Anda di halaman 1dari 18

HBEF1403 Seni dalam Pendidikan

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF1403
SENI DALAM PENDIDIKAN
TAJUK TUGASAN :

NAMA

: BAHARIM BIN ADNAN

NO KAD MATRIK

: 801009035825002

NOMBOR TELEFON

: 012-6878360

ALAMAT EMAIL

: baim910@yahoo.com

NAMA TUTOR

: EN. ABD. RAHIM B. ARIS

PUSAT PEMBELAJARAN: PUSAT PEMBELAJARAN OUM


SEREMBAN ,NSDK.

AMBILAN SEPTEMBER 2009

HBEF1403 Seni dalam Pendidikan

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

SOALAN 1
1.0 Pengenalan

1.1 Tema Persekitaran

1.2 Tema Masyarakat

1.3 Tema Komunikasi

1.4 Penutup

SOALAN 2
2.0 Rancangan Pengajaran Harian
2.1 Rancangan Pengajaran Harian Kemahiran Hidup

10

2.2 Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu

12

2.3 Rancangan Pengajaran Harian Muzik

13

2.4 Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Seni


Visual

14

2.5 Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Islam

15

Rujukan

16

HBEF1403 Seni dalam Pendidikan

SOALAN 1

1.0 Pengenalan
Menurut Kostelnik (1989), theme teaching involves offering children an array of
activities built arround a central idea. Machedo (1989) menyokong pendapat ini, iaitu
tema adalah suatu koleksi aktiviti berkenaan sesuatu subjek ataupun idea tertentu. Subjek
ataupun idea ini menyeluruh dan merangkumi banyak bidang kurikulum.
Pendekatan tema atau bertema menekankan tema pembelajaran. Strategi
pengajaran bertema ataupun unit menyediakan isi kandungan dan rangka untuk
menyusun aktiviti pembelajaran dan mengintegrasikan pelbagai bidang kurikulum.
Kanak-kanak dapat membina kemahiran dan mempelajari topik-topik tertentu dalam
ruang lingkup yang lebih luas. Kemahiran dan konsep yang akan dikuasai oleh kanakkanak disesuaikan dengan tema pembelajaran. Pendekatan tema menyediakan kandungan
dan kerangka kerja untuk susun aktiviti pembelajaran dan merentasi pelbagai bidang.
Pengajaran kemahiran yang disampaikan adalah secara berperingkat-peringkat mengikut
tahap umur kanak-kanak.
Selain itu, peluang lebih terbuka untuk kanak-kanak menerokai pelbagai bidang
pengalaman melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Pengalaman guru dan juga pengalaman kanak-kanak perlu dititikberatkan sebelum
memulakan pengajaran bertema. Unit-unit perlu dirancang berdasarkan minat kanakkanak dan sesuai dengan latar belakang pengalaman dan tahap perkembangan mereka.
Pendekatan bertema seringkali digunapakai untuk memenuhi keperluan
pendidikan asas dalam perkembangan kanak-kanak. Program ini mantap dan efektif
kerana ia menggabungjalinkan pelbagai perspektif budaya, pengalaman dan kepakaran
artistic. Pendekatan ini sesuai dengan gaya pembelajaran, mencerminkan budaya dan
minat murid dan guru. Pendekatan ini melibatkan bidang-bidang lain tetapi
membincangkan perkara yang sama iaitu haiwan sebagai tema. Pendekatan bertema
melibatkan bidang yang luas tetapu tidak mendalami. Kemahiran yang berbeza tetapi

HBEF1403 Seni dalam Pendidikan

bukan tujuan untuk mendalami topik. Tema boleh dianggap sebagai rangsangan ke arah
pembelajaran.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bertema dapat membawa faedah kepada
kedua-duanya; iaitu guru dan kanak-kanak:

Kanak-kanak dapat mendalami topik yang disenaraikan. Di samping itu, kanakkanak dapat belajar melalui pengalaman yang dilalui sendiri.

