Anda di halaman 1dari 6

SKRIP JURUACARA MAJLIS GRADUASI MURID TAHUN ENAM

DEWAN ABU HASSAN SIDEK


MASA
7.50 pg

ACARA

CATATAN

MAKLUMAN KEPADA HADIRIN


Bagi melancarkan perjalanan majlis, ibubapa diminta memberi kerjasama
sepenuhnya pada perkara berikut :
- Mengurangkan pergerakan bagi mengambil gambar.
- Proses pertukaran jubah pelajar
- Mengawal pergerakan anak-anak kecil yang dibawa
- Menukar handphone ke mode Silent

8.00 pg

PERARAKAN MASUK
Majlis Graduasi bagi tahun 2013 dimulai dengan pergerakan masuk
murid-murid tahun enam.

Hingga murid duduk

Diikuti dengan En. Abdullah Mustaffa, Penyelaras Tahun Enam,


dan Guru Kelas :
6 Abadi
6 Adab
6 Adil
6 Akrab
6 Amal
6 Aman
6 Arif
6 Aktif
6 Akur
Seterusnya pergerakan masuk barisan pentadbir.
Pn. Hjh. Faridah Hj Ahmad Zuki Guru Besar,
Pn. Siah Mohamad Wardi GPK Tadbiran & Kurikulum,
Pn. Rosnah Abd Hamid GPK Hal Ehwal Murid,
Dan Pn. Zainab Mohd Yunus GPK Kokurikulum

Bila masuk barisan


pentadbir

NYANYIAN LAGU NEGARAKU

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku.


Terima kasih. Para hadirin dipersilakan duduk

Lagu Negaraku

UCAPAN ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS

Assalamualaikum WBH dan selamat sejahtera


Yang Berusaha Pn Hjh Faridah Hj Ahmad Zuki, Guru Besar SK
AU Keramat
Yang dihormati En Muhammad Nazari Othman, Yang Dipertua
PIBG SK AU Keramat
Guru-guru Penolong Kanan, Para ibu bapa, guru-guru, Pelajarpelajar Tahun 6 SK AU Keramat yang diraikan, serta hadirin yang
dihormati sekalian.
Di waktu petang mencari lokan,
Hembusan bayu awan berarakan,
Kedatangan tuan puan kami alukan,
Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan
Salam bahagia dan selamat datang ke Majlis Graduasi Murid Tahun
6 bagi tahun 2013
Sidang hadirin yang dihormati,
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurnianya, dapat kita bersama-sama berhimpun di Dewan Abu
Hassan Sidek pada pagi ini bagi meraikan suatu majlis julungjulung kali diadakan iaitu Majlis Graduasi Murid Tahun Enam.
Majlis Graduasi Murid Tahun Enam diadakan dengan objektif
untuk mengiktiraf dan menghargai pencapaian dan sumbangan para
pelajar tahun enam SK AU Keramat.
Dengan ini juga diharapkan, para pelajar dapat menyuntik
semangat baru serta mewujudkan daya saing bagi meningkatkan
prestasi akademik sekaligus mencapai keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan.
LAFAZAN DOA
Cantik sungguh bunga disemat
Hiasan sanggul nak dara sunti
Doa dibaca memohon rahmat
Moga majlis diberkati Ilahi

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersamasama menadah tangan bagi mengaminkan doa yang akan dibacakan
oleh Ustaz ______________________________. Dipersilakan.
Amin Amin Ya Rabbul Alamin
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz _______________ di atas
bacaan doa itu tadi. Semoga majlis kita berjalan lancar seperti yang
dirancangkan.
UCAPAN YDP PIBG
Hadirin hadirat yang dihormati
Ikan haruan dimasak kari,
Mangga muda dibuang jangan,
Ucapan aluan kita dengari,
Sebagai tanda majlis dimulakan.
Dijemput dengan segala hormatnya En. Muhammad Nazari
Othman, YDP PIBG SK AU Keramat untuk menyampaikan
ucapan alu-aluan.
Majlis mempersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. Muhammad Nazari
di atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

