Anda di halaman 1dari 16

MINGGU 12 : Interaksi Tamadun Asia dan Relevensinya di Malaysia dan Dunia

HURAIKAN PERANAN AGAMA ISLAM DALAM MEMBANTU PEMBINAAN TAMADUN


CINA
Tempat : Blok E
Masa : 2.00-4.00pm

GERAKAN ISLAM DI CHINA


Agama Islam dipercayai tiba di Negara China lebih daripada 1400 tahun yang lalu. Sebelum
umat Islam berhijrah ke Madinah Baginda Rasulullah telah mengutuskan beberapa orang
sahabat supaya berdakwah ke China. Antara sahabat yang diutuskan adalah seperti Saad bin
Abdul Qais, Qais bin Hudhafah, Urwah bin Abi Uthman dan Abu Qais bin al-Harith. Misi
dakwah ini telah berjaya melahirkan lebih daripada 136 juta umat Islam yang terdapat pada
hari ini. Dan jumlah ini adalah lebih besar daripada jumlah yang diberikan oleh kerajaan China.
Ini kerana mengikut statistic bancian yang dibuat apda tahun 1990, bilangan umat Islam di
China tercatat hanya sekitar 17 juta orang sahaja.
Terdapat banyak keraguan berkaitan dengan jumlah tersebut kerana umat Islam membentuk
penduduk majoriti di sebahagian besar di wilayah China seperti Xinjian, Gansu, Hubei, Qinghai
dan Yunnan. Akan tetapi tidak ada catatan yang tepat mengenai tarikh sebenar kedatangan
Islam ke China, hanya di dalam rekod Dinasti Tang menerangkan tentang hubungan
diplomatik yang terjalin antara pemerintahan China dan pemerintahan Khulafa al-Rasyidain.
Juga terdapat di dalam rekod tersebut mengenai kedatangan orang asing dari Madinah,
Annam dan kemboja. Apabila orang dari Madinah tiba mereka menyembah langit tanpa ada
tugu atau tiang di hadapan mereka, mereka juga tidak makan khinzir dan minum arak serta
memakan makanan yang disembelih sahaja. Mereka kemudiannya menetap di Canton dan
mendirikan satu penempatan. Mereka amat taat akan pemerintah yang mereka pilih, di sana
juga berlaku perniagaan diantara mereka dan penduduk di kawasan tersebut. Maka selepas
beberapa tahun terbentuk, telah berlaku gerakan Islam di sana.
PERMULAAN GERAKAN ISLAM
Pergerakan ini berlaku setelah beberapa tahun Islam bertapak di Canton iaitu di wilayah
selatan China. Wilayah ini adalah satu pusat perdangangan yang penting bagi para pedagang.
Maka ianya telah menjadi satu kawasan yang strategik untuk melakukan kerja-kerja dakwah.
Keadaan ini membawa kepada jalinan hubungan politik dan perniagaan antara umat Islam

dengan dinasti-dinasti yang memerintah China pada ketika itu dan hubungan yang baik ini
membolehkan kedua-dua pihak memberikan perlindungan apabila keadaan memerlukan.
Malahan juga umat Islam juga dibenarkan berkahwin dengan wanita-wanita tempatan dan ini
memberi kemudahan bagi umat Islam untuk menyebarkan Islam di sana. Hasil daripada
perkahwinan itu terlahirlah satu komuniti Islam yang cukup besar di China dan akhirnya telah
membentuk identitinya sendiri.
ISLAM DAN PERADABAN CHINA
Usaha-usaha dakwah yang dijalankan oleh Nabi diteruskan oleh para sahabat beliau. Di
antara sahabat yang paling giat menjalankan usaha dakwah di China ialah khalifah Usman bin
Affan. Pada masa itu China diperintah oleh Dinasti Tang. Maharaja Yung Wei menjalankan
dasar-dasar liberal terhadap kemasukan orang luar. Khalifah Usman mengutuskan 15 orang
Islam bagi berdakwah ke China. Walaupun rombongan itu tidak berjaya megislamkan
maharaja, mereka tetap berjaya menyebarkan ajaran Islam dikalangan penduduk tempatan.
Kebebasan yang diberikan oleh maharaja China digunakan sepenuhnya bagi menonjolkan
kecantikan dan keindahan ajaran islam.
Selain berdakwah, umat islam juga mendirikan masjid yang kemudiannnya diterima sebagai
sebahagian daripada peradaban China. Malah ajaran Islam dianggap bersesuaian dengan
ajaran Confucius yang mementingkan ketinggian budi dan keluhuran akhlak. Nilai-nilai ini
membolehkan islam diterima dengan baik oleh masyarakat China. Kehadiran umat Islam di
China tidak lagi menjadi suatu perkara yang asing. Umat Islam turut memainkan peranan
dalam membina, membangun serta mewarnai peradaban China.
Pemerintah mongol melantik Abdul Rahman sebagai ketua perbendaharaan negara yang
mempunyai kuasa mengagihkan cukai yang dikenakan keatas rakyat China. Menurut para
sejarawan, hampir tiga perempat daripada jawatan-jawatan penting dalam pemerintahan
Kublai Khan beragama Islam. Hal ini memperlihatkan pengaruh Islam yang kuat dalam
pentadbiran Mongol. Seorang yang bernama Umar Shamsuddin atau Syeikh Ajjal dilantik
sebagai panglima tentera kerajaan Mongol. Jasanya cukup besar kepada pihak pemerintah
sehingga mereka memberi peluang kepada beliau bagi memegang jawatan itu sehingga ke
penghujung ajalnya. Umat Islam dipandang tinggi di China dan mereka dihormati. Mereka juga
dikenali dengan orang yang amanah.
Lantaran itu umat islam diberi kepercayaan memegang jawatan menteri kewangan dan
mengendalikan jabatan yang berkaitan dengan urusan perdagangan. Contohnya,
pemerintahan Dinasti Sung (960-1279M) menggunakan pakai sistem pembayaran cukai yang
digunakan oleh Khalifah Umar al-Khatab. Begitu juga dengan urusan pungutan hasil cukai
dagangan dan pemeriksaan barang-barang oleh pihak kastam banyak diambil daripada
kaedah yang dilaksanakan oleh pemerintahan Islam.

