Anda di halaman 1dari 3

KEPENTINGAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN ( JSU ) MOHD BAHRI

Difinisi
Jadual Spesifiikasi Ujian ialah jadual yang menggambarkan ciri
sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksirkan,
pemberatan tiap-tiap konstruk, konteks, pemberatan tiap konteks,
dan pemberatan taburan aras kesukaran.
Penggubalan
sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang
ditetapkan iaitu mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang
merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran dan sikap seperti
yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat untuk memastikan
para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan
mengikut sukatan pelajaran dan objektif pengajaran.
Menurut Hale, (1980), penilaian terhadap item-item tersebut juga
perlu dilakukan oleh pakar mata pelajaran tertentu. Ini penting bagi
memastikan kualiti item ujian dari segi kebolehpercayaan, kesahan,
dan seterusnya, pengukuran yang adil.
Kubiszyn dan Borich
(2003) pula berpendapat, JSU adalah carta dua hala yang
mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran.
Lajur carta tersebut menyenaraikan objektif-objektif pengajaran,
sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama
yang diajar dan ingin diukur.

Oleh itu pengubalan kertas ujian perlu mengikut pelbagai proses


dengan terlebih dahulu menyediakan JSU, diikuti dengan membuat
ujian rintis dan mengemaskini setiap item ujian tersebut sebelum
item ujian itu ditadbir. JSU juga akan menjadi panduan kepada guru
tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran
yang perlu dicapai pelajar.
Dari segi pembinaan item ujian
pula, JSU boleh menjadi panduan kepada guru supaya item-item
yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran daripada
awal hingga akhir. Apa Pentingnya JSU Seseorang guru wajar
membina Jadual Spesifikasi ujian (JSU) sebelum membina soalan
yang akan dijadikan kayu ukur kepada murid-murid. JSU
mempunyai peranan yang penting dalam pembinaan soalan yang
kita hasilkan.
Antara kepentingan JSU adalah untuk
mengelakkan daripada seseorang guru membina ujian secara
sembarangan. Sekurang-kurangnya dengan adanya JSU, seseorang
guru itu akan menghasilkan soalan-soalan yang akan diuji oleh
murid-muridnnya setelah melalui beberapa garis panduan yang
telah ditetapkan. Antara perkara yang diambil kira dalam
pembinaan soalan termasuklah tahap kemampuan murid serta
bentuk soalan itu sendiri. Tidak secara langsung seseorang guru itu
akan dapat mengelakan daripada memberikan penilaian kepada
seseorang murid itu secara sesuka hati sahaja.
JSU juga
berperanan untuk menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian
itu. Selain itu ianya juga telah dapat menimbulkan rasa kepentingan
topik-topik dan aras-aras kemahiran. Dalam menghasilkan JSU, kita
perlu menyenaraikan topik-topik yang telah kita ajar
dan
sepatutnya telah dikuasai oleh murid-murid. Dengan adanya proses
menghasilkan JSU, kita akan memilih topik-topik yang akan diuji
dan dalam masa yang sama kita dapat merasakan kepentingan
satu-satu topik itu untuk dijadikan soalan.
Seseorang guru
juga dapat menentukan perimbangan antara topik-topik dengan
aras-aras kemahiran yang akan diuji kepada murid-muridya
sekiranya mereka membina JSU. Selain itu JSU juga dapat
memperlihatkan kertas ujian dapat dibina secara sistematik dan
terancang. Kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran juga
adalah terjamin.
Kita tidak dapat mengetahui tahap
pencapaian dalam menguasai satu-satu topik yang telah dipelajari
oleh seseorang murid. Melalui penilaian atau memberikan ujian
berkaitan topik itu sahajalah kita dapat melihat tahap penguasaan
mereka. Walaubagaimanapun, guru perlu memberikan ujian
mengikut format yang sesuai kepada murid-murid untuk menilai

http://lamancikgubahri.blogspot.com/2014/04/kepentingan
-jadual-spesifikasi-ujian-jsu.html

kebolehan mereka dari pelbagai segi. Untuk menentukan format


ujian ini, pembinaan JSU amat diperlukan. Hasilnya barulah guru
dapat menentukan format ujian tersebut.
Pembinaan JSU
juga dapat membantu guru dalam membentuk soalan. Bentukbentuk soalan samada objektif, subjektif, struktur ataupun esei.
Bilangan soalan pula adalah bergantung kepada pentingnya satusatu topik itu atau merujuk pada objektif pelajaran. Melalui bentuk
yang telah ditetapkan itu, guru akan mudah untuk memberikan
penilaian atau memberikan markah pada soalan-soalan yang telah
dijawab murid. Selain itu, ianya dapat menjimatkan masa guru
untuk menyemak kertas-kertas jawapan murid. Contohnya bagi
soalan-soalan berbentuk objektif, seseorang guru memerlukan
masa yang lebih singkat untuk memeriksa atau menyemak kertas
jawapan murid berbanding dalam bentuk struktur atau esei.
Penilaian dijalankan kepada murid-murid setiap tahun.
Soalan-soalan yang diajukan tentunya berbeza-beza antara satu
tahun dengan tahun yang lain. Tanpa adanya JSU kemungkinan
tahap atau aras kesukaran ujian-ujian itu amat berbeza antara
tahun ke setahun. Jadi, JSU berperanan untuk menstabilkan aras
kesukaran ujian dari tahun ke tahun. Set ujian-ujian itu sesuai
digunakan oleh murid pada bila-bila masa sahaja.
Topik
yang diajar kepada murid-murid sememangnya telah disusun
mengikut keutamaan. Bilangan masa yang ditentukan setiap topik
adalah berpandukan kepada banyak atau luasnya sesuatu topik itu.
JSU juga mengambil kira masa yang dieruntukan untuk sesuatu
topik. Oleh yang demikian penilaian untuk satu-satu topik itu dapat
dilaksanakan secara adil.
Perbandingan antara satu ujian
dengan ujian yang lain juga dapat dibuat sekiranya seseorang guru
itu membina JSU. Perbandingan yang dimaksudkan seperti tahap
pencapaian atau penguasaan yang ditunjukkan melalui markah
yang
diperolehi
oleh
seseorang
murid
itu.
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

http://lamancikgubahri.blogspot.com/2014/04/kepentingan
-jadual-spesifikasi-ujian-jsu.html

Anda mungkin juga menyukai