Anda di halaman 1dari 13

Al Ukhuwah

Imam Hasan Al Banna


Berkasih sayanglah sesama kamu
dan peliharalah ukhuwah Karena ia
rahasia kekuatan dan kemenangan
kamu. Hendaklah kamu istiqomah di
dalam keadaan demikian, sehingga
Allah datangkankemenangan bagi
kamu dan agamamu. Sesungguhnya
Allah adalahsebaik-baik pemberi
kemenangan.

AL-IMAM ASY-SYAHID BERKATA:


YANG SAYA MAKSUDKAN DENGAN UKHUWWAH
(PERSAUDARAAN) IALAH: HATI DAN JIWA TERIKAT DENGAN
IKATAN AQIDAH.
AQIDAH MERUPAKAN IKATAN YANG PALING KUKUH DAN
BERNILAI. UKHUWWAH ADALAH SAUDARA IMAN, SEMENTARA
PERPECAHAN PULA ADALAH SAUDARA KUFUR.
KEKUATAN YANG PERTAMA IALAH KEKUATAN PERPADUAN DAN
TIDAK ADA PERPADUAN TANPA KASIH SAYANG.
DERAJAT KASIH SAYANG YANG PALING RENDAH IALAH
KESEJAHTERAAN JIWA TERHADAP SAUDARA SEISLAM DAN
DERAJAT YANG PALING TINGGI IALAH MENGUTAMAKAN ORANG
LAIN DARI DIRI SENDIRI.

Dialah yang memperkuatkan kamu


denganpertolonganNya dan dengan
para mukminin dan
menyatukanhati-hati mereka.
Sekiranya kamu belanjakan semua
(kekayaan) yang ada di bumi,
nescaya kamu tidak dapat
menyatukan hati-hati mereka, akan
tetapi Allah telah menyatukannya.
Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi

Sesungguhnya orang-orang mukmin


itubersaudara. (Surah Al-Hujuraat:
10)

Dalam ayat yang lain Allah S.W.T


menjelaskan bahawa tiada
persahabatan tanpa takwa. Firman
Allah :
Teman-teman akrab pada hari itu
sebahagiannya menjadi musuh bagi
sebahagian yang lain kecuali orangorang yang bertakwa. (Surah AzZukhruf: 67)

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh


Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda :
Tiga sifat sesiapa yang memilikinya,
sesungguhnya dia dapat mengecapi kemanisan
iman: Hendaklah dia menyintai Allah dan
Rasulnya lebih dari yang lain, mengasihi
seseorang kerana Allah dan benci untuk
kembali kepada kekafiran sebagaimana dia
benci dicampakkan ke dalam neraka. (Fathul
Bari: 1/7 no: 16)

Muhammad itu adalah utusan Allah


dan sahabat-sahabat yang
bersamanya bersifat keras terhadap
orang kafir, berkasih sayang sesama
mereka, kamu lihat mereka rukuk
dan sujud mencari kurniaan Allah
dan keredhaanNya. Tanda-tanda
tersebut kelihatan pada
mukamereka kesan dari sujud. (AlFath: 29)

Dari Abu Malik Al Asyari r.a: Bahawa RasululLah s.a.w.


bersabda: Sesungguhnya di kalangan manusia terdapat
mereka yang bukan dari golongan anbiya dan bukan juga
syuhada. Mereka dicemburui oleh para anbiya dan
syuhada kerana kedudukan mereka yang tinggi di sisi
Allah. Sahabat-sahabat bertanya: Siapakah mereka wahai
RasululLah? Sabda baginda: Mereka adalah golongan
yang berkasih sayang kerana Allah tanpa ikatan
silaturrahim di antara mereka dan bukan kerana harta.
Demi Allah sesungguhnya muka-muka mereka adalah
cahaya dan mereka berada di atas cahaya. Merasa
tidaktakut ketika orang lain merasa takut, dan mereka
tidak bersedih ketika orang lain bersedih.

Lalu bagindamembaca firman Allah


S.W.T:
Ketahuilah sesungguhnya penolongpenolongAllah itu mereka tidak takut
dan tidak juga bersedihhati. (HR
riwayat Ahmad: 5/343 dan ayat dari
surah Yunus: 62)

Imam Malik telah meriwayatkan


daripada nabi s.a.w, baginda
bersabda Allah s.w.t berfirman:
Telah wajib kecintaanku bagi orang
yang berkasih sayang di jalanKu,
yang berhimpun keranaKu, yang
saling ziarah menziarahi dijalanKu
dan saling berbelanja di jalanKu. (AlMuwatta: 2/954 Kitab Asy-syir
Bab: Menerangkan tentang kelebihan

Imam Muslim pula meriwayatkan daripada nabi s.a.w:


Bahawa seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di
sebuah kampung, semasa dalam perjalanan Allah s.w.t.
mengutus seorang malaikat kepadanya. Apabila mereka
bertemu, malaikat berkata: Kemanasaudara hendak pergi?
Jawab lelaki itu : Aku ingin menziarahisaudaraku di
kampung ini. Malaikat itu berkata: Adakah
keranakesenangan yang kamu dapat daripadanya maka
kamu berusahamemelihara hubungan tersebut. Jawab
lelaki itu: Tidak, melainkan aku mengasihinya kerana Allah.
Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku ini utusan Allah
kepada kamu dan Allah telah mengasihi mu sebagaimana
kamu mengasihi saudaramu keranaNya. (HR Muslim
4/1988 no: 2567)

Anda mungkin juga menyukai