Sumbangan Islam sebenarnya tidak terbatas dalam hal ehwal politik dan pentadbiran tetapi
turut meliputi perkembangan ilmu pengetahuan orang Islam dalam bidang sains, astronomi
dan matematik dikenali sejak lebih seribu tahun yang lalu. Ilmu-ilmu ini diterjemahkan ke
astronomi Islam seperti Masali, Bakhtiar dan Abdulla. Mereka mencipta kalendar yang
mempunyai tambahan 7 hari dalam setiap pusingan 19 tahun berdasarkan kepada kiraan
pusingan matahari dan bulan. Sokongan yang diberikan oleh pihak pemerintah membolehkan
ilmu pengetahuan berkembang dengan pesat.
Pada masa ini dinasti Tang dan Sung berkuasa, orang cina diperkenalkan dengan kaedah
pengiraan Arab yang dikenali sebagai Xiyi Lishu. Senario yang sama dapat diperhatikan pada
era pemerintahan dinasti Ming yang memanfaatkan ilmu yang dimiliki oleh para saintis Islam
digunakan bagi mengkaji kejadian alam yang berbentuk sfera. Ketika orang Eropah masih
percaya dunia ini berbentuk empat segi, umat Islam sudah lama telah mengetahui bumi ini
sebenarnya bulat dan bergerak mengelilingi matahari. Teori ini yang digunakan oleh dinasti
China bagi menjelajah laut yang terbentang sebagaimana yang dilakukan oleh laksamana
Cheng Ho.
Dalam bidang sastera, pengaruh Islam dapat dilihat pada pengkhasilan karya-karya falsafah
dan sastera yang bermutu tinggi. Satunya satunya ialah Shih Ching atau Classic of songs
yang mengandungi 305 lagu. Sanjungan kepada Islam dapat dilihat pada karya yang ditulis
oleh Wang Dai Zing yang menghasilkan sejumlah karya besardalam bahasa Cina.
Terdapat juga dinasti yang menggunakan khidmat ilmuan Islam bagi mencipta pelbagai
peralatan pelayaran dan meramalkan cuaca. Dinasti Yuan menggunakan kepakaran orang
Islam bagi membina pusat kajian bintang pada tahun 1272 Masihi. Tokoh-tokoh ilmu Islam
dilantik bagi melakukan kajian yang berkaitan dengan peredaran bintang. Salah seorang
daripada ilmuan itu adalah Jamaludin atau Tcha Ma Lao berasal dari Parsi. Beliau
menterjamahkan banyak penemuan dari bahasa Arab ke bahasa Cina. Jamludin juga
memperkenalkan calendar 10 ribu tahun yang juga dikenali sebagai Wan Nein Li yang
digunakan sebagai takwim rasmi kerajaan Dinasti Yuan. Banyak kalendar yang digunakan
oleh orang Cina dicipta oleh ahli termasuk dalam bidang-bidang undang-undang, bahasa dan
sejarah yang kini dianggap sebagai sebahagian daripada warisan peradaban China yang tiada
tolak bandingnya.
Adapted from : http://treebuilder.blogspot.com/2010/12/peranan-agama-islam-dalammembantu.html

MINGGU 13 : Interaksi Antara Tamadun Asia dan Relevensinya di Malaysia dan Dunia
TAMADUN INDIA MEMPUNYAI HUBUNGAN YANG KUAT DENGAN AGAMA DENGAN
CONTOH-CONTOH YANG JELAS. BINCANGKAN KENYATAAN INI
Tempat : Blok E
Masa : 2.00-4.00pm

PENDIDIKAN
Peningkatan dalam bidang pendidikan bermula pada Zaman Vedik. Pendidikan pada
zaman ini sangat mementingkan keagamaan dan Hindu menjadi terasnya. Pendidikan pada
zaman ini hanya didominasi oleh kaum lelaki. Golongan wanita pada masa itu tidak
mempunyai ruang untuk menerima pendidikan. Pendidikan pula memberikan perhatian
kepada pembelajaran kitab-kitab Veda dan bahasa Sanskrit merupakan medium pengajaran
yang penting. Kaedah hafalan merupakan kaedah yang digunakan untuk mendalami kitabkitab Veda tersebut.
Pendidikan yang berteraskan agama Hindu dan Buddha adalah untuk menyediakan
manusia menghadapi hari selepas mati. Tumpuan pendidikan ialah agama. Segala hukum
agama harus dipelajari supaya mereka dapat hidup sempurna dengan nilai-nilai murni yang
diajar oleh agama. Pendidikan tinggi telah diberikan di Kolej Brahman. Untuk mencapai taraf
sebagai Brahmin tang berpendidikan, seseorang harus menghafal pelbagai buku agama
khususnya Veda yang mengandungi peraturan ritual, mantera, dan lagu-lagu agama.
FALSAFAH
Falsafah wujud dalam 2 bentuk pemikiran yang besar, iaitu kumpulan yang
bersumberkan kitab Veda dan yang menolak kitab Veda. Kitab Veda terdiri daripada Rig Veda,
Yajur Veda, Sama Veda, dan Atharva Veda. Upanishad, Mahabharata, dan Bhagavad Gita
merupakan antara sumber falsafah yang terdapat dalam Veda. Sementara falsafah bukan
aliran Veda bersumberkan ajaran Carvaka, Jainismedan Buddhisme.
SAINS DAN TEKNOLOGI
Sains dan teknologi ialah cabang kepada pengetahuan Vedik. Pengetahuan tentang
astronomi dapat dipetik daripada Rig Veda. Ilmu matematik telah wujud dalam tamadun India
dan berkembang pest pada Zaman Gupta. Ahli matematik India telah mengetahui tentang

