Anda di halaman 1dari 1

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengkaji sejauh mana keberkesanan kaedah pengajaran menggunakan
powerpoint dapat meningkatkan lagi penguasaan murid tahun 5 dalam konsep sains. Seramai
20 orang murid tahun 5 cemerlang, Sekolah Kebangsaan Ansip Keningau dilibatkan sebagai
sampel kajian. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan rekabentuk eksperimen dimana
satu kumpulan murid terlibat secara langsung. Kumpulan eksperimen ini akan mengalami dua
proses pengajaran yang berbeza iaitu pengajaran secara biasa dan pengajaran menggunakan
powerpoint. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS dan mengandungi
peratusan ujian. Hasil kajian menunjukkan selepas menggunakan pengajaran berasaskan
perisian powerpoint, terdapat perbezaan skor yang signifikan dan menunjukkan sejauh mana
keberkesanan pengajaran menggunakan perisian powerpoint terhadap penguasaan konsep
sains murid-murid tahun 5 Cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai