Anda di halaman 1dari 7

Jurnal Akademik IPTAR 2006

Pelakuan Buli di Sekolah : Ciri dan Kesannya

Oleh
Zurhana Bin Muhamad
Abdul Samad Md. Din
Jabatan Matematik
Institut Perguruan Tun Abdul Razak

Abstrak
Artikel ini membincangkan tentang pelakuan buli di sekolah dari segi definisi pelakuan buli, jenis-jenis pelakuan buli,
lokasi pelakuan buli, masalah pelakuan buli di sekolah dan kesan. Pelakuan buli bolehlah didefinisikan sebagai satu
perbuatan negatif oleh seseorang yang lebih kuat atau berkuasa terhadap sesseorang yang lain , yang lebih lemah
atau kurang berkuasa secara berulang kali. Jenis-jenis pelakuan buli pula ialah secara langsung atau tidak
langsung. Jenis pelakuan buli boleh juga dikelaskan kepada secara fizikal atau verbal (lisan). Lokasi pelakuan buli di
sekolah ialah dalam bilik darjah, kantin, padang permainan dan korido. Kekerapan perlakuan buli pada lokasi-lokasi
tersebut juga dibincangkan. Artikel ini juga membincangkan masalah pelakuan buli di sekolah di beberapa negara
seperti Australia (sila lihat Rigby&Slee, 1991), Scandinavia ( sila lihat Olweus, 1991, 1993) , England (sila lihat Smith
& Sharp, 1994) , Amerika dan Kanada. Masalah pelakuan buli di sekolah merupakan satu masalah yang besar di
negara-negara barat seperti Scandinavia dan England, berdasarkan kepada kekerapan berlakunya kejadian buli di
kalangan pelajar. Perbincangan kesan-kesan pelakuan buli serta kejadian kepada para pelajar berdasarkan kajian
kajian lalu juga dibincangkan. Pelakuan buli bukan sahaja memberi kesan yang negetif kepada mangsa buli tetapi
juga kepada pembuli itu sendiri. Pelakuan buli membawa kesakitan sama ada secara fizikal atau psikologi kepada
kedua-dua, pembuli dan mangsa buli.

Pengenalan
Laporan akhbar mengenai kes-kes pelanggaran disiplin,keganasan dan buli yang berlaku di sekolah merupakan
perkara biasa pada hari ini. Di sekolah-sekolah di Malaysia pula,masalah buli merupakan satu masalah disiplin yang
utama pada ketika ini. Pada tahun 2004 kita dikejutkan dengan berita melaporkan di muka hadapan seorang pelajar
tingkatan empat sekolah menengah agama meninggal dunia akibat dibelasah oleh sekumpul pelajar senior (Utusan
Malaysia keluaran 30 Mac).
Terdapat lebih 35 kes pelajar sekolah mati atau cedera akibat dibelasah yang dilaporkan dalam tempoh lima tahun ini
iaitu dari 1999 hingga 2003 (Utusan Malaysia : 29 Mac 2004). Kebanyakan kes-kes ini berpunca daripada perbuatan
buli.
Statistik Polis Diraja Malaysia menunjukkan terdapat 3627 kes jenayah yang membabitkan pelajar sekolah pada
tahun 2003.Pelajar-pelajar yang terlibat dalam kes tersebut berumur di anatara 7 hingga 18 tahun (Utusan Malaysia :
25 Mac 2004). Kebanyakan kes-kes jenayah tersebut bermula daripada tingkah laku buli.Pelajar yang bertingkah
laku agresif buli cenderung untuk membentuk tingkah laku agresif ganas sehingga dewasa.
Kebanyakan masalah jenayah di sekolah bermula dengan masalah buli. Keseriausan masalah buli di kalangan
murid sekolah perlulah ditangani dengan segera.Jika tidak,ianya mungkin menjadi satu masalah besar kepada
negara pada masa hadapan.

88

Jurnal Akademik IPTAR 2006

Bukan itu sahaja, kejadian buli yang berlaku di jalan-jalan raya (kes-kes yang melibatkan samseng jalan raya) juga
dikaitkan dengan kejadian buli yang berlaku di sekolah. Pembuli jalan raya ialah seorang yang ketika
persekolahannya juga merupakan seorang pembuli. Dapatan kajian oleh Farrington (1993) menunjukan wujud
pertalian antara tingkah laku buli dan kenakalan semasa di sekolah dengan tingkah laku agresif dan ganas semasa
dewasa.
Artikel ini cuba melihat apakah sebenarnya pelakuan buli daripada pandangan beberapa orang sarjana barat dan
apakah ciri-ciri pelakuan buli dari segi jenis pelakuan buli, lokasi pelakuan buli dan masalah pelakuan buli di sekolah,
kekerapannya serta kesan pelakuan buli kepada mangsa buli dan juga pembuli.