konsep geometri dan telah memperkenalkansistem nombor, iaitu angka Brahmin dan angka
Kharosti. Sistem angka juga telah wujud dalam tamadun Yunani, iaitu herodianicdan ionic.
Ilmu perubatan berkembang disebabkan kecendurungan masyarakatnya dalam fisiologi
kerana kaitannya dengan yoga.
SENI BINA
Masyarakat telah berupaya untuk membina binaan yang sangat baik. Hal ini dapat
dilihat pada binaan Great Bath. Oleh sebab kehidupan masyarakat India sangat erat
hubungannya dengan agama, maka bidang seni bina turut berkembang berdasarkan
keagamaan. Oleh itu, terlihat binaan yang berteraskan agama Buddha dan Hindu. Antara
binaan yang mengagumkan termasuklah binaan kompleks kuil di Gua Ajanta. Kompleks ini
mempunyai 20 buah kuil. Sementara itu kompleks kuil di Gua Ellora pula mempunyai 28 buah
kuil-gua dan dibina antara abad kelima hingga abad kelapan Masihi.
BAHASA DAN KESUSASTERAAN
Kelompok Dravidia dan Indo- Arya mempunyai budaya serta bahasa yang berbeza.
Bagi masyarakat Dravidia di bahagian selatan India bahasanya adalah seperti Telegu,
Malayalam, Kannada dan sebagainya. Bahasa utama pada Zaman Vedik ialah bahasa
Sanskrit.
Tamadun India turut menghasilkan satera agama Hindu dan Buddha, antaranya
termasuklah epik Mahabharata dan Ramayana. Mahabharata menceritakan peperangan
antara dua tentera, iaitu yang baik dan yang jahat. Ramayana pula ialah cerita inkarnasi Dewa
Vishnu sebagai Rama dan pergaduhannya dengan raja Sri Lanka yang melarikan isterinya,
Sita.
SISTEM SOSIAL
Dalam tamadun India, salah satu perkara penting yang harus diperhatikan dalam
sistem sosial ialah kewuujudan sistem kasta. Sistem ini merupakan sebuah institusi yang
sangat unik dan tidak ditemui dalam mana-mana tamadun dunia yang lain. Sistem ini
mempunyai empat kasta utama, iaitu Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sudra. Keempat-empat
kasta ini mempunyai tangggungjawabyang berbeza. Sistem kasta ini menjadi darah daging
kepada sistem sosial India dan sistem ini diikuti dengan ketat. Berdasarkan sistem ini, abtara
lainnya, seseorang lelaki tidak boleh mengahwini wanita daripada kasta yang berbeza dan
tidak boleh bercampur gaul dengan ahli kasta yang berbeza.
Adapted from : http://treebuilder.blogspot.com/2010/12/tamadun-india-dan-hubungannyadengan.html

MINGGU 14-15 : Interaksi Tamadun Asia dan Relevensinya di Malaysia dan Dunia
DENGAN MELAYARI INTERNET SILA DAPATKAN MAKLUMAT TENTANG ISU-ISU
SEMASA MENGENAI TAMADUN ISLAM DAN BARAT
Tempat : Blok E
Masa : 2.00-4.00pm

Multaqa Staf ABIM Dan Agensi


Pada 7 Mac yang lalu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah mengadakan majlis
multaqa membabitkan staf sepenuh masa ABIM serta agensi-agensi berkaitan seperti
Koperasi Belia Islam Malaysia (KBI), Yayasan Takmir Pendidikan, Islamic Outreach ABIM,
Hospital Al-Islam, serta Kolej Darul Hikmah.Multaqa ini diadakan untuk menghargai jasa-jasa
staf sepenuh masa ABIM serta agensi-agensi yang telah mencurahkan segala keringat, idea
serta masa untuk memastikan usaha dakwah ABIM di setiap lapangan kehidupan dapat
dijalankan dengan lancar, di samping memperbaharui tekad serta menyegarkan kembali visi
dan misi untuk membangun Khayra Ummah melalui pembacaan deklarasi-deklarasi oleh
wakil-wakil agensi, serta majlis bacaan ikrar oleh Pemangku Setiausaha Agung ABIM, Dr
Amran Muhammad.

