Anda di halaman 1dari 1

Penghapusan jaminan penempatan guru pelatih

PADA masa ini, guru pelatih Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan Institut
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dijamin pelantikan sebagai guru tanpa mengambil
kira prestasi mereka tetapi jaminan pelantikan ini akan dihapuskan dalam
tempoh Rancangan Malaysia Ke-10.
Dengan ini, hanya guru pelatih yang memperoleh pencapaian terbaik dan
berkelayakan akan ditawarkan jawatan guru.
Penghapusan jaminan pelantikan ini bertujuan memastikan penetapan keperluan
kualiti minimum bagi guru baru.
Langkah ini akan meliberalisasikan sistem latihan guru dan beralih kepada
sistem terbuka bagi menambah sumber guru terlatih.
Dengan pertambahan ini, lebih ramai guru pelatih yang cemerlang dapat dilantik
sebagai guru di sekolah rendah dan menengah.
Pendekatan ini akan meningkatkan persaingan di kalangan guru pelatih dan
menambah baik kualiti sistem pendidikan secara keseluruhan. Tawaran Baru
untuk Semua Guru bagi meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Dalam tempoh
Rancangan, Kerajaan akan melancar dan melaksanakan Tawaran Baru yang
menyeluruh kepada semua guru bagi menjadikan profesion keguruan lebih
menarik serta meningkatkan profil dan profesionalisme kerjaya ini.
http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?
y=2010&dt=0727&pub=DuniaPendidikan&sec=Isu_Semasa&pg=is_04.htm

Anda mungkin juga menyukai