Anda di halaman 1dari 11

ABSTRAK

Tugasan yang dijalankan bertujuan mengetahui Rekabentuk Kurikulum di Malaysia.


Rekabentuk kurikulum bermaksud cara kurikulum itu dikonsepsikan dan komponenkomponen utama kurikulum seperti (matlamat dan objektif, kandungan kurikulum, kaedah
media dan penilaian disusun dalam sesuatu kurikulum untuk menghasilkan instruksi. Definisi
kurikulum juga dapat dijelaskan didalam tugasan ini. Kurikulum menurut Kementerian
Pelajaran Malaysia bermaksud segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh
sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlmat pendidikan. Ia adalah
suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan norma
unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan maysarakat untuk diperturunkan kepada ahliahlinya. Tugasan ini juga menyatakan latar belakang kurikulum kebangsaan, kurikulum pra
sekolah dan kurikulum sekolah rendah.
PENGENALAN
Sistem Pendidikan Malaysia berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
memberi tumpuan kepada perkembangan emosi diri pelajar secara menyeluruh untuk
melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Falsafah ini
digunakan bagi melahirkan warganegara yang berketrampilan dan bertanggungjawab dalam
segala bidang serta mampu menghadapi cabaran dalam menuju wawasan Negara.
Walaubagaimanapun, kurikulum pendidikan masih berteraskan kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan kerana falsafah memainkan peranan sebagai dasar yang menjadi
arah tuju, panduan dan bimbingan. Tanpa falsafah sesuatu kurikulum pendidikan itu adalah
tanpa asas. Kurikulum yang berteraskan falsafah ini umumnya untuk membentuk pelajar
bagi perkembangan menyeluruh meliputi dimensi insrtrumental / sosial dan dimensi intrinsik.
Kurikulum ialah segala rancangan pendidikan (akademik dan kokurikulum) yang
dikendalikan oleh sesebuah institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia
suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma, unsurunsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-ahlinya.
Kurikulum kebangsaan yang ditetapkan hendaklah menentukan pengetahuan, kemahiran dan
nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh persekolahan
masing-masing (Akta Pendidikan 1996).
Oleh itu, kurikulum amat penting dalam sistem Pendidikan di Malaysia. Kurikulum
pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri
setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif
yang dinamik dalam semua aspek kehidupan (Mastura Badzis, 2008).
REKABENTUK KURIKULUM DI MALAYSIA
1.1.

MAKSUD REKABENTUK KURIKULUM

Rekabentuk kurikulum bermaksud cara kurikulum itu dikonsepsikan dan komponenkomponen utama kurikulum seperti (matlamat dan objektif, kandungan kurikulum, kaedah
media dan penilaian disusun dalam sesuatu kurikulum untuk menghasilkan instruksi.
Perdebatan yang melibatkan reka bentuk kurikulum bermula dengan Laporan Razak
(1956) yang mencari jalan untuk memansuhkan perbezaan dalam kurikulum sekolah-sekolah
Melayu, Cina, Tamil, dan Inggeris sambil mengekalkan bahasa pengantar masing-masing.
Jawatankuasa Sukatan Pelajaran ditubuhkan pada tahun 1956 untuk merumuskan sukatan
pelajaran yang sesuai dan juga untuk mengesyorkan jumlah masa pelajaran bagi setiap mata
pelajaran. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji pelaksanaan
dasar pendidikan dan juga menyentuh tentang aspek kurikulum bagi memastikan bahawa ia
memenuhi tuntutan bagi keperluan tenaga rakyat dalam pembinaan ekonomi, sambil
memenuhi tuntutan untuk melahirkan masyarakat bersepadu dan berdisiplin selaras dengan
pembinaan sifat-sifat kemanusiaan (Mohd Daud, 1994)
1.2.

MAKSUD KURIKULUM

1.2.1. Menurut KPM kurikulum bermaksud segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh
sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlmat pendidikan. Ia adalah
suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan norma
unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan maysarakat untuk diperturunkan kepada ahliahlinya.
1.2.2. Kurikulum bermaksud skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di institusi pendidikan
seperti di sekolah dan universiti. Kurikulum ditentukan dan ditetapkan oleh sesebuah Negara
itu melalui Kementerian Pendidikan. (Wikipedia, ensiklopedia bebas).
1.2.3. Kurikulum berasal daripada perkataan Latin currere maksud race course atau
laluan/jejak/jurusan. Curriculum dalam bahasa inggeris bermaksud jelmaan.
1.2.4. Menurut Goodlad (1973) : Kurikulum merupakan satu bidang yang sukar ditakrifkan.
1.2.5. Menurut Smith et al (1957) : Kurikulum merupakan satu urutan pengalaman yang disediakan
di sekolah bagi tujuan mendisiplinkan pelajar dalam cara berfikir dan bertindak secara
kumpulan.