Pertemuan Peguam Pembela Islam


Pada 13 Februari yang lalu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menerusi biro undangundang, telah mengadakan pertemuan membabitkan wakil Peguam Pembela Islam, Saudara
Abdul Rahim Sinwan, Naib Presiden Antarabangsa ABIM merangkap pengerusi Dewan
Pembela ABIM,Saudara Azril Mohd Amin, Exco Undang-undang ABIM, Saudara Jufitri Joha,
serta beberapa orang peguam. Sepanjang pertemuan ini, mereka yang hadir telah samasama berbincang serta berkongsi pengalaman berkenaan dengan isu-isu semasa seperti
murtad, penggunaan kalimah Allah, serta beberapa isu muktahir berkaitan dengan
perundangan syariah serta kedudukan Islam dalam konteks perlembagaan di negara ini.
Kesimpulannya, mereka yang hadir telah memutuskan untuk membentuk barisan peguam
muda pembela Islam untuk menangani isu-isu berkenaan dalam pelbagai kapasiti.*Barisan
Peguam Muda Pembela Islam mengalu-ngalukan penyertaan dikalangan barisan para
peguam muda Islam. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada webmaster@abim.org.my

ABIM Anjurkan Bengkel Strategik Menangani Isu Palestin

14 Feb 2008 Sabtu, Ampang - ABIM telah menganjurkan Bengkel Strategik Menangani Isu
Palestin bertempat di Islamic Outreach ABIM (IOA). Bengkel tertutup tersebut telah dihadiri
oleh Ahli Jawatankuasa Kerja ABIM Pusat serta Setiausaha ABIM Negeri. Antara keputusan
yang dicapai dalam bengkel tersebut termasuklah strategi jangka panjang untuk menangani
isu Palestin yang melibatkan kerjasama pertubuhan di peringkat antarabangsa, selain
memperkemas kempen boikot produk Israel dan pro-Zionis. Turut dilancarkan dalam bengkel
tersebut adalah buku 'Kebangkitan Generasi Salahuddin dan Kembalinya Al-Quds ke
Pangkuan Islam' tulisan Dr. Majid Irsan Kailani.

ABIM Sertai Pameran Festival Perkembangan Ekonomi Islam (I-Fest)


Bermula daripada 22 januari sehingga 26 januari yang lalu, Angkatan Belia Islam Malaysia
(ABIM), telah menyertai Festival Perkembangan Ekonomi Islam Malaysia (I-Fest) anjuran
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YAPEIM) di Mid Valley Megamall. Sepanjang program
tersebut, gerai ABIM telah menerima kunjungan daripada pelbagai pihak termasuk daripada
Ketua Pengarah YAPEIM sendiri, Datuk Abdul Malek Awang Kechil, yang berminat untuk
mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ABIM di samping membeli beberapa buku serta
penerbitan terkini keluaran ABIM,termasuk buku terbaru 'Isu-isu dalam pemikiran Islam' yang
ditulis oleh Dr Mohd Farid Shahran, Timbalan Presiden ABIM.Di samping itu, gerai ABIM juga
turut membuka tabung sumbangan GAZA untuk membolehkan para pengunjung menyalurkan
bantuan kepada mangsa-mangsa kekejaman di GAZA. Ribuan terima kasih diucapkan di atas
sumbangan yang diberikan dan sumbangan tuan-tuan dan puan-puan.

ABIM Serahkan Memorandum Bantahan Kepada Kedutaan A.S


Pada 9 hb Januari yang lalu, Naib Presiden Antarabangsa Angkatan Belia Islam Malaysia
(ABIM), Encik Azril Mohd Amin bersama dengan wakil-wakil NGO yang bernaung di bawah
Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Menentang Penindasan Rakyat Palestin
(Complete), semalam telah menyertai perhimpunan bantahan serangan tidak
berperikemanusiaan Israel ke atas Gaza di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala
Lumpur. Di samping itu, beliau beserta wakil-wakil NGO tersebut juga turut menyerahkan
memorandum bantahan kepada wakil kedutaan Amerika Syarikat di atas sikap membisu
negara kuasa besar dunia tersebut ke atas kekejaman yang dilakukan oleh Israel . Pada hari
yang sama juga, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menghantar wakilnya, Saudara
Muhd Raimi Abd Rahim untuk menyertai pelancaran kempen boikot barangan keluaran
syarikat yang menyumbang kepada keganasan Israel, yang diadakan di Masjid Negara, Kuala
Lumpur. Kempen ini yang dilancarkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Presiden ABIM Sertai Perhimpunan Aman Palestin


Pada 10 hb Januari yang lalu, Aman Palestine telah menjemput Presiden ABIM, saudara Yusri
Mohamad, untuk memberikan ucapan di Perhimpunan Palestine di Stadium Malawati, Shah
Alam, Selangor Darul Ehsan. Dalam ucapannya itu, saudara presiden telah menyeru kepada

para hadirin untuk sama-sama berdoa agar menjadi generasi ataupun kelompok yang mampu
meneruskan kesinambungan perjuangan suci Salahuddin Al-Ayyubi untuk membebaskan AlQuds dari cengkaman Zionis. Selain saudara presiden, ABIM juga diwakili oleh beberapa
orang aktivis dari ABIM Pusat serta ABIM Selangor, yang sama-sama hadir untuk menzahirkan
sokongan mereka ke atas usaha mengurangkan penderitaan serta kesengsaraan yang dialami
oleh penduduk-penduduk di Gaza. ( Sila Lihat Rakaman Video Disini www.madanitv.net )

