Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
SIVIK 2009
Tajuk:PERMAINAN
NAMA AHLI KUMPULAN : 1. MUHD.AMIRUL RAFAIE BIN AB.RAHMAN
KELAS : 2 ES 1
KEWARGANEGARAAN
1
Isi kandungan
1.Tajuk 1
2.Isi Kandungan 2
3. Penghargaan 3
4. Pendahuluan 4
5. Objektif Kajian 5
6. Kaedah kajian 6
8. Rumusan 17
9. Rujukan 18
10. Lampiran 19
2
Penghargaan
Objektif kajian
Kajian kami ini merangkumi objektif-objektif yang
berikut:-
5
Kaedah kajian
A)Temubual
B)Penyelidikan perpustakaan
C)Pemerhatian
D)Penyelidikan
6
pendahuluan
Assalammualaikum.
HASIL KAJIAN
1. wau
Pendahuluan
Perkataan “wau” dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti
Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.
Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai Barat dan Selatan
Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun
Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda
serta kerabat DiRaja, dan tidak pula disebut bermain wau.
Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau.
Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi
“wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.
Permainan layang-layang atau wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini
dimainkan semenjak lebih 500 tahun yang lalu. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan
seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Musim bermain wau adalah buluh yang diraut halus
yang ditampalkan dengan kertas berwarna mengikut bentuk rangka. Wau bukan sahaja dimainkan tetapi
dipertandingkan yang dititikberatkan ialah kecantikan rupa, kemerduan bunyi dan tinggi serta keindahan
naiknya.
Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih popular di kawasan
pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di padang, sawah padi dan sebagainya.
Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum termasuklah mereka yang
menetap di kawasan bandar. Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa
seperti di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun. Sambutan
festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar negara.
7
Jenis-jenis wau.
2.congkak
Pendahuluan
Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada
teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba
yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang
mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan.
Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui
pedagang-pedagang Arab.
Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini
merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu.
Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan
congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan
mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia.
Jenis-jenis congkak
10
3.gasing
Pendahuluan
Gasing begitu popular di Semenanjung terutama di Kelantan. Orang dewasa yang
memajukan seni permainan ini, kanak-kanak lebih gemar bermain gasing Melayu dan Cina,
kerana saiznya yang kecil dan mudah dipermainkan. Ini, lebih menarik minat masyarakat untuk
bermain permainan tradisional ini.
Permainan gasing di Malaysia pada zaman kini bukanlah perkara yang baru tetapi ia telah
dimainkan sejak sebelum perang dunia lagi. Kini mula diminati kembali oleh pencinta seni
warisan yang berusaha memperkenalkannya di kalangan masyarakat. Pada dasarnya pelbagai
jenis permainan gasing boleh didapati di seluruh Malaysia.
Kini permainan gasing tidak begitu mendapat tempat seperti permainan lain yang
diperkenalkan oleh penjajah. Pemain dan peminat permainan gasing mula memikirkan cara
untuk menyebarkan permainan ini secara meluas dan menyeluruh.
11
Jenis-jenis gasing
Gasing jantung Gasing tanjung Gasing piring
Gasing begelan
12
4. galah panjang
Pendahuluan
Permainan tradisional yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja
dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan
kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa.
Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari
kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang
dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.
Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah
sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang
yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan
garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di
dalam gelanggang.
Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua
ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan
bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain
atau dengan menangkap pemain.
Kawasan permainan yang sederhana luas diperlukan, samada di atas tanah, kawasan
bertar atau bersimin dan di atas padang. Tiada ukuran khas penetapan yang perlu dipatuhi, tetapi
dianggarkan antara enam hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang
gelanggang antara tiga hingga empat meter. Jumlah garisan lintang bagi awak-awak tidak terhad,
ia mengikut jumlah pemain bagi setiap pasukan.
Sebagai penanda garisan, akan digunakan tepung atau tali jika dimainkan di atas padang.
Cat juga boleh digunakan sekiranya gelanggang simin. Tetapi kebanyakan kanak-kanak akan
melorekkan garisan tersebut di atas tanah sahaja.
13
Gelanggang Permainan
14
5. konda kondi
Pendahuluan:
Konda-kondi juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam dan
kekuatan pemain, iaitu ketika memikir arah yang selamat untuk menguis kayu dan mengejar
kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan. Permainan ini memerlukan kawasan lapang.
Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil berukuran, l5cm dan
30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu
yang pendek dipanggil anak dan yang panjang dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm juga dikorek
bagi meletakkan kayu panjang. Undian secara 'wan to som' dijalankan bagi membentuk pasukan
dan menetapkan pasukan mana yang harus memainkan terlebih dahulu.
15
Cara bermain:
Pemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan kayu pendek melintang
lubang, kayu panjang digunakan untuk menguis kayu pendek itu supaya melambung ke udara,
setelah itu kayu panjang diletakkan semula melintang lubang sementara itu, ahli pasukan lawan
hendaklah cuba menyambut kayu pendek yang dikuis oleh pemain itu sebelum jatuh ke tanah.
Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian, semua pemain daripada kumpulan yang sedang
bermain itu dikira mati. Permainan akan diambil alih pula oleh pasukan lawan, tetapi jika
pasukan lawan gagal menyambutnya, mana-mana ahli hendaklah membalingkan kayu pendek
masuk ke dalam lubang ataupun mengena kayu panjang.
Jika kayu itu masuk ke dalam lubang atau pun terkena kayu panjang yang diletakkan
melintang tadi, cuma pemain itu sahaja yang dikira mati. Sebaliknya, jika kayu yang dibaling
oleh pemain lawan itu tidak mengenai lubang atau kayu panjang itu, pemain tersebut boleh
mendapatkan mata dengan mengira jarak kayu itu jatuh dari lubang. Satu jarak kayu panjang
dikira satu mata.
Pemain tadi akan mengambil kayu pendek dan melambungkan ke udara, kemudian
memukulnya kuat dengan kayu panjang. Dia diberi peluang sebanyak tiga kali jika pukulan
pertama atau keduanya tidak kuat. Sekali bagi pemain lawan cuba menyambut jika tidak berjaya.
Pemain tadi boleh mendapat mata, dengan kiraan yang sama. Mata yang diperoleh dicampur
dengan mata daripada langkah pertama tadi.
Seterusnya, pemain beralih kepada langkah ketiga yang dipanggil patuk ular. Pemain
menyandarkan kayu pendek di tepi lubang, kemudian mengetuk hujung kayu pendek itu dengan
kayu panjang. Jika pukulan dibuat dengan baik, kayu pendek akan melentik ke udara. Pemain itu
hendaklah bersedia untuk memukul kayu pendek itu sebelum jatuh ke tanah, dengan
menggunakan kayu panjang. Tempat kayu pendek itu jatuh dikira mata, iaitu mengiranya dengan
menggunakan kayu panjang, kiraan mata tetap sama seperti sebelumnya. Pasukan yang
mempunyai mata tertinggi memenangi perlawanan ini.
16
18
rujukan
Dalam kajian ini kami telah membuat rujukan seperti berikut:
1. www.google.com
2. www.malaysiana.pnm.my
3. www.memori-kedah.net
4. www.ms.wikipedia.org/wiki/Congkak
5. www.puadede.com
6. www.scribd.com
7. www.tradisional-bib.blogspot.com
18
Lampiran
20