Anda di halaman 1dari 3

SPSK PK 07/3

|1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN CONNAUGHT


MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KAWAD KEBAKARAN 2013
Tarikh
Masa
Tempat
Pengerusi
Nama Yang Hadir

: 1 Julai 2013
: 12.00 tengah hari
: Bilik Mesyuarat Utama
: Pn. Chuah Siew Hoon
:
1. En. John Toh
2. En. Mohd Jafri Bin Mohammad Yusoff
3. Pn. Chuah Siew Hoon
4. Pn. Raja Norila Shahida Bt Raja Abdul Aziz
5. Pn. Wang Foo Lian
6. Pn. Siti Azian Binti Abdullah
7. Pn. Syamsiah Ismail
8. Pn. Tan Saw Phaik
9. Pn. Norhafizah Binti Mokhtar
10. Pn. Joyce Chandran
11. Cik Normaliana M. Ami
12. Cik Syafiyah Abdul Wahid
13. Cik Nur Amy Fazleen Saini
14. Cik Gan Poh Cham
15. En. Wan Ahmad Fathi
16. En. Ag. Fauzi Ag. Lahap
17. En. Mohd Hilmi Abdul Wahab

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan dan mengucapkan terima kasih kepada semua guru
yang hadir.

SPSK PK 07/3

|2

Tindakan : Makluman
2. UCAPAN EN. JOHN TOH
2.1 En. John Toh mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua guru kerana meluangkan
masa untuk menghadirkan diri ke taklimat kawad kebakaran.
2.2 Beliau mengingatkan kepada semua guru supaya mengambil serius terhadap setiap perkara
yang berlaku di sekolah.
2.3 En. John Toh memberitahu bahawa masalah loceng di blok D telah diselasaikan dan semua
pelajar di blok A, B, C dan D akan mendengar loceng yang dibunyikan.
2.4 En. John Toh juga turut berharap supaya latihan kawad kebakaran kali ini akan berjalan
lancar seperti yang dirancang.
2.5 En. John Toh menyerahkan kepada pengerusi iaitu Pn. Chuah Siew Hoon untuk
meneruskan taklimat.
Tindakan : Makluman
3.

UCAPAN PN. CHUAH SIEW HOON


3.1 Pn. Chuah Siew Hoon meminta semua guru merujuk kepada edaran yang telah diberikan.
3.2 Pn. Chuah Siew Hoon menerangkan kepada semua guru tentang tugas-tugas yang perlu
dilakukan.
3.3 Pn. Chuah Siew Hoon memberikan sedikit pembetulan berkaitan laluan yang perlu
digunakan oleh pelajar semasa berlakunya latihan kawad kebakaran.
3.4 Pn. Chuah Siew Hoon memberitahu kepada Pn. Raja Norila Shahida bahawa pembesar
suara / haller dan jam digital boleh didapati di stor sukan.
Tindakan : Makluman

4. UCAPAN EN. MOHD JAFRI


4.1 En. Mohd Jafri meminta semua guru bekerjasama untuk memastikan latihan kawad
kebakaran berjalan lancar.
4.2 En. Mohd Jafri memberitahu bahawa beliau akan menetapkan masa yang sesuai untuk
menjalankan latihan kawad kebakaran.
4.3 En. Mohd Jafri berharap agar masa yang akan dicatatkan kelak semakin baik berbanding
tahun 2012.
Tindakan : Makluman
5. PENUTUP
5.1 Mesyuarat diakhiri dengan kata-kata semangat daripada En. John Toh yang berharap agar
latihan kawad kebakaran akan berjalan lancar.
Tindakan : Makluman

SPSK PK 07/3

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1:00 petang.

Disediakan oleh,

__________________________
(PN. RAJA NORILA SHAHIDA BT RAJA ABDUL AZIZ)
Guru Latihan Kawad Kebakaran Sesi Petang
SMK Taman Connaught
Tarikh : 1 Julai 2013

|3

Anda mungkin juga menyukai