Anda di halaman 1dari 15

Soalan 1 hingga 18

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


1 Boleh __________ berjumpa dengan Doktor Ani? tanya Puan Rania kepada
jururawat.
A.
B.
C.
D.

saya
kita
patik
hamba

__________ singgahlah di rumah saya dahulu sebelum berangkat pulang,

kata
Azura kepada rakan-rakannya.
A.
B.
C.
D.

Kalian
Kami
Kamu
Kita

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3 Tukang jahit itu memotong kaki seluar yang __________ itu.


A.
B.
C.
D.

lebar
besar
labuh
singkat

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4 Pokok-pokok di kawasan pantai itu memang __________


A.
B.
C.
D.

lebar
besar
pendek
rendang

5 Air lubuk di kawasan itu menjadi __________ semasa musim kemarau.


A.
B.
C.
D.

keruh
deras
tohor
jernih

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6 Mak Limah duduk di __________ rumah sambil meraut lidi.


A.
B.
C.
D.

atas
hadapan
belakang
bawah

Ibu melumurkan ikan keli itu dengan belimbing dan limau untuk

menghilangkan
bau __________.
A.
B.
C.
D.

hamis
tengik
hanyir
hancing

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8 Aliya mengambil sapu tangan lalu mengesat __________ nya.


A.
B.
C.
D.

mata air
air sejuk
air suam
air mata

9 Rina menghamparkan se __________ tikar mengkuang di anjung rumah untuk


tetamu.
A.
B.
C.
D.

helai
papan
lembar
bidang

10 __________ ke kampung Orang Asli itu mengambil masa setengah jam.

A.
B.
C.
D.

Berjalan
Pejalan
Perjalanan
Menjalankan

11 Puan Ainon terkejut __________ mendapat berita kemalangan yang menimpa


jirannya.
A.
B.
C.
D.

dan
serta
apabila
bahawa

12 Bapa melarang kami __________ urusan rumah tangga jiran kami.


A. Bercampur
B. Tercampur
C. Mencampurkan
D. mencampuri

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13 Pemain yang cedera itu terpaksa __________ keluar dari padang.


A.
B.
C.
D.

14

diusung
dipikul
dikandar
dijinjing

Husna segera bangun __________ membantu ibunya mengangkat pakaian

yang

dijemur.
A.
B.
C.
D.

mesti
mahu
hendak
perlu

15 Beg tangan ini sangat cantik kerana dibuat __________ kulit lembu.
A.
B.
C.
D.

dari
oleh
dengan
daripada

16 Para penduduk berpeluang __________ sambil menikmati jamuan.


A.
B.
C.
D.

bertemu janji
bersoal jawab
bertemu ramah
beramah mesra

Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah.

17 Abang berjalan __________ kerana kakinya luka terpijak paku.


A.
B.
C.
D.

terhuyung-hayang
terhincut-hincut
terpinga-pinga
terkial-kial

18 Selepas itu, Nani dan rakan-rakannya pun __________ kerana hendak pulang
ke
rumah.
A.
B.
C.
D.

minta
minta
minta
minta

jalan
lalu
diri
ampun

19 Burung di dalam sangkar itu telah dilepaskan oleh ibu.


Pilih perkataan seerti bagi dilepaskan.
A.
B.
C.
D.

dibebaskan
dipisahkan
diterbangkan
dikeluarkan

20 Kapal dagang itu akan belayar ke Pelabuhan Pasir Gudang.


Pilih perkataan berlawan bagi belayar.
A.
B.
C.
D.

berhenti
bergerak
berlabuh
beralih

Soalan 21 dan 22
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

21

Rizal menghantar surat kepada Edry berpandukan alamat yang

diberikan
oleh Taha.
II Ayam berkokok alamat hari nak siang.

III Gindut belajar bersungguh-sungguh alamatnya untuk ke universiti.


IV

Alamat yang terdapat di mukanya merupakan kesan kemalangan yang


dialaminya dulu.

A.
B.
C.
D.

22

I dan II
II dan III
III dan VI
I dan IV

I Wajah wanita itu semakin berkerut kerana usianya yang semakin


meningkat.
II Dahinya berkerut memikirkan jawaban untuk soalan matematik itu.
III Tumit kakinya berkerut kerana alahan terhadap lantai simen.
IV Tubuh mangsa yang lemas itu telah berkerut setelah seminggu hilang di
Laut.
A.
B.
C.
D.

I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV

23 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.


Perniagaannya semakin maju kerana Hasyim seorang pemuda yang rajin dan
tabah.
A.
B.
C.
D.

Siapakah yang rajin dan gigih berusaha dalam perniagaannya?


Bagaimanakah Hasyim menjalankan perniagaannya?
Bilakah perniagaan Hasyim semakin maju?
Mengapakah perniagaan Hasyim semakin maju?

