Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN

Program Bina Insan Guru merupakan salah satu daripada perancangan bagi membina dan
menerapkan nilai-nilai murni dan hidup berlandaskan kepercayaan dan agama sebagai proses
membentuk guru-guru yang serba boleh serta dapat menyesuaikan diri dalam apa jua persekitaran
masyarakat. Segala pengisian aktiviti yang dirancangkan di dalam program ini adalah berteraskan
kepada Prinsip Negara yang didukung oleh semua rakyat yang sekaligus menjadi asas pembentukan
rakyat dan menjadi tonggak pembinaan sesebuah negara bangsa.
Program Bina Insan Guru kali ini seperti yang dinyatakan didalam proforma kursus Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) adalah mengadakan satu lawatan penanda aras selama
sehari, dalam tempoh yang diperuntukkan iaitu sepuluh jam ke sebuah sekolah pilihan tetapi perlulah
mempunyai ciri-ciri dan diiktiraf sebagai sekolah kluster, sekolah bestari, sekolah harapan Negara dan
yang terbaru sekali ialah sekolah berprestasi tinggi. Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi
memberikan pendedahan kepada guru-guru pelatih tentang pengurusan sekolah, penerapan budayabudaya cemerlang di sekolah berkenaan untuk dijadikan panduan semasa mengajar di sekolah
kemudian hari.
Melalui perbincangan dengan setiap pelajar kelas 5 PISMP RBT serta persetujuan daripada
pensyarah, kami telah memilih SK Seliau. Sekolah ini dicadangkan kerana baru-baru ini ia telah
diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai salah sebuah Sekolah Kluster.
Program kedua pula adalah ceramah dimana ia berlangsung di Dewan Kuliah IPG KPT.
Ceramah ini dikendalikan oleh semua guru pelatih 5 PISMP ambilan Januari 2012. Tajuk ceramah
adalah pengurusan pendidikan. Tujuan ceramah ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang
isu-isu semasa mengenai guru dan cara mengurus pendidikan sebagai seorang guru.
Keseluruhannya, kedua-dua program ini dijalankan untuk memantapkan guru pelatih sebagai
bakal guru dan meningkatkan pengetahuan dan pengalaman guru-guru pelatih.

OBJEKTIF
PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)

Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi kompleks
untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara
reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan.

Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza dan

mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya.


Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.
Merancang, melaksana, memimpin program, berkerjasama dan mengambil peranan secara

aktif dalam kumpulan.


Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial.

MATLAMAT BIG

Program Bina Insan guru bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan
akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi dengan aura keguruan
yang selaras dengan Prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah
Pendidikan Guru.

Anda mungkin juga menyukai