Kurikulum berdasarkan pengajaran bertema menarik dan pelbagai. Dengan


adanya tema yang menyatukan sesuatu kurikulum, program atau aktiviti, bahan
pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dapat dipelbagaikan. Oleh itu,
pendekatan bertema membolehkan kanak-kanak melibatkan diri dalam pelbagai
aktiviti pengukuhan dan pengayaan, di samping mendapat pengetahuan yang
menyeluruh dan mendalam berkenaan subjek ataupun idea utama.

Guru juga tidak akan kekeringan idea bagi mencari aktiviti yang berkaitan setiap
kali merancang jadual aktiviti.

Selain daripada menambahkan pengetahuan kognitif kanak-kanak, pengajaran dan


pembelajaran bertema ini juga menggalakkan ciri kepimpinan , berkeyakinan diri,
sikap saling membantu, bertoleransi dengan pendapat yang berbeza dan
bekerjasama antara kanak-kanak.

Pendekatan bertema yang memberi kanak-kanak peluang bekerja dalam kumpulan


bagi menyiapkan projek dapat meningkatkan kesedaran sosial serta pemahaman
berkenaan peranan sosial dan tanggungjawab sebagai ahli kumpulan.

Tema bukan sahaja sebagai tajuk atau subjek tetapi tema meneroka pengalaman
manusia dari segi pandangan atau perspektif dan seringkali boleh menimbulkan isu. Ia
merupakan kandungan maklumat dan memberi peluang kepada pelajar untuk
memindahkan maklumat kepada ilmu melalui proses individu. Tema memberi makna dan
tujuan untuk pembelajaran.
Menurut Nani Menon (2007), keberkesanan dan kejayaan pengajaran bertema ini
bergantung kepada daya usaha,kemahiran dan kesungguhan guru itu sendiri dalam
merancang tema dan memilih aktiviti-aktiviti yang sesuai agar suasana pembelajaran
seronok dan hidup.

HBEF1403 Seni dalam Pendidikan

1.1 Tema Persekitaran


Tema ini merangkumi elemen fizikal dan sosial.Elemen fizikal adalah pelbagai
bahan, ruang untuk bermain dan cukup masa memberi kesan ke atas perkembangan
kanak-kanak bermain. Elemen sosial pula dipengaruhi oleh gaya penjagaan ibubapa,interaksi dengan rakan sebaya dan sokongan. Kedua-dua elemen ini berinteraksi
dengan tahap perkembangan kanak-kanak, pengalaman lalu, masa dan ruang
perlindungan.Tema persekitaran dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu alam semula
jadi, buatan manusia dan teknologi.
Tema

persekitaran

rumah,pembinaan,bangunan,jentera
persekitaran

teknologi

pula

buatan

manusia

pembinaan,perabot
adalah

bercorak

adalah

dan

lain-lain

termasuk
lagi.

globalisasi,dunia

Tema
tanpa

sempadan,komunikasi melalui internet,pelbagai jenis pengangkutan dan lain-lain.


Tema persekitaran boleh digunakan untuk mempertingkatkan daya kreativiti dan
kefahaman di kalangan murid. Selain itu, melalui penggabungjalinan mata pelajaran,tema
ini dapat membantu murid meneroka pergerakan kreatif,imej,bunyi serta membantu
murid untuk meluahkan perasaan mereka secara bebas. Melalui penggabungjalinan mata
pelajaran, Sains, Bahasa dan Matematik digunakan selain pelajaran Muzik, Seni Visual
dan P. Jasmani di dalam pengajaran tema ini. Berikut adalah kelebihan, kekuatan dan
cabaran di bawah tema persekitaran melalui subjek- subjek yang boleh dikaitkan dengan
tema tersebut:Tema persekitaran : Pokok
Muzik :

- Bunyi yang kuat ketika pokok tumbang


- Bunyi yang lembut apabila daun gugur,angin bertiup

Seni Visual

- mewarna dan menggambarkan perasaan seperti gembira, marah dengan


menggunakan sapuan berus dengan pelbagai warna.

Matematik

- menganggar ketinggian sesuatu pokok di bawah topik ukuran panjang.

Sains

- Proses fotosintesis pokok.

