Anda di halaman 1dari 1

CARA MENJAGA KESIHATAN

Kesihatan merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai.Sudah


semestinya setiap individu menginginkan tahap kesihatan yang baik buat diri
masing-masing.Namun begitu,pelbagai penyakit kini semakin berleluasa malah ada
yang menyebabkan kematian.Keadaan ini tidak seharusnya dipandang remeh dan
sebaliknya perlulah dianggap serius dan disusuli dengan langkah yang efektif.

Antara langkah yang boleh diambil dalam usaha menjalani kehidupan yang
sihat termasuklah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang.Pemakanan
yang seimbang mestilah berpandukan kepada piramid makanan.Kita disarankan
supaya mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang berperanan
membekalkan pelbagai jenis mineral dan vitamin kepada tubuh badan kita.Di
samping itu,kita mestilah mengurangkan makanan yang berlemak supaya tidak
mendapat penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung.
Selain itu,kita mestilah mengamalkan amalan bersukan dan
bersenam.Seseorang individu mestilah menjalankan aktiviti fizikal seperti bersenam
sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu dan 20 minit bagi setiap sesi.Hal ini
demikian kerana bersenam akan dapat menyihatkan tubuh badan di samping
meningkatkan tahap kecergasan fizikal.
Tambahan pula,kita mestilah menjalani pemeriksaan kesihatan sekurangkurangnya dua kali dalam setahun.Hal ini bertujuan untuk memastikan tubuh badan
berada dalam keadaan yang baik tanpa sebarang penyakit.Pemeriksaan kesihatan
mestilah kerap dilakukan supaya dapat memulakan rawatan dari peringkat awal
sekiranya didapati menghidap sebarang penyakit.
Di samping itu,setiap individu mestilah mendapatkan tidur dan rehat yang
cukup.Dalam kesibukan menjalani aktiviti harian,keperluan tubuh badan tidak wajar
diabaikan.Tubuh badan kita memerlukan rehat yang secukupnya untuk terus
berfungsi dengan baik.Tanpa rehat yang secukupnya,tubuh badan akan menjadi
letih dan lesu sekaligus menyebabkan semua aktiviti tergendala.Oleh itu,rehat dan
tidur yang cukup amat diperlukan.

Akhir sekali,kita mestilah menjaga kesihatan dengan baik sejak


peringkat awal lagi.Sesungguhnya,kesihatan adalah anugerah Tuhan yang perlu
dihargai.Oleh itu, kita bertanggungjawab memelihara kebaikan yang telah
dikurniakan kepada kita.Jangan nanti terhantuk baru terngadah kerana sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.