Anda di halaman 1dari 6

Nama : Tharchanaa A/P Subatheeran

Tahun: 2 Malligai
Guru :

Wakil dari
Kerajaan
Persekutuan
Tanah
Melayu yang
hadir sama
pada
upacara itu
ialah
Dato
Abdul Razak
Hussein,
Dr. Ismail Abdul Rahman, Encik T.H.Tan, Encik Abdul Kadir Shamsuddin,
Kolonel H.S. Lee dan wakil-wakil daripada Raja-raja Melayu yang terdiri
daripada Dato Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin Toh Muda
Abdul Aziz (wakil Sultan Perak), Dato Nik Ahmad Kamil (wakil Sultan
Kelantan), Dato Mohd. Seth Mohd. Said (wakil Sultan Johor) dan Encik
Abdul Aziz Majid (wakil Sultan Selangor). Manakala perwakilan daripada
Kerajaan British yang turut serta pada upacara ini ialah Mr. John Hore,
Menteri Negara; Mr. Donald MacGillivary, Pesuruhjaya Tinggi British bagi
Persekutuan Tanah Melayu; Mr. David Watherston, Ketua Setiausaha
Persekutuan Tanah Melayu dan Mr. Oscar Spencer, Menteri Hal Ehwal
Ekonomi Persekutuan Tanah Melayu.
Sekembalinya rombongan Perjanjian Kemerdekaan tersebut ke Tanah Melayu,
Pada 20 Februari 1956, YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri
Persekutuan Tanah Melayu telah mengumumkan bahawa menurut Perjanjian
Kemerdekaan yang ditandatangani pada 8 Februari 1956, Persekutuan Tanah
Melayu akan mencapai kemerdekaan secara rasminya pada 31 Ogos 1957.
Pengumuman itu disambut dengan jeritan "Merdeka! Merdeka! Merdeka!" oleh
lebih daripada 100,000 orang yang datang dari seluruh pelosok
Persekutuan Tanah Melayu. Kepulangan rombongan tersebut yang sememangnya

ditunggu diiringi oleh sepasukan pemuda bermotosikal dan berpuluh-puluh


buah kereta dari Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka ke Padang Banda
Hilir, Melaka.

Melaka
dipilih
sebagai
tempat
untuk
mengumumkan
tarikh
kemerdekaan
sebagai
simbolik
bahawa
negeri
tersebut
adalah
antara yang
mula-mula
dijjah oleh kuasa asing; Portugis 1511, Belanda 1641 dan juga British
1824. Tahukah anda ketika sambutan pada hari tersebut, Tunku menaiki
pentas yang dibuat dengan menggunakan dua biji lori yang digabungkan
menjadi satu? Pada ketika itu, tidak ada peruntukan kewangan, rakyat dan
pemimpin Persekutuan Tanah Melayu bersatu hati untuk menjayakan sambutan
kemerdekaan.
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya telah menjemput 53
pemimpin negara dan isteri masing-masing menghadiri sambutan Kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu. Pada ketika itu, hanya ada 5 buah hotel yang
mempunyai taraf sebagai hotel mewah dan sesuai untuk menjadi tempat
penginapan tetamu kehormat dari luar negara.

Anda mungkin juga menyukai