Misi Skuad Prihatin Ke Pahang


Kuantan,10 Januari 2009/13 Muharam 1430H Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di
bawah Skuad Prihatin(SP) melalui misi kemanusiaan Bencana Alam: Banjir di Pantai Timur
telah menghantar seramai 7 orang aktivis yang diketuai oleh Dr.Saifullah Al-Hany Abd. Halim,
Ketua Biro Kesihatan ABIM. Rombonan kali ini menuju ke Pusat Pemindahan banjir daerah
Pekan yang terletak di balai raya Kg. Acheh.Sebanyak 6 keluarga yang terdiri 20 orang ahli
keluarga telah menghuni pusat pemindhan tersebut. SP juga telah dibantu oleh Sdr. Mahadi
Deraman, SU ABIM Pahang dan 9 orang sukarelawan ABIM Pahang ( pelajar perubatan dari
UIA kampus Kuantan ) bagi membantu mangsa banjir.Misi kali ini telah dipecahkan kepada 3
skuad iaitu skuad pemeriksaan kesihatan yang menyediakan perkhidmatan pemeriksaan
kesihatan yang percuma kepada penduduk kampung. Skuad kedua,skuad agihan
barangan(hygiene kit dan air mineral ABIM) yang diagih kepada lebih 25 buah rumah sekitar
kg. Acheh dan Kg. Sg.Ganchong.Skuad ketida skuad kidmat masyarakat yang ditugaskan
untuk membantu.
Siaran Media 21 Disember 2008/23 Zulhijjah 1429 - Penswastaan Institut Jantung Negara
(IJN) Wajar Dibatalkan Sahaja.
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), sebagai sebuah institusi rakyat yang prihatin,
membantah keras cadangan menswastakan Institut Jantung Negara (IJN) kepada Sime Darby
Sdn. Bhd. IJN merupakan satu-satunya pusat perubatan pesakit jantung di negara ini yang
menawarkan perkhidmatan yang bermutu dengan kadar bayaran yang berpatutan.
Penswastaan IJN yang bermotifkan keuntungan komersial dikhuatiri akan meningkatkan kos
rawatan yang seterusnya membebankan pesakit. ABIM menegaskan bahawa perkhidmatan
kesihatan adalah berteraskan keperluan umum atau public need yang sepatutnya disediakan
oleh kerajaan secara percuma atau pada kadar yang berpatutan.
Hari Kedua Di Tamrin Nuqaba Kebangsaan ABIM
Bangi 20 Disember2008 - Tamrin Nuqaba Kebangsaan ABIM, diteruskan lagi pada pagi ini
dengan sesi pembentangan Slot pertama oleh dua Tokoh ABIM iaitu Prof. Madya Dr Halim ElMuhammady dan Tuan Hj. Abd Halim Ismail. Sesi ini di pengerusikan oleh Sdr. Shirajuddin

Sirat salah seorang peserta Tamrin. Dimulakan dengan pembentangan oleh Prof. Madya Dr
Halim El-Muhammady dengan kertas kerja beliau yang bertajuk "Tarbiyyah Qur'aniyah
Pemantap Kerohanian Dan Pengukuh Gerakan Islam Dalam Menghadapi Cabaran Masa
Kini".
Seminar Isu-Isu Semasa Tamadun Ummah Peringkat Kebangsaan
Pada 25 jun 2008 Seminar Isu-Isu Semasa Tamadun Ummah Peringkat Kebangsaan anjuran
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Pertubuhan Muafakat
Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT) dan Universiti Malaya (UM) telah diadakan bertempat di
Hotel Grand Season, Kuala Lumpur. Presiden ABIM, Tn.Hj. Yusri bin Mohammad telah diberi
penghormatan dengan dijemput sebagai ahli panel forum yang bertajuk Isu-isu semasa Umat
Islam dan Cabarannya. Turut sama dijemput untuk menjadi ahli panel di dalam forum tersebut
adalah Prof. Dato Muhammad bin Abu Bakar dari Universiti Malaya. Forum tersebut
dipengerusikan oleh Ustaz Ismail bin Noor dari JAKIM. Seminar ini dianjurkan khusus untuk
membincangkan kepentingan menjaga survival umat Melayu di zaman ini, dengan tumpuan
diberikan khusus kepada agenda Islam secara keseluruhannya. Seminar ini meliputi
perbincangan membabitkan pelbagai mauduk penting, di samping merangka perencanaan
secara sistematik dan keperluan untuk merubah sikap kaum Melayu.
Adapted from : http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/isu-isu-semasa-mengenaitamadun-islam.html

MINGGU 16: Islam Hadhari dan Proses Pembangunan Negara


GARISKAN 10 PRINSIP ISLAM HADHARI DAN HURAIKAN 5 DARIPADANYA
Tempat : Blok E
Masa : 2.00-4.00pm

1. Keimanan dan ketaqwaan kepada allah


i. Keimanan yang mantap
ii. Ketaqwaan yang menyeluruh
iii. Pegangan agama yang teguh
iv. Pengamalan kolektif dan nilai-nilai murni
v. Masyarakat beragama yang berteraskan prinsip rukun Negara
2. Kerajaan adil dan beramanah
i. Pentadbiran yang adil bagi semua rakyat
ii. Urus tadbir yang berkesan, telus, amanah, ikhlas, tekun dan tanggungjawab
iii. Kebajikan rakyat terpelihara
iv. Berjimat cermat elak pembaziran
3. Rakyat berjiwa merdeka
i. Semangat jati diri
ii. Berfikiran terbuka
iii. Kreatif dan inovatif
iv. Mampu bersaing
v. Berdaya maju
vi. Tidak terbelenggu kesan penjajah
vii. Berdikari
viii. Berusaha menerima perubahan
4. Penguasaan ilmu pengetahuan
i. Umat yang cintakan ilmu
ii. Menjadi bangsa peneroka ilmu
iii. Mendalami ilmu fardhu ain
iv. Menguasai semua bidang ilmu kifayah
v. Bersedia menggialkan ilmu negative yang boleh merosakkan akidah dan masysarakat
5. Pembangunan ilmu seimbang dan komprehensif

