Anda di halaman 1dari 15

1.

0 PENGENALAN

Usahawan menurut Kamus Dewan Edisi Baru ialah sebagai orang yang mengusahakan
sesuatu perusahaan iaitu pengusaha. Pengusaha dimaksudkan sebagai pekerjaan secara besar-
besaran untuk membuat barang - barang industri atau pekerjaan berniaga secara besar-besaran.
Selain usahawan adalah seorang ahli perniagaan yang harus mengambil risiko menggabungkan
faktor pengeluaran termasuk modal, buruh, bahan dan menerima ganjaran melalui keuntungan
daripada nilai pasaran barangannya. Dengan kata mudah, seorang usahawan akan bertindak
sebagai orang yang mengurus sesuatu kegiatan ekonomi terutamanya mengelola, memiliki,
mengurus dan menanggung risiko sesuatu perniagaan dan merupakan seorang inovator yang
boleh mengakibatkan kepada sesuatu pembaharuan.

Usahawan juga adalah seorang pengurus yang menerajui perniagaannya dan dapat menurut
segala hak keempunyaan keatas perniagaan tersebut. Oleh itu ia menanggung risiko perniagaan.
Usahawan mempunyai wawasan dan mengembangkan perniagaan untuk kemakmuran
masyarakat. Usahawan juga adalah seseorang yang inginkan kebebasan dalam perniagaan,
membuat keputusan sendiri dan seterusnya ingin berjaya atas usaha sendiri.

Kesimpulannya, Seorang usahawan juga seorang peniaga yang melibatkan diri dengan usaha
mencipta barangan keluaran sendiri, mementingkan kejayaan dan kepuasan, bukannya
keuntungan semata-mata dengan mengikuti segala pembaharuan untuk menambah kreativiti.
Bagi seorang usahawan persaingan adalah satu cabaran yang memerlukan penelitian rapi untuk
terus hidup dengan merenung jauh kehadapan dan sentiasa berfikir untuk meningkatkan
kemajuan pada masa hadapan untuk jangka masa yang panjang.

1
2.0 BIOGRAFI

2.1 Latar Belakang

Nama :Tan Sri SM Nasaruddin SM Amin


Lahir : Pada tahun 1955 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Pekerjaan : CEO Naza Group
Pasangan Hidup : Puan Sri Zaleha Ismai
Bilangan Cahaya Mata: 11 Orang
Tarikh Meninggal Dunia: 2 Mei 2008 di Los Angeles, California, Amerika Syarikat.

Rajah 2.0 Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin

Tan Sri SM Nasaruddin SM Amin dilahirkan pada tahun 1955. Beliau sentiasa berminat
terhadap kereta dan industri automobil. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah
Tunku Munawir dari tahun 1961 sehingga tahun 1966. Beliau juga mendapat pendidikan di
Sekolah Menengah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

2
3.0 PERMULAAN PENGLIBATAN

Rajah3.0 Logo Naza Group of Companies

Pada tahun 1974, ketika itu beliau berusia 19 tahun telah menyimpan RM 80,000 dalam
akaun bank hasil daripada gaji yang diperolehinya sebagai pembantu bapa beliau yang bekerja
sebagai kontraktor. Beliau memulakan perniagaan automobil dengan satu peruntukan Permit
Import (AP) untuk mengimport kereta buatan asing. Beliau meraih hasil keuntungan bernilai
sejuta ringgit dalam masa setahun.

Tan Sri SM Nasaruddin SM Amin merupakan salah seorang ahli perniagaan dan usahawan
Melayu berjaya di Malaysia. Beliau merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Naza yang
ditubuhkan pada tahun 1979. Beliau terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan seperti perniagaan
permotoran, perhotelan, perladangan, kejuruteraan, perkhidmatan pengangkutan, alat - alat
mesin, pembuatan, agensi insuran dan sebagainya.

Pada tahun tersebut, Tan Sri SM Nasaruddin telah menonjolkan perniagaanya apabila beliau
memutuskan untuk mengimport kereta - kereta Jepun dimana pada ketika itu kereta buatan Jepun
adalah popular dikalangan rakyat Malaysia.