1.3.

KONSEP KURIKULUM
Dokumentasi khas dan panduan.
Tumpuan kepada kaedah penyampaian.

Program pengajian yang merujuk kpd mata pelajaran


Membentuk pengalaman pembelajaran terancang.
Konsep yang tersirat.

1.4.

MATLAMAT/ OBJEKTIF KURIKULUM


Garis panduan dan penentu sempadan ilmu.
Penyampaian maklumat ikut peringkat.
Relevan dan sesuai dengan kehendak semasa.
Membina modal insan abad ke 21.
Melahirkan insan seimbang (J.E.R.I.S)
Kurikulum yang sama ideologi masyarakat yang sekata dan bersatu.
Melahirkan insan yang sayang dan cintakan tanah air.

1.5.

FALSAFAH PENDIDIKAN KURIKULUM


Idealisme
Ilmu diperolehi dari kebolehan berfikir.
Realisme
Kebenaran adalah apa yang dapat dilihat
Paramatisme
Idea yang dapat dipraktikkan adalah benar.
Perianelisme
Pendidikan adalah berada dalam keadaan tetap.
Essentialisme
Kurikulum dan guru adalah faktor penting dalam pembelajaran
Progressivesme
Pembelajaran berlaku berdasarkan perubahan dan kemajuan
Rekonstrutionalisme
Penerapan t/jawab sosial dan lahir masyarakat berilmu
Eksistentialisme
Pendidikan melalui persekitaran. Guru bantu murid meneroka.

1.6.

PRINSIP PENYUSUNAN KURIKULUM DI MALAYSIA


Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik
dan sentiasa releven. Relevan dari segi pembangunan modal insan yang seimbang dalam
menangani cabaran semasa dan masa depan.
Transformasi kurikulum perlu berikutan Gagasan Ketiga Ucapan Dasar Y.A.B Perdana
Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 yang menuntut supaya sistem Pendidikan
Negara memberi penekanan kepada 4 aspek Pertama: Pembangunan Modal Insan, Kedua:
Menghasilkan pelajar celik minda, Ketiga: Pembentukan warga yang menguasai ilmu,
kemahiran dan maklumat, dan Keempat: Program membangunkan akal manusia dalam
melahirkan insan ulul al bab. Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik
dan berterusan.
Faktor yang mempengaruhi pembentukan kurikulum sekolah di Malaysia berdasarkan
kehendak dan keperluan pelajar dalam pendidikan. Kurikulum yang dibentuk seharusnya
sempurna dari segi penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi agar
apa yang dirancangkan itu dapat memberi kepuasan kepada pelajar sebagai individu.
Kurikulum juga dibentuk untuk membangunkan potensi pelajar dari aspek intelektual,
jasmani, rohani dan sosial. Pembentukan potensi pelajar yang positif akan meningkatkan
sahsiah diri yang cemerlang dari pelbagai sudut. Perkembangan individu dalam bidang
kognitif, psikomotor dan afektif juga penting dalam pembentukkan kurikulum di Malaysia.
Dalam mencapai matlamat pendidikan seperti ini, kandungan kurikulum dapat
dibahagikan kepada dua bahagian pertama: sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran
serta segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kedua: Aktiviti kokurikulum seperti sukan,
permainan, kelab dan unit beruniform.
Justeru itu, kurikulum sekolah yang ideal ialah kurikulum yang dapat memupuk
persefahaman dan semangat kerjasama antarabangsa dalam diri pelajar seperti menghormati
hak-hak individu dan kedaulatan Negara, sumbangan dan komitmen yang mampu diberikan
ke arah penyelesaian konflik Negara dan global. Selain itu, ia juga dapat membantu
meningkatkan taraf kerohanian, maruah, pandangn dan visi sedunia ke tahap yang tinggi dan
sempurna.
1.8.

HALA TUJU KURIKULUM

1956 - General Syllabuses and Timetable Committee ditubuhkan


1964 - General Syllabuses and Review Committee ditubuhkan
1965 - Pendidikan Komprehensif dimulakan
1967 - Report of the Committee on Curriculum Planning and Development

1973 - Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) ditubuhkan


1982 - KBSR dilaksanakan di 302 buah sekolah rendah sebagai percubaan
1983 - KBSR dilaksanakan di semua sekolah rendah
1988 - Pelaksanaan KBSR sepenuhnya dicapai
1988 - Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran bahasa
1989 - Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran lain
1989 - Kemahiran Hidup Program Peralihan dimulakan di tingkatan 1
1989 - Pelaksanaan PKBS di tahun 1 hingga tahun 6 di semua sekolah rendah
1989 - Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilancarkan di 100 buah sekolah rendah
1991 - Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilaksanakan di 1000 buah sekolah
rendah
1991 - Kemahiran Hidup bersepadu dimulakan di Tingkatan 1
1992 - Mata pelajaran Kemahiran Hidup Manipulatif dilaksanakan di 3000 buah sekolah
rendah
1993 - Kemahiran Hidup mula dilaksanakan di Tahun 4 di semua sekolahrendah.