HBEF1403 Seni dalam Pendidikan

Kelebihan
i. Dapat mewujudkan suasana yang menyeronokan dan kondusif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran , contohnya murid dapat belajar di luar kelas.
ii. Dapat menyemai daya imaginasi melalui penerokaan, contohnya mewarna dan
menggambar.
iii. Dapat memperbaiki kemahiran interpersonal dan intrapersonal melalui hubungan
antara murid.
vi. Dapat menyemai nilai empati, harmoni dan pemahaman sesama insan yang pelbagai
budaya
Kekuatan
i. Pelajar berpeluang untuk meluahkan perasaan berdasarkan pengalaman verbal dan
bukan verbal sama ada berbentuk pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik
berasaslam tema yang diberi
ii. Persembahan akan menjadi lebih menarik melalui pelbagai aktiviti dan kreativiti yang
tinggi
Cabaran
i. Kecekapan guru di dalam pelbagai bidang mata pelajaran
ii. Untuk membentuk jaringan ahli dalam kumpulan

1.2 Tema masyarakat


Situasi masyarakat memberi penekanan terhadap manusia,sosial dan budaya.
Setiap insan adalah penting di dalam memainkan peranan mewujudkan pelbagai lapisan
masyarakat. Kebudayaan adalah cara kehidupan yang merangkumi pelbagai perbezaan
mengikut latar belakang,keluarga dan individu. Oleh yang

demikian, tema ini

menekankan tentang manusia,masyarakat dan budaya. Pembelajaran sosial yang


bertepatan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dapat membantu murid dari segi tahap
kesedaran dan lebih mendalami tentang masyarakat,pengalaman dan menghargai pelbagai
budaya yang wujud dalam masyarakat kita.

HBEF1403 Seni dalam Pendidikan

Tema masyarakat dapat membantu murid meningkatkan proses pengajaran dan


pembelajaran bagi muzik, pergerakan dan seni visual. Berikut adalah kelebihan, kekuatan
dan cabaran di bawah tema masyarakat:Tema Masyarakat
Pergerakan:

: Jiran (gotong royong)

- Murid bergotong royong menggunakan alatan membersihkan kelas


- Murid bekerjasama mengangkat sesuatu barang seperti tong sampah,
almari dan menyusun atur meja dan kerusi.

Muzik

- Murid menyanyikan lagu gotong-royong bersama-sama.


- Murid menyanyi sambil bergotong royong membersihkan kelas

Seni Visual:

-Murid melukis suasana gotong royong dan mewarnakan lukisan tersebut


dengan menggunakan medium yang pelbagai contohnya warna air, warna
poster, oil pastel dan sebagainya

Kelebihan
i. Dapat mewujudkan suasana yang menyeronokan dan kondusif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran , contohnya murid dapat merasakan sendiri situasi
bergotong royong dan semangat kerjasama dan menilai hasil daripada kerjasama yang
baik..
ii. Dapat menyemai daya imaginasi melalui penerokaan, contohnya melukis gambar
suasana gotong-royong serta pergerakan orang apabila melakukan sesuatu aktiviti
seperti menyapu, mencuci tingkap dan sebaginya.
iii. Dapat memperbaiki kemahiran interpersonal dan intrapersonal melalui hubungan
antara murid melalui kerjasama gotong royong yang dijalankan.
vi. Dapat menyemai nilai empati, harmoni dan pemahaman sesama murid yang pelbagai
budaya , agama dan bangsa, atarbelakang keluarga dan sebagainya.

HBEF1403 Seni dalam Pendidikan

Kekuatan
i. Pelajar lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan kerana mereka merasai
situasi sebenar.
ii. Pelajar dapat menilai kefahaman konsep melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara
terperinci dan pengalaman pelajar itu sendiri tanpa bergantung kepada apa yang mereka pernbah
dengar sebelum ini.
iii. Pelajar dapat menghubungkait pengetahuan dan kemahiran kepada pembelajaran mereka,
malah ianya akan kekal dalam ingatan murid kerana mereka merasai sendiri pengalaman tersebut.