3
Beliau terpaksa menghadapi beberapa cabaran, termasuklah pembiayaan dan bagaimana untuk
mendapatkan keyakinan pelanggan - pelanggan untuk membeli kereta - kereta terpakai apabila
ramai diantara rakyat Malaysia kurang berminat pada kereta - kereta asing. Akan tetapi
keghairahannya dan kepercayaan dalam perniagaan itu membuatkannya terus berusaha menuju
kejayaan.

“Untuk memperoleh kerjayaan, anda mesti mempunyai minat dengan apa yang anda lakukan dan
anda mesti tahu apa yang anda lakukan. Anda perlu merancang dahulu dan mempunyai arah
tuju,” katanya. “Dalam perniagaan anda mesti memulakannya dari kecil, melakukan kajian dan
berjalan selangkah demi langkah.”

Meskipun menjadi seorang ahli perniagaan yang amat berjaya, Nasaruddin berkata beliau tidak
banyak berubah. “Satu - satunya perbezaan adalah yang saya memulakan dengan lima
kakitangan dan kini saya mempunyai kira - kira 4,000 orang,”.

4.0 KAITAN CIRI-CIRI DALAM KEUSAHAWANAN

4.1 Melihat Dan Merebut Peluang

Sikap usaha dalam melihat dan merebut peluang yang telah Tan Sri Nasaruddin lakukan
dapat dilihat apabila beliau membeli 20 AP ( Permit Import ) lalu ke Jepun, dimana beliau
menghabiskan tiga bulan dan membawa kembali 20 unit pertama kereta Jepun terpakai yang
berjaya dijual kesemuanya dalam masa tiga bulan. Beliau memulakan perniagaan automobil
dalam sebuah kedai di Taman Maluri dan menjual 10 hingga 15 unit kereta sebulan. Pada tahun
1979, beliau membuka cawangan di Kampung Baru, Kuala Lumpur untuk menggiatkan lagi
perniagaan peruncitan beliau dan menjual 40 hingga 60 buah kereta sebulan. Melalui
pengalamannya ini, beliau memperoleh kecekapan mencari dan mengenal pasti peluang

4
perniagaan yang wujud dan berkemampuan didalam memperluaskan pasaran. Kompentensi ini
memberikan faktor penting dalam kejayaan dan daya tahan sesuatu perniagaan dan melanjutkan
hayat perniagaan yang berpanjangan.

4.2 Yakin Terhadap Keupayaan Diri

Tan Sri Nasaruddin merupakan seorang yang mempunyai sikap yakin diri yang
merupakan faktor penting dalam diri seseorang usahawan. Hal ini dapat ditonjolkan melalui
minat beliau untuk membeli 40 % kepentingan dan mengambil alih perusahaan kereta
kebangsaan Malaysia, PROTON yang dilaporkan menghadapi kemelut kewangan. Beliau
berkata bahawa beliau sudah menggariskan rancangannya untuk memulihkan Proton jika
kerajaan Malaysia membenarkannya membeli kepentingan pengawalan syarikat tersebut. Sikap
ini dapat dilihat apabila seseorang usahawan itu tidak takut mencuba sebarang risiko yang bakal
dihadapi. Dengan banyak membaca dan mengumpul pengalaman terutama dalam bidang -
bidang yang dikhususkan merupakan salah satu kaedah mempertingkatkan keyakinan diri.
Mempunyai kepercayaan terhadap kebolehan dan kemampuan diri untuk mencapai sesuatu yang
dihajati dengan melahirkan perasaan yakin terhadap kemampuan dalam menyelesaikan sesuatu
atau menyahut sesuatu cabaran.

4.3 Kecekalan

Sikap kecekalan dan tabah yang terdapat di dalam diri Tan Sri Nasaruddin telah
menjadikan syarikatnya mempunyai 14 bahagian perniagaan yang meliputi industri - industri
seperti pengedaran rokok, kredit dan sewaan, kejuruteraan, perhotelan, insuran, alat ganti jentera,
perkilangan, automotif, hartanah, pengangkutan, penanaman dan kenderaan air yang telah di
wujudkan oleh beliau. Rasa tidak jemu di dalam mencari jalan untuk mencapai matlamat tanpa
mengalah dan sikap sentiasa berusaha untuk mengatasi sebarang masalah yang boleh menyekat
pencapaian matlamat dapat membuahkan hasil kejayaan Tan Sri Nasaruddin.

5
4.4 Mencari Maklumat Atau Penyelidikan

Bermula dengan hanya menjual kereta import terpakai dari Jepun, beliau kemudian
bekerjasama dengan syarikat asing dan akhirnya menjual kereta buatan tempatan di bawah
jenama sendiri merupakan salah satu contoh daripada ciri-ciri usahawan yang telah beliau
gunakan daripada mencari maklumat atau penyelidikan. Dengan cara tinjauan yang dilakukan
ini dapat meningkatkan pengalaman, memperbaiki pencapaian dan prestasi perniagaan yang
diterajui. Selain itu, untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya beliau telah menggunakan
kajian pasaran dan membuat analisis bagi pasaran.

4.5 Ketegasan

Sikap ketegasan beliau dapat dilihat melalui tindak tanduk beliau didalam menyuarakan
pendapat atau idea kepada orang secara langsung dan berani bertindak walaupun terpaksa
menghadapi tentangan dari pihak lain. Dimana beliau pernah terlibat dalam kontroversi permit
import pada tahun 2005, apabila bergelar "Raja AP". Terdapat dakwaan bahawa beliau dan tiga
orang usahawan terpenting yang lain sedang memonopoli penghasilan permit import yang
dikeluarkan kerajaan kepada pengusaha bumiputera untuk mengimport kereta. Pihak kerajaan
didakwa mengeluarkan berpuluh ribu helai kertas dokumen import kenderaan kepada beliau
secara percuma setiap tahun yang dijual dengan harga AS$8,500 setiap satu. Kontroversi ini
dihangatkan di Parlimen dan Perhimpunan Agung UMNO. Sifat ketegasan beliau menghadapi
kontroversi menyuarakan pendapat telah membawa kata sepakat dimana, kabinet Malaysia
menghentikan sistem permit import untuk mengusahakan suatu dasar automobil baru.

6
4.6 Meyakinkan Orang Lain

Seseorang individu yang bergelar seorang usahawan perlulah berkebolehan meyakinkan


orang lain dengan mampu menonjolkan diri untuk memberi keyakinan kepada pelanggan untuk
membeli barangan atau perkhidmatan yang diniagakan. Mampu menonjolkan diri dan lain- lain
kualiti pelulah ada dalam diri seorang yang bergelar usahawan dan seseorang itu perlulah
berilmu dan berpengalaman. Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan
Tan Sri Nasaruddin sebagai satu contoh kejayaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dimana beliau
mempunyai pendekatan yang luar biasa bagi mengembangkan perniagaan dengan bermula
dengan menjual kereta import terpakai dari Jepun, kemudian bekerjasama dengan syarikat asing
untuk menghasilkan dan menjual kereta buatan tempatan di bawah jenama sendiri. "Dia
membuktikan bahawa DEB mampu menjayakan bumiputra kalau mereka menggunakan peluang
itu dengan cara yang baik. Kalau semua yang dapat kemudahan yang sama seperti beliau berbuat
demikian hari ini, kita mungkin mencapai lebih daripada matlamat DEB itu sendiri," kata Dr.
Mahathir.

5.0 PERKEMBANGAN DAN SUMBANGAN

Kumpulan Naza kini mempunyai 14 bahagian perniagaan yang meliputi industri - industri
seperti pengedaran rokok, kredit dan sewaan, kejuruteraan, perhotelan, insuran, alat ganti jentera,
perkilangan, automotif, hartanah, pengangkutan, penanaman dan kenderaan air yang telah di
wujudkan oleh beliau. Kumpulan Naza kini memegang hak francais Malaysia untuk kenderaan
Kia dari Korea Selatan, dan Peugeot dari Perancis, serta juga permit import untuk kenderaan
Mazda. Naza kini telah menjadi pengimport kenderaan mewah seperti Mercedes - Benz yang
terbesar dan terpenting in Malaysia melalui usaha-usaha seperti Naza-Brabus.

7
Rajah 5.1 Bilik Pameran automobil yang terbesar di Malaysia

Selain itu, beliau juga merupakan pengasas kelab bola sepak Kuala Muda Naza FC yang
bertapak di Kuala Muda, Kedah dan turut memiliki TTDI Development yang merupakan salah
sebuah syarikat hartanah terpenting di Kuala Lumpur.

Tan Sri Nasaruddin dilaporkan berminat untuk membeli 40 % kepentingan dan mengambil
alih perusahaan kereta kebangsaan Malaysia, PROTON, yang dilaporkan menghadapi kemelut
kewangan. Beliau berkata bahawa beliau sudah menggariskan rancangannya untuk memulihkan
Proton jika kerajaan Malaysia membenarkannya agar membeli kepentingan pengawalan syarikat
tersebut. Beliau juga pernah merancang pembinaan kilang yang bernilai RM1.2 bilion di
Bertam, Pulau Pinang. Pada April 2008, beliau memasuki perniagaan makanan dengan
melancarkan Bubba Gump Shrimp Co. Restaurant and Market di Malaysia.

8
Rajah 5.2 Kepelbagaian jenis jenama automobil yang didagangkan di Naza World

Rajah 5.3 Petaling Jaya, 16 Julai 2009 - Naza Group Corporate Social Responsibility (CSR),
van Kia Pregio diserahkan kepada Rumah Kasih Kampung Ulu Inas, Rumah Anak Yatim di
Negeri Sembilan.

9
“ Kami sangat gembira kerana dapat membantu anak - anak yatim di Rumah Kasih Ulu
Inas. Sumbangan kami iaitu sebuah van Kia Pregio akan dapat membawa kanak – kanak ini ke
sekolah dengan mudah tanpa perlu menggunakan pengangkutan yang lain. Van ini pasti akan
mengurangkan masalah - masalah dan boleh memudahkan perjalanan mereka sekiranya terdapat
lawatan atau rombongan yang ingin dibuat,” kata SM Faisal Tan Sri SM Nasaruddin, Joint
Group Executive Chairman dan CEO syarikat kumpulan Naza.

Rajah 5.4 Pemaju hartanah NAZA TTDI SDN BHD menderma satu mesin dialisis buah
pinggang dan kelengkapan lain bernilai RM69,000 untuk Persatuan Dialisis Touch ( PDT ),
satu pusat dialisis di Kota Damansara.

Pengerusi NAZA TTDI, Eng Kim Leng menyampaikan peralatan untuk PDT presiden Andrew
Ng dan berharap ia akan dapat membantu pesakit – pesakit yang bilangannya semakin
meningkat. “Kami berharap sumbangan ini akan dapat membantu pesakit-pesakit dialisis yang
miskin,” katanya.

Encik Eng menyatakan lagi bahawa syarikatnya telah berjaya mengumpulkan dana sempena ‘
Charity Golf Tournament ’ bernilai lebih daripada RM1 milion. Dana tersebut telah didermakan

10
kepada lebih daripada 180 badan – badan kebajikan dan setakat ini ianya bernilai RM3.2 milion
sejak penubuhannya pada 2003.

Rajah 5.5 Naza Group of Companies di bawah Yayasan Naza menyumbang RM500,000
untuk Amanah Kemanusiaan Rakyat dana Palestin

Kuala Lumpur - Sebagai respon dari kekejaman itu pihak NAZA Group komited
membantu rakyat Palestin di Gaza. Naza Group of Companies di bawah Yayasan Naza
menyumbang RM500,000 untuk Amanah Kemanusiaan Rakyat dana Palestin bagi membantu
dalam mengurangkan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin. Encik SM Nasarudin,
CEO Naza Group of Companies memaklumkan bahawa ia adalah sebahagian dari objektif
syarikat bagi membantu golongan yang tertindas. Cek itu telah diserahkan kepada Datuk Abdul
Rahim Bakri, semasa pelancaran rasmi Peugeot 308 pada 29 Januari 2009 di Shangri - La Hotel,
Kuala Lumpur. Kereta itu telah dilancarkan oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Razak. Kakitangan
Naza Group of Companies juga menyumbang RM6,800 untuk kutipan itu dalam acara yang
sama.

11
Pada Malam Amal Atas Nama Kemanusiaan yang bertempat di Panggung Sari, Istana
Budaya pada 31 Januari 2009, seorang ahli Naza Group of Companies juga menyumbang untuk
dana yang sama. Cek itu berjumlah RM100,000 telah diserahkan kepada YAB Dato' Sri Najib
Tun Razak oleh En SM Faliq Tan Sri Dato' Seri Utama SM Nasaruddin, Timbalan Group
Managing Director, Naza TTDI.

6.0 ANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN

Sebagai penghargaan atas khidmat dan sumbangan beliau, Nasaruddin dikurniakan


beberapa anugerah dan gelaran, termasuklah anugerah Panglima Setia Mahkota ( P.S.M. ) oleh
DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang membawa gelaran Tan Sri.
Nasaruddin. Selain itu, beliau juga meraih pingat khidmat industri Anugerah Presiden Korea
Selatan, dari Son Sang – Ha, Duta Negara te rsebut yang datang ke Malaysia bagi pihak Presiden
Korea Selatan. Anugerah tersebut diberikan kerana sumbangan beliau kepada industri automotif.
Beliau ialah rakyat Malaysia pertama yang meraih anugerah negara tersebut.

Rajah 6.0 Antara anugerah terbesar yang diterima

12
7.0 KESIMPULAN

Kesimpulan yang didapati berdasarkan usahawan pilihan kami iaitu Tan Sri SM
Nasaruddin SM Amin ialah dengan melalui minat yang mendalam terhadap sesuatu
perkara dapat membantu mencapai kejayaan seperti petikkan kata-kata beliau, “Untuk
berjaya anda mesti suka apa yang anda lakukan dan anda mesti tahu apa yang anda lalukan.
Anda mesti mempunyai rancangan dan mempunyai arah tujuan dan dalam perniagaan anda
mesti memulakannya dari kecil dan berjalan selangkah demi selangkah.”

Selain itu, beliau juga mempunyai rancangan jangka panjang dan jangka pendek
dengan mengumpul wang sebanyak RM 80,000 pada usia 19 tahun dengan membantu
bapanya yang bekerja sebagai kontraktor untuk digunakan sebagai modal dengan membeli
kereta terpakai buatan Jepun.

Beliau juga bijak mengambil peluang yang ada dengan menjual kereta buatan
Jepun yang mana ketika itu rakyat Malaysia menyukai barangan buatan Jepun dan
memegang francais Malaysia untuk Korea Selatan bagi kereta-kereta Kia dan Perancis bagi
kereta-kereta Peugeot. Beliau juga memegang permit import untuk kereta-kereta Mercedes
Benz dan Mazda.

Sikap seorang usahawan berjaya terdapat dalam diri beliau iaitu ketegasan
membuat keputusan dan berani menyuarakan pendapat. Sikap ini dapat dilihat apabila
menafikan secara keras mengenai kontroversi pengeluaran berpuluh ribu dokumen permit
kereta import kepada beliau oleh kerajaan dengan bayaran tertentu.

13
Keyakinan diri yang tinggi didalam diri beliau menguntungkan negara serta
menyelamatkan kebanggaan negara iaitu dengan membeli 40 peratus kepentingan syarikat
pengeluaran kereta nasional, PROTON yang mengalami masalah kewangan akibat
kegawatan ekonomi dan menyelamatkan syarikat tersebut.

Melalui kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh beliau maka beliau dianugerahkan


anugerah persekutuan Panglima Setia Mahkota (P.SM.) oleh Seri Paduka Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong yang bawa gelaran Tan Sri dan pada tahun 2002, beliau
telah dinamakan Motoring Man The Year oleh News Straits Times. Beliau juga menerima
salah satu daripada anugerah-anugerah tertinggi Korea Selatan bagi sumbangannya untuk
industri automotif iaitu Presidential Award, pingat perkhidmatan daripada duta Korea
Selatan ke Malaysia, Son Sang-Ha bagi pihak Presiden Korea Selatan, pada satu majlis di
kedutaan itu di Malaysia dan beliau merupakan rakyat Malaysia yang pertama telah
menerima anugerah tersebut.

14
8.0 RUJUKAN

1. FAKTA DARI BUKU :


 Modul P 3130 Pembangunan Usahawan(Usahawan)
Jabatan Kejuruteraan Awam

Politeknik Sultan Idris Shah.

 Modul P3117 Keusahawanan

Jabatan Perdagangan

Politeknik Ungku Omar/.

2. FAKTA DARI INTERNET :


 http://www.nasaruddin.wikipedia.com.my (17/08/2009-9:00 a.m.)
 http://doddys.wordpressmekanisme-usahawancom (17/08/2009-9:00 a.m.)

3. FAKTA DARI SURAT KHABAR :


 "Naza boss honoured", The Star, 07-01-2007.
 "Nasimuddin Bawa Naza Ke Tahap Tertinggi", Bernama, 02-05-2008.
 "Nasimuddin Contoh Kejayaan DEB, Kata Mahathir",Bernama,02-05-2008.

15