Anda di halaman 1dari 2

Meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan hidup orang kurang

upaya (OKU) adalah dituntut dan menjadi tanggungjawab semua pihak.


Bincangkan mengapa perlu dan bagaimana semua pihak yang
dimaksudkan itu dapat membantu
OKU juga memerlukan kepada kesejahteraan hidup dan mempunyai kesihatan yang
baik. Peranan dari pelbagai pihak amat diperlukan. Ianya diperlukan kerana OKU
juga mempunyai hak untuk mendapat kesenangan dan kemudahan agar kehidupan
mereka lebih selesa.
Kerajaan sememangnya komited terhadap kebajikan,
kemajuan dan pembangunan golongan OKU dan Kerajaan telah menggubal
pelbagai dasar dan melaksanakan program-program untuk membolehkan golongan
OKU menikmati kesejahteraan hidup yang lebih sempurna dan bermakna Jabatan
Kebajikan Masyarakat mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukan pelajar
kurang upaya. Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memainkan peranan dalam
menggalakkan pelbagai kemudahan bagi membolehkan OKU bergerak bebas. Kod
Amalan Akses Bagi Orang Kurang Upaya Ke bangunan Awam dirangka bagi
menwajibkan bangunan baru mempunyai kemudahan akses kepada OKU.
Antaranya termasuklah laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda, lif khas dengan
reka bentuk yang sesuai, tempat letak kereta, tandas khas dan sebagainya .
Meningkatkan perkhidmatan kesihatan termasuk program pencegahan, pengesanan
dan intervensi awal (primary care) dan meningkatkan perkhidmatan perubatan yang
berkualiti kepada OKU (secondary and tertiary care).

Golongan OKU perlu dibangun sebagai modal insan secara holistik menerusi
pendekatan strategi lautan biru.

Kerajaan tidak ingin melihat golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dipinggirkan,
diekploitasi atau didiskriminasi, katanya dalam majlis sempena makan malam
Dining in the dark anjuran Pertubuhan Orang-orang Buta Sabah kelmarin.

Hadir sama ialah Presiden Pertubuhan orang-orang buta Sabah, Rosalind Chew
Bee Koh.

Ujarnya, Kerajaan akan terus membela mereka dengan mengatur dan


melaksanakan program-program perkhidmatan yang lebih berkesan untuk
faedah mereka.

Antara program itu ialah perkhidmatan pemulihan, pendidikan dan latihan.


kesemua perkhidmatan itu bertujuan menyediakan OKU supaya bersemangat,
berdikari serta mampu meningkatkan tahap ekonomi mereka di masa hadapan.

Kerajaan berbangga dan sentiasa menyokong usaha-usaha yang dijalankan


oleh persatuan itu selagi matlamat adalah demi memperjuangkan hak dan
kepentingan golongan OKU, ujarnya lagi.

Tambahnya, pertubuhan sukarela bukan Kerajaan itu kebanyakan diwujudkan


atas kesedaran dan inisiatif golongan OKU sendiri agar mereka berupaya
menerajui sendiri pengurusan persatuan masing-masing dengan merancang dan
menjalankan aktiviti-aktiviti secara bersama, katanya.

Anda mungkin juga menyukai