Cabaran
i. Kecekapan guru di dalam pelbagai bidang mata pelajaran dengan mengaitkan tema dengan
subjek yang diajar.
ii Dapat membentuk jaringan ahli dalam kumpulan di mana mereka akan lebih mesra dan lebih
bekerjasama.
iii. Hasil pembelajaran yang pelbagai dalam bidang mata pelajaran yang berbeza-beza amat
menyukarkan guru untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.

1.3 Tema Komunikasi


Semua komunikasi berlaku dalam konteks yang mengandungi sekurangkurangnya empat dimensi iaitu fizikal,budaya,psikologikal sosial dan temporal.
Konteks fizikal merujuk kepada persekitaran yang nyata di mana komunikasi
berlaku seperti di dalam bilik atau ruang legar dan taman. Konteks budaya pula merujuk
kepada peraturan dan norma komunikasi,kepercayaan dan sikap yang dipindah dari satu
generasi kepada satu generasi yang seterusnya. Konteks psikologikal sosial pula
merangkumi seperti contoh hubungan status di kalangan peserta,peranan dimainkan oleh
manusia dan peraturan budaya sesuatu masyarakat di mana komunikasi itu berlaku.
Akhirnya,konteks temporal pula merangkumi masa dan tarikh serta silam semasa
komunikasi telah berlaku.
Sistem mesej yang digunakan untuk berkomunikasi yang bermakna dengan orang
lain mengandungi dua aspek iaitu aspek verbal dan bukan verbal. Aspek verbal adalah

HBEF1403 Seni dalam Pendidikan

bahasa seperti penggunaan perkataan,frasa dan ayat-ayat yang hendak digunakan. Aspek
bukan verbal pula merangkumi pelbagai elemen iaitu hubungan ruang, orientasi
masa,bahasa isyarat,expresi muka,gerakan mata,sentuhan dan variasi dalam kadar
kelajuan dan nada pertuturan. Gamitan (gesture) atau pergerakan badan juga digunakan
untuk berkomunikasi antara satu sama lain ketika memerhati haiwan. Berikut adalah
kelebihan, kekuatan dan cabaran di dalam tema komunikasi:Tema komunikasi
Muzik

: Alam Kehidupan (Haiwan)

- Di atas lantai yang bertanda, semasa membuat pergerakan haiwan yang


berbeza dengan iringan pelbagai tempo daripada instrumen perkusi,
pelajar mengikut.
-membunyikan bunyi haiwan yang diminta oleh guru contohnya lembu,
monyet, kambing, ayam, itik dan sebagainya.

Seni visual

- melukis dan mewarna haiwan yang mereka suka.

Sains

- Jenis-jenis kumpulan haiwan contohnya burung, mamalia, amfibia dan


sebagainya.

Kelebihan

i. Dapat mewujudkan suasana yang menyeronokan dan kondusif dalam proses


pengajaran dan pembelajaran , contohnya murid dapat meniru pergerakan haiwan dan
bunyi haiwan tersebut.
ii. Dapat menyemai daya imaginasi melalui penerokaan, contohnya melakonkan
pergerakan

haiwan dan membunyikan bunyi haiwan yang diminta.

iii. Dapat memperbaiki kemahiran interpersonal dan intrapersonal melalui hubungan


antara murid. melalui kerjasama membuat pergerakan haiwan serta bersama-sama
membuat bunyi haiwan tersebut.
Kekuatan:
i. Pelajar lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan kerana mereka sama-sama
melakukan aktiviti bersama-sama.

HBEF1403 Seni dalam Pendidikan

ii. Pelajar dapat menilai kefahaman konsep melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan contohnya
mereka lebih memahami dengan lebih mendalam mengenai kumpulan-kumpulan haiwan.
iii. Pelajar dapat menghubungkait pengetahuan dan kemahiran sedia ada contohnya katak adalah
haiwan dan semua murid tahu tetapi ianya termasuk dalam kumpulan haiwan amfibia,
manakala buaya dalam kumpulan reptilia.

