Anda di halaman 1dari 4

SJK(T) LADANG KULAI BESAR

MINGGU PENDIDIKAN KHAS


SJK(T) LADANG KULAI BESAR
2014
TARIKH :
26.10.2014 - 30.10.2014

TEMPAT :
KELAS PENDIDIKAN KHAS

SJK(T) LADANG KULAI BESAR

1. PENDAHULUAN
Program minggu Pendidikan Khas ini merupakan projek PPKI SJK(T) Ladang Kulai
Besar. Penyertaan pelajar sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam atau di
luar sekolah merupakan intipati di dalam dunia Pendidikan Khas yang perlu didedahkan
kepada pelajar.
Sehubungan dengan itu minggu Pendidikan Khas ini dirangka bagi mencapai tujuan
di atas.Ia merupakan titik tolak bagi melahirkan pelajar khas yang berupaya
berdikari,mampu merancang dan seterusnya dapat mengaplikasikan kemahiran di dalam
menguruskan kehidupan.
Aktiviti ini merupakan pengayaan kepada Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) iaitu
dalam bidang Matematik (jualbeli,wang) Pengurusan Tingkah Laku (mengawal tingkah
laku), Bahasa Melayu (komunikasi) dan Sains Sosial
Salah satu program aktiviti pembelajaran untuk murid-murid Pendidikan Khas adalah
berbentuk program pembelajaran di luar kelas.Ini kerana murid-murid diberi pendedahan
dan melihat sendiri apa yang berlaku di sekitar mereka.Antara program luar yang
dirancang adalah aktiviti keusahawanan iaitu jualan.Ia merupakan satu program untuk
membantu meningkatkan potensi diri murid dari segi emosi dan kognitif.
Selain itu program ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan
menzahirkan semangat kekitaan antara semua warga SJK(T) Ladang Kulai Besar
terutama antara murid Pendidikan Khas dan murid Aliran Perdana.
2. OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi dan sosial antara
murid-murid
2.2 Memberi pendedahan kepada murid mengenai kaedah perniagaan dan

mengaplikasikan pembelajaran di dalam kehidupan seharian.


2.3 Melibatkan diri pelajar dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan.
2.4 Melatih murid berdikari,bertanggungjawab dan berkemahiran dalam
keusahawanan.
2.5 Meningkatkan kesedaran mengenai Pendidikan Khas dalam kalangan guru-guru
biasa dan murid aliran perdana
3. SASARAN
Semua murid dan guru SJK(T) Ladang Kulai Besar
4. TARIKH

: 26 Oktober 2014 - 30 Oktober 2014

5. TEMPAT

: Kelas Pendidikan Khas

6. AHLI JAWATANKUASA KERJA


Penasihat

: En. D. Munusamy

Pengerusi

: Pn.R.Jayabarathi

Naib Pengerusi : Pn.Norhaida Bt A.Azam Bashah


Setiausaha

: Pn.D.Angeline

Bendahari

: Pn.Siti Hasnah Bt. Abdul Hamid

AJK Penggerak : Ibubapa dan Murid Pendidikan Khas


7. AKTIVITI PROGRAM
a) Membuat aktiviti keusahawanan seperti jualan
b) Membuat pameran Pendidikan Khas untuk warga SJK(T) Ladang Kulai Besar
8. JADUAL AKTIVITI PROGRAM
MASA
26 / 10 / 2014
30 / 10 / 2014

AKTIVITI
* penjualan kraftangan
* penjualan cenderamata
* penjualan makanan

TINDAKAN
AJK Program

9. ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL
1.
2
3
4
5
6
7
8
9

ITEM
Kertas A4 80gsm Berwarna
Gam UHU
Reben Pelbagai warna
Manik-manik
Dadih Pelbagai Perisa
Mangkuk Plastik (untuk dadih)
Laminate film
Bunga Hiasan
Hot Glu

KUANTITI
5 pek
20
10
10 paket
5 paket
2 paket
1 kotak
5 paket
1 paket
JUMLAH

HARGA
RM 107.50
RM 18.00
RM 20.00
RM 20.00
RM 30.00
RM 20.00
RM 40.00
RM 10.00
RM 8.00
RM 253.50

10. PENUTUP
Dengan terlaksananya Program Minggu Pendidikan Khas ini diharap dapat
mengeratkan lagi hubungan dan muhibah dalam kalangan warga SJK(T) Ladang
Kulai Besar ibubapa dan murid .

Disediakan oleh :

Disahkan dan Diluluskan oleh:

.............................

........................................

(Pn.D.Angeline)

Anda mungkin juga menyukai