1.9.

Sekolah yang telah melaksanakan Kemahiran Manipulatifmeneruskannya di


Tahun 5 dan 6 sekolah rendah
TRANSFORMASI KURIKULUM DI MALAYSIA
Malaysia adalah sebuah Negara yang sering melakukan perubahan dan perancangan
kurikulum sejajar dengan perkembangan politik, sosioekonomi, sosiobudaya dan arah aliran
perkembangan pendidikan tempatan dan antarabangsa.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga memberikan maksud tarnsformasi sebagai perubahan
bentuk (sifat, rupa atau keadaan). Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia membawa
maksud proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistic berdasarkan kurikulum
persekolahan sedia ada dengan mengambil kira keperluan-keperluan perubahan kepada
aspek asas kurikulum : struktur kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran
, bahan kurikulum dan pengurusan sekolah.
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran masyarakat dan negara (1988 Falsafah Pendidikan Negara)
Sebarang perubahan kurikulum dilakukan bertujuan memenuhi kehendak dan

1.10.

matlamat pembangunan manusia dan Negara.


KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN
Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia persekolahan
kepada seseorang kanak-kanak. Pengalaman prersekolahan dan pembelajaran yang

berkesan,bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan merekadengan kemahiran,


keyakinan diri dan sikap yang positif sebagai
persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat.
Peluang pendidikan prasekolah diberi kepada semua kanak-kanak tanpa mengira latar
belakang sosial, agama, lokasi tempat tinggal, keadaan kesihatan mental dan fizikal kanakkanak serta perkembangan intelek mereka. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas mereka
diberi peluang untuk belajar dalam kelas biasa atau
kelas khas sesuai dengan keadaan dan keperluan mereka.Program pendidikan prasekolah
hendaklah sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak supaya dapat merangsang
pemikiran,membina sikap positif dan akhlak yang baik, meningkatkan kecergasan dan
kesihatan ke arah penyuburan potensi yang
optimum.
Oleh itu, kurikulum pendidikan prasekolah memberi fokus kepada perkembangan
kanak-kanak secara menyeluruh,seimbang dan bersepadu. Pendekatan pembelajaran yang
fleksibeldan suasana pembelajaran yang selesa, selamat dan ceria dapat menggalakkan
naluri ingin tahu, perasaan suka meneroka dan menjelajak serta memberi pengalaman baru
kepada kanakkanak.Dengan ini adalah diharapkan program pendidikan prasekolah dapat
menjadi asas untuk melahirkan murid yang mempunyai keyakinan diri, bercita-cita tinggi,
daya tahan, semangat juang, gigih berusaha dan mampu mengubah diri. Semua asas yang
dibina dalam diri murid akan menyumbangkan kepada kemajuan keluarga, masyarakat,
bangsa dan negara.
Perancangan dan penggubalan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan berlandaskan
prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai pendokong matlamat
dan wawasan negara. Perancangan dan penggubalan kurikulum ini juga mengambil kira
pandangan dan falsafah serta teori pendidikan awal kanak-kanak,psikologi dan

1.11.

perkembangan kanak-kanak serta trend pembelajaran terkini seperti teori pelbagai


kecerdasan, teori kecerdasan emosi dan konsep e-pembelajaran.
LATAR BELAKANG KURIKULUM PRA SEKOLAH

1.12.

PEMBENTUKAN KBSR
KBSR ini dibentuk berasaskan kepada Laporan Razak (1956), Ordinan Pelajaran (1957),
Laporan Rahman Talib (1960), Akta Pelajaran (1961) dan Laporan Jawatankuasa Kabinet
(1979).
KBSR dibentuk berdasarkan perakuan 57 (a) Laporan Jawatankuasa Kabinet iaitu
kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang bagi membolehkan pelajar mencapai
kemahiran dalam tiga asas iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dan alam sekitar dan
bidang perkembangan diri individu sesuai dengan keperluan, minat, bakat, dan kemampuan
mental serta kesediaan pelajar (Laporan Jawatankuasa Kabinet,1979).
Perakuan 2(a) Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran
dalam Laporan (1979) menyatakan, Kementerian Pelajaran mengambil langkah-langkah
tertentu supaya pendidikan di peringkat rendah bercorak pendidikan asas dengan
memberikan penegasan kepada pendidikan dalam membaca, menulis, dan mengira (3M).
Pendidikan peringkat rendah menekankan perkembangan menyeluruh dalam bidang intelek,
rohani, dan jasmani. Hal ini membolahkan pelajar memperoleh pengetahuan dan menguasai
kemahiran melalui pengalaman secara langsung. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran harus
melibatkan pelajar secara aktif bagi membolehkan pelajar mengemukakan idea dan perasaan,
menyelesaikan masalah, bertukar-tukar pendapat serta dapat berfikir secara kreatif dan kritis.

