Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA

FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH WILAYAH KERAMAT TAHUN 2013


MASA /
ATURCARA
Ketibaan
Tetamu
Kehormat

CUE

TEKS

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia


diiringi Yang Berusaha , Pn. Hjh. Faridah Hj. Ahmad
Zuki ke arena majlis.
Dari Raub pergi ke Pontian,
Terus pula ke Kuala Perlis,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya meneruskan majlis
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.t.b,
Salam Perpaduan, Salam 1 Malaysia.
Yang Berbahagia

Untuk makluman hadirin, Fastival Nasyid Sekolahsekolah Rendah Wilayah Keramat Tahun 2013 telah
dimulakan pada pagi tadi dan baru sahaja berakhir.
Sebanyak _____________ buah sekolah telah
bertanding.
Sarung ketupat berisi inti,
Dibawa budak sambil berlari,
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga majlis bertambah seri.

Nyanyian Lagu
Negaraku

Hadirin dan hadirat sekalian,


Bagi menzahirkan rasa bangga menjadi warganegara
Malaysia, marilah sama-sama dengan penuh
semangat menyanyikan lagu kebangsaan, Lagu
Negaraku dengan iringan muzik.
-------- Nyanyian Lagu Negaraku
Terima kasih diucapkan atas nyanyian Lagu
Negaraku itu tadi.

Bacaan Doa

Hadirin yang dihormati,


Bunga mawar cantik tersemat,
Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon rahmat,
Moga majlis sentiasa diberkati.
Bagi menambah keberkatan majlis, marilah samasama menadah tangan mengaminkan lafazan doa
yang akan dilafazkan oleh Al-Fadhil Ustaz Ilias
Mahmad.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

------Bacaan doa
Amin, Amin Ya Rabbal Alamin.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Ilias Mahmad
atas lafazan doa itu tadi.

Ucapan Alualuan
Pengerusi JK
Pengelola

Hadirin yang dimuliakan,


Negara Malaysia aman sentosa,
Pendidikan gemilang misi utama,
Dengan tidak melengahkan masa,
Dengarkan ucapan Pengerusi Pengelola.
Majlis dengan ini, mempersilakan Yang Berusaha Pn.
Hjh. Faridah Hj. Ahmad Zuki, Guru Besar SK AU
Keramat merangkap Pengerusi Jawatankuasa
Pengelola Festival Nasyid Sekolah-sekolah Rendah
Wilayah Keramat 2013 untuk menyampaikan ucapan
alu-aluan.
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
----- Ucapan alu-aluan
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang
Berusaha Pn. Hjh. Faridah Hj. Ahmad Zuki atas
ucapan sebentar tadi.

Ucapan
Perasmian
Penutupan

Hadirin yang dihormati,


Cempaka sari warisan sejati,
Menjadi kebanggaan seisi negeri,
Ucapan Perasmi memang dinanti,
Berilmu tinggi bijak bestari.
Dengan itu, majlis dengan hormat dan takzimnya
3

mempersilakan
____________________________________________________
____________________________________________________
untuk menyampaikan amanat bestari dan
seterusnya menyempurnakan Perasmian Penutupan
Festival Nasyid Sekolah-sekolah Rendah Wilayah
Keramat 2013.
Majlis mempersilakan.
--------- Ucapan perasmian penutupan
Burung enggang terbang di laman,
Terbang riang memakan jerami,
Amanat bistari telah diperdengarkan,
Festival Nasyid selamat dirasmi.

Ucapan tuan menyerikan majlis,


Warga pendidik tampak ceria,
Kesudian tuan merasmikan majlis,
Bangganya kami tidak terkira.
Majlis merakamkan setinggi penghargaan, sekalung
budi, seikhlas hati kepada Yang Berbahagia
____________________________________________________
____________________________________________________
atas ucapan yang disampaikan dan kesudian
menyempurnakan Perasmian Penutupan itu tadi.

Ulasan Ketua
Jemaah Hakim
dan
Pengumuman
Keputusan

Hadirin yang dimuliakan,


Sekarang tibalah masa yang dinanti-nantikan untuk
sama-sama kita mengetahui keputusan
pertandingan yang telah dilaksanakan.
Untuk itu, majlis dengan hormatnya mempersilakan
4

Yang Dihormati
_____________________________________________________
Selaku Ketua Jemaah Hakim dan seterusnya
mengumumkan keputusan rasmi Festival Nasyid
Sekolah-sekolah Rendah Wilayah Keramat 2013.
Majlis dengan ini, mempersilakan.
----- Ulasan ketua jemaah hakim
Terima kasih diucapkan kepada
_________________________
atas ulasan dan pengumuman keputusan itu tadi.

Penyampaian
Sijil dan
hadiah

Hadirin dan hadirat sekalian,


Kini tibalah masa kita ke kemuncak acara. Bagi
menyempurnakan sijil dan hadiah kepada yang
terbaik antara yang baik. Sebelum itu, dengan
segala hormat dan takzimnya dipersilakan Yang
Berbahagia
____________________________________________________

diiringi Yang Berusaha Pn. Hjh. Faridah Hj. Ahmad


Zuki, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola untuk
menyempurnakan penyampaian sijil dan hadiah
kepada para pemenang.
Seterusnya diumumkan pemenang Festival Nasyid
Sekolah-sekolah Rendah Wilayah Keramat 2013.
Tempat ke3

Diumumkan, pemenang tempat ketiga dipersilakan


kumpulan
________________________________________ dari
________________________________________ untuk naik
ke pentas bagi menerima medal dan sijil
pencapaian.

Naib Johan
5

Kini, diumumkan pula Naib Johan, dipersilakan


kumpulan
________________________________________ dari
Johan

________________________________________ untuk naik


ke pentas bagi menerima medal dan sijil
pencapaian.
Sekarang diumumkan pula, Johan Festival Nasyid
Sekolah-sekolah Rendah Wilayah Keramat 2013 ialah
Kumpulan
________________________________________ dari

Peserta
Solo
Terbaik

________________________________________
Dipersilakan pemenang naik ke pentas untuk
menerima sebuah trofi, medal dan sijil pencapaian.
Sekarang diumumkan pula, pemenang bagi Peserta
Solo Terbaik jatuh kepada kumpulan
________________________________________ dari
________________________________________. Dipersilakan

Lirik
Terbaik

adik ____________________________________ untuk


menerima hadiah.

Seterusnya diumumkan pemenang bagi Lirik Terbaik


jatuh kepada
Kumpulan ______________________________________ dari
____________________________________ .Dipersilakan
untuk menerima hadiah.
Penyampaian
Cenderahati

Cenderahat
i kpd
perasmi

Mohon Yang Berbahagia,


_________________________________________________
untuk terus berada di atas pentas bagi penyampaian
cenderahati.
6

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,


Kata bidalan ada menyebut,
Yang
Yang
Yang
Yang

kurik itu kendi,


merah itu saga,
baik itu budi,
indah itu bahasa.

Orang berbudi kita berbahasa,


Orang memberi kita merasa.
Sebagai tanda setinggi-tinggi penghargaan dan
ukhwah kasih daripada pihak majlis, majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Pn.
Hjh. Faridah Hj. Ahmad Zuki untuk menyampaikan
cenderahati ingatan kasih mesra kepada
Yang Berbahagia
______________________________________
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
Cenderahat
i dr PPW
Keramat

Seterusnya dipersilakan Yang Berusaha Pn. Hjh.


Faridah Hj. Ahmad Zuki untuk menerima cenderahati
daripada
____________________________________ yang akan
disampaikan oleh Yang Berbahagia
_____________________________________________
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas
penyempurnaan penyampaian cenderahati, sijil dan
hadiah itu tadi.

Penutup

Hadiah kemenangan selamat disempurnakan.


Sekalung tahniah, semurni hati disanjung tinggi.
Dari jauh datang berkunjung,
Dewan Abu Hassan Sidek jadi tumpuan,
7

Adat bermula ada penghujung,


Festival Nasyid mengukir kenangan.

Delima kasih taman istana,


Mekar mengharum indah sekali,
Terima kasih pada semua,
Suatu masa bersua kembali.
Merah sepuh si api-api,
Dipetik juragan dibawa ke pekan,
Jari sepuluh disusun rapi,
Segala kekhilafan mohon maafkan.
Saya bagi pihak JK Pengelola Festival Nasyid Sekolahsekolah Rendah Wilayah Keramat 2013 merakamkan
penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung dalam membantu menjayakan
majlis pada kali ini.
Dengan ini, majlis melabuhkan tirainya.
Sekian, Assalamualaikum wth dan Salam Harmoni.
Mohon kemaafan. Terima kasih.
Majlis dengan ini mempersilakan Yang Berbahagia
_________________________________________________
_________________________________________________
diiringi Yang Berusaha Pn. Hjh. Faridah Hj Ahmad
Zuki untuk menikmati jamuan yang disediakan.

Anda mungkin juga menyukai