Anda di halaman 1dari 2

SOALAN :

1. Adakah Sofiah menunjukkan ciri-ciri seorang usahawan? Apakah alasan anda? ( 4 m )

Ya, Sofiah menunjukkan ciri-ciri seorang usahawan kerana beliau dapat


mengenalpasti peluang perniagaan yang ada ketika membaca iklan surat khabar mengenai
perniagaan francais berkaitan pendidikan kanak-kanak yang berumur 4 hingga 5 tahun untuk
mengeja dan menulis dengan menggunakan komputer.
Selain itu, Sofiah juga dapat menguntungkan diri sendiri dan orang lain dengan
pengendalikan perniagaan pendidikan kanak-kanak yang menguntungkan para ibubapa yang
sibuk bekerja dan tiada masa untuk mengajar anak-anak mereka. Sofiah juga mendapat
keuntungan hasil daripada perniagaan tersebut.
Sofiah mempunyai sikap berani untuk mengambil risiko dengan membuka perniagaan
francais berkaitan pendidikan kanak-kanak. Beliau juga mengambil risiko dengan melakukan
pinjaman sebagai modal tambahan daripada bapa saudaranya sebanyak RM 25 000 dengan
9% faedah dan dibayar selama 5 tahun.
Ciri-ciri seorang usahawan dapat dilihat dalam diri Sofiah iaitu seorang yang
berkeyakinan tinggi. Ia dapat dilihat melalui tindakan beliau untuk menceburi bidang
pendidikan kanak-kanak dan percaya bahawa perniagaan tersebut akan berjaya serta melabur
didalam perniagaan tersebut.

2. Bagaimanakah cara untuk menasihati Sofiah berkenaan peluang perniagaan ini? ( 10 m )

Cara untuk menasihati Sofiah berkenaan peluang perniagaan ini adalah dengan
meminta Sofiah menilai keserasian idea perniagaan tersebut dengan diri sendiri melalui
pengalaman, pengetahuan, kemahiran, minat dan kemampuan modal yang ada pada dirinya.
Melalui pengalaman, pengetahuan dan kemahiran beliau sebagai pengurus pemasaran pasti
beliau dapat menguruskan perniagaan barunya dengan baik.
Sofiah juga amat berminat terhadap pendidikan kanak-kanak serta percaya anaknya
turut dapat kebaikkan daripada pendidikan tersebut dan beliau juga mampu dari segi modal
iaitu sebanyak RM 12 000 sebagai modal pendahuluan.
Selain itu, beliau juga perlu dinasihati agar menilai daya kemungkinan idea
diperingkat awal seperti undang-undang, pesaing, keperluan modal dan risiko bakal dihadapi
perniagaan tersebut. Melalui undang-undang iaitu idea perniagaan Sofiah tidak melanggar
undang-undang negara kerana beliau menjalankan pendidikan kanak-kanak yang berumur 4
hingga 5 tahun untuk mengeja dan menulis dengan menggunakan komputer .
Sofiah harus dinasihatkan agar melihat pesaingan perniagaan tersebut supaya dapat
mengawal dan memajukan perniagaannya dan beliau telah diberi 2 kawasan strategik untuk
menjalankan perniagaan supaya tidak bersaing dengan peniaga yang sama francaisnya.
Beliau telah meminjam wang daripada bapa saudaranya sebanyak RM 25 000 sebagai modal
tambahan dan perlu menghadapi risiko kemungkinan sambutan penerimaan perniagaan beliau
oleh masyarakat sama ada diterima atau ditolak.

3. Adakah anda fikir ia akan berjaya?

Sudah tentu beliau akan berjaya kerana beliau menepati ciri-ciri seorang usahawan
yang berjaya.

Anda mungkin juga menyukai