i. Umat yang mengambil berat tuntutan fardhu kifayah


ii. Umat yang maju dibidang ekonomi
iii. Negara yang maju dan barakah
iv. Elak pembaziran dalam aktiviti ekonomi
v. Mengutamakan golongan kurang berkemampuan
vi. Negara membangun berasaskan ekonomi yang halal
vii. Keseimbangan ekonomi antara Bandar dan luar Bandar
viii. Kerjasama kondusif antara sector awam dan swasta
ix. Mengutamakan kepada ekonomi tang berkait rapat dengan keperluan asasi rakyat
6. Kehidupan berkualiti
7. Pembelaan hak minoriti dan wanita
8. Keutuhan budaya dan moral
9. Pemeliharaan alam sekitar
10. Kekuatan pertahanan

Adapted from : http://www.scribd.com/doc/53799982/87/SISTEM-SOSIAL

MINGGU 17: Islam Hadhari dan Proses Pembangunan Negara


HURAIKAN 5 PRINSIP ISLAM HADHARI SETERUSNYA
Tempat : Blok E
Masa : 2.00-4.00pm
1. Kehidupan berkualiti
i. Menjadikan ibadat asas kehidupan berkualiti
ii. Tempat tinggal yang selesa
iii. Persekitaran yang selamat
iv. Kehidupan yang sihat
v. Keluarga yang harmoni
vi. Pemakanan yang berkualiti
vii. Masyarakat yang penyayang
viii. Prasarana yang lengkap dan sempurna
2. Pembelaan hak minoriti dan wanita
i. Member perhatian kepada kumpulan etnik yang minor
ii. Beri keadilan yang sewajarnya kepada wanita
iii. Memberi perhatian kepada ibu tunggal
iv. Member perhatian kepada OKU
3. Keutuhan budaya dan moral
i. Memperteguh dan memelihara budaya berdasarkan nilai-nilai agama
ii. Membangunkan nilai moral masyarakat berdasarkan nilai murni
iii. Menangani secara berkesan budaya yang tidak sihat
4. Pemeliharaan alam sekitar
i. Kesedaran dan tanggungjawab manusia sebagai khlifah
ii. Pemuliharaan alam semulajadi yang berkesan
iii. Pembangunan yang seimbang dan berkesan
iv. Memanfaatkan sumber alam untuk perkara kebaikan
v. Mengelak pembaziran sumber alam
vi. Mengekalkan keindahan alam
vii. Memelihara sumber air dan udara
viii. Melindungi habitat kehidupan fauna
5. Kekuatan pertahanan
i. Membina pertahanan melalui modal insan (mental dan spiritual)
ii. Menyemarakkan semangat patriotic dan cintakan Negara
iii. Memastikan sistem pertahanan terbaik dan disegani
iv. Membangunkan kekuatan pertahanan berasaskan teknologi

Adapted from : http://www.scribd.com/doc/53799982/87/SISTEM-SOSIAL

MINGGU 18: Islam Hadhari dan Proses Pembangunan Negara


BINCANGKAN PERSOALAN BERKAITAN DENGAN TAJUK YANG TELAH DIPELAJARI
SEBELUM INI
Tempat : Blok E
Masa : 2.00-4.00pm

Tamadun Islam Vs. Tamadun Barat


Islam telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia. Ilmuan serta
cendekiawan Islam seperti Ibn Sina atau Avicenna, Ibn Rushd atau Averroes dan AlKhawarizmi telah menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dunia. Malahan
pembangunan ilmu dalam Dunia Islam telah diakui sebagai mangkin kepada Zaman
Pembaharuan (bahasa Inggeris: Renaissance) di Eropah yang akhirnya melahirkan satu
tamadun yang gemilang di sana.
Bangsa Barat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar menterjemah malah
mempelajari pelbagai jenis ilmu dari dunia Islam Sepanyol dan lain-lain wilayah di Timur
Tengah. Ilmu-ilmu yang diterjemah itu melewati ilmu-ilmu falsafah, perubatan, astronomi,
matematik, logik, akhlak, kimia, dan algebra. Lahir Universiti-universiti Naples, Bologna,
Universiti Paris, Oxford, dan Koln, akhirnya Eropah berjaya melepasi Zaman Kelam meluncur
menuju Zaman Pembaharuan. Ilmu-ilmu dari dunia Islam telah membawa kejayaan kepada
bangsa Eropah.
Berbezaan antara Tamadun Islam dengan Tamadun Barat
Kehebatan tamadun Islam telah mengubah arah kegelapan tamadun barat menjadi sebuah
tamadun yang hebat hingga ke hari ini. Kajian demi kajian dibuat terhadap tamadun Islam
telah melahirkan banyak ahli fikir eropah. Secara kasar tamadun Islam lebih mementingkan
akhlak keperibadian mulia setiap insan tanpa membezakan setiap bangsa. Namun tamadun
barat lebih mementingkan kepada keuntungan atau lebih tepat materialistik (kebendaan)
walaupun soal ahklak insan terbiar. Beberapa persoalan adakah tamadun barat yang bangkit
daripada tamadun Islam boleh di sama erti dengan tamadun Islam
Kenapa suasana maju tidak terjadi di alam Melayu
Kenapakah suasana maju dan cemerlang itu tidak terjadi di alam Melayu walaupun Islam dan
ilmu-ilmu dari dunia Islam Timur Tengah telah dipelajari sejak abad ke-13 lagi? Cubalah
bandingkan hakikat ilmu di Nusantara dan di Eropah itu bagi mengenal pasti apakah yang
menyebabkan orang Melayu terbelakang atau mundur, walhal daerah Nusantara ini bukan

