Anda di halaman 1dari 11

Pengumuman :

1. Program Hari Anugerah kecemerlangan akan berlangsung sehingga pukul 11.00


pagi.
2. Pelajar diminta memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang program berlangsung.
3. Para pengawas dan semua guru diminta memberi kerjasama dengan mengawasi
para pelajar.
4. Pelajar diminta tidak membuat bising, berbual-bual dan menunjukkan reaksi tidak
berminat ketika berada dalam majlis.
5. Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan majlis. Pergerakan keluar daripada majlis
mestilah dengan kebenaran guru.
6. Pelajar diminta duduk dalam keadaan paling selesa, teratur dan tersusun.
7. Pelajar tidak dibenarkan untuk bersorak ketika majlis berlangsung. Berikan tepukan
kepada rakan anda yang memperoleh kecemerlangan
8. Tindakan tegas akan diambil ke atas pelajar yang menganggu perjalanan majlis atau
melakukan perkara yang tidak dibenarkan.
9. Pelajar diminta menyanyikan lagu negaraku dengan penuh semangat

[Asmadi]
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Tuan Haji Bakar bin Jusoh, Pegawai
Pendidikan Daerah Dungun, Terengganu diiringi Tuan Guru Besar dan dif-dif kehormat
masuk ke dalam dewan
[Nurul]
Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku
Hadirin dipohon berdiri
Terima kasih, hadirin dipersilakan duduk.
[Asmadi]
Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi rabbil alamin, wabihi nastain ala umurid dunia
waddin, wa ala alihi wasahbihi ajmain. Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir... Wa Laa
Hau la wala quwwata illa billahil aliyil aziim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam ukhwah
fillah abadan abadaa
Yang Berbahagia,
Tuan Haji Bakar bin Jusoh
Pegawai Pendidikan Daerah Dungun, Terengganu
Yang Berusaha,
Encik Zainuddin bin Mohd Nor
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kuala Jengal, Dungun, Terengganu
Yang Dihormati,
Che Ku Abu Bakar bin Che Wan Abdullah
Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Kuala Jengal,
Dungun, Terengganu

Barisan Kepimpinan Penolong Kanan,


Encik Azman bin Draman
Penolong Kanan Pentadbiran
Encik Azrin bin Zakaria
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Ustaz Ahmad Soffe bin Mahmud


Penolong Kanan Kokurikulum
Rakan-rakan guru,
Para ibu bapa,
Para Penerima Anugerah
serta murid-murid yang dikasihi sekalian.
[Nurul]
Ulik Mayang nyanyian asli
Dilagu sigadis merdu sekali
Terima Kasih sekalung budi
Sudi datang ke majlis merai..
[Asmadi]
Buku Pelawat serahan hati
Tanda ingatan kekal abadi
Biar padu seteguh jati
Budaya kita junjungan budi
[Nurul]
Warga cemerlang tersenyum manis
Hadir bersama pendidik wibawa
Sambutan anugerah penyeri majlis
Sematkan gagah di dalam jiwa

Selamat datang ke Majlis Graduasi Prasekolah dan Hari Apresiasi Pendidikan Sekolah
Kebangsaan Kuala Jengal, Dungun, Terengganu Tahun 2014. Marilah kita bersamasama seiring dan sederap melangkah dalam menjayakan majlis sambutan hari
Anugerah ini. Setiggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah kurnia dan izinNya dapat kita berhimpun di dewan yang indah ini dengan penuh
kedamaian dan keamanan bagi memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang
menunjukkan kecemerlangan di pelbagai lapangan. Sesungguhnya kecemerlangan para
pelajar hari ini membuktikan kejelikitan dan pengorbanan yang terjalin antara semua
pihak serta kesungguhan dan iltizam tinggi seluruh warga pendidik dan pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Kuala Jengal, Dungun, Terengganu untuk membangunkan
kegemilangan pendidikan di sekolah ini.
2. DOA
[Asmadi]
Anugerah di kecap si anak watan
Mengangkat senjata bidalan suara
Menadah tangan memohon keberkatan
Mendapat restu hidup sejahtera
Untuk memberkati majlis, dengan sukacitanya dijemput Al Fadhil Ustaz Razali bin Salleh
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan
DOA
Terima kasih kepada Ustaz Razali bin Salleh atas bacaan doa sebentar tadi.
3. PERSEMBAHAN 1
[Nurul]
Hadirin dan Hadirat yang dikasihi.
Proses diajar, belajar dan mengajar
Membentuk modal insan lebih gemilang
Menghasilkan modal insan elok akhlaknya
Melahirkan watan yang mantap jati diri
Melahirkan generasi kemenjadian dan harapan
Sebagai halwa telinga dan penawar resah dan gelisah, pihak majlis tampilkan satu

persembahan qasidah yang akan dipersembahkan oleh gabungan murid Sekolah


Kebangsaan Kuala Jengal, Dungun, Terengganu bertajuk Ya Hanana hasil bimbingan
Ustazah Salma Saadah binti Mansor.
Persembahan
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan qasidah sebentar tadi.

