Anda di halaman 1dari 9

SOALAN-SOALAN PERBINCANGAN

1.
Bincangkan perbezaan aliran fahaman islam liberal dengan fahaman sekularisme,
komunisme, dan kapitalisme yang menjadi ancaman umat islam masa kini.

Liberalisme adalah satu falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik
yang tertinggi.Secara amnya, liberalisme mengutamakan hak-hak peribadi serta kesamarataan
terhadap peluang untuk semua. Falsafah ini ingin membentuk satu masyarakat yang
mempertahankan pemikiran yang bebas untuk setiap orang, batasan kepada kuasa khususnya kuasa
kerajaan dan agama, kedaulatan undang-undang, pendidikan awam yang percuma, kebebasan
bertukar fikiran, ekonomi pasaran yang memberikan kebebasan menjalankan perusahaan peribadi
dan sistem kerajaan yang terbuka yang melindungi hak-hak semua rakyat secara adil dan saksama.

Fahaman Liberalisme adalah sebuah fahaman yang sebenarnya berkembang di Barat dan
memiliki prinsip, teori dan pandangan hidup yang berbeza dengan ajaran Islam yang sebenar.Ia
membawa kepada konsep kebebasan berfikir dan bertindak individu tanpa had. Ia adalah satu
fahaman yang muncul di Eropah asalnya, dan bukan dari dunia Islam. Fahaman ini menyerap ke
dalam masyarakat Islam melalui proses penjajahan dan pembaratan sekitar abad ke 16/17. Fahaman
Liberalisme terdiri daripada beberapa prinsip-prinsip pemikiran yang tersendiri.Antaranya adalah
seperti prinsip kebebasan individu, Prinsip kontrak sosial dan sebagainya.Bagaimanapun, fahaman
liberalisme ini juga turut mengamit umat Islam yang tidak memahami agama Islam dengan
mendalam dan longgar kefahaman mereka dan yang tertipu dengan dogma dan retorik konsep
Barat.

Persoalan fahaman yang cuba dikaitkan dengan Islam seperti Islam Liberal ini sebenarnya
merupakan salah satu dari apa yang disebut sebagai serangan pemikiran dan kebudayaan (gazwah
al-fikri wa al-thaqafi). Bentuk bentuk serangan yang secara tidak langsung dilakukan bagi
meruntuhkan pegangan agama masyarakat Islam yang boleh memberi kesan kepada keruntuhan
Islam itu sendiri (Mohd Roslan, 2011).

Sekularisme ialah fahaman yang umum.Apa sahaja amalan, sistem dan ideologi, kalau tidak
ada kaitan dengan Akhirat atau tidak dikaitkan dengan Akhirat adalah sekularisme. Oleh itu
komunisme adalah sekularisme.Sosialisme adalah sekularisme.Demokrasi pun adalah sekularisme.
Bukan sahaja sistem-sistem ini tidak ada kaitan dengan Akhirat, ia juga bertentangan dengan syariat
dan apa yang dikehendaki oleh Islam. Oleh itu nilai akhiratnya ternafi dengan sendirinya.Kapitalisme
juga adalah sekularisme.Sistem kewangan dan perbankan berasaskan riba juga sekularisme.Semua
sistem ini adalah sistem-sistem dunia yang dicipta oleh akal manusia.Akal manusia tidak ada
mencipta apa-apa sistem yang tidak sekularisme.Semua sistem ciptaan akal manusia adalah

sekularisme.Akal manusia sebenarnya tidak mampu mencipta apa-apa sistem yang terkeluar dari
tujuan dan pengaruh dunia atau sekularisme.Tambahan lagi, yang mencipta sistem-sistem ini adalah
orang-orang yang kufur dengan Allah dan tidak yakin dengan Akhirat.Ringkasnya, di dunia ini hanya
ada dua sistem sahaja iaitu sekularisme dan Islam.Satu adalah hasil ciptaan akal manusia dan satu
lagi adalah wahyu dari Tuhan. Di dalam kehidupan kita ini, fahaman Sekularisme ini telah menjalar
dan menjadi kunci pembuka bagi penganut-penganutnya mengamal banyak lagi fahaman-fahaman
sesat yang lain atas nama kebebasan berfikir.