Pelakuan Buli
Apakah yang dikatakan pelakuan buli? Pelakuan buli merupakan satu fenomena yang kompleks (K.Collins et al.,
2004). Tingkah laku buli boleh ditunjukkan dalam pelbagai bentuk dan cara tanpa mengira jantina. Terdapat pelbagai
definisi tentang pelakuan buli diberikan oleh para sarjana. Dan definisi pelakuan buli ini pula bergantung kepada
budaya sesuatu masyarakat. Mungkin satu pelakuan itu dikatakan pelakuan buli oleh satu masyarakat dan bagi
masyarakat lain ianya bukan pelakuan buli. Bagi masyarakat melayu, penggilan nama atau gelaran yang tidak baik
misalnya bukan satu pelakuan buli, sebaliknya sebagai pelakuan yang bersifat gurauan
Definisi pelakuan buli yang paling banyak diterima pakai oleh para sarjana ialah definisi pelakuan buli yang diberikan
oleh Dan Olweus (Olweus,1993) yang mengatakan pelakuan buli ialah tingkah laku agresif yang dilakukan secara
berulang kali terhadap orang lain secara individu atau secara berkumpulan. Pelakuan buli merupakan juga satu
bentuk interaksi sosial dimana individu yang lebih dominan (pembuli) akan menunjukkan tingkah laku aggresif yang
cenderung menyebabkan ketidak selesaan kepada individu yang kurang dominan atau lemah (mangsa buli). Menurut
Rigby(1996) pula, tingkah laku buli ialah perbuatan menekan atau menindas sama ada secara fizikal atau psikologi
oleh seseorang yang lebih berkuasa terhadap seseorang yang tidak berkuasa. Apa yang penting dalam
mendefinisikan pelakuan buli ialah wujudnya ketidak imbangan kuasa antara pembuli dan mangsa buli. Pembuli lebih
berkuasa daripada mangsa buli. Dalam kes buli tidak ada tindak balas daripada mangsa buli ketika kejadian buli. Jika
ada tindak balas ketika kejadian buli, maka imbangan kuasa antara pembuli dan mangsa buli wujud. Dan keadaan ini
tidak lagi dikelaskan sebagai kejadian buli atau pelakuan buli.
Arora ( 1987), dalam kajian mengenai pelakuan buli di sekolah-sekolah di Britain melaporkan bahwa pelakuan buli
adalah menuju keberhasilan atau memelihara kekuasaan sosial melalui pelakuan agresif secara terbuka yang
terjadi kerana mangsa tidak mempunyai kapasiti atau keupayaan atau ketrampilan yang cukup untuk berintegrasi
dengan kelompok sebaya mereka. Penyelidik di Amerika seperti Hoover dan rakan ( 1993) mendefiniskan pelakuan
buli sebagai penyalahgunaan fizikal atau psikolog dari suatu individu oleh satu atau sekompok individu lain.
Definisi pelakuan buli yang diberikan oleh undang-undang Britain ialah suatu keganasan fizikal atau psikologi yang
sudah terjadi dalam satu jangka masa yang lama , yang dilakukan oleh seseorang atau satu kumpulan individu lain
yang tidak mampu mempertahankan dirinya .Perbuatan ini merupakan perbuatan yang disedari dan untuk menyakiti,
mengancam atau menakutkan individu itu atau meletakkannya di bawah tekanan (Heald, 1994)
Kajian-kajian terkini mengenai pelakuan buli pula mendefinisikan pelakuan buli sebagai sebahagian atau subset
daripada tingkah laku agresif , yang mempunyai keupayaan menyebabkan kesakitan secara fizikal atau secara
psikologi ataupun kedua-duanya. Tingkah laku buli merupakan satu bentuk tingkah laku aggresif (Smith dan Sharp,
1994).
Apa yang penting dalam mendefinisikan tingkah laku buli ialah tidak wujud imbangan kuasa di antara pembuli dan
mangsa buli serta ianya berlaku secara berulang kali. Pembuli lebih berkuasa daripada mangsa buli. Tingkah laku
buli tidak boleh digunakan untuk merujuk kepada konflik antara dua pelajar (Dake. J. A. et.l. , 2003) seperti bergaduh
atau bertumbuk.
Kebanyakkan pembuli mempunyai fizikal yang kuat,bertubuh tegap dan berkuasa. Para pengkaji juga mendapati
pembuli mempunyai tahap psikososial yang rendah (Demaray.M.K. & rakan :2003). Pembuli biasanya lebih agresif,
mempunyai fizikal yang lebih kuat dan lebih besar berbanding mangsa.
Secara umumnya, pelakuan buli bolehlah didefinisikan sebagai satu perbuatan negatif oleh seseorang yang lebih
kuat atau berkuasa terhadap sesseorang yang lain , yang lebih lemah atau kurang berkuasa secara berulang kali.

89

Jurnal Akademik IPTAR 2006

Jenis-jenis Pelakuan Buli


Para pengkaji telah mengenal pasti tiga elemen buli terdapat di kalangan pembuli iaitu fizikal,lisan dan antisosial
(Olweus:1993).Tingkah laku buli fizikal dan lisan merujuk kepada tingkah laku buli secara langsung.Tingkah laku buli
anti sosial pula merujuk kepada tingkah laku buli secara tidak langsung. Pelakuan buli sama ada dalam bentuk fizikal
atau lisan boleh menyebabkan kecederaan atau ketidak selesaan atau kesakitan ke atas individu lain iaitu mangsa
buli. Tingkah laku buli termasuklah tindakkan tindakan seperti mengejek, pemulauan dan memukul (Olweus, 1991;
Rigby, 1997; Thompson dan Sharp, 1998).
Jadual1: Jenis-jenis Pelakuan Buli
Verbal
fizikal
Ejakan
Serangan fizikal
Deraan secara verbal
Tidak
Menyebarkan fitnah/gossip
Merosakan harta benda
Langsung
Memperkecil-kecilkan
Memulaukan, penyisihan
Sumber: Michele Elliott, Bullying 3rd ed.,Pearson Education , 2002
Langsung

Smith dan Sharp (1994) melaporkan, jenis perlakuan buli yang lazimnya dilaporkan oleh pelajar-pelajar sekolah di
United Kingdom , adalah panggilan nama, diikuti dengan dipukul, diugut dan penyebaran gossip atau fitnah. kajian
Lagerspetz, Bjorqvist dan Peltonen (1988) pula menunjukan bahawa remaja perempuan lazimnya menggunakan
kaedah buli secara tidak langsung seperti penyebaran fitnah, penyisihan dan pemencilan untuk membuli rakan-rakan
mereka.
Kajian Dawkins (1995), terhadap perlakuan buli di sekolah-sekolah di Australia mendapati bahawa jenis perlakuan
buli yang lazimnya dilaporkan oleh para pelajar adalah mencemuh dan panggilan nama.
Seramai 220 orang dewasa telah memberi maklum balas ke atas soal selidik yang diberikan oleh Crozier dan
Skliopidou (2002), terhadap koleksi panggilan nama dan nama samaran mereka semasa mereka bersekolah.
Panggilan nama yang menyakitkan telah dilaporkan oleh 141 responden, yang menerangkan cara mereka
menangani masalah tersebut sama ada bertindak menentang kembali secara verbal atau bertindak dengan tidak
memperdulikan panggilan tersebut. Responden juga menerangkan bahawa mereka telah bertindak memberitahu
guru dan kebanyakkan daripada mereka menyatakan pihak sekolah tidak banyak membantu. Responden juga
melaporkan bahawa terdapat banyak kesan-kesan terhadap kehidupan mereka di sekolah. Mereka juga melaporkan
bahawa terdapat perkaitan yang kuat antara panggilan nama dengan perlakuan buli secara fizikal dan pengalaman
tersebut merupakan pengalaman yang negative atau menyakitkan. Kandungan biasa nama-nama panggilan banyak
dirujuk kepada penampilan fizikal, mempermainkan nama seseorang dengan merujuk kepada nama binatang dan
mencemuh.
Kajian Boulton M.J., Trueman M. dan Flemington (2002) mendapati bahawa serangan verbal secara langsung
merupakan jenis perlakuan buli yang paling kerap dilaporkan manakala mencuri merupakan jenis perlakuan buli yang
paling kurang dilaporkan. Murid tahun 9 adalah yang paling kurang melaporkan bahawa mereka melakukan
perlakuan buli sejak beberapa minggu kebelakangan berbanding murid-murid yang lain. Tidak wujud perbezaan
jantina yang signifikan dalam penilaian kajian ini. Hampir kebanyakkan murid-murid menganggap bahawa enam
jenis tingkah laku yang dianggap perlakuan buli oleh penyelidik itu betul dan sebahagian kecil lagi menganggapnya
bukan.
Ireland (2002), telah menjalankan kajian perbandingan perlakuan buli di kalangan remaja dan pesalah juvana.
Remaja dilihat mempunyai kekerapan perlakuan buli yang tinggi berbanding pesalah juvana. Remaja juga didapati
lebih signifikan terlibat dalam perlakuan buli secara fizikal, psikologikal atau verbal dan keseluruhan bentuk perlakuan
buli secara langsung berbanding dengan pesalah juvana.
Pembuli biasanya lebih agresif,mempunyai fizikal yang lebih kuat dan lebih besar berbanding mangsa.Tingkah laku
buli di kalangan pelajar lelaki lebih kerap berlaku berbanding pelajar perempuan (Olweus:1993).

Lokasi Pelakuan Buli


Kajian yang dijalankan oleh Blatchford (1998), terhadap situasi bermain di sekolah mendapati bahawa waktu rehat
boleh merupakan masa berlakunya tingkah laku-tingkah laku aggresif, mencemuh, dan buli. Waktu rehat juga boleh
merupakan masa berlakunya peluang kepada pelajar membentuk ikatan persahabatan, pembentukan kompeten
sosial dan budaya. Sekolah kini menghadapi cabaran besar bagi mencapai imbangan antara mengawal tingkah laku
pelajar sambil membekalkan para pelajar mereka dengan perkembangan sosial dan berdikari.

90

Jurnal Akademik IPTAR 2006

O'connell, Pepler dan Craig (1999), telah menjalankan kajian terhadap proses membuli yang wujud di kalangan
rakan sebaya di padang permainan. Kajian mendapati bahawa 54 peratus rakan sebaya ini menghabiskan masa
mereka memperkukuhkan perlakuan buli dengan memerhati secara pasif. 21 peratus masa mereka digunakan untuk
melakukan buli secara aktif dan 25 peratus masa mereka digunakan untuk intervensi bagi pihak mangsa. Kanakkanak yang lebih tua secara aktif terlibat dalam kegiatan membuli berbanding kanak-kanak yang lebih muda dan
kanak-kanak perempuan. Kajian juga mencadangkan bahawa inisiatif anti buli di kalangan rakan sebaya mesti
diperkukuhkan melalui intervensi serentak keseluruhan sekolah.
Kajian Olweus dan Limber (1999), mendapati bahawa bilik darjah merupakan lokasi yang paling banyak dilaporkan
sebagai lokasi perlakuan buli dan para pelajar merasakan bahawa mereka merasa kurang selamat dan tidak selesa
dengan kehidupan di sekolah.

Masalah pelakuan buli di sekolah


Tingkah laku buli di kalangan pelajar sekolah bukan sahaja merupakan masalah di negara kita , tetapi ianya juga
merupakan masalah di seluruh dunia (contoh., sila lihat; Australia:Rigby&Slee, 1991; Scandinavia: Olweus, 1991,
1993 ; England: Smith & Sharp, 1994). Banyak penyelidik seperti Beale dan Scott (2001); Yoon J.S dan Karen Kerber
(2003), mendapati tingkah laku agresif dan buli merupakan satu fenomena tingkah laku yang berlaku secara
berleluasan di sekolah pada hari ini. Dapatan kajian oleh para sarjana barat menunjukkan bahawa satu daripada
sepuluh pelajar sekolah adalah terlibat dalam tingkah laku buli sama ada sebagai pembuli atau mangsa buli
(Glover.D.& rakan:2000).
Kajian Olweus (1994) pula, mendapati bahawa pelakuan buli kerap berlaku di kalangan pelajar-pelajar lelaki dan
pelajar yang lebih muda usia mereka.
Kajian yang telah dijalankan oleh Nansel et al. (2001), menunjukkan antara 8.4 peratus hingga 20 peratus kanakkanak di Amerika Syarikat melaporkan bahawa mereka telah menjadi mangsa buli beberapa kali dalam seminggu.
Manakala kajian Haynie, et al. (2001), pula mendapati bahawa seramai 24.4 peratus hingga 44.6 peratus kanakkanak melaporkan bahawa mereka telah menjadi mangsa buli sekurang-kurangnya sekali. Kajian mereka juga
mendapati bahawa masalah perlakuan buli merupakan masalah yang memberi kesan yang negatif kepada 25
peratus hingga 50 peratus kanak-kanak di sekolah.
Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan di United Kingdom, Smith dan Sharp (1994), mendapati bahawa 10
peratus daripada pelajar yang dikaji melaporkan yang mereka samada jarang atau kerap dibuli sepanjang tempoh
kajian dijalankan. Mereka juga mendapati bahawa 4 peratus daripada pelajar yang disoal selidik melapor
bahawa mereka telah dibuli sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Connell dan Farrington (1996), telah menjalankan kajian tentang perlakuan buli terhadap 20 orang pesalah-pesalah
juvana di Ontario, Canada. Mereka mendapati bahawa 45 peratus dari pada responden terlibat sebagai pembuli dan
25 peratus lagi sebagai mangsa beberapa kali seminggu atau lebih.
Crick, Bigbee dan Howes (1996), melalui kajian mereka mendapati bahawa konflik keaggresifan pelajar perempuan
semakin kerap dan meningkat dan seterusnya akan menjadi lumrah apabila mereka mencapai peringkat keremajaan.
Salmon, James dan Smith (1998), telah menjalankan kajian terhadap 904 orang pelajar yang berusia dalam
lingkungan umur di antara 12 hingga 17 tahun untuk melihat tahap kebimbangan, depressi dan penghargaan kendiri
para pelajar sekolah menengah. Mereka mendapati bahawa 4.2 peratus daripada para pelajar tersebut melaporkan
bahawa mereka sama ada jarang atau kerap dibuli oleh para pelajar lain. 3.4 peratus daripada pelajar yang dikaji
pula melaporkan bahawa mereka sama ada jarang atau kerap membuli pelajar-pelajar lain.
Kajian Eslea dan Mukhtar (2000), terhadap perlakuan buli dan perkauman di kalangan kanak-kanak sekolah Asia di
Britain menunjukkan bahawa perlakuan buli di kalangan kanak-kanak kaum yang sama adalah jarang berlaku.
Perlakuan buli lazimnya dilakukan oleh kanak-kanak yang berbeza kaum daripada mangsa.
Kajian Alikasifoglu et, al. (2004), di sekolah-sekolah di Turki mendapati bahawa 19 peratus daripada responden
kajian mengakui bahawa mereka membuli pelajar lain di sekolah dan 30 peratus lagi pelajar melaporkan bahawa
mereka menjadi mangsa buli di sekolah.
Di Malaysia kajian tentang pelakuan buli di kalangan pelajar sekolah tidak banyak dijalankan. Walaupun begitu kajian
yang dijalankan oleh Profesor Dr.Noran Fauziah Yakub (2002; 2004) ,mengesahkan bahawa pelakuan buli di
kalangan pelajar sekolah juga wujud di Malaysia.

91

Jurnal Akademik IPTAR 2006

Kesan Pelakuan Buli


Perlakuan buli memberi kesan yang amat serious bukan sahaja kepada mangsa buli dan pembuli, malah kepada
keselamatan di sekolah. Pelakuan agresif buli sama ada dalam bentuk fizikal atau verbal akan menghasilkan kesan
yang tidak baik terhadap pelajar dan juga suasana persekolahan.Tingkah laku buli boleh menyebabkan kecederaan
atau ketidak selesaan atau kesakitan ke atas individu terutamanya yang menjadi mangsa buli. Dapatan kajian oleh
Rigby ( 1994) menunjukkan tingkah laku buli di kalangan pelajar sekolah mempunyai hubungan dengan kesihatan
mental dan fizikal. Menurut Olweus(1993), tingkah laku buli akan menyebabkan perasan rendah diri, penghargaan
kendiri rendah, kemurungan, depressi dan bunuh diri. Hasil kajian mengenai kes buli di kalangan murid-murid
sekolah di negara-negara barat mendapati murid yang membuli apabila dewasa kelak kemungkinan besar akan
menjadi penjenayah. Manakala mangsa buli pula cenderung untuk membunuh diri akibat tekanan yang dihadapi.
Pelakuan buli sering diwawarkan sebagai penyumbang kepada perlakuan ganas di sekolah (Boatwright, Mathis, &
Smith-Rex, 2000; Olweus, 1991, 1993; Rigby, 1996; Shakeshaft et, al., 1995). Perlakuan buli di sekolah mempunyai
kesan yang amat mendalam kepada para pelajar dan lazimnya membawa kepada keganasan dan malapetaka yang
buruk kepada mangsa buli dan pembuli (Ma et al., 2001). Mangsa buli lazimnya akan cenderung untuk ponteng
sekolah, mengalami `esteem kendiri yang rendah dan dalam kes-kes yang ekstreem, mereka akan bertindak lari dari
rumah, bunuh diri ataupun membunuh pembuli.
Menurut Beale (2001), perlakuan buli mempunyai kesan buruk kepada mangsa dan pemangsa. Kanak-kanak yang
dikenalpasti sebagai pembuli adalah tiga kali ganda cenderung untuk melanggar undang-undang pada ketika usianya
30 tahun manakala mangsa pula akan mederita dari aspek sosial dan akademik dengan bunuh diri merupakan akibat
yang paling drastik sekali. Kajian Borg (1998), mendapati bahawa mangsa buli melaporkan mereka merasa marah
dan hilang harga diri selepas kejadian buli.
Berthold dan Hoover (2000), menjalankan kajian untuk memeriksa perkaitan antara perlakuan buli dengan risiko
tingkah laku di kalangan 591 pelajar gred 4 hingga gred 6 di bandar Midwestern, Amerika Syarikat. Lebih satu
pertiga responden melaporkan bahawa mereka mengalami pengalaman dibuli dan satu perlima responden
melaporkan mereka membuli orang lain. Mangsa cenderung untuk mengalami kerisauan, bencikan diri sendiri dan
lebih suka tinggal di rumah daripada ke sekolah demi keselamatan. Pembuli pula seakan-akan menghabiskan masa
di rumah tanpa penyeliaan orang dewasa, minum arak, merokok atau mengunyah tembakau, menipu semasa ujian
dan membawa senjata ke sekolah. Sebagai tambahan pembuli menekan rakan sebaya untuk melakukan tingkah
laku berisiko tinggi seperti merokok dan meminum arak.
Camodeca et, al. (2002), telah menjalankan kajian perkaitan hubungan di antara pelakuan buli dan pemangsaan
dengan agresif reaktif dan proaktif terhadap 215 orang kanak-kanak (114 perempuan dan 101 lelaki). Dapatan kajian
menunjukkan bahawa pembuli yang juga mangsa buli adalah aggresif reaktif dan proaktif manakala mangsa buli
hanya aggresif reaktif. Kanak-kanak lelaki dilihat lebih bertindak sebagai pembuli berbanding kanak-kanak
perempuan dan lebih stabil dalam pemangsaan berbanding kanak-kanak perempuan. Darjah kestabilan perlakuan
buli dan pemangsaan adalah sederhana yang mana perlakuan buli lebih stabil berbanding pemangsaan.
Unnever dan Cornell (2003), telah menjalankan kajian menyiasat pengaruh kawalan kendiri yang rendah dan `
Attention-Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) terhadap perlakuan buli dan mangsa buli. Sampel terdiri daripada
1,315 pelajar sekolah. Dapatan menunjukkan para pelajar yang menjalani rawatan ADHD mengalami peningkatan
risiko terhadap pelakuan dan menjadi mangsa buli. Analisa berikutnya mendapati bahawa kawalan kendiri
mempengaruhi mangsa buli melalui interaksi dengan jantina dan ukuran saiz fizikal serta kekuatan. Dapatan kajian
itu juga mendapati bahawa kawalan kendiri yang rendah dan ADHD sebagai faktor potensi risiko untuk perlakuan buli
dan menjadi mangsa buli.
Kepada sebilangan besar pelajar, tingkah laku agresif yang berbentuk buli semasa zaman kanak-kanak kekal hingga
mereka meningkat dewasa (Eron, Huessmann, Dubow, Romanoff, and Yarnel, 1987). Kajian Olweus (1991),
mendapati bahawa 60 peratus budak lelaki yang mengalami masalah buli yang serious mempunyai sekurangkurangnya satu pertuduhan jenayah pada usia mereka 24 tahun dan 40 peratus daripada mereka mempunyai rekod
tiga kali atau lebih ditahan oleh pihak berkuasa. Kanak-kanak yang membuli mungkin mempunyai potensi
kepimpinan di kalangan rakan sebaya tetapi kebergantungan mereka kepada cara negatif untuk mempengaruhi
orang lain ini akan menyebabkan mereka kehilangan potensi untuk membentuk kepimpinan ini. Kanak-kanak yang
membuli lazimnya mengalami penurunan status di kalangan rakan sebaya. Apabila mereka semakin meningkat
dewasa, tingkah laku ini akan membawa mereka untuk bergaul dan bercampur hanya di kalangan orang-orang yang
mempunyai masalah tingkah laku aggresif. Pola ini dilihat akan menyumbang kepada perkembangan ke arah
pembentukan kumpulan samseng remaja (Cairns, Cairns, Neckerman, Gest, dan Gariepy, 1988).
Mangsa buli mungkin akan mengalami pemulauan oleh rakan sebaya. Menurut (Oliver, Hoover, dan Hazler (1994),
kanak-kanak cenderung untuk menilai mangsa buli secara negatif dan menyalahkan mereka ke atas tingkah laku buli
yang telah dialami. Rakan sebaya akan melabel mereka sebagai individu yang lemah (Charach, Pepler, dan Ziegler,
1995). Menurut Perry, Williard, dan Perry (1990), rakan sebaya hanya menunjukkan sedikit `emphaty kepada rakan-

92

Jurnal Akademik IPTAR 2006

rakan mereka yang menjadi mangsa buli. Dapatan daripada kajian-kajian ini menunjukkan bahawa pengalaman
dibuli akan membawa pemulauan seterusnya oleh rakan sebaya dan sokongan serta simpati yang diharapkan oleh
mangsa-mangsa buli daripada rakan sebaya adalah amat sedikit. Pengalaman dibuli akan membawa kepada
masalah-masalah emosi yang lebih besar seperti penurunan esteem kendiri (Egan and Perry, 1998). Menurut
Graham dan Juvonen (1998), mangsa buli akan menyalahkan diri mereka sendiri dan melihat diri mereka sebagai
orang yang mengalami kegagalan sosial. Kesan-kesan emosi yang teruk ini didapati akan berkembang ke alam
dewasa dalam bentuk esteem kendiri yang rendah dan akan meningkatkan risiko depressi (Olweus, 1993).
Secara umumnya pelajar lelaki dan pelajar perempuan mengalami keadaan yang sama untuk dibuli, walaupun para
pelajar lelaki biasanya dilihat seakan-akan cenderung untuk bertindak membuli. Pelajar lelaki juga dilihat seakanakan merasai kesan secara langsung untuk mengalami tingkah laku buli secara fizikal manakala pelajar perempuan
lebih cenderung menggunakan tingkah laku buli secara verbal atau tingkah laku buli secara tidak langsung seperti
penyisihan sosial (Whitney dan Smith, 1993).

Penutup
Pelakuan buli merupakan satu bentuk tingkah laku agresif yang akan mengganggu peranan institusi sekolah dalam
usaha membentuk sahsiah serta displin pelajar yang tinggi. Walaupun terdapat pelbagai definisi yang diberikan
kepada pelakuan buli tetapi ianya boleh ianya boleh mempunyai tiga elemen penting iaitu; berbentuk atau menghala
ke arah tingkah laku atau perbuatan agresif; tidak wujud imbangan kuasa dan akan menyebabkan kesakitan
samaada secara fizikal atau psikologi.
Kefahaman pihak-pihak yang terlibat dengan para pelajar sekolah seperti pengetua, guru dan ibu-bapa terdapat
masalah pelakuan buli di sekolah dan kesannya adalah amat penting di dalam usaha merangka dan melaksanakan
program-program pencegahan dan polisi anti buli di peringkat sekolah.

Rujukan

Ahmad, Y., & Smith, P. K. (1994). Bullying in Schools and The Issue of Sex Differences in John Archer (Ed.), Male Violence.
London: Routledge.
Arora,C.M.J. & Thompson, D.A. (1987). Defining Bullying for A Secondary School., Educational and Child Psychology,4
Anda de & Diane. (1999), The Evaluation of a Skill-Based Violence Prevention Program for High School Adolescents., Social
Work in Education ( v21 n3) p137-49
Blake, J.A. & Champion, D.J. (1976). Method and Issues in Social Research, New York: John Wiley and Sons.
Borg, M. G. (1998). The Emotional Reactions of School Bullies and Their Victims. , Educational Psychology (18) p 433-444.
Borg, M. G. (1999). The Extent and Nature of Bullying Among Primary and Secondary School Children., Educational Research
(41) p 137-153.
Boulton M.J., Trueman M.& Flemington I. (2002). Associations between Secondary School Pupils' Definitions of Bullying, Attitudes
towards Bullying, and Tendencies to Engage in Bullying: Age and Sex Differences. Educational Studies ( December 28/4) p
353-370
Charach, A., Pepler, D. J., & Ziegler, S. (1995). "Bullying at School: A Canadian Perspective.", Education Canada ( 35), p 1218.
Crozier W.R.& Skliopidou E. (2002). Adult Recollections of Name-calling at School.
p 13-12

Educational Psychology. (January 22/1),

Dawkins J. (1995). Bullying in Schools: Dctors' Rsponsibilities. Briitish Medical Journal; 310:274-5.
Demaray, M. K.& Malecki, C. K. (2003). Perceptions of the Frequency and Importance of Social Support by Students Classified as
victims, Bullies, and Bully/Victims in an Urban Middle School., School Psychology Review ( 32), p 471- 489.
Division of Adolescent and School Health (DASH). (1993). Center for Chronic Disease Prevention and Health Promotion. New
York City Youth Violence Survey. Atlanta, GA: Centers for Disease Control and Prevention.
Farrington, D.P.(1993). Understanding and Preventing Bullying, Crime and Justice (Vol.17) :University of Chicago Press
Greenbaum, S., Turner, B., & Stephens, R.M. (1989). Set Straight on Bullies., Malibu, CA.: National School Safety Center.

93

Jurnal Akademik IPTAR 2006


Gumpel, T.P. & Meadan, H. (2000). Childrens Perception of School-Based Violence. British Journal of Educational Psychology
(vol. 70), p 391-404.
Hazler R. J., Miller D. L., Carney J. V. dan Green S. (2001). Adult recognition of school bullying situations., Educational Research
(June 43/ 2), p133-146
Henson, K., Massey, O., & Armstrong, K. (2002). Student Perceptions of School Safety: Results of the 2001 Omnibus Survey.
Tampa, FL:
Massey, O.T., Armstrong, K. & Santoro, G., (2000). School Safety Survey.
Olweus, D. (1993). Bullying At Schoo l: What We Know And What We Can Do., Cambridge, Ma: Blackwell.
Olweus, D. (1978) Aggression in schools : Bullies and Whipping Boys., Washington,D.C;Hemisphere Press (Wiley).
Olweus, D. & Limber, S. (1999). Bullying Prevention Program. In D. S. Elliot (Ed.), Blueprints for Violence Prevention. Denver, CO:
C&M Press.
Orpinas P & Kelder S. (1995). Students for Peace Project. Second Student Evaluation. Houston, TX: University of Texas Health
Science Center at Houston, School of Public Health.
Rigby, K. (1996) Bullying in Schools and What to Do About It. Melbourne: Australian Council for Educational Research
Rigby, K. (1998b) Health Effects of School Bullying., The Professional Reading Guide for Educational Administrators Vol 19, No.2.
Feb/March .
Rigby, K. (1998d). Suicidal Ideation and Bullying among Australian Secondary School Children., Australian Educational and
Developmental Psychologist, 15
.
Rigby, K. (1999a) Peer Victimisation at School and The Health of Secondary Students., British Journal of Educational Psychology,
22
Rigby, K. & Slee, P. T. (1993). Dimensions of Interpersonal Relations among Australian School Children and Their Implications for
Psychological Well-being., Journal of Social Psychology, 133(1)
Portney L.G & Walkins M.R. (1993). Foundations of Clinical Research: Applications to Practice. East Norwalk, Conn.: Appleton and
Lang
Salmivalli, C. (2001). Peer-Led Intervention Campaign Against School Bullying: Who Considered it Useful, Who Benefited?.,
Educational Research (vol. 43), p 263-278.
Smith P.K. & Ananiadou K. (2003). The Nature of School Bullying and the Effectiveness of School-Based Interventions, Journal
of Applied Psychoanalytic Studies (vol 21/2), p 189-209(21)
Smith P.K. & Shu S. (2000). What Good Schools Can Do About Bullying: Findings from a Survey in English Schools after A
Decade of Research And Action., Childhood (vol. 20/2), p 193-212)
Smith, P. & Sharp, S. (1994). The Problem of School Bullying in P.K. Smith & S. Sharp (Eds.) School Bullying Insights and
Perspectives. London:Routledge.
Stevens V., Bourdeaudhuij I.D. & Oost P.V. (2000). Bullying in Flemish Schools: An Evaluation of Anti-bullying Intervention in
Primary and Secondary Schools., British Journal of Educational Psychology (June vol. 16/ 2), p 195-210
Trump & Kenneth S. (1999). Scared or Prepared: Reducing Risks with School Security Assessments., High School Magazine
(vol.6/7), p 18-23
Wilson, A. (1992). Preventing and Responding to Bullying in School., The Canadian School Executive, May, 9-12.
Ziegler, S. dan Rosenstein-Manner, M. (1991). Bullying at school: Toronto in an International Context., Toronto: Toronto Board of
Education, Research Services.

94

Anda mungkin juga menyukai