24 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.


Apakah punca pencemaran bau di kawasan itu?

A. Sejak minggu lepas pencemaran bau berlaku di situ.


B. Pencemaran bau berlaku di kawasan perumahan itu.
C. Pencemaran bau menyebabkan penduduk di kawasan itu berasa tidak
selesa.
D. Pencemaran bau di kawasan itu berpunca daripada sampah yang tidak
dipungut.

Soalan 25 dan 26
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
25 Keluarga Wong dikunjungi oleh banyak tetamu.
A.
B.
C.
D.

Banyak keluarga Wong telah dikunjungi oleh tetamu.


Banyak tetamu yang mengunjungi keluarga Wong.
Keluarga Wong telah banyak mengunjungi tetamu.
Para tetamu telah dikunjungi oleh keluarga Wong.

26 Kemaskan buku-buku yang berselerak di atas meja ini, kata ibu kepada
Abang Han.
A. Ibu melarang Abang Han mengemaskan buku-buku yang berselerak di
atas meja itu.
B. Ibu menggalakkan Abang Han mengemaskan buku-buku yang berselerak
di atas meja itu.
C. Ibu memberitahu Abang Han bahawa buku-buku di atas meja itu tidak
dikemas dan berselerak.
D. Ibu menyuruh Abang Han mengemaskan buku-buku yang berselerak di
atas meja itu.

Soalan 27 dan 28
Pilih ayat yang betul.

27

I Mustafa menunggu adiknya dari pukul dua hingga pukul empat petang.
II Pada masa cuti, Hambali menolong ayahnya di kebun.
III Sunny menerima hadiah dari Encik Minhad.
IV Syikin mengirim surat pada sahabat karibnya di Johor.
A. I dan II
B. II dan III
C. I, II, dan IV
D. II, III, dan IV

28

I Pelajar itu tersesat dalam hutan.


II Lenny membelakangi papan hitam.
III Biarpun kakinya sakit, Ayus tetap pergi ke sekolah.
IV Cikgu Lynett berasal dari Klang.
A. I, II, dan III
B. I, II, dan IV
C. I, III, dan IV
D. II, III, dan IV

Soalan 29 hingga 30
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
29 William betul-betul ____________________ kerana dia telah melupakan segala
bantuan yang diberikan oleh Chandran kepadanya selama ini.
A. seperti
B. seperti
C. seperti
D. seperti

pinang dibelah dua.


kacang lupakan kulit.
isi dengan kuku.
pahat dengan penukul

30 Elman duduk termenung di anjung rumah ____________________ setelah gagal


dalam peperiksaan.

A. seperti
B. seperti
C. seperti
D. seperti

batu jatuh ke lubuk.


ayam berak kapur.
menghitung bulu kambing.
anjing dengan kucing.

Soalan 31 hingga 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Kita memerlukan makanan untuk memperoleh tenaga, membesar, bergerak,
dan melakukan kerja-kerja harian. Makanan yang dimakan pula mestilah
seimbang. Makanan yang dimakan pula mestilah seimbang. Makanan yang
seimbang mengandungi bahan-bahan seperti karbohidrat, protein, minyak,
lemak, vitamin, dan garam galian.
Karbohidrat membekalkan tenaga untuk membantu kita bekerja, bermain,
dan memanaskan badan. Karbohidrat banyak terkandung dalam gula dan kanji.
Tebu dan buah-buahan segar pembekal gula yang terpenting. Kanji pula
diperoleh daripada makanan yang berasaskan beras dan gandum. Walau
bagaimanapun, pengambilan karbohidrat yang berlebihan dapat menyebabkan
kegemukan.
Protein ialah bahan makanan yang membina tubuh. Antara makanan yang
mengandungi protein termasuklah daging, ikan, dan telur. Lemak dan minyak
membekalkan tenaga dan haba kepada kita. Lemak dan minyak tidak boleh
diambil secara berlebihan kerana bahan ini juga dapat menggemukkan badan.
Lemak dan minyak akan tersimpan di bawah kulit.
Garam galian ialah suatu zat yang berguna untuk mencegah penyakit. Garam
galian yang diperlukan oleh tubuh ialah kalsium, fosforus, besi, dan iodin.
Kalsium menjadikan tulang dan gigi kita kuat. Zat besi pula diperlukan untuk
membina darah. Kekurangan zat besi dapat menyebabkan seseorang berasa
letih dan kelihatan pucat. Kekurangan iodin pula dapat mendatangkan penyakit
beguk.
Air pula membantu proses penghadaman manusia di samping mengawal
suhu badan. Lebihan haba badan keluar melalui peluh. Semasa berpeluh, badan
kita terasa sejuk kerana air tersejat di permukaan kulit. Selain air, bahan pelawas
juga

penting

untuk

membantu

proses

penghadaman.

termasuklah sayur-sayuran, buah-buahan, dan bijirin.