seperti Antartika. Nusantara adalah daerah yang subur dan kaya dengan pelbagai hasil bumi
dan pertanian.
Ilmu pengetahuan dari Timur Tengah yang dibawa ke alam Melayu bukanlah seperti yang
terjadi di Eropah. Eropah menerima ilmu-ilmu dari dunia Islam sewaktu umat Islam berada
dalam kekuatan dan kemajuan. Sebab itu ilmu-ilmu yang disifatkan sebagai "akademik" itu
berkembang pesat di Eropah dan akhirnya mereka maju.
Nusantara mewarisi suasana yang lemah dan mundur justeru kerajaan-kerajaan Islam di
Timur Tengah telah jatuh ke tangan bangsa Tartar. Pada tahun 1258 ataupun abad ke-13, Kota
Baghdad telah ditawan oleh bangsa ganas Tartar tersebut. Kumpulan-kumpulan Sufi
kemudiannya mengambil peranan menjaga Islam.
A H Johns dalam eseinya, "Ahli Sufi dan Karya Penulisan Sejarah" (Muslim Mystics and
Historical Writing) mengungkapkan apa yang telah disebutkan oleh Gibb tentang hal kejatuhan
ini:
"Selepas penawanan pemerintahan Khalifah, tugas memeliharakan penyatuan Masyarakat
Islam diserah kepada ahli-ahli sufi, iaitu suatu perkembangan yang tertimbul daripada
perhubungan yang rapat di antara kalangan sufi Sheikh serta pengikut-pengikutnya, semangat
mubaligh sufi, dan asas popular pergerakan itu. Mazhab sufi semakin menjadi asas yang stabil
dan berdisiplin dan sebahagiannya menyebar ke kawasan yang luas." (dipetik oleh A H Johns
1993, 39).
Maksudnya setelah berlaku serangan bangsa ganas itu, orang-orang Sufi telah muncul dan
berfungsi menyelamatkan Islam. Dan mereka ini mengembangkan aktiviti mereka ke wilayahwilayah yang lebih luas. Para sufi pengembara telah melakukan pengembaraan hingga ke
Nusantara. Mereka berjaya menyebarkan Islam kepada penduduk Nusantara dalam semua
lapisan masyarakat. Berkat dan keistimewaan mereka telah menyebabkan berlaku
perkahwinan dengan wanita tempatan, maka bertambah luaslah kegiatan pengislaman.
Mengikut Prof Naguib, tariqat Naqsyabandiah adalah antara yang terbesar. Selain daripada
tariqat ini ada lapan lagi tariqat yang besar. Tariqat-tariqat itu ialah Qadariyyah, Rifaiyyah,
Syadiliyyah, Chistiyyah, Syatariyyah, Ahmadiyyah, Tijamiyyah dan Alawiyyah (Naguib, 1963,
32).
Daripada sembilan tariqat ini terdapat banyak lagi organisasi yang lain. Ia bermula dengan 14
jenis tariqat kemudian berpecah lagi kepada 163. Jadi kalau dicampur dengan yang asal,
menjadikan 177 tariqat, tetapi yang masih kekal hingga ke hari ini berjumlah 76 jenis tariqat
sahaja (Abu Hassan Sham, 1980, 75).
Sarjana Sastera Melayu Klasik dari Rusia Vladimir I Braginsky dalam pendahuluan untuk
bukunya, Tasawuf dan Sastera Melayu mengungkapkan bahawa di Nusantara ini tasawuf

telah diserap masuk ke dalam kehidupan umat Melayu: "Sejak akhir abad ke-14 terutama
sekali abad ke-16-17, tasawuf selalu memainkan peranan yang sangat penting dalam sejarah,
agama dan budaya di kawasan Melayu Indonesia yang maha luas itu.
Cukup dikatakan bahawa bentuk Sufi ternyata bentuk yang paling sesuai dengan mentalitas
rakyat-rakyat di dunia kepulauan itu, bagi tersebar luasnya Islam di kalangan mereka.
Semangat toleransi yang menjadi kelaziman dalam tasawuf mazhab Ibn Arabi yang agung itu
serta juga kecekapan dan kefasihan mubaligh-mubaligh sufi yang tahu jalan-jalan menuju hati,
baik para intelek dan aristokrat yang terpelajar mahupun rakyat jelata, sangat
mempermudahkan bagi masuknya agama Islam ke dalam semua lapisan masyarakat. (1993,
xi)
Amalan-amalan sufi ini adalah pada peringkat untuk menebal keyakinan dalam hati dan
menjalinkan keakraban yang tinggi dalam konteks hubungan intim dengan Tuhan. Selain itu
ilmu-ilmu asas Islam seperti Fekah, Tauhid, al-Quran dan al-Hadith serta lain-lain terus
dipelajari. Pelajar-pelajar Melayu-Indonesia yang mendapat didikan di Makkah dan Madinah
pada musim haji atau selepas musim haji kembali ke Nusantara dan mengembangkan ilmuilmu itu kepada masyarakat setempat. (Azyumardi Azra, 1995, 17)
Samudra Pasai (1280-1400) adalah tempat penulisan kitab-kitab agama dan kesusasteraan
Melayu. Melaka (1400-1511) juga menampilkan hal yang serupa, ditambah lagi dengan ceritacerita hikayat pahlawan-pahlawan agung seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat
Muhammad Ali Hanafiah yang dibaca untuk memulihkan semangat orang-orang Melayu untuk
menentang Portugis pada 1511.
Aceh (1511-1650) memaparkan para sultan yang berminat kepada agama. Pusat pengajian
agama didirikan. Sewaktu pemerintahan Sultan-sultan Iskandar Thani, Sultan Iskandar Muda
dan Sultan Safiatuddin, ilmu pengetahuan khasnya agama dan tasawuf berkembang pesat.
Lahir di sini pujangga Hamzah Fansuri, Samsuddin al-Sumatrani, Nuruddin al-Raniri, Abdul
Rauf Singkel, Bukhari al-Jauhari dan lain-lain. Hamzah Fansuri terkenal dengan buku-buku
tasawuf aliran Wujudiah.
Suasana yang serupa lahir di Johor-Riau (1650-1800). Raja-raja Riau juga berminat pada ilmu
pengetahuan agama dan kesusasteraan. Bandar Penyegat menjadi pusat pengajian Islam dan
banyak menerbitkan buku-buku bidang itu. Raja Ahmad, ayah Raja Ali adalah seorang yang
sangat gemar pada ilmu agama. Raja Ali Haji adalah antara keluarga diraja yang menjadi alim
dalam bahasa dan agama terutamanya usuluddin dan tasawuf.
Peminat-peminat persuratan klasik atau para pembaca yang berhasrat untuk mengetahui
buku-buku dan corak ilmu dalam bidang-bidang sastera, fekah, usuluddin, tasawuf, kisah nabinabi dan sebagainya bolehlah membaca buku Tengku Iskandar, Kesusasteraan Klasik Melayu

Sepanjang Abad (1995). Buku ini sangat menyeluruh tentang tajuk yang dibicarakan di atas.
Setelah mengesan sejarah dan perkembangan pemikiran umat Melayu di Nusantara ini,
penulis berpendapat senario pemikiran, falsafah hidup dan budaya orang-orang Melayu
dahulu berlegar-legar sekitar agama dan kesusasteraan. Alam Melayu dikuasaikan oleh faham
ketuhanan, kemanusiaan dan kebudayaan. Bangsa Melayu dan lain-lain suku bangsa di
kawasan ini telah menikmati kemajuan-kemajuan dalam bidang ini. Namun seperti yang
disebutkan di atas, ilmu-ilmu yang ada itu tidak luas dan tidak dapat menyelamatkan umat ini
apabila diserang oleh contohnya bangsa-bangsa Barat.
Penentangan yang keras memang ada di lokasi-lokasi serangan yang terjadi, tetapi sejarah
memaparkan umat ini kalah lalu tanah air yang subur ini dijajah. Sebab utama di sini ialah
bangsa asing itu memiliki kecekapan yang lebih tinggi berbanding dengan kebolehan umat
Melayu di daerah ini.
Inilah persoalan yang perlu diperhatikan, bahawa citra Islam yang tiba di kawasan kita pada
abad ke-13 itu adalah citra Islam yang sudah lemah dan mundur. Tidak seperti yang terjadi di
Eropah di abad pertengahan, seperti yang telah disentuh di atas. Ilmu-ilmu yang mengalir ke
Eropah meliputi ilmu-ilmu yang mampu memajukan pemikiran dan pencetusan gagasangagasan saintifik seperti falsafah, matematik, fizik, perubatan, etika, psikologi, politik,
astronomi, kimia, optik, dan muzik.
Ilmu ini diambil dan dipelajari secara serius di Eropah, iaitu di pusat-pusat pengajian tinggi
yang telah disebutkan di atas. Sebaliknya setelah umat Islam parah diserang dan ditawan oleh
bangsa Tartar dan Baghdad jatuh ke tangan mereka pada tahun 1258, maka ilmu yang
disebutkan itu tidak sampai ke sini. Ilmu yang tiba bukanlah dari Baghdad, Harran
Iskandariyah, Antiokh iaitu kota-kata intelek dan saintifik, sebaliknya dari Makkah dan
Madinah. Dua kata ini adalah kota agama yang penting dalam Islam dan ilmunya juga adalah
ilmu-ilmu agama dalam gugusan usuluddin dan syariah serta kaya dengan amalan tasawuf.
Jadi inilah ilmu-ilmu yang dipindahkan ke Nusantara.
Umat ini "maju" hanyalah dalam konteks yang terhad. Perkembangan rasionalisme dan
saintifik yang disebutkan oleh Naguib juga adalah dirujuk dalam perkembanganperkembangan ini dan dari sudut perubahan dari Hinduisme-Buddhisme kepada Islam bukan
seperti yang berlaku di Eropah di abad pertengahan.
Ilmu-ilmu yang mampu menjana kemajuan dalam erti yang lebih luas tidak sampai ke daerah
ini. Oleh itu kita terkebelakang hingga kini. Penjajahan yang berlaku hanyalah menambah
parah pada situasi masyarakat yang sudah lemah!
Adapted from : http://titas-haba.blogspot.com/2012/02/tamadun-islam-vs-tamadunbarat.html

Anda mungkin juga menyukai