding dengan ketinggian.

Bagaimana seseorang mengira BMI?

BMI =

Berat badan (kg)


Tinggi (m) x Tinggi (m)

Apakah klasifikasi BMI?


Jika BMI anda (kg/m) adalah

Anda adalah

< 18.5

Kurang berat badan

18.5 - 24.9

Mempunyai berat badan unggul

25 - 30

Berlenihan berat badan

30 atau lebih

Obes

Tahukah anda bahawa berlebihan atau kekurangan berat badan boleh meningkatkan risiko
masalah kesihatan?

Kajian menunjukkan bahawa berat badan yang berlebihan adalah masalah kesihatan yang serius bagi
kebanyakan orang. Ia meningkatkan risiko kepada beberapa penyakit yang serius seperti penyakit jantung,
angin ahmar, diabetes, kanser dan darah tinggi.

Namun begitu, mencapai dan mengekalkan berat badan unggul melalui pemakanan sihat dan aktiviti
fizikal yang tetap boleh membantu mencegah penyakit-penyakit ini.

24

Bilakah anda dianggap sebagai kurang berat badan?


Jika BMI anda kurang daripada 18.5kg/m, anda adalah kurang berat badan.

Apa yang berlaku sekiranya seseorang itu kurang berat badan?

Kurang berat badan meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat masalah kesihatan.

Kurang berat badan dikaitkan dengan masalah jantung, penurunan daya tahan tubuh terhadap
jangkitan, keletihan yang kronik, anemia, kemurungan dan penyakit-penyakit yang lain.

Bagaimanakah seseorang boleh menambah berat badan dengan cara yang sihat?

Buat sasaran untuk penambahan berat badan dengan perlahan, iaitu di antara 1 hingga 2 kilogram
sebulan. Anda harus mencapai sasaran untuk BMI di antara 18.5 dan 24.9 kg/m2.

Kawal berat badan anda secara sihat:


o

Amal makan secara sihat, dengan memilih dan memakan pelbagai jenis makanan setiap hari
berpandukan Piramid Makanan Malaysia.

Pastikan anda makan mengikut waktu makan yang tetap.

Rancang lebih awal untuk hidangan yang lebih. Untuk menambah berat badan, anda mungkin
perlu makan makanan yang berkhasiat lebih dari biasa

Ambil snek dengan bijak dengan memilih snek yang padat dengan nutrien bagi menambah
kalori, vitamin dan mineral.

Tentukan keperluan tenaga anda. Anda perlu pastikan tahap aktiviti fizikal anda untuk
memastikan keperluan tenaga.

Rujuk kepada contoh menu berdasarkan kepada keperluan kalori harian anda.

Apakah berat badan unggul?

Anda mempunyai berat badan unggul sekiranya BMI anda adalah di antara 18.5 hingga 24.9/km.

Kajian menunjukkan bahawa jangka hayat seseorang yang mempunyai BMI unggul adalah lebih tinggi
daripada seseorang yang mempunyai BMI yang lebih rendah atau tinggi.

Bagaimanakah saya mengekalkan berat badan yang unggul?

Imbangkan pengambilan makanan anda dengan aktiviti fizikal.

Tentukan keperluan tenaga anda.

Lakukan lebih banyak aktiviti fizikal. Jika anda sememangnya seorang yang sangat aktif, cuba teruskan
kadar aktiviti yang sama, bersesuaian dengan umur anda.

Bilakah seseorang itu dianggap sebagai mempunyai berlebihan berat badan?


Anda adalah berlebihan berat badan jika BMI anda adalah 25 hingga kurang dari 30 kg/m. Jika BMI anda adalah
30 atau lebih, anda adalah obes.

Bagaimana seseorang itu boleh menurunkan berat badan mereka?

Tetapkan sasaran yang realistik untuk menurunkan setengah kilogram berat badan dalam seminggu.

Pastikan keperluan tenaga anda.

Timbang berat badan anda sekali seminggu, sebaik- baiknya sebelum makan.

Makan makanan yang sihat secara sederhana berdasarkan Piramid Makanan Malaysia.

25

Jangan sekali-kali menyekat diri untuk tidak makan atau mengehadkan kalori jika anda sangat lapar.
Jika anda berbuat demikian, anda selalunya akan makan mengikut nafsu selepas itu.

Buat beberapa modifikasi dalam diet anda.


Kurangkan atau elakkan makanan yang tinggi kandungan gula dan lemak seperti mentega,krim, daging
yang berlemak, sos salad, kek dan pastri.

Elakkan makan atau minum semasa menonton televisyen atau membaca. Lakukan senaman sederhana
seperti berjalan laju, berbasikal dan berenang sekurang-kurangnya 60 minit, lima hingga enam hari
seminggu.

Jumpa doktor untuk mengenal pasti dan membetulkan masalah perubatan, biologikal atau fisiologikal
yang berkaitan yang boleh menyumbang kepada berat badan yang berlebihan.

Jumpa pakar pemakanan untuk mendapatkan maklumat tentang pengurusan berat badan anda.

Dapatkan sistem sokongan. Rakan-rakan adalah kumpulan sokongan yang bagus.

Rujukan
WHO. Obesity : Preventing and managing the global epidemic. Report on a WHO Consultation on Obesity,
Geneva, 3-5 June 1997
The American Dietetics Association, 1999. Proper weight measurement
Semakan Akhir
Penulis

:
:
:
:
:

19 April 2012
Jamilah bt. Ahmad
Surainee bt. Wahab
Azlinda bt. Hamid
Munawara bt. Pardi

26

Anda mungkin juga menyukai