Dalam membentengi akidah, umat Islam perlu mempunyai pengetahuan yang cukup dalam
memahami aliran pemikiran-pemikiran baru terutama yang berwajahkan Islam. Jika umat Islam
dihadapkan dengan fahaman seperti sekularisme, komunisme, dan kapitalisme, secara langsung
mereka dapat mengasingkan diri daripada terpengaruh dengan fahaman-fahaman ini kerana ia
merupakan fahaman yang secara jelas bertentangan dengan akidah Islam. Tetapi serangan
pemikiran yang berjenamakan Islam seperti Islam Liberal ini amat payah untuk dikenalpasti.Ini
kerana aliran pemikiran ini juga menggunakan hujah yang disandarkan kepada ayat-ayat Al-Quran,
Hadis, ulama Islam, penggunaan istilah-istilah Islam, dipelopori oleh tokoh-tokoh yang
berlatarbelakangkan pendidikan Islam dan muncul di Negara-negara Islam.Maka umat Islam yang
tidak mempunyai asas pengetahuan tentangnya, dibimbangi mudah terjebak dan terpengaruh
dengan pemikiran Islam Liberal.

2.

Bincangkan ciri-ciri pemikiran Islam Liberal yang menjadi ancaman umat Islam di Malaysia

Bersifat Sekularisme

Pemikiran Islam Liberal berasaskan kepada pemikiran rasionalisme dan sekularisme sehingga
menafikan kesempurnaan dan kesyumulan Islam ini. Pemikiran ini jelas dipengaruhi oleh gagasan
pemikiran sekular, sehingga melontar pandangan bahawa agama Islam hanyalah sebagai tuntutan
pelaksanaan ibadah sahaja, bukan untuk menguruskan dan pentadbiran dunia ini. Pemikiran mereka
secara terang-terangan mendakwa bahawa syariat Islam tidak lagi sesuai dan ditolak untuk
mengatur kehidupan manusia hari ini. Agama Islam disingkirkan dari sebahagian besar kehidupan
dan dilihat semata-mata melibatkan ibadah ritual sahaja. Bahkan agama dianggap sebagai rantai
pengikat yang membelenggu kebebasan dalam kehidupan (Hartono Ahmad Jaiz, 2002).

Nurcholish salah seorang tokoh Islam Liberal menulis bahawa apologi yang mendakwa
bahawa Islam adalah al-Din bukan agama semata-mata, adalah tidak benar jika ditinjau dari
beberapa segi. Pertama ialah segi bahasa, iaitu perkataan al-Din dipakai juga untuk menyatakan
agama-agama yang lain, termasuk agama syirik kalangan orang-orang Quraisy di Makkah. Jadi
semestinya erti kata al-Din itu memang agama. Oleh kerana itu, Islam adalah agama semata-mata,
malah Islam tidak ada hubungan dengan pengurusan negara (Charles Kurzman, 1998).

Penolakan terhadap syariah

Penolakan terhadap syariah lahir dalam pemikiran Islam liberal apabila mereka secara berani
melontarkan idea yang sangat jijik dengan menimbulkan persoalan Kalau Allah itu Maha Adil atau
kalau Islam itu adil, mengapakah ada undang-undang dan polisi-polisi yang dibuat atas nama Islam
tetapi mencetuskan ketidakadilan? (Jabatan Agama Islam Selangor, 2011). Mereka merasakan ada
kepincangan yang berlaku dalam Islam lalu mula mencari penyelesaian seolah-olah mahu membela
Islam tetapi akhirnya mencemar kesucian Islam itu sendiri.

Sehingga amalan terhadap sunnah-sunnah Rasulullah SAW, mula mereka pertikaikan. Tanpa
rasa bersalah aliran pemikiran Islam Liberal berpendapat ia hanya releven untuk masyarakat arab
zaman baginda, ketinggalan untuk dipraktikkan pada zaman kini. Justeru aliran pemikiran Islam
Liberal memandang orang yang berjanggut, bersiwak, memakai serban, jubah dan sebagainya
sebagai orang yang ketinggalan zaman, malah inilah punca tertutup mindanya. Apabila minda
mereka tertutup, sudah tentu tertutup juga pintu-pintu kejayaan sehingga bila-bila (Abdullah, 2007).
Tanpa disedari oleh mereka bahawa pandangan dan pemikiran sebegini natijahnya menjauhkan lagi

mereka dari agama Islam bahkan secara terangan-terangan sebenarnya telah menolak syariah itu
sendiri.

Penolakan terhadap autoriti keagamaan

Aliran pemikiran Islam Liberal membahagikan wahyu kepada dua kategori: wahyu bertulis
dan wahyu tidak bertulis. Wahyu bertulis adalah al-Quran dan ia adalah teks semata-mata. Wahyu
tidak bertulis adalah akal manusia dan akallah yang sebenarnya menghidupkan teks al-Quran
berdasarkan tujuan, konteks dan suasana zaman. Maka dengan itu al-Quran adalah sesuatu yang
hanya bersifat menerangkan tujuan-tujuan agama manakala akal manusialah yang menyesuaikannya
selari dengan konteks zaman (Abdullah, 2007).

