Anda di halaman 1dari 1

Ref: K.P.(BS) 8590 / Jld.

V/(2)
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur. 01-34.
29hb. Jun,1977.
Semua Pengarah Pelajaran,
Semenanjung Malaysia,
Sabah dan Sarawak.
Tuan,
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4 /1977
Hari Kelepasan Peristiwa P.U._326/62.
Seperti tuan sedia maklum menurut Kaedah 8 dalam Kaedah-kaedah (Pengurusan)
Sekolah-sekolah yang di Bantu 1962, Guru Besar, dengan persetujuan Pengarah
Pelajaran/ Lembaga Pengurus/Pengelola boleh memberi Hari Kelepasan Perlstiwa tidak
lebih daripada empat (4) hari dalam mana-mana satu tahun.
2.
Cuti seperti ini yang diberi kepada sekolah-sekolah bolehlah digunakan untuk
sebarang perayaan Sekolah / Agama dengan syarat:(a) Hari persekolahan telah mencapai sekurang-kurangnya 190 hari setahun.
(b) Cuti ini tidak digunakan untuk maksud memanjangkan cuti penggal.
(c) Diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri; dan
(d) Sekiranva pada sesuatu tahun tertentu bilangan hari kelepasan negeri
bertambah dalam penggal persekolahan, maka Pengarah Pelajaran hendaklah
mengarahkan sekolah berkenaan menggantikan kekurangan hari persekolahan, jika perlu,
bagi mencukupkan bilangan hari persekolahan menjadi 190 hari sebelum salah satu
daripada empat hari kelepasan peristiwa boleh diambil. Sila lihat, lampiran A bagi tahun
1977.
Saya yang menurut perintah,

(Kum Boo)
Bahagian Sekolah-sekolah,
b.p. Ketua Setlausaha,
Kementerian Pelajaran.
s.k.
Setiausaha Sulit kepada Y.A.B. Menteri Pelajaran.
Setiausaha Sulit kepada Y.B. Timbalan Menteri Pelajaran (I) dan (II).
Ketua Setiausaha Kementerian.
Ketua Pengarah Pelajaran.
Timbalan Ketua Setiausaha (1).
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (I).
Timbalan Ketua Setiausaha (II).
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (II).
Semua Ketua Bahagian, Kementerian Pelaiaran.

Anda mungkin juga menyukai