Cabaran
i. Kecekapan guru di dalam pelbagai bidang mata pelajaran untuk mengaitkan hubungan antara
subjek dengan pengetahuan sedia ada pelajar untuk memastikan pembelajaran tersebut lebih
berkesan.
ii Membentuk jaringan ahli dalam kumpulan di mana murid-murid adalah berbeza dari segi
kelakuan dan juga sikap.
iii. Hasil pembelajaran berbagai dalam bidang mata pelajaran yang berbeza-beza. Ini kerana
setiap subjek yang diajar mempunyai matlamat yang menjurus ke arah subjek tersebut.

HBEF1403 Seni dalam Pendidikan

1.4 Penutup
Tema yang dipilih boleh merentas semua komponen mata pelajaran tetapi perlulah
bersesuaian dengan situasi,masa dan peristiwa yang berlaku pada masa kini. Secara tidak
langsung, ini dapat memudahkan pelajar membuat perkaitan antara perkara yang diajar
dengan keadaan situasi yang sebenar.Satu unit tema kecil dapat meliputi pengetahuan
konsep yang berkait dengan aspek estetika, kemahiran aftektif, kognitif, bahasa, fizikal
dan sosial.
Guru juga perlu menunjukkan minat dengan tema yang dipilih kerana ia dapat
memberikan motivasi dan mempertingkatkan penglibatan pelajar terhadap aktiviti yang
disampaikan. Guru juga perlu memastikan tema yang dipilih mempunyai aktiviti-aktiviti
pengajaran daripada mudah kepada mencabar dan konkrit kepada abstrak.
Pendekatan bertema adalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui
topik atau tema yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat dan minat dan latar
belakang murid. Pemilihan tema hendaklah merangkumi perkara-perkara yang berkaitan
dengan kehidupan seharian pelajar. Sebaik-sebaiknya tema hendaklah dipilih berdasarkan
perkara yang dekat dengan pelajar seperti diri saya, anggota badan saya, keluarga saya,
rumah saya dan sebagainya seterusnya sehinggalah kepada tema-tema yang lebih abstraks
seperti institusi awam atau cakerawala. Yang penting, aktiviti yang dirancang dapat
mencerminkan kesinambungan di antara tema supaya mesej yang khusus dapat
disampaikan kepada pelajar.

HBEF1403 Seni dalam Pendidikan

SOALAN 2
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
2.1

Rancangan Pengajaran Harian Kemahiran Hidup

Mata Pelajaran

Kemahiran Hidup

Kelas

Tahun 6

Masa

1 jam

Tema Persekitaran :

Ikan

Tajuk

Ikan Hiasan

Sub Tajuk

Penyediaan Bekas/ Akuarium

Kemahiran

Pelajar dapat memilih akuarium/bekas dan aksesori yang


sesuai serta menyedia dan menghias akuarium. Selain itu
kemahiran reka letak dan menyusun atur aksesori untuk
mendapatkan pemandangan yang cantik.

Pengetahuan Sedia :

Pelajar telah mengetahui jenis-jenis ikan hiasan dan tujuan

Ada

memelihara ikan hiasan.

Hasil Pembelajaran :

Di akhir pengajaran, pelajar dapat:


1.

Menyebut 7 daripada 9 aksesori bekas akuarium dengan

2.

betul.
Menyatakan 7 daripada 9 langkah-langkah menyedia dan

3.

menghias bekas akuarium dengan betul.


Menyusun dengan tepat 3 urutan teknik memasukan ikan

4.

hiasan ke dalam bekas/kolam dengan bantuan kad bertulis.


Melakukan amali penyediaan bekas ikan hiasan dengan
aksesori yang dibekalkan dengan sekurang-kurangnya 80%
pencapaian lengkap dengan betul.

Nilai-nilai Murni

Kerjasama, Bersih, Bertanggungjawab, Jimatkan Air,


Menyayangi haiwan peliharaan, dan Estetika

Kemahiran Berfikir :

Membuat Inferens, menjana idea, membuat gambaran


mental, mengingat kembali, menyusun mengikut
keutamaan dan membuat rumusan.
10

HBEF1403 Seni dalam Pendidikan

Bahan Bantu Mengajar:

Video, kamera, muzik, power point, bekas akuarium, pam,


penapis, batu, pasir, tumbuhan akuatik, kayu buruk, poster,
model, lampu akuarium, ikan hiasan, kad nama, papan tulis,
marker pen, gula-gula, pensil, pemadam dan nota edaran.

Pendidikan Alam Sekitar

Tumpahan minyak dan pencemaran air yang sering

berlaku mengakibatkan hidupan dalam air mati.


Kajian Masa Depan :

Komersialkan pemeliharaan ikan hiasan sebagai punca


pendapatan sampingan.

Hubungkait

Seni dalam Pendidikan


Muzik
Seni Visual
Pergerakan

11

- Mendengar muzik lembut dalam dialog


- Murid dikehendaki melakar akuarium yang
canggih untuk tahun 2020.
- Melakukan amali penyediaan bekas ikan
hiasan dengan aksesori yang dibekalkan

HBEF1403 Seni dalam Pendidikan

2.2

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu

Mata Pelajaran

Bahasa Melayu

Kelas

Tahun 6

Masa

1 jam

Tema Persekitaran :

Ikan

Tajuk

Penulisan Karangan

Sub Tajuk

Pengalaman Memancing ikan

Kemahiran

Pelajar dapat menulis karangan pengalaman memancing


ikan

Pengetahuan Sedia :

Pelajar telah mengetahui cara-cara memancing ikan

Ada
Hasil Pembelajaran :

Di akhir pengajaran, pelajar dapat:


1.
2.
3.
4.

Menyediakan karangan Pengalaman memancing ikan


Menyatakan jenis-jenis ikan yang diperolehi.
Menyatakan perasaan pengalaman memancing ikan.
Menilai mengapa perlu kita menjaga alam persekitaran
kerana ianya juga merupakan habitat haiwan lain yang
memberi sumber makanan kepada manusia.

Nilai-nilai Murni

Berusaha, sabar

Kemahiran Berfikir :

Membuat Inferens, membanding beza.

Bahan Bantu Mengajar:

Vcd lagu ikan kekek, vcd kaedah memancing ikan.

Pendidikan Alam Sekitar

:Menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab bersama dan


alam sekitar yang dijaga dengan baik akan menyebabkan
kita mendapat hasil melalui sumber makanan yang baik .

Kajian Masa Depan :

Mengkaji kaedah menangkap ikan dengan cara yang lebih


mudah

Hubungkait

Seni dalam Pendidikan


Muzik

- Menyanyikan lagu ikan kekek

12

HBEF1403 Seni dalam Pendidikan

2.3

Rancangan Pengajaran Muzik

Mata Pelajaran

Muzik

Kelas

Tahun 6

Masa

1 jam

Tema Persekitaran :

Ikan

Tajuk

Lagu ikan kekek

Sub Tajuk

Menyanyi koir

Kemahiran

Pelajar dapat menyanyikan lagu ikan kekek dalam bentuk


koir.

Pengetahuan Sedia :

Pelajar telah mengetahui dan pernah mendengar lagu ikan


kekek.

Hasil Pembelajaran :

Di akhir pengajaran, pelajar dapat:


1.
2.
3.
4.

Menghafal lagu ikan kekek.


Menyanyikan lagu ikan kekek dalam bentuk koir.
Mengenali jenis suara dalam nyanyian.
Menyanyi mengikut rentak dean irama yang sesuai seperti
yang dimainkan oleh guru menggunakan keyboard.

Nilai-nilai Murni

Kemahiran Berfikir :

Kerjasama, Hormat menghormati.


Membuat Inferens, mengingat kembali, menyusun
mengikut keutamaan.

Bahan Bantu Mengajar:

Vcd lagu ikan kekek, keyboard, nota lagu.

Pendidikan Alam Sekitar

: Menghargai ikan sebagai haiwan yang boleh memberikan


idea dan sumber ilham kepada manusia untuk mencipta
lagu dan bersama-sama menjaga alam skitar daripada
dicemari.

Kajian Masa Depan :

Mencipta lagu-lagu yang berkaitan dengan ikan.

Hubungkait

Seni dalam Pendidikan

Muzik
2.4

- Mendengar muzik dan mengingati lirik


lagu dan mengenal pasti lagu.

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Seni Visual


13

HBEF1403 Seni dalam Pendidikan

Mata Pelajaran

Pendidikan Seni Visual

Kelas

Tahun 6

Masa

1 jam

Tema Persekitaran :

Ikan

Tajuk

Menggambar

Sub Tajuk

Kolaj (ikan)

Kemahiran

Pelajar dapat melukis dan menampal dengan menggunakan


teknik kolaj gambar ikan yang telah dilukis.

Pengetahuan Sedia :

Pelajar telah mengetahui rupa gambar ikan.

Hasil Pembelajaran :

Di akhir pengajaran, pelajar dapat:


1. Melukis gambar ikan.
2. Mengetahui teknik kolaj.
3. Mengoyak, menggunting kertas untuk ditampal mengikut
4.

bentuk ikan yang dilukis.


Mempamerkan hasil yang telah dibuat dan menilai hasil
kerja rakan-rakan lain.

Nilai-nilai Murni

Kemahiran Berfikir :

Kerjasama, Berhati-hati, kreatif.


Membuat Inferens, menjana idea, membuat gambaran
mental, mengingat kembali.

Bahan Bantu Mengajar:

kertas majalah/surat khabar, gam, gunting, kertas lukisan.

Pendidikan Alam Sekitar

:Menghargai alam sekitar dan menghargai kecantikan


bentuk dan warna yang terdapat pada ikan.

Kajian Masa Depan :

Menghasilkan lukisan ikan dalam bentuk abstrak.

Hubungkait

Seni dalam Pendidikan

Seni Visual

- Murid melukis gambar ikan dahulu


mengikut kreativiti pelajar sebelum
menampal.

.
2.5

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Islam


14

HBEF1403 Seni dalam Pendidikan

Mata Pelajaran

Pendidikan Islam

Kelas

Tahun 3

Masa

1 jam

Tema Persekitaran :

Ikan

Tajuk

Menghayati Kebesaran Allah

Sub Tajuk

Allah Berkuasa Mencipta Haiwan

Kemahiran

Pelajar dapat menilai kebesaran kekuasaan Allah di dalam


mencipta semua makhluk di dunia.

Pengetahuan Sedia :

Pelajar telah mengetahui dan mengenal Allah.

Hasil Pembelajaran :

Di akhir pengajaran, pelajar dapat:


1. Menilai kekuasaan Allah.
2. Menyatakan bahawa Allah yang menciptakan semua yang
3.
4.

terdapat di alam semesta ini..


Mensyukuri dan mengagumi akan kebesaran Allah.
Menghargai dan menjaga apa yang telah Allah ciptakan di
dunia ini..

Nilai-nilai Murni

Taat, bersyukur, sayang-menyayangi, menghargai alam


sekitar, bertanggungjawab, amanah.

Kemahiran Berfikir :

Menjana idea, membuat gambaran mental, mengingat


kembali, menyusun mengikut keutamaan dan membuat
rumusan.

Bahan Bantu Mengajar:

Komputer, perisian kursus Allah Maha Berkuasa.

Pendidikan Alam Sekitar

: Manusia mesti menjaga alam sekitar dengan baik agar


krana ianya adalah yang tidak ternilai dari Allah.

Kajian Masa Depan :

Mengadakan kempen kesedaran Alam sekitar dikalangan


pelajar sekolah.

Hubungkait

Seni dalam Pendidikan


Muzik
Seni Visual

RUJUKAN

15

- Mendengar muzik dari perisian kursus


- Melukis gambar ikan.

HBEF1403 Seni dalam Pendidikan

Ee Ah Meng (2003). Ilmu pendidikan pengetahuan dan ketrampilan ikhtisas (semester1),


Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Zulkifli Yaakob, Mohd. Jamel Ismail (2009). HBEF1403 Seni dalam Pendidikan, Kuala
Lumpur: Open University Malaysia (OUM).
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah, Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup
Sekolah Rendah, Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
http://www.scribd.com/doc/17515281/RPH-Bahasa-Melayu-Sekolah-Rendah
http://www.savevid.com/video/ikan-kekek.html

16

16

Anda mungkin juga menyukai