Justeru itu pada mereka ini, ilmu-ilmu Islam seperti usul tafsir, usul figh, usul hadis, al-Jarh
wa al-Tadil dan sebagainya yang selama ini merupakan sesuatu yang beku di dalam displin ilmu-ilmu
Islam. Mereka melontarkan pandangan bahawa para mujtahid tidak sunyi daripada pelbagai
kecacatan dan kesalahan. Oleh itu aliran Islam Liberal tidak menghormati ilmu-ilmu di atas, jauh
sekali daripada menggunakannya dalam taksiran mereka untuk membuka dan membebaskan
Islam.

Atas dasar ini juga aliran Islam Liberal membuka semula perbincanga, tafsiran dan ijtihad
terhadap perkara-perkara yang sudah muktamad (qate) kedudukannya di dalam agama. Mereka
mendakwa apa yang selama ini dianggap qate hanya relatif kepada pendapat manusia. Bagi aliran
pemikiran Islam Liberal, perkara-perkara yang dianggap qate tersebut masih terbuka dan bebas
kepada pelbagai kemungkinan dan maksud. Atas kepelbagaian ini mana-mana pihak tidak boleh
mendakwa pendapatnya sahaja yang benar, bahkan semua pendapat adalah boleh diterima. Bahkan
mereka mengelarkan diri mereka sebagai mujtahid yang sebenar selari dengan perkembangan
zaman.

Kebebasan mentafsirkan teks al-Quran,

Golongan Islam Liberal mengelarkan diri mereka sebagai mujtahid alaf baru. Maka sewenangwenangnya mereka penafsirkan teks al-Ouran mengikut pemikiran liberal mereka. Mereka memberi
penafsiran bahawa tujuan yang sebenarnya di tuntut al-Quran adalah menjatuhkan hukuman
kepada pencuri yang beruba-ubah selari dengan peradaban manusia. Di zaman Rasulullah SAW,
bentuk hukuman adalah memotong tangan. Namun pada zaman kini bentuk hukuman boleh
berubah kepada hukuman penjara selari dengan peradaban manusia. Oleh itu, manhaj membuka
dan membebaskan tafsiran al-Quran yang dipegang oleh aliran Islam Liberal atas alas an untuk

memajukan umat Islam. Manhaj diguna pakai terhadap semua hokum-hukum al-Quran termasuk
perkara ibadah, sehinnga apa yang dipraktikkan pada zaman Rasulullah SAW tidak semestinya sama
dipraktikkan zaman kini.

3.

Bincangkan isu-isu yang diketengahkan dalam masyarakat islam

Pluralisme Agama

Aliran Islam Liberal berpendapat agama Islam serta agama selain dari Islam adalah agama yang
benar. Apabila setiap penganut agama mendakwa hanya Tuhannya dan ajarannya sahaja yang betol,
itu hanyalah dakwaan relative dalam konteks dia dan agamanya sahaja. Jika dilihat secara
keseluruhan agama, semua agama yang mempunyai konsep ketuhanan yang mengajar kepada
kebaikan adalah semuanya benar. Mereka berpendapat sesiapa yang menyembah Tuhan dan
menjadi orang yang patuh dan taat pada agama mereka maka adalah orang beragama. Di sisi Islam,
ukuran benar atau tidak sesuatu agama tidak terletak kepada kebaikan-kebaikan yang diseru oleh
agama tersebut tetapi bagaimana ia mengajar untuk mentauhidkan Allah. Inilah asas dan perbezaan
terpenting antara agama Islam dengan agama-agama lain.

Persamaan Gender

Agenda ini mendapat tempat dan sokongan dari ramai kalangan orang Islam yang mudah
terpengaruh dengan hujah-hujah logik akal serta mendapat liputan dalam media arus perdana. Ada
diantara mereka menganggap bahawa undang-undang keluarga Islam yang ada tida memberi
ketidakadilan kepada wanita. Lebih hebat, ada yang berpendapat Islam menindas kaum wanita,
tidak diberi kebebasan serta mengongkong wanita daripada melakukan aktiviti kemasyarakatan.
Mengikut sejarah Islam, kedatangan Islam telah menyelamatkan kaum wanita daripada menjadi
mangsa diskriminasi kaum jahiliyah yang membunuh semua kanak-kanak perempuan yang dilahirkan
ketika itu tanpa rasa bersalah. Malah Islam terusmembela kaum yang tertindas ini dan semenjak dari
awal lagi pengiktirafan diberi kepada golongan wanita kerana syurga itu terletak dibawah kaki
seorang ibu.