1.13.

PEMBENTUKAN KBSM

KBSM ini juga dibentuk berlandaskan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979). Dalam
Perakuan 58, Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) menyatakan adalah diperakukan
bahawa kurikulum peringkat menengah rendah hendaklah berupaya perkembangan daripada
kurikulum sekolah rendah iaitu memperkukuhkan lagi pendidikan asas dan memperkenalkan
pendidikan umum yang juga merangkumi aspek-aspek pendidikan pra vokasional (Laporan
Jawatankuasa Kabinet,1979).

1.14.

LATAR BELAKANG KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

1.15.

KURIKULUM BERASASKAN STANDARD (KSSR)


Latar Belakang
1. Gagasan ke 3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO

2006 menuntut supaya pendidikan Negara memberi penekanan kepada :


Pembangunan modal insan

Penghasilan pelajar celik minda


Pembentukan warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat

Program yang membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul al-bab.

2. Teras ke 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan:


Dasar membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta

menghayati nilai-nilai murni.


Matlamat memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu
pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerap nilai
3. Oleh itu, kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang
holistik dan sentiasa releven bagi melahirkan modal insan yang seimbang yang dapat
menangani cabaran semasa dan masa depan.

KONSEP KURIKULUM TRANSFORMASI SEKOLAH RENDAH

Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara (FPN)


Berasaskan Prinsip KBSR:

Pendekatan bersepadu
Perkembangan individu secara menyeluruh

Peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid


Pendidikan seumur hidup

Proses Transformasi Kurikulum KSSR


Proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan
sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan
masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

KSPK dan KSSR digubal berasakan standard kandungan dan standard pembelajaran.

Contoh standard kandungan berdasarkan mata pelajaran, iaitu :


Bahasa Melayu Mendengar sengan penuh perhatian.
English Language Able to form letters and words in clear legible print including cursive
writing
Mathematics Count objects in a given set and write the corresponding numeral.
Contoh standard pembelajaran berdasarkan mata pelajaran, iaitu :
Bahasa Malaysia Mendengar pertuturan yang mudah
English Language Coordinate hand-eye movement.
-

Trace letters of the alphabet


Mathematics Count up to 100 objects, using the correct counting sequence to tell how
many objects are in a set.

KESIMPULAN

Kehendak-kehendak kurikulum sekolah perlu dilaksanakan di semua sekolah.


Jawatankuasa kurikulum sekolah adalah sebuah jawatankuasa professional yang penting
bagi melaksanakan pencapaian matlamat kurikulum di sekolah supaya selaras dengan
falsafah dan matlamat pendidikan negara iaitu melahirkan insan yang seimbang dan
kehendak-kehendak kurikulum kebangsaan tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya
dan menyeluruh kerana terdapat beberapa kekangan yang masih menjadi penghalang utama
kepada perlaksanaan ini.
Memandangkan bukan sahaja penglibatan guru, pihak NGO, atau pihak yang
tertentu malah penglibatan ibu bapa dianggap memang signifikan dalam proses pendidikan
kanak-kanak, maka Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai pihak yang bertanggungjawab
perlu memasukkan elemen sesuai yang boleh memberi skop yang lebih meluas untuk
keberkesanan proses pembelajaran kanak-kanak.
Pihak kerajaan telah memainkan peranan dimana wujudnya Kurikulum PERMATA
mengandungi garis panduan kepada pendidik-pendidik dan pihak yang menguruskan Taska
atau Pusat Anak Permata Negara (PAPN) bagi kanak-kanak yang berumur di bawah 4 tahun
mengenai pedagogi pendidikan dan asuhan kanak-kanak yang terbaik bagi meningkatkan

kecemerlangan potensi kanak-kanak. Kurikulum ini mencakupi aspek-aspek kaedah


berinteraksi dengan kanak-kanak yang boleh memberikan pengalaman pembelajaran yang
maksimum, kaedah pengasuhan secara holistik, panduan merancang aktiviti untuk mentaksir
perkembangan kanak-kanak, merefleks dan mengadakan kerjasama pintar dengan ibu bapa
dan ahli keluarga serta masyarakat. Selain itu, kurikulum ini berkonsepkan permainan,
penerokaan, berfokus dan terancang sesuai dengan umur kanak-kanak tersebut.
Oleh itu, kerjasama pelbagai pihak amat diperlukan bagi mengatasi kekangankekangan yang timbul. harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani, dan emosi. Perkara ini
perlu diberi perhatian yang sewajarnya memandangkan trend yang wujud dan banyak isu
yang sentiasa menjadi bualan dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai