Anda di halaman 1dari 2

Amali 2:

Mengkaji Gerakan dalam Satu Dimensi

Hasil Pembelajaran:
1. Untuk mengenal pasti jenis daya yang berbeza pada konteks yang berlainan.
2. Mengukur pecutan bagi objek jatuh secara bebas.
Aktiviti 1:

Mengenal pasti jenis daya yang berbeza pada konteks yang berlainan.

Bahan-bahan:
Blok kayu, bola ping pong, wayar yang teregang atas bongkah kayu, bikar dan buku
Prosedur:
1.

Letakan sebuah blok kayu di atas lantai. Tolak blok kayu tersebuh dan rekodkan
pemerhatian anda.

2.

Lemparkan sebiji bola ping-pong ke udara. Rekodkan pemerhatian anda.

3.

Ikatkan seutas wayar antara dua paku yang telah ditukul pada hujung seketul blok kayu.
Pegang wayar ini. Rekodkan pemerhatian anda.

4.

Masukkan sebiji bola ping pong ke dalam bikar yang berisi air. Cuba tolak bola itu ke
dalam air. Rekodkan pemerhatian anda..

5.

Letakan sebuah buka atas tapak tangan anda. Rekodkan pemerhatian anda.

6.

Nyatakan inferens bagi setiap pemerhatian anda.

Aktiviti 2:

Mengukur pecutan bagi objek jatuh secara bebas.

Bahan-bahan:
Jangka masa detik/ticker-timer, pita detik/ticker tape, pengapit/clamp, bekalan kuasa, wayar
penyambung, jisim 300 g, jisim 450 g dan jisim 600 g dan pita pelekat/cellotape
Prosedur:
1.

Letakan sebuah kerusi di atas sebuah meja. Apitkan jangka masa detik pada bahagian
atas kerusir.

2.

Pasang sehelai pita detik melalui jangka masa detik dan kemudian lekatkan jisim 300 g
pada hujung pita.

3.

Hidupkan jangka masa detik dan biarkan jisim jatuh ke bawah secara bebas..

4.

Potong pita kepada jalur-jalur dua detik dan kemudian susun mereka untuk membentuk
suatu graf.
Ulangi langkah 3 dengan menggunakan jisim 450 g dan 600 g.

5.

6.

Bagi setiap kes, bina graf daripada jalur-jalurnya dan kemudian tentukan pecutannya.

Soalan Penguasaan Pengetahuan dan Kemahiran:


1.

Adakah nilai pecutan yang didapati bagi jisim-jisim yang berbeza sama dengan g
(pecutan akibat graviti Bumi)? Terangkan.
(6 markah)

2.

Apakah kesimpulan yang boleh dibuat mengenai daya yang bertindak pada suatu objek
yang jatuh secara bebas?
(5 markah)

3.

Jika eksperimen ini dilakukan atas Bulan, adakah nilai pecutan yang didapati bagi jisimjisim yang berbeza sama dengan g? Terangkan.
(6 markah)

4.

Apakah yang anda telah pelajari daripada dua aktiviti di atas?


(8 markah)

Anda mungkin juga menyukai