Bahan

pelawas

Kesihatan anda terjamin seandainya anda mengambil makanan yang


seimbang, meminum air yang mencukupi, dan bersenam. Jangan sekali-kali
menagih najis dadah dan merokok atau minum minuman keras. Gaya hidup yang
sihat sangat baik diamalkan sejak remaja lagi.

31 Kita memerlukan makanan untuk ______________.


A. bekerja, bergerak, dan membesar.
B. membesar dan melawan penyakit.
C. bekerja, bergerak, dan menjaga tubuh.
D. bekerja, bergerak, dan hidup.

32 Mengapakah lemak tidak boleh diambil secara berlebihan?


A. Kerana
B. Kerana
C. Kerana
D. Kerana

lemak
lemak
lemak
lemak

akan menjejaskan kesihatan kita.


akan menambahkan berat badan kita.
berbahaya kepada kesihatan.
menguruskan badan.

33 Pilih pernyatan yang tidak benar.


A. Kalsium menguatkan tulang dan gigi.
B. Pelawas mengelakkan sembelit.
C. Makanan yang seimbang mengandungi

karbohidrat,

vitamin, dan garam galian.


D. Zat besi diperlukan untuk membina tubuh.

34 Perkataan tersejat dalam petikan bermaksud ___________ .


A. kering
B. beku
C. hapus
D. hilang

35 Apakah tugas air dalam tubuh kita?


A. Mengeluarkan peluh
B. Memanaskan tubuh

protein, lemak,

C. Mengawal suhu badan


D. Menyejukkan tubuh

Soalan 36 hingga 40
Baca syarahan di bawah ini. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Yang Mulia Tuan Pengerusi majlis;
Guru Besar; guru-guru; dan rakan-rakan. Pada hari ini saya akan menyampaikan
syarahan yang bertajuk,Kepemimpinan Melalui Teladan.
Dalam sesebuah negara, pemimpin ialah Perdana Menteri, pemimpin
sesebuah kampung ialah ketua kampung, dan pemimpin keluarga pula ialah
bapa. Setiap pemimpin seharusnya berhemah tinggi dan disegani oleh orang
yang dipimpinnya. Pemimpin yang baik akan disanjungi.
Seseorang pemimpin yang baik akan menjalankan tugasnya dengan bersih,
cekap, dan amanah. Pemimpin perlulah berdisiplin dan berdedikasi. Pemimpin
juga perlu berfikiran terbuka dan menerima teguran serta saranan daripada
sesiapa pun. Bukan itu sahaja, pemimpin mestilah mempunyai peribadi yang
mulia, berbudi pekerti, dan berperawakan baik. Hal yang demikian kerana
mereka menjadi contoh kepada orang yang dipimpinnya.
Pemimpin yang baik menjadi contoh kepada orang bawahannya. Sebagai
hasilnya, orang bawahan akan menjalankan tugas dengan baik dan sempurna.
Hal ini tentu sahaja dapat meningkatkan mutu perkhidmatan. Sebaliknya,
pemimpin yang tidak berkarisma bukan sahaja tidak dihormati, malah akan
menjatuhkan organisasi yang dipimpinnya.
Akhir kata, kepemimpinan melalui teladan itu sebenarnya membawa maksud
seorang pemimpin itu disegani dan bukanlah ditakuti.
Sekian, terima kasih.

36 Pemimpin yang baik akan _______________.


A. disanjung oleh orang bawahannya

B. menurut segala permintaan pengikutnya


C. bekerja sepanjang masa
D. menolong semua orang

37 Yang manakah antara yang berikut bukan sifat pemimpin yang baik?
A. Berperibadi mulia
B. Berperawakan baik
C. Berfikiran terbuka
D. Bersenang-lenang

38

Pemimpin yang menjadi contoh kepada orang bawahannya menjadikan

______
A. organisasi yang dipimpinnya jatuh
B. orang bawahannya menurut segala perintahnya
C. mutu organisasi yang dipimpinnya meningkat
D. orang bawahan segan silu kepadanya

39 Apakah maksud yang tepat bagi kepemimpinan melalui teladan?


A. Semua orang mengikut arahannya.
B. Semua orang dapat berbuat apa-apa yang disukai.
C. Pemimpin yang disayangi oleh orang bawahannya.
D. Pemimpin yang menjadi contoh kepada orang bawahannya.

40 Maksud berhemah tinggi ialah ____________.


A. tingkah laku yang baik
B. selalu menderma kepada orang susah
C. bekerja secara sistematik
D. pandai menarik perhatian

Anda mungkin juga menyukai