4. UCAPAN GURU BESAR


[Asmadi]
Pepatah-petitih Adat Melayu
Warisan amalan sejak dahulu
Pohon keizinan barang sewaktu
Ucapan Guru Besar amat dialu
Sebagai pembuka acara, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha ,
Encik Zainuddin bin Mohd Nor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kuala Jengal, Dungun,
Terengganu untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
UCAPAN
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan Tuan Guru Besar sebentar tadi.
5. UCAPAN PENGERUSI PIBG
[Nurul]
Meneruskan acara, dijemput Yang Dihormati, Che Ku Abu Bakar bin Che Wan Abdullah
Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Kuala Jengal,
Dungun, Terengganu untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
UCAPAN
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan oleh Che
Ku Abu Bakar bin Che Wan Abdullah sebentar tadi.
7. UCAPAN PERASMIAN

[Asmadi]
Hadirin dan Hadirat warga dewan yang budiman.
Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Berbahagia, Tuan Haji Bakar bin Jusoh
Pegawai Pendidikan Daerah Dungun, Terengganu untuk menyampaikan ucapan beliau
dan setrusnya merasmikan Graduasi Prasekolah dan Hari Apresiasi Pendidikan Sekolah
Kebangsaan Kuala Jengal, Dungun, Terengganu Tahun 2014.
UCAPAN
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan perasmian yang telah disampaikan
oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah sebentar tadi.
8. PENYAMPAIAN HADIAH 1
[Nurul]
Terbang tinggi si burung helang
Berkicau kenari sambil berterbangan
Insan cemerlang Negara terbilang
Anugerah diberi tanda kecemerlangan.
Majlis Majlis Graduasi Prasekolah dan Hari Apresiasi Pendidikan Sekolah Kebangsaan
Kuala Jengal, Dungun, Terengganu Tahun 2014 dimulakan dengan penyampaian
Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Murid terbaik Mengikut Mata Pelajaran.
Sehubungan itu, majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang Berusaha, Tuan Guru
Besar, Encik Zainuddin bin Mohd Nor untuk menyempurnakan majlis penyampaian
hadiah kepada para penerima anugerah terlibat.
(MUZIK GAMELAN BERMULA)
BACA SENARAI NAMA PENERIMA HADIAH MENGIKUT URUTAN 1
Terima kasih diucapkan kepada Encik Zainuddin bin Mohd Nor atas penyempurnaan
majlis itu.
9. PERSEMBAHAN 2

[Asmadi]
Seterusnya sebagai selingan, pihak majlis tampilkan satu persembahan bahasa arab
yang akan dipersembahkan oleh gabungan murid Sekolah Kebangsaan Kuala Jengal,
Dungun, Terengganu juga hasil bimbingan Ustazah Salma Saadah binti Mansor.
Persembahan
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan bahasa arab sebentar tadi.
8. PENYAMPAIAN HADIAH 2
[Nurul]
Hadirin dan hadirat sekalian.
Kita teruskan lagi Majlis Majlis Graduasi Prasekolah dan Hari Apresiasi Pendidikan
Sekolah Kebangsaan Kuala Jengal, Dungun, Terengganu Tahun 2014 dengan
penyampaian Anugerah Kedatangan Penuh, Sahsiah Terbaik dan Kepipimpinan Kelas.
Sehubungan itu, majlis dengan hormatnya mempersilakan ..............................................
..................................................................................................... untuk menyempurnakan
majlis penyampaian hadiah kepada para penerima anugerah terlibat.
(MUZIK GAMELAN BERMULA)
BACA SENARAI NAMA PENERIMA HADIAH MENGIKUT URUTAN
Terima kasih diucapkan kepada ......................................................................... atas
penyempurnaan majlis itu.

9. PERSEMBAHAN 3

[Asmadi]
Hadirin dan hadirat sekalian,
Kini ditampilkan satu persembahan tarian yang akan dipersembahkan oleh murid-murid
Prasekolah Sekolah Kebangsaan Kuala Jengal, Dungun, Terengganu hasil bimbingan
Guru Prasekolah, Cik Nor Fadhlina binti Abdullah dan Pembantu Pengurusan Murid
Prasekolah, Che Ku Halimatussadiah binti Che Ku Mat Salleh. Dipersilakan.
Persembahan
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan tarian lagu Jong Jong Inai
oleh murid-murid cilik prasekolah sebentar tadi.
10. PERSEMBAHAN 4
[Nurul]
Persembahan selingan seterusnya ditampilkan persembahan nasyid yang akan
dipersembahkan oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Kuala Jengal, Dungun,
Terengganu juga hasil bimbingan Ustazah Salma Saadah binti Mansor melalui
dendangan dua buah lagu nasyid yang bertajuk Anak Soleh dan Ibu. Dipersilakan.
Persembahan
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan nasyid sebentar tadi.
11. PENYAMPAIAN HADIAH 3
[Asmadi]
Hadirin dan hadirat sekalian.
Kita teruskan lagi Majlis Majlis Graduasi Prasekolah dan Hari Apresiasi Pendidikan
Pendidikan Sekolah Kebangsaan Kuala Jengal, Dungun, Terengganu Tahun 2014
dengan penyampaian Anugerah Murid Pra Sekolah Cemerlang, Pengawas Sekolah dan
Pengawas Perpustakaan Sekolah Tahun 6, Anugerah Khas Literasi dan Numerasi
(LINUS), JQAF serta Anugerah Pencapaian Kelas KAFA.
Sehubungan itu, majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang Dihormati, Che Ku Abu

Bakar bin Che Wan Abdullah Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah
Kebangsaan Kuala Jengal, Dungun, Terengganu untuk menyempurnakan majlis
penyampaian hadiah kepada para penerima anugerah terlibat.
(MUZIK GAMELAN BERMULA)
BACA SENARAI NAMA PENERIMA HADIAH MENGIKUT URUTAN
Terima kasih diucapkan kepada Che Ku Abu Bakar bin Che Wan Abdullah atas
penyempurnaan majlis itu.
12. PENYAMPAIAN HADIAH 4
[Nurul]
Hadirin dan hadirat sekalian.
Kita teruskan lagi Majlis Majlis Graduasi Prasekolah dan Hari Apresiasi Pendidikan
Pendidikan Sekolah Kebangsaan Kuala Jengal, Dungun, Terengganu Tahun 2014
dengan penyampaian Sijil Graduasi Prasekolah, Sijil Tamat Sekolah Tahun 6, Anugerah
Nilam, Anugerah Cemerlang Pemulihan, Anugerah Cemerlang Kokurikulum dan
Anugerah Tokoh Murid 2014.
Sehubungan itu, majlis dengan hormatnya Yang Berbahagia, Tuan Haji Bakar bin Jusoh
Pegawai Pendidikan Daerah Dungun, Terengganu untuk menyempurnakan majlis
penyampaian hadiah kepada para penerima anugerah terlibat.
(MUZIK GAMELAN BERMULA)
BACA SENARAI NAMA PENERIMA HADIAH MENGIKUT URUTAN
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia, Tuan Haji Bakar bin Jusoh Pegawai
Pendidikan Daerah Dungun, Terengganu atas penyempurnaan majlis itu.

13. PERSEMBAHAN 5
[Asmadi]

Persembahan selingan seterusnya ditampilkan persembahan nasyid yang akan


dipersembahkan oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Kuala Jengal, Dungun,
Terengganu juga hasil bimbingan Ustazah Salma Saadah binti Mansor melalui
dendangan sebuah lagu nasyid yang bertajuk Memori Itu. Dipersilakan.
Persembahan
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan nasyid sebentar tadi.
14. PERSEMBAHAN 6
[Nurul]
Persembahan terakhir kita pada hari ini metampilkan persembahan nasyid yang akan
dipersembahkan oleh murid-murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Kuala Jengal, Dungun,
Terengganu melalui dendangan sebuah lagu nasyid yang bertajuk Doa Perpisahan.
Dipersilakan.
Persembahan
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan nasyid sebentar tadi.
15. PENUTUP
[Asmadi]
Dengan persembahan itu tadi, majlis kita sudah tiba dipenghujungnya.
Kami bagi pihak AJK Pelaksana , mengucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada
semua penerima anugerah.Sesungguhnya tiada kejayaan tanpa iltizam yang padu.
Terima kasih kalungan budi juga diberikan kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung bagi memastikan majlis ini dapat dilaksanakan
dengan sempurna.

[Nurul]
Akar keladi melilit selasih

Selasih tumbuh di hujung taman


Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman
Tenang-tenang air di kali
Tempat mandian putra puteri
Sempurna sudah majlis dirai
Salah dan silap harap dimaafi

Sekian . Wabilahitaufiq walhidayah wassalamualaikum wbt.