UCAPAN GURU BESAR & UCAPAN PERASMIAN


Seterusnya majlis dengan penuh takzim menjemput
Yang Berusaha Pn. Hjh Faridah Hj Ahmad Zuki, Guru Besar SK
AU Keramat untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
menyempurnakan Majlis Graduasi Murid Tahun Enam SK AU
Keramat bagi tahun 2013
Majlis dengan hormatnya mempersilakan
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Pn.
Hjh Faridah Hj Ahmad Zuki, Guru Besar SK AU Keramat di atas
ucapan dan penyempurnaan Majlis Graduasi Murid Tahun Enam
SK AU Keramat

MAJLIS PENGANUGERAHAN BERMULA


Cantik sungguh si bunga melati,
Hiasan indah taman larangan,
Kasih disulam abadi dihati,
Moga tersemat kekal berpanjangan
Sidang hadirin yang dihormati,
Kini tibalah kita ke upacara Penganugerahan Sijil Graduasi kepada
pelajar-pelajar tahun Enam 2013.
Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha
Pn. Hjh Faridah Hj Ahmad Zuki, Guru Besar SK AU Keramat,
untuk menyempurnakan penyampaian anugerah. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan..
TAHUN ENAM ABADI - AKRAB

Murid beratur dahulu baru umum

Mendahului penerima anugerah pelajar-pelajar dari tahun 6 Abadi.


Seterusnya barisan pelajar dari tahun 6 Adab.
Majlis diteruskan lagi dengan para pelajar dari kelas 6Adil.
Menyusul seterusnya pelajar-pelajar dari kelas 6 Akrab.
Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang
Berusaha Pn. Hjh Faridah Hj Ahmad Zuki, Guru Besar SK AU
Keramat di atas penyempurnaan majlis penyampaian anugerah itu
tadi.
Majlis akan berhenti rehat dan akan disambung selepas ini.
REHAT
Majlis akan diserikan lagi dengan persembahan ____________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas persembahan yang
memukau itu tadi.

MAJLIS PENGANUGERAHAN SIDANG KEDUA


Hadirin dan hadirat sekalian,
Majlis Penganugerahan Graduasi akan diteruskan.
Dengan ini majlis dengan segala hormatnya menjemput
Yang Berusaha Pn. Hjh Faridah Hj Ahmad Zuki, Guru Besar SK
AU Keramat bagi menyempurnakan penganugerahan sijil kepada
penerima.
Mendahului penerima anugerah para pelajar dari kelas 6 Amal.
Diikuti barisan pelajar dari kelas 6 Aman.
Seterusnya pelajar-pelajar dari kelas 6 Arif.
Penerima seterusnya para pelajar dari kelas 6 Aktif.
Diikuti dengan barisan pelajar tahun 6 Akur.
Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
Yang Berusaha Pn. Hjh Faridah Hj Ahmad Zuki, Guru Besar SK
AU Keramat
kerana sudi menyempurnakan majlis penyampaian anugerah itu
tadi.
PENUTUP
Bersyukur kini kami panjatkan,
Majlis Graduasi telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
Segulung tahniah kami ucapkan.
Dengan berakhirnya acara tadi, maka tibalah masanya untuk kami
selaku pengendali majlis untuk mengundurkan diri.
Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan
maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepangjang kami
mengendalikan majlis ini.
Majlis berakhir penuh syafaat,
Menjadi ingatan sepanjang zaman,
Amalan sepakat membawa berkat,
Hidup beramal bertunjang iman.
Kalau ada jarum yang patah,
Banyak kain tidak berjahit,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan jadikan kenangan pahit.

Sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah, dan kekurangan itu


wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah
bernama insan.
Sekian, wabillahi taufik
SUSUN ATUR KELUAR
Para hadirin diminta berdiri..
Majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha Pn. Hjh Faridah
Hj Ahmad Zuki SK AU Keramat, diikuti dengan barisan Guru
Penolong Kanan dan Guru-guru Kelas tahun 6 untuk bergerak
keluar majlis ke kantin untuk menikmati jamuan ringan yang
sediakan.
Seterusnya dijemput para ibu bapa untuk ke kantin untuk
menikmati jamuan ringan yang disediakan.

Anda mungkin juga menyukai