Aurat Wanita Islam

Aliran Pemikiran Islam Liberal melihat bagi memerdekakan wanita Islam dari belenggu
kejumudan, salah satunya melalui pemahaman aurat yang universal.Mereka melihat persoalan
tudung, jubah dan menutup aurat itu sebagai suatu yang merimaskan wanita dan wanita Islam perlu
dibebaskan dari pakaian yang menutup aurat tersebut. Kefahaman seperti ini memang merupakan
asas perjuangan kepada aliran Islam Liberal dalam bab berpakaian.

Mempertahankan Hak-hak Asasi (LGBT)

Para pemikir aliran Islam Liberal berpendapat, bahawa tidak ada alasan untuk menolak
homoseksual atau homoseksualiti oleh kalangan umat Islam hari ini berdasarkan penafsiran sempit
terhadap ajaran Islam.Pemikiran Islam Liberal ini mengiktiraf hak-hak bagi golongan lesbian dan
gay.Mereka menganjurkan usaha-usaha untuk membela dan mempertahankan hak-hak sivil
golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan individu yang mengamalkan interseksual. Agenda
mereka menyokong sebarang usaha atau ketepatan yang memberikan hak-hak yang sama rata untuk
semua golongan manusia dalam sebuah masyarakat Islam tanpa mengira jenis, fahaman agama, dan
budaya.

4.

Bincangkan isu-isu yang memikat masyarakat.

Toleransi dalam Agama

Isu- isu terrorist dan radikan menjadi satu ancaman kepada Indonesia yang mempunyai
penduduk Islam teramai di dunia.Selain Islam, Indonesia juga mempunyai penduduk yang menganut
agama-agama lain seperti Kristian dan Budha.Islam Liberal melalui fahaman Pluralisma Agama
menjadi satu pendekatan yang dikatakan dapat menangani isu keganasan dan radikal dalam
kalangan penganut berbilang agama di Indonesia. Mereka membantah golongan yang mereka
sifatkan sebagai ektremis dan radikal dalam memahami Islam seperti yang banyak terdapat di
Negara-negara Islam sama ada di Timur Tengah dan Asia.

Kemunduran

Kemunduran Negara-negara Islam juga dikaitkan dengan pemikiran masyarakat yang mundur,
jumud dan terperangkap dalam doktrin-doktrin Islam lama, maka sewajarnya Al-Quran perlu ditafsir
semula dan pintu ijtihad perlu dibuka seluas-luasnya. Pendokong Islam Liberal berpendapat bahawa
agama adalah faktor penghalang bagi mencapai kekuatan dan kemajuan.Namun untuk
menyelesaikan faktor penghalang ini, mereka berpendapat caranya ialah membuka dan
membebaskan agama daripada ajaran dan tafsirannya yang sekian lama telah menjadi pegangan
umat.Kelemahan dan kemunduran umat Islam dianggap berpunca daripada belenggu kejumudan
umat dalam menafsir dan mempraktikkan agama Islam.

Berkongsi Nilai Sejagat

Islam Liberal juga mempromosikan Pluralisme Agama yang bertitik tolak dari masalah golongan
radikal Islam muncul disebabkan oleh ketaksuban dan pemikiran yang dipenjara oleh ilmu Feqh
klasik yang sering menyebabkan hubungan Muslim dan non-Muslim sentiasa menjadi tegang,
mendiskrimisikan non-Muslim dan isu-isu yang berkaitan dengan keadilan dalam konteks hubungan
agama. Justeru sebagai reaksi dari permasalahan yang berlaku ini, fahaman Pluralisme Agama
dibentuk sebagai usaha golongan Islam Liberal menangani isu ini.

Persamaan Hak dan Isu Feminism

Satu lagi isu yang menjadi dasar kepada Islam Liberal yang menjadi tarikan kepada para
pendokong pemikiran ini ialah persamaan hak dan keadilan sosial.Pejuang-pejuang wanita sering
menjadikan isu persamaan hak ini sebagai satu isu yang digunakan untuk mendapat perhatian
masyarakat.Ada di Antara mereka yang menganggap bahawa undang-undang kekeluargaan Islam
yang sedia ada seolah-olah tidak memberikan keadilan kepada wanita, menindas dan mengongkong
wanita dari melakukan aktiviti kemasyarakatan.